01 April 2014

Recommended : DJ & PA System Langau Music Studio

Assalamualaikum

walimah ayu hujung bulan 3 lepas kan. Mulanya cadang tak nak pakai DJ dan PA system pun. Sebab cadang nak pasang lagu je guna speaker lama arwah abah. tapi, rezki Allah kan. DJ amin call pakcik ayu dan cakap nak sponsor. DJ amin tu kawan arwah abah ayu. Kata beliau masa ayu call nak tanya betul ke tak tu, ini adalah sumbangan ikhlas mengenangkan arwah. since arwah abah ayu pun DJ majlis kahwin juga. sebak rasa. terharu sebab kawan-kawan arwah masih mengingati dan mengenang jasa arwah. Ayu cume bayar DJ Zam (nama DJ sama dengan nama laki ayu) duit minyak kereta sebab dia datang jauh dari KL.
pinjam gambar majlis di rumah orang. kat rumah sendiri belum ada gambarnya.hehe
beberapa minggu sebelum majlis tu, pihak DJ amin ada call tanya nak dedikasikan lagu apa-apa tak untuk suami. biasanya lagu romantis dinyanyikan masa makan beradab. Ayu nak tuju lagu pun tak tau nak lagu apa. haha

lastly,
DJ nyanyikan lagu SONATA MUSIM SALJU. dia kata lagu tu ayu tuju khas buat suami. padahal ayu lupa habis nak pilih lagu dan sms. haha..tapi kira ok sangat lah lagu tu. memang sesuai dengan mood jiwang karat versi kpop. hihi

alamak, suara DJ tu sedap sangat sampai kawan-kawan ayu yang datang memberi thumbs up kepada beliau.



dan paling menarik, masa sesi suap menyuap kek.. lepas suami suap isteri, isteri suap suami.. DJ amin dan zam tu jemput ayu suap kek dan mohon restu kat mak. dan peluk cium mak. pastu dia putarkan lagu IBU. pergh. tacing sangat. sangat tacing masa tu. cium cium mak.. dan salam ahli keluarga. dan masa tu nampakla semua saudara mara dan tetamu yang wanita menitis air mata. Lagu dan situasi tu betul-betul ngam sampai buat semua orang sendu. lepas ayu suap kat mak, giliran zam suapkan mama abah dia.

sesi tadi tu memang luar jangka dan ayu pun tak tahu akan ada sesi tu. gabungan 2 DJ dalam majlis cukup menggamatkan suasana.

Dah usai majlis terus orang tanya ayu DJ mana. dan 1 job dah pun selamat di booking dengan DJ amin dan dj zam setelah diorang tengok pengisian majlis yang sungguh best, dramatik dan ber'ISI'. bukan kosong semata dengan jerit pekik orang menyanyi.

Ayu RECOMMENDED!
pada yang berminat nak buat tempahan DJ dan PA system boleh ke FB owner Langau music studio.

Encik Amin 
no.telefon : 0193174165

atau melalui ayu pun boleh. :)

ayu percaya korang akan rasa berbaloi dengan bayaran yang korang buat bila dapat team DJ macam ni.

note : servis serata semenanjung. kebanyakan di Muar johor tapi pernah juga ada function di semenyih, kluang johor dan banyak tempat.

11 comments:

Anum said...

BEST2 REZEKI KAN

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, sebak sheila baca part ayu minta restu mak dan cium. hmmm... alhamdullilah, rakan2 seperjuangan arwah abah ayu ni baik. bestnya ayu... sheila singgah menabung ford sini~~~

Ida Yuni said...

recomended..mst bgus ni..=)
nway..jemput join GA ida
http://kisahkita-story.blogspot.com/2014/04/simple-1st-giveaway-blog-kisah-kita.html

Khir Khalid said...

Menarik ni... thanks sharing Ayu.. :)

Unknown said...

bagus la DJ gitu..yang banyak akak tengok tak habis2 pasang lagu dari pagi sampai petang dan ajak orang karok...hehehe

Lyaa Suriany said...

alhmdulillah rezeki. time kite kawen dulu xde kesempatan nk pakai dj ni. teringin nak ade lagu. tp family xmo. redha je laa

randomlyally said...

oh bagus ni. akak nanti nak buat event kat batu pahat sana. bloe masuk dalam senarai pilihan. thx ayu..

Anonymous said...

Bzt 2...kalau untuk mjlis kat simpang renggam brpe byran ny 2

ayuzan said...

@Sheila Salim waalaikumsaam sheila.. tu la. mmg sebak. dan sgt berterimakasih pd rakan2 arwah yg baik hati.

ayuzan said...

@ctfand (ctfand.com) sila kak..sila.

ayuzan said...

@Anonymous kalau di muar, RM400 utk event siang. RM 500 untuk siang dann malam (nikah)..
kalau ke spg renggam better call encik amin tu ya...