Nota Jari Manis :Marah itu fitrah, Umpama cinta itu fitrah manusia.kalau cinta itu fitrah harus disalurkan dengan cara nikah.Marah itu juga fitrahnya harus dikendurkan emosinya lalu memaafkan orang yang bersalah sekalipun fitnah dan tuduhan yang dilemparkan mungkin berat untuk diterima. Percayalah Ayu dan teman-teman, hikmahnya tentu cukup besar. Kerana itulah MAAF itu disebut dalam alQuran.
31 October 2012
Indahnya sebuah kemaafan
29 October 2012
Aidiladha Kali Ini
23 October 2012
fitnah dan mengumpat
Bismillah
"Eh,Siti..ada ke si Zahra tu cakap apa-apa pasal tak puas hati kat aku" tanya Muna menyelidik.
"Setakat yang aku tahu, tak ada lah pula." Jawapan ini yang Siti pilih walaupun sebenarnya tersimpan seribu satu rahsia. Lemas Siti dengan soalan yang serba salah untuk di jawab.
Semoga aku mampu menjadi Siti yang menjaga tutur bicaranya dari menyakitkan hati, mengguriskan hati mahupun membuka aib@rahsia rakan taulan.
Kalau boleh, aku tak mahu mendengar langsung cerita perihal orang lain. Namun, kadang kala kita tak mampu. Jadi, yang mampu ialah, jangan sampai menjadi orang yang menjaja fitnah dan umpatan ke mana-mana.
Kadang kala, iman yang senipis kulit bawang ini tercalar juga. Hampir-hampir membuka mulut pada yang tidak sepatutnya. Maafkan aku sekiranya ada di mana-mana silap
Love, Ayu Zan
22 October 2012
Lukisan Allah
Assalamualaikum
Bismillah
Masya allah.. Aku tak terduga diberi kesempatan oleh Allah untuk menatap keindahan ciptaan panorama pagi milik-Nya.
Usai subuh, tatkala membuka tingkap bilik. Sungguh indah lukisan Mu Ya Allah.
21 October 2012
ajaibnya cinta
Assalamualaikum
Bismillah.
Tajuk tu macam berat kan. Tu aku ambil sempena tajuk cerita cerekarama...
Dan.
Cinta tu memang ajaibkan.
Sekian.
Nota jari manis :
Kami mula buat keputusan besar dalam hidup.
Doakan lancar ya.
Wassalam
Love,
Ayu zan
17 October 2012
Ladies First
Assalamualaikum.
Bismillah.
Ok kenapa aku letak picture aku yg tak seberapa tu?
Sebab..tadi, dengan penampilan begitu, aku telah ke bank untuk withdraw duit. Sedang aku menuju ke pintu masuk bank itu, seorang lelaki inggeris "orang putih" pun sama menuju dari arah bertentangan. Bila kami sama-sama tiba hampir dengan pintu, aku memperlahankan langkah memberi peluang pada lelaki itu. Dari berlanggar dan bertembung, baik aku mengalah ye tak?
Tiba-tiba lelaki orang putih membuka pintu dan dengan sopannya mempersilakan aku masuk dan siap menunduk hormat. Ohh.. Dengan serba salah aku masih tak lupa lah nak ucap "thank you". Hehe.
Rasa bangga bila dilayan begitu.hihi
Selalu kalau bukakan pintu Pak Guard je kot kat Malaysia ni.
SEBALIKNYA
Bulan lepas masa aku ke bank, aku pernah bertembung dengan lelaki Malaysia yang berpakaian korporat mcm kerja baik2 dengan selamba melanggar aku, kemudian tanpa menunggu aku masuk, dia melepaskan pintu itu. Akibatnya aku hampir jatuh menahan pintu yang agak berat tu. Maklumla...i kan comel je..
Kalau aku gadis seksi mungkin dia tak buat begitu kot.
NO ATTITUDE kan? So rude!!
Nota jari manis :
Aku pilih tajuk LADIES FIRST bukanlah mintak selalu dibukakan pintu macam mamat putih tu buat. Tapi cukuplah dengan menghormati antara satu sama lain..tak kira siapa pun dia...
Love,
Ayu zan
16 October 2012
menu : ayam goreng kunyit
15 October 2012
alunan indah
Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamuNamun tak pula aku sanggup ke nerakamuAmpunkan dosa ku terima lah taubatSesungguhnya engkau lah pengampun dosa dosa besar.
14 October 2012
Anda Bila Lagi?
Harini tergerak hati nak menulis soal perkahwinan.
satu topik yang aku rasa agak berat untuk dibincangkan.
terutamanya bagi aku yang bergelar gadis belum berkahwin. =)
kebelakangan ini, seorang demi seorang sahabat ukhti ku melangkah ke fasa baru dalam hidup mereka.
ada yang baru mula dirisik.
ada yang membuat keputusan bertunang. (paling ramai tahun ni)
ada yang telah dan tidak lama lagi melangkah membina masjid rumahtangga.
dan..
yang tak terhingga gembiranya bila sahabat ukhti ku bergelar "Mama"
hehehe.
kalau boleh mahu senyum je sebagai jawapan.
hehehe
jujur aku katakan, siapa yang tak mahu berumahtangga lalu bahagia bersama pasangan tercinta. Aku juga tidak terkecuali.
Aku semakin takut memasang impian terlalu tinggi, lalu aku mengambil langkah mempersiapkan diri sebanyak mungkin dari segala sudut.
Terutamanya ilmu agama untuk menjadi isteri dan ibu yang baik, ilmu pengetahuan dan tidak kurang mengasah skill memasak untuk membuncitkan perut suami. ikikikiki..
Selain itu, sedaya mungkin aku belajar mengawal emosi amarahku yang kadang kala dilampias dengan sewenang-wenangnya. Bukankah jatuh hukum berdosa jika gagal mengawal amarah di hadapan si suami nanti?
Okeylah,setakat ini dulu bicara tentang perkahwinan pada petang yang mulia ini.
Semoga usaha mempersiapkan diri dengan baik ini akan membuatkan aku mampu senyum redha kala ditimpa musibah, dan menangis muhasabah tatkala hati merasa bahagia nanti. Sesungguhnya, alam perkahwinan itu memang suatu alam indah tetapi tidak lupa juga terdapat pohon-pohon tumpang dan binatang-binatang liar sebagai gangguan.
Sekian.
Love,
Ayu Zan
11 October 2012
Jumaat :Senyum dan tangis
Tersenyum redha kala musibah.
Menangis muhasabah kala mengecap bahagia.
Ungkapan di atas untuk pengisian jumaat kali ini.
Jom kita kupas.
Tersenyum redha kala musibah...
Bukan senang nak senyum tatkala musibah melanda kan?
Mana mungkin bisa senyum tatkala kesedihan.
Tapi itulah konsepnya redha. Pabila redha itu bersama-sama seorang hamba Allah itu, pasti dia mampu tenang.
Bait seterusnya berbunyi..
Menangis muhasabah kala mengecap bahagia.
Mengucap syukur tak terhingga kerana anugerah Allah memberi bahagia pastinya mengundang sebak di hati.
Dengan diri yang kerap kali alpa dan leka ini, Allah tetap menyayangi kita dengan memberi begitu banyak kebaikan. Dan haruslah kita bermuhasabah diri selalu.
Bukankah begitu?
Salam jumaat.
Love,
Ayu zan
07 October 2012
Hadiah Sempena Masuk Rumah Baru
Ayu Ke Legoland?
06 October 2012
Rumah Ku Bukan Rumah Mu
Tajukkk.. ahahaha.. kemain kau ayu..
Atas permintaan beberapa rakan yang nak tengok rumah aku..
*ni bukan rumah betul tau. cume menyewa dengan kerajaan a.k.a kuarters*
Rumah ni belum sempurna dan terlalu banyak kurangnya.
almaklumlah...baru 1 minggu.. =)
Okeh. Kite mula dengan ruang kesukaan aku. DAPUR.
05 October 2012
Hujung Minggu
selamat berhujung minggu kawan-kawan..
hujung minggu ni mesti masing-masing dah ada program yang di rancang utk penuhkan masa kan?
apa rancangan u olls?
aku?
aku tak ada apa rancangan.. duduk rumah je la kot.
Oklah. citer pasal makanan nak?
sekarang belog aku dah macam belog beginner memasak lak.
harini nak share lunch punya lauk untuk harini.
Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan
04 October 2012
Sausage Sweet Sour
Sausage Sweet Sour |