28 February 2013

kuli dipandang tinggi

Kerja sebagai kuli terkadang lebih mulia. Kerana.. Jarang-jarang seorang kuli itu bekerja kurang dari upahnya. Dan selalunya lebih...

Contohnya menjadi buruh kasar. Memang berat beban ditanggung. Walaupun upahnya belum tentu setimpal. Namun, jasa,budi dan tenaga yg dikerah utk membina sebuah rumah, masjid mahupun sekolah itu ibarat segunung pahala yg dijanjikan Allah pada hambanya.

Malah hasil yang diperolehi itu penuh dengan barakah. Penuh dengan kemanisan kesungguhan. Kerana itu seringkali anak yang lahir dari ibu bapa yang digelar kuli ini selalunya jauh lebih hebat peribadinya. Kerana apa? Kerana rezki yg dicari sibapa mahupun si ibu.Kerana upah setimpal yang penuh barakah jauh dari syubhah.

=)

Lalu, semua kekuatan yang terkumpul didada ini membuatkan aku tidak malu mengaku siapa aku, apa pekerjaan ku, apa bidang tugasku. Sungguh bukan jawatan idaman. Tatkala menyandangnya.. Terdetik di hati.. "semoga dengan pekerjaan ku ini, menambahkan keredhaan Allah padaku. Menambahkan kasih sayang Allah kepadaku"

Published with Blogger-droid v2.0.6