04 July 2021

Saya Shopee Seller

Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Sejak awal tahun 2018 saya ialah Shopee Seller..

mendaftar akaun sebagai seller dari main main jadi sebahagian kerjaya dah walaupun tittle preferred seller tu belum dapat kan. haha

Jual apa?

saya jual produk aromaterapi di bawah jenama SUTRA dan juga ada lain lain tambahan produk seperti MUKARA, AGROS, NOVAU dan beberapa produk yang baik.

Produk produk yang saya wakili ni semua lama dah dengan saya. Sejak 2016 lagi dan insha allah akan terus grow together menyebar manfaat kerana manfaat produk produk ini begitu banyak untuk kehidupan.


Kalau nak cuci mata, atau tanya apa apa bole lah ke link ini :- https://shopee.com.my/noridayuzan

Terima kasih sudi support saya 

Puteri Syurgaku, Hero Kecilku.

 assalamualaikum

entah masih ada yang baca atau tak. bertahun lama tak buka blog ni. Last update 2017. terlalu banyak memori terakam di dalam ini.

Aku ringkaskan sedikit apa terjadi kepada hidupku.

2018

2018 tahun perjuangan aku dan keluarga. Anakanda nansatu tercinta Dhiya Amani disahkan menghidap Leukemia Pre B ALL. Nama lainnya kanser darah. Hidup kami jatuh. jatuh tersembam ke lantai bumi. Aku cuti tanpa gaji demi menjaga yang tercinta sepenuh masa. Kami berjuang bersama.

2019

alhamdulillah amani kembali sihat. rawatan diteruskan. Kami gembira bertiga bersama. Amani lah dunia aku. Aku masih cuti tanpa gaji.

2020

rawatan amani telah tamat. Amani tumbuh membesar cantik dan sihat

Amani sempat bersekolah awal 2020 ketika usia 5 tahun. Sudah pandai solat, mengaji, mengira dan sedang belajar baca. 

Namun Allah uji kami. Berdoa sihat, Ya Allah beri sihat...namun Allah pilih anakanda menjadi puteri wildan syurga kerana tiba-tiba kerap sakit kepala, koma dan rupa rupanya disahkan kanser hadir di selaput otaknya. Aku pulangkan anakanda kepada penciptanya pada 10 Mei 2020

Dalam masa sama amani juga bakal jadi kakak. Amani doa lama, mohon Allah letakkan adik di dalam rahim ummi, dan Allah kabulkan di saat hujung nyawa si kakak. amani sempat tahu dia bakal punya adik. 28 Disember 2020 aku selamat melahirkan hero kecil kami, Aydan Sulaiman. 

Aydan bukan ganti Amani. Amani tetap Amani. Tiada ganti simanis itu. Dia punya tempat istimewa dalam hati ummi. Aydan juga. Aydan tetap punya tempatnya sendiri. juga pasti istimewa buat ummi. Dua dua anugerah ini ummi sayang sepenuh jiwa.

Salam rindu buat rakan bloggers..

Ayu