05 February 2014

Ada apa pada muslimah berhijab

Assalamualaikum.

Ayu share ini :

credit : fb

sesungguhnya muslimah berhijab bukan semua baik, tetapi kami sentiasa cuba untuk menjadi baik dengan mematuhi suruhan dan perintah Sang Pencipta Allahu Robbi.

Tutup aurat bukan pilihan, tapi arahan dan perintah-Nya. In Sha Allah, janji Allah tu pasti. Untuk yang belum nikah, Jangan risau martabat jatuh andai berhijab dan tak bertemu jodoh, malah yakinlah dengan janji Allah. Jadi baik, In Sha Allah jodoh baik untuk wanita baik. Aamiin..

Air Terjun Gunung Ledang

Assalamualaikum

Last week CNY ayu memang bz sangat-sangat. Jumaat hingga Isnin cuti. Jumaat di rumah mak, sabtu ahad di rumah MIL, Isnin rumah mak semula. 2 hari kat rumah MIL ada kenduri dan majlis bertunang adik ipar.

Dah lama tak bawa mak dan adik kecil ayu gi berjalan. Dak kecik tu banyak kali dah request nak gi mandi manda. So, kita bawaklah dia.. hehe.Dekatt je tangkak dengan rumah ayu tu. Kira-kira dekat 45 minit hingga 1 jam la kot. Lama dah tak gi, last 2 years kot gi ngan family.

kualiti gambar kurang baik. Kamera adik ayu pixelnya kecil.hehe

Hamboi suka kemain dak tu sampai berjam jam main air.

Petangnya ayu dan suami pun balik JB sebab selasa kami kerja. Dan sampai sekarang penatnya masih lum hilang lagi. 4 hari di Muar memang have fun sangatsangat lah. Penat campur seronok. :)

Lepas ni balik muar 1 hari 1 malam je. Sebab ayu dan suami cuti tak saing. Ayu jumaat sabtu. Suami Sabtu ahad. sob sob sob (-__-)

DIY : Pencil Case untuk Adik

Assalamualaikum

janji berjanji dengan adik perempuan ayu yang sekarang di darjah 6, ayu buatkan lah simple pencil case untuk beliau. Kalau letak button cute-cute sikit lawa tu. Siap pesan suruh buat besar sebab adik nak sumbat banyak barang. hahaha

merah hitam

04 February 2014

DIY : Idea Reben Ikat Langsir

Assalamualaikum

just nak sharing idea DIY yang ayu pernah buat. Ni ayu buat untuk langsir bilik ayu di rumah kampung.

ikat langsir

Simple dan senang. Caranya... Buat bunga yoyo besar 1 biji, bunga yoyo kecil 1 biji dengan warna berbeza.. Kemudian tepek je button m&m di tengah. Dan gamkan reben di belakangnya.

Dan sekarang mak request buat untuk semua langsir. 

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014

Assalamualaikum

ayu join GA lagi. Best gila hadiah-hadiah yang di tawarkan.. :) Untung-untung sangkut 1. hihi.. amin amin..

klik untuk join

Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)


Segmen Jom Beramah Mesra

Assalamualaikum.

wah! tak tahan nengok hadiah dia. Untung-untung rezki dapat tafsir quran tu. hihi.. tapi tak dapat pun still happy sebab dapat join meriahkan sama..

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe DynastyBifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

03 February 2014

Random Giveaway Oleh ctfand.com

Assalamualaikum.

lama dah ayu tak update kan? Bz cuti kalini di kampung. Ayu join GA anjuran kak ctfand ni sebab akak ct alertkan ayu di email.TQ kak.. hihi. kalau tidak, mungkin tak perasan. ni dah free sebab dah habis cuti, baru bole join GA beliau.

klik untuk join

Kalau korang berminat nak join sama memeriahkan GA beliau, klik banner atas ya. :)

Tamat : 12 Februari 2014