09 July 2014

Menu : Bihun Goreng Singapore

Assalamualaikum

tekak ayu masih dalam selera on off tambah tak berapa berani telan makanan super pedas, takut muntah nanti menyakitkan. hihi .semalam teringin nak makan bihun putih tu. Balik keje, kita bersilat lah di dapur masak bihun simple ni untuk berbuka puasa. Sebelum tu dah tanya suami dah, kot kot dia tak berkenan ke, tapi dia ok je. Asalkan bihun, dia memang suka je. hehe

Senang je masak bihun singapore ni. Selalu makndak ayu yang dok singapore selalu masak time balik kampung.  Sekarang dah kahwin, kita masak sendiri je ye. hehe

Bihun Goreng Singapore

Bahan-Bahan (untuk makan 3 orang)

Bihun secukupnya
Bawang merah 1-2 biji
Bawang putih 2-3 ulas
Daging cincang 3 sudu besar (kalau nak lebih pun boleh)
Lobak - hiris halus panjang panjang
serbuk lada hitam - ayu letak dalam 1-2 sudu
tomato

hiasan - daun sup, bawang goreng

Cara-caranya :

1- Panaskan minyak, goreng daging cincang sampai agak masak, masukan bawang-bawang yang telah ditumbuk.
2-Masukkan serbuk lada hitam, garam dan perasa.
3-Masukkan bihun yang telah direndam/celur.
4-Masukkan lobak. Gaul sebati.
5-dan last sekali masukkan tomato jika suka.
6-tabur daun sup dan bawang goreng. SIAP!!!

Maaf ya. Ayu ni kureng sikit nak tulis resepi ikut kuantiti bahan banyak mana. Sebab selalu masak ikut sedap rasa je. hihi. Tapi basic dia gitulah. Korang boleh adjust ikut kesukaan. Nak tambah sayur lain, fishcake, udang sotong ayam pun boleh. :)

CPUV 12 - Tesco Delivery Lab

Assalamualaikum.

alhamdulillah. Dekat 1 bulan tak melekat BE nuffnang kat blog, lepas je tukar domain lekat pula satu BE dari Tesco Delivery Lab. buat melegakan hati. hehe


Kalau korang ada nampak iklan tesco berlegar legar sekitar blog ayu, jemputlah mengisi tabung. hihihi

terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi ya.

08 July 2014

Gelagat Kucing

Tengok si itam tu. Sibuk je dia. dah lah lagi besar dari mak dia, sibuk je nak menempel dengan mak dia.
kadang kadang ayu nampak dia hisap susu mak dia. Ambil bahagian adik kecil dia. Eh eh eh..mesti ayu marah dia kalau dia buat gitu. Setakat manja manja baring gitu boleh terima lagi. hehe

itam oo itam.


Domain www.ayuzan.com

assalamualaikum

lama dah cita-cita nak berdomain ni. hihi. blog tak meletup letup pun nak domain ke ayu? hihi. saje.. tak salah kan? mana tahu satu permulaan yang baik. amin amin..

so semalam ayu survey beberapa tempat jual domain dot com. Ada yang menjual dengan harga murah pada tahun pertama tapi wajib ambil 2 tahun ke atas dan cas bagi tahun ke dua ialah RM 52.99.

Ayu tanya-tanya dengan rakan blogger yang ayu rapat beliau beli dengan harga RM35/setahun. Masa tu rasa harga tu murah. Tapi bila ayu cek cek, mereka cas RM10 untuk ID protection(sebelum ni free je).

Ayu terus google, jumpa harga yang rata-rata RM35 setahun. dan ada juga RM33 setahun tapi dah lupa web mana yang jual. Dan akhirnya ayu bertemu jodoh dengan OH! Domain yang tawarkan harga RM30 di web nya. Ayu terus aje proceed buat pembelian.

dan masa nak bayar tu, invoice tulis RM 29 sahaja. Wah! jimat lagi RM 1. alhamdulillah..

dan tadi selesai dah urusan setting CNAME yang dibantu oleh Hamdi admin OH! Domain ni. Dan akhirnya blog kesayangan telah pun redirect terus dengan domain idaman. hihi.

bagi yang ada letak ayu kat senarai bloglist korang, bolehlah tukarkan url blog ayu ya. www.ayuzan.com

:) terima kasih banyak-banyak..


06 July 2014

Giveaway Cash RM100 by Emas Putih

Assalamualaikum. Ayu join GA by emas putih. Uzu ni selalu anjur GA best-best. hopefully kali ni dapat lah ayu duit raya. Dapat kad raya uzu pun best gak.heheh

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]




05 July 2014

My Lil Caliph : Threatened Miscarriage !

Assalamualaikum

Lama jugak tak berupdate blog. Maaf ye kawan-kawan. Ayu sedikit diuji oleh Allah. Allahu Robbi. Syukur Alhamdulillah tiada yang buruk berlaku.

Rabu lepas balik kerja ayu dan suami ke Tesco belanja barang dapur. Yela, even keadaan morning sickness ayu belum pulih, ayu tetap suka masak kat rumah. Kadang-kadang guide suami, beliau yang masak. Lepas shopping tu, masa angkat barang naik rumah. Rumah kitorang tingkat 3 naik tangga. Banyak sangat barang, ayu bantu la suami barang seplastik dua. Pilih yang ringan ringan. Masa tu degil. dah pesan jangan bawa, ayu tetap bawa. tu akibat tak dengar cakap suami lah tu. huhu

Malam nya, perut ayu mula terasa macam sakit sikit sikit. Tapi ayu abaikan aje. Tapi tak tersangka, masa bangun siapkan juadah sahur, ayu terasa sesuatu keluar, laju laju pergi check. ALLAHU...ada spotting yang ayu pasti tu warna darah.. berjurai jurai lah air mata bakal ibu ni. Rasa bersalah menggunung gunung. Nangis nangis ngadu kat suami. Mahu tak takut? Terus wudhu dan solat doa minta Allah selamatkan anak ummi dalam kandungan ni. Tak ada apa yang ayu minta. Hanya itu.

Dalam pukul 9 cam tu, terus gi Klinik Dr Anis. Ni kali ke 2 ayu ke sana. Beritahu apa yang patut mengenai kejadian pagi tadi. Dan doctor terus buat scan. Alhamdulillah syukur. Bayi sihat, aktif dan selamat. Dah 13weeks+ pun dan siap boleh nampak baby tengah menendang nendang (tapi lum rasa lah). Kepala siap pusing-pusing. Dengar heartbeat pun syukur alhamdulillah normal beat. Daddy dia ni sampai ketawa ketawa tengok baby.

scan di klinik dr anis johor bahru
Sebenarnya spotting ni bukanlah kali pertama. Masa early pregnancy haritu. week 6- week 10 pun ada juga. Tapi sangat sikit secalit gitu je. Dan dah makan dhupaston yang di ambil di Klinik Dr Anis, dan alhamdulilah kurang sangat. Dan doc kat klinik pun cakap kalau sikit sikit coklat tu no worries. Tapi kalini bukan coklat. Dan banyak. Ofcoslah kami risau.
mc. 

Dan dr Anis pun minta ayu bedrest selama 2,3 hari. Syukur, lepas kejadian pagi tu, tak de dah spotting lagi..dan harapnya tak akan ada sampai baby lahir. Risau kalau jadi gitu lagi.

Nota : Mak kata, ayu jenis macam tu. Pembawakan orang ni lain lain. Tak leh lasak lasak even rasa diri tu kuat dan larat. Kawan kawan doakan ayu dan baby sihat dan selamat ya.... aamiinnn

01 July 2014

My Lil Caliph : Turun Berat Badan

Assalamualaikum.
Semalam checkup di Klinik Desa Permas Jaya. Checkup kali ni dengan staffnurse. Alhamdulillah.. Overall ayu suka dengan misi misi yang baik hati semuanya. Layan kita pun tidak lah marah marah. Yela ibu hamil ni kekadang sensitif sikit. Kalau misi tegur sikit pun rasa berat je. Hihi.

Alkisahnya semalam usia kehamilan little caliph ayu mencecah 13 minggu. Dan ayu mulakan rawatan di KD kira-kira masa 7-8 minggu haritu. Dan semalam timbang berat ayu menurun hampir 2 kg dalam masa sebulan.

Haruslah puan puan misi tu tanya... "Masih muntah-muntah lagi?" Dan sememangnya jawapan ayu ya. Dan dan diteruskan dengan siasatan mengenai apa yg ayu boleh makan dan tak boleh makan. Susah juga nak jawab sebab kalau makan muntah makanan, kalau kosong perut muntah air kuning yang super duper pahit tu.

Akibatnya setelah puan misi tu bagi nasihat supaya tetap makan jika muntah dan suruh berbuka jika muntah berlarutan. ayu disuruh datang next week 8/7 untuk timbang berat. Dan 13/7 untuk jumpa staff nurse lagi. Jika berat ayu tak mau naik lagi, appoiment di klinik akan jadi 2x sebulan dan kena datang timbang every week. Huhuhu.

Ada tak mak mak blogger yang pernah macam ayu. Yang jenis lalu muntah je, makan tak lalu ni. Hehehe. Tak makan pun muntah gak. Ni dah 13 week. Nak masuk 2nd semester ni, ingatkan dah tak morning sickness dah  tapi nampak gaya belum tamat fasa ni.

Ayu ok je dengan fasa ni. Bahagian yang ayu terima ni ayu lalui dengan penuh kesyukuran. Syukur sebab dapat mengandung anak sendiri. Syukur diberi peluang oleh Allah untuk ayu merasai perjalanan penuh nikmat menjadi ibu. Tapi ofcos lah nak badan sihat, supaya dapat salurkan nutrien yang cukup untuk little caliph ni. :-)


P/s: semalam dengar jantung baby. Hiii..sukanya... Alhamdulillah misi kata degupan jantung baby normal. Dup dap dup dap.. Hihi