16 July 2014
DIY : Sampul Duit Raya
last week pelajar pendidikan khas kat sekolah tempat kerja ayu ni buat jualan hasil DIY mereka. Iaitu sampul duit raya.
Diorang lukis kat kertas pembalut hadiah dan potong serta gam ikut template. Pastu jual sepaket RM1. Dalam paket tu ada 10 keping. Murah kan?
Ayu beli 2 paket tanda sokongan pada mereka. Ramai juga kawan kawan yang turut sama membeli. Terhibur mereka tengok hasil jualan hendaknya..
Dah beli dengan diorang, ayu pun try lah DIY gak macam tu. Macam comel je kan.. Tapi gigih 1 je. Saje rindu nak DIY macam selalu. hehehe.
p/s : kalau guna untuk sampul duit sumbangan masa gi wedding pun sesuai sangat ni. :)
Drama Berlima Ramadhan TV1
Kan sebelum ni sibuk dengan KTAR. Ayu layan gak. Habis, time buka bukak tv3 itu yang tertayang. Sejak dah habis KTAR, semalam suami terbukak tv1 ada drama Berlima Ramadhan.
Drama orentasikan famili macam ni sangat bagus pada ayu. Berkisarkan hubungan kasih sayang mereka, sifat kepimpinan si Along nak galas tugas arwah ibu ayah, sifat saudara mara yang selalunya tak peka dengan nasib si yatim piatu, dan juga kesungguhan dan ketulusan hati warga kampung yang terus beri semangat dan bantuan kepada si yatim piatu ini. Banyak moral. Bukan sekadar cintan cintun.hehe
Mengikut apa yang ayu faham, drama ni mengisahkan 5 beradik yang kematian ayah dan ibunya. Ada pakcik pulak, pakciknya jahat. Ada datuk nenek, tak sukakan mereka lah pula. Dan sekarang, 5 beradik ni sedang di uji di mana salah seorang adik beradik mereka telah disahkan buta. Allahu...sedih..
Rupanya, ayah mereka tak sempat tukar penama insurans dan KWSP atas nama anak anak. Penamanya adik beradik ayah. Jadi, si anak anak di terkontang kanting tanpa sumber. Namun, ayu suka budak budak tu semua. Dibesarkan dengan didikan agama yang cukup dari mak ayah buatkan mereka jadi anak anak yang cukup cukup bagus. Menyerahkan diri kepada Allah dan redha atas segalanya.
Watak utama dalam drama ni si kakak sulung yang bernama Hannan. Pelakonnya nama Nazeera Sardi. Alaa.. yang muka sedih sedih sikit tu. Suka nengok dia berlakon. Sejuk mata. hihihi
Masa dok google sinopsis drama ni, sekali jumpa FB beautiful nara..
15 July 2014
Beg Tangan Dan Kasut Oren
Sebenarnya raya dah dekat dah kan. Ayu tahun ni slow je mood nak shopping raya. Baju raya 1 pun lum beli. Yela, kalau korang follow entri sebelum-sebelum ni mesti tahu keadaan kesihatan ayu sejak pregnant ni sedikit di uji. Tapi semalam suami ajak belanja sikit. Nak mencari baju seluar buat jalan-jalan.
Selesai part tu, ayu pun tuju ke bahagian kasut, cadang-cadang nak cari sepatu tanpa tumit yang sedap dan selesa dipakai. Pusing punya pusing dah berkali kali susah amat nak cari kasut. Dah minat, saiz 4 pulak tak ada. stress betul.
Nampak design kasut tu, try..sedap pakai. Tapi saiz 5 paling kecil yang ada. Try saiz 5 muat pulak tu. hehe.
Tapi 2 warna je yang ada. Oren dan ape ye? tak ingat dah warna satu lagi. Yang pasti lagi satu tu tak cantik.hehhe
terus je suami kata comel dan cantik dan belikan untuk bini dia. hihi.
Dek kerana kasut dah ter'oren' tu yang dok mencari couple handbag oren gak. Kebetulan harga beg tu boleh kata murah lah dan suka pulak ayu dengan design dia. Terus aje sambar.
Dah beli set oren tu, suami tanya... Tak pe ke kalau kasut dan beg oren, tapi baju warna lain??
Ayu terdiam juga kejap. Dok cerna kata kata suami. Lepas tu ayu jawab.. "Tak pe.. kalau orang pempuan, yang penting kasut dengan handbag sama warna. Tak pelik dah. Lagi pun sekarang musim warna terang-terang,"
![]() |
| orange. |
14 July 2014
Menu : Lempeng Kelapa Cicah Sambal Sardin
ni kisah minggu lepas sebelum muntah darah tu.
alkisahnya teringat kat kampung halaman. Masa kecil kecil mak selalu buatkan lempeng. Dan paling favorite ayu ialah lempeng kelapa. Tak kisahlah cicah apa. Cicah gula pun layan.
So, bagi melunaskan hasrat nak makan lempeng kelapa, ayu masaklah simple dish ni sendiri. hehehe
Lempeng ni ayu buat versi mudah macam mak buat. bancuhkan tepung gandum+kelapa parut+garam+air dan masak lah seperti biasa.
Sesekali layan juadah kenangan memang syiok. sok ada anak, ayu pun nak bagi dorang makan lempeng gak. Agar tak pupus ditelan zaman.heee :)
Menu : Nasi Tomato
last week lagi dah nak masak nasi tomato ni. Tapi ada je halangannya. Tambah lagi minggu lepas kesihatan ayu memang kurang memuaskan.
semalam saya masih MC akibat kurang sihat. petangnya tu macam dah sihat sikit, pelan pelan turun dapur masak nasi tomato.
Resepi ni mudah sangat. Yela.. kalau resepi guna minyak sapi, puree tomato, memang confirm tangguh lagi nasi tomato ayu sebab bahan tu tak ada kat rumah. Resepi nasi tomato ni dari Mama Mursyid.
Ayam masak merah pula ayu masak seperti biasa, dan acar timun tu ayu belasah aje. tak guna cuka sebab ayu tak berani nak bercuka cuka. Ayu ganti dengan sedikit oren sunquick+sos tomato. Buat rasa masam masam gitu. uih..sedap tau. licin habis masa berbuka. Padahal berbuka berdua je. hehe.
Agaknya pasal dah beberapa hari isteri tak masak sungguh sungguh(sebab tak sihat), nampak sangat semalam encik suami makan penuh selera, bertambah tambah beliau makan. Eeeee... sukanya saya.. hihi.. Alhamdulillah.. Ayu belum boleh pun makan banyak, sekadar hujung hujung senduk gitu. Tapi syukur sangat, tidak memuntahkan kembali apa yang di makan malam tadi.hehe
ni resepi nasi tomato tu. Ayu pastekan di sini ye mama mursyid.
Resepi dari : mama mursyid untuk 3 cawan beras, ayu masak 1 cawan lebih je. Tapi, pandai-pandailah korang agak agak ikut kesesuaian beras dan sukatan masing masing ye...
Gunakan periuk nasi letrik tuh utk menumis..
Cairkan marjerin.. Tumis empat sekawan..
Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia.. Tumis sehingga kekuningan..
Masukkan sedikit sos tomato .. Masak sekejap..
Masukkan beras yang dah ditos tadi.. Masukkan air 3 cawan..Masukkan buah tomato..
Tutup api.masak nasi macam biasa.. Bila nasi dah separuh masak, masukkan sos tomato yang selebihnya.. Kacau rata.. Dan biarkan nasi masak seperti biasa
13 July 2014
My Lil Caliph : Muntah Berdarah
Assalamualaikum.
Dah beberapa hari tak up entry baru. Keadaan kesihatan sedikit merosot. Dah beberapa hari dalam minggu lepas ayu dah rasa kurang sikit mual mabuk morning sickness. Dah boleh berpuasa dengan lancar dan baik. Selera pun macam dah maju setapak dah.
Tup tup tanpa disangka sangka. Hari rabu lepas usai berbuka puasa makan bihun, ayu muntahkan 100% yang dimakan disusuli darah di penghujung muntah. Bukan ilusi sebab encik suami pun ada sama masa muntah tu. tapi masa tu ayu relax relax je. Tak fikir banyak sangat even dah menangis tengok darah banyak.
Lepas tu, esoknya tak ada masalah apa-apa. Sampailah malam sabtu sekali lagi terjadi, bila ayu lum pun habis makan, dah termuntah dan darah makin banyak. Dah muntah, gagah jugak ratah ikan siakap 3 rasa homemade sebab tengok sedap je. Lepastu dalam 1 jam lepas tu, muntah jugak ikan tu. Dan kali ni memang jelas darahnya. Siap tekap dengan tisu darah tu supaya boleh bawa rujuk ke doctor. Maklum saja, darah banyak tu luarbiasa untuk ayu. Memang termenangis kerisauan. Sebab sepanjang morning sickness week6-13 tak pernah pulak muntah berdarah darah.
Hasil kata doktor, bahagian perut nak hala ke salur makanan tu telah koyak dan luka. Sebab tu penghasilan muntah tu ada darah. Beliau diagnose dari warna darah yang ayu bawa. Katanya, kalau darah tu hitam, luka tu dari bawah perut. Ni merah hidup, maka dari atas perut. Kata doktor, ambil masa dalam 3-4 bulan untuk pulih luka tu sepenuhnya. Dan lepas ni pemakanan sangat kena jaga. Tak boleh pedas, tak boleh banyak, tak boleh minyak. Makan yang lembut lembut je. Makan sikit tapi kerap.
Gitulah kisahnya. Ada tak apa-apa nasihat ibu ibu di luar untuk segera pulihkan luka tu. Risau gak nanti raya nak makan rendang cemana. Hehe.
10 July 2014
Menu : Roti Gulung Sosej Cheese
ni antara juadah kegemaran adik-adik ayu. Tapi tahun ni serve untuk encik suami. Nampak gaya pun kena juga di tekak beliau. Yela.. cheese leleh leleh gitu memang kegemaran ramai kan.
Mudah je side dish berbuka puasa kali ini. Kalau bukan dalam bulan ramadhan boleh juga hidangkan untuk sarapan atau minum petang.
Roti Gulung Sosej Cheese
Bahan-Bahan :
Roti Gardenia/putih
Sosej (goreng/rebus) ayu belah 2 memanjang.
Slice Cheese
Telur dikocak+garam+blackpepper (jika suka) untuk salutkan.
Cara-cara :
1- Leperkan roti putih dengan cara yang korang biasa. agar kadar keserapan minyak dapat dikurangkan.
2-Lapiskan dengan cheese dan sosej.
3-Gulungkan dan letakkan sedikit telur dihujungnya supaya lekat.
4-Celup telur dan terus goreng dengan minyak panas. Agak-agak dan keemasan boleh lah hidangkan.
Siappp...ehehe.senang kan?







