22 September 2014
Free Sample - MAM Breast Pad
Sejak kandungan memasuki fasa 6bulan ni, ayu mula dah mengisi form untuk dapatkàn sample percume berkaitan produk ibu dan anak.
Ni yang pertama ayu dapat. Rasanya tak sampai 2 weeks request dah pun sampai sample MAM breast pad beserta pamplet produk-produk mereka. Bagus team MAM ni sebab servis memberikan sample pun pantas..
Kalau ada yang nak sample free macam ni, boleh emailkan hajat anda ke :hello@mymambaby.com
Laju je dorang reply nanti. Ayu email minta sample 13/9, 22/9 dah ada dalam peti surat dah samplenya.
:)
Nanti kalau ada sample lain sampai, ayu share lagi ya.
Untuk keberkesanan MAM breast pad ni, lepas bersalin baru dapat test. :)
20 September 2014
barut gantung selesa untuk bayi
![]() |
sample |
![]() |
order dari beliau |
![]() |
barut gantung tempahan rakan |
19 September 2014
Tanda-tanda dan Rawatan Kucing Demam
Ayu share sedikit pengetahuan berdasarkan pengalaman sendiri berkecimpung dalam dunia kucing sejak kecik lagi.
haritu chok demam panas. serius.. risau.. takut chok comel ayu ni mati. yela..dia kecik lagi. masa tu baru 4bln+. Badan dia macam kecik lagi nak tahan demam tu. .
Tanda-tanda si comel bulus ni demam :
1- Kurang selera makan 2-3 hari sebelum demam. Kibbles(biskut kucing) dia tak makan, wetfood pun kurang dah.
2- Makan anak-anak pokok cili yang ayu tanam. Pelik juga, 2-3 hari sebelum demam dok tengok pokok dalam pasu togel tak berdaun. Rupenya chok makan. Biasa kucing cari rumput untuk terapi sakit dia. Kat kampung selalu je kucing-kucing makan rumput dan muntahkan semula. mungkin muntahkan bahan-bahan kotor dalam perut dia. Ayu tak marah pun chok makan pokok ayu, sebab masa tu dapat agak dah, dia mesti tak sihat...
3- Hilang terus selera makan.
4- Tidur lama sangat. Kucing memang kuat tidur ya. Mereka boleh tidur 16-18 jam sehari. Tapi masa demam haritu chok tidur dari jam 1 petang sampai 9 malam. Kan luar biasa tu..
5- Telinga sejuk. Area cuping telinga kucing akan jadi sejuk. Tanda dia demam tu.
6- Hidung kering. Kucing sihat hidung dia lembab.. kalau dia tak sihat, kering hidungnya. Mungkin sebab dehidrasi kan. Air tak mo minum, sebab tu kering je.
7- Tak mahu dipegang. Bila pegang chok, dia mengerang macam kita berkasar dengan dia. padahal dah angkat paling lembut dah. Macam dia sakit satu badan.
8- Tidur di tempat tersorok. Ya, dia tidur ntah mana-mana. Sampai mencari-cari kitorang laki bini. Selalu panggil chookkk.. dah terjogol dia dah.
![]() |
cube tengok bulu dia. masa ni demam.. lain kan? |
10- Badan dia panas sangat. Kucing badan dia memang hangat tau. tapi kalau hangat luar biasa tu, kita akan rasa lain..
![]() |
chok dalam cage masa jumpa vet. |
Rawatan :
1- Air kelapa
ni langkah pertama ayu buat. Malam dia demam tido sampai berjam jam tu, rasa badan dia memang panas sangat, terus pi mydin taman rinting bungkus air kelapa. Kasi dia minum. Even dia menolak. paksa gak. Kat kampung pun dulu gitu, xkira lah kucing ayu sakit apa, mesti mak kasi air kelapa. termasuklah kalau kucing makan racun, kalau cepat kasi air kelapa, insya allah selamat.
2- bawa ke veterinar.
kebetulan the next day tu suami ayu cuti. so, dia bawak gi vet kerajaan. Masa jumpa ke klinik tu, vet kata chok demam panas. Masukkan termometer kat anus dia, doc dapat bacaan 40 darjah celcius. Kata doc, dia demam panas. Terus kena injection. Alhamdulillah chok tak lari. cume dia mengerang marah je kata suami ayu. Chok juga diberikan ubat demam & multivitamin.
3- Kerap bagi air.
Masa ni kucing memang tak nak minum or makan. Tapi nak tak nak kena juga force feed dia. especially air. sangat perlu. sangat sangat! sekerap yang boleh ya.. ayu kasi air guna syringe. 2 jam sebelum kasi ubat demam dia, ayu force feed dia air kelapa, dan sekejap sekejap ayu syringe dia air masak.
*air kelapa jangan bagi sekali dengan ubat ya, nanti tiada effect.
![]() |
ubat demam dan multivitamin chok |
![]() |
chok dapat kad dah. |
Alhamdulillah. genap 3 hari tak makan sampai jadi melidi dan tak mengiaw manja, tiba tiba chok mendekati kami sambil ngiaw ngiaw halus. suara cam serak. Suap dia makan. Alhamdulillah dia nak. Even sikit je..
![]() |
dah mula makan. tapi nak kena suap. kurus dah dia masa ni kan. |
Setelah seminggu lebih baik demam, chok pun dah kepoh semula dan dah mula berselera kembali. Dan dah mula jugak kacau orang nak menaip sampai tertido depan pc. hehe
![]() |
sampai tido dah busuk ni. |
18 September 2014
Ayu Jual Barut Baby?
![]() |
Contoh barut fabrik flannel yang ayu jahit. |
![]() |
Fabrik flannel yang ada dalam koleksi ayu. Ni untuk belah luar barut. |
3 pcs - RM 18
6 pcs - RM 34
9 pcs - RM 50
12 pcs - RM 66
17 September 2014
Cabaran 30 Hari :Hari 17 -5 Perkara Yang Ayu Zan Rindukan
Apa yang ayu rindukan?
1- Saat bersama arwah abah.
Alfatihah buat abah ayu Mohd Zan Bin Lani.
Rasanya tak yah ulas. Nanti mengundang air mata. :(
2- Zaman duduk asrama sekolah menengah.
5 tahun weh dok asrama SMK Bandar Maharani Muar. Haruslah merindui tiap saat di sana. Kawan-kawan, surat raudatul firdaus, dewan makan mariamah, basuh baju sambil nyanyi dan macam-macam.
3- Zaman kanak-kanak
Ayu kan lasak. sangat lasak. selalu je jatuh parit la, tersungkur la, buat 'up' tayar basikal depan dan jatuh, curi-curi pinjam basikal arwah atok. hehe. ayu rindu kelasakan tu.
4- Pasar malam permatang pauh
tak ingat apa nama pasar malam dekat umah sewa masa study kat politeknik seberang perai. tapi ayu rindu nak makan kuih telinga keling yang dia buat bulat-bulat tu. hehe. pastu jual. seringgit dapat banyak wo. kat sini telinga keling dia ada 4 lobang.
5- Rindu nak tengok wayang
Dah 3 bulan lebih kot tak tengok wayang. hihi. demi menjaga tahap tumbesaran anak dalam kandungan, ayu avoid dulu gi pawagam sebab bunyi dia kuat kan. tak elok untuk baby. So, ummi dia tahan dulu. hehehe
Sekian
Suntikan ATT atau Kancing Gigi
Bagi rakan bloggers yang pernah hamil mesti tahu kan suntikan anti tetanus ni diberikan sebanyak 2x kepada yang hamik sulong macam ayu ni.
Tadi pagi ayu dapat suntikan pertama iaitu ketika 24 weeks usia kehamilan. Dan suntikan kedua pada 28 weeks nanti iaitu pada 15/10/2014.
Ayu ingat tak sakit atau mungkin mcm kena gigit semut je. Tapi... Rupenya.. Sakit ya ampun.. Ketika menaip ni dah 6 jam ambil suntikan pun masih lagi terasa kesakitannya. Kebas dan lenguh dari lengan ke jari-jari. Dan tempat suntik tu memang BERBISA.
Dan ada beberapa orang rakan yang ayu temuramah semua dok kata memang 2-3 hari sakit tak leh angkat tangan dan siap ada yang demam. Ada kawan ayu kata, time dia nak buka baju pun nak menangis tahan sakit.
Boleh sebenarnya kita menolak untuk ambil suntikan ni sebab tujuan suntikan adalah untuk elak dari jangkitan ketika proses kelahiran nanti. Sebab dulu kan orang ramai bersalin dengan bidan-bidan dengan perkakasan yang tidak dijamin kebersihannya, sebab tu lah ATT ni diwajibkan. tapi, lebih baik mencegah dari mengubati.
Wallahua'lam. Terpulang pada diri masing2 nak ambil suntikan ATT ke tidak..
Boleh rujuk blog dr Zubaidi untuk penjelasan lanjut.
Nota : Hopefully cepatlah ok tangan ni. Nak drive pun lenguh semacam dah tadi.
16 September 2014
Cabaran 30 Hari :Hari 16 -Siapa,Bagaimana Ayu Zan 10 Tahun Lagi
ayu 10 tahun lagi?
insya allah..
ketika itu,
- ayu berusia 35 tahun.
- dah dapat kot rumah idaman.
- makin kukuh perniagaan Ayu Zan Gallery
- mungkin masa tu dah ada anak 2 atau 3. hehee