Assalamualaikum. Salam jumaat penuh barakah.
Yang hebat dan agung di mesir ape lagi kalau bukan kubur firaun. Piramid Giza dan Sphinx.
Tapi personally, yang lebih menarik-narik saya nak melawat Mesir ialah sejak saya tahu makam imam besar mazhab yang majoriti masyarakat Malaysia ikuti (Shafie) ada di celah negara Mesir itu.
Hasil bacaan saya dari majalah i isu januari 2013, saya terasa begitu terkilan kerana masyarakat mesir pandang sepi kat makam imam besar ini. Mana tidaknya, yang menjadi keagungan mereka tentulah mazhab hanafi ikutan mereka. Tapi, membaca tentang keadaan persekitaran makam yang terbiar itu agak menyedihkan saya. Kalau terus-terusan begitu, ia akan memudarkan cerita perjuangan beliau dalam pembangunan Islam.
So, kalau kalian ke Mesir, pilihan di tangan anda.
Kubur firaun lambang pengajaran.
Makam imam shafie lambang kebenaran.
Love,
Ayu zan
No comments:
Post a Comment