di entry bulan lepas, Bunga Tangan Hadiah Konvo yang ayu buat sebagai hadiah ada blogger request tutorial.
komen dari blogger leeza |
Ayu nak siapkan bunga tangan penuh punya tutorial mungkin tak ada kesempatan sebanyak itu, jadi, ayu sediakan tutorial bunga nya yang biasa orang call it bunga Yoyo. Boleh jadi brooch, bunga telur atau Untuk nak buat bunga tangan tu, just need to combine all dan balut batang dia.
Bunga Yoyo ni ada 2 cara(yang ayu tahu) tapi ayu gemar guna cara ini sebab hasil kedut-kedut kain nampak lebih gojes dan cun. :)
Jom try!
step 1-5 |
1- sediakan 2 kain yang berbeza warna (ikut kesukaan ya) dengan 2 ukuran segi empat tepat yang berbeza. 1 kecil, 1 besar. untuk kali ni ayu gunakan ukuran :
- 8" x 2" & 12" x 3"
2- Lipat dua (bahagian terbalik) dan jahit di bahagian yang perlu disambungkan. Boleh guna mesin jahit kalau jahit banyak-banyak. Jahit kemas ya.. jelujur je. Ending dia matikan dengan jahitan kia(atau jahit je 2x untuk matikan dia.
3- Terbalikkan kain yang dijahit tadi dan lipat ke dalam. Erk..bole faham? Sambungkan dan jelujur lagi (sama besar jarak jahit ya).
4-Jahit sampai habis.
5- Tarik benang yang dah siap di jelujur tadi. Tarik sampai tengah-tengah dia bercantum. dan matikan jahitan agar tak terburai bunga tu.
step 6- 9 |
7- Masukkan dawai halus kat button atau manik besar.
8- Masukkan dawai di tengahtengah lubang jahitan bunga tadi. buat untuk dua bunga tadi. dan gam bunga ke bunga tu sikit kat tengah kalau korang takut bunga korang gugur. hehe. gam sikit kat tenga tu agar manik tu lekat kat bunga gak. Pakai uhu je.
9- Taraa.. siap dah. Sambungkan dawai tadi ke lidi, dan balut la guna pelilit putih. Untuk hiasan, boleh ikat dawai pada reben dan sambung sekali lilit.
maka, jadilah bunga telur. hehe..
harapnya boleh faham tutorial simple ni. Kalau ada kurang jelas, boleh tanya ya...
kalau nak order pun boleh. Tapi order bermula Januari 2014 ya. boleh emel : ayuzan@hotmail.com
saya ambil tempahan bunga tangan fabrik seperti di sini link link.
ORDER BUNGA TANGAN DI BUKA :
Bunga satin/cotton 2 warna
saiz S 12 kuntum bunga : RM 45 sahaja
saiz M 18 kuntum bunga : RM 55 sahaja
saiz L 24 kuntum bunga : RM 70 sahaja
10 comments:
cantikla Ayu.. nanti ada masa nak cuba buat jugak lah.. :D
cantikla Ayu.. nanti ada masa nak cuba buat jugak lah.. :D
Cantik..cantik...suka tgk...huhu
kreatif nye ayu..boleh jadi income ni.. ;)
comel2.. nanti leh try..
masa kecik pernah buat cara ni untuk buat alas serbaguna ...cantum cantum sampai besar...heee
cantik..tak rugi kalau try buat nie
Cantik.. klu suruh sy buat, smpi bilapun x kan siap ni huhu..
Menabung churp2 sini.. :D
comelnya ayu buat.. kalau berkelapangan boleh akak cuba ikut step yang ayu ajar ni.. terima kasih sharing.. :D
Salam ayu.. maaf sis baru berkesempatan baca blog.. tq byk2 sbb buat toturial ni.. sgt2 bermanfaat.. tq:)
Post a Comment