Assalamualaikum
sejak anak memasuki usia aktif ni, memang ayu sangat sangatlah jarang berblogging, tapi hajat hati memang nak sangat sharing homeschooling info yang sikit sikit ni.
kali ni ayu sharing simple activity with minimum budget untuk meransang mata dan minda anak kecil kita.
sesuai untuk baby sekitar 6bulan ke atas.
sensory bag |
bangun pagi ummi terus sajikan ini. hahahha |
bahan-bahan yang diperlukan :
- 1 paket gel rambut murah (kos sekitar rm2- rm3)
- 1 keping zipper file (kos sekitar rm2-rm4)
- 1 set stiker yang timbul (kos rm 2 di mr diy) boleh guna sticker yang sesuai.
tak sampai rm10 kan kosnya..
simple je, gunting sticker tanpa membuka lapisan lekat tu, dan susun dalam fail. Setelah itu, pelan pelan masukkan gel rambut ke dalam fail. Lepastu, kalau boleh seal guna ducktape supaya tak bocor keluar.
cara main?
- boleh letak depan anak, tengok apa dia buat dgn benda ni. sebab imaginasi budak budak ni lain macam.
- boleh buat sesi bercerita, kenalkan benda benda dalam bag file tu.
- gerak gerakkan ikan atau bahan dalamnya supaya anak tertarik
tahan ke tak?
alhamdulillah, setakat dah sebulan lebih ni masih tahan dan boleh digunakan lagi. bergantung pada kelasakan kot. kalau ditusuk benda tajam, insya allah tak tahan.hehe
Alhamdulillah amani suka usaha kecil ummi.
selamat mencuba kekawan.
nak tahu lebih mengenai homeschooling?
jom join group Homeschooling Genius Syurga
TERSANGAT BESAR MANFAATNYA...
2 comments:
Wah..Menarik nih..Boleh buat utk Ammar nnt..huhu
Dok cri bag plastik tu x jmpa2 la pula.. Smpai ke sudah sumpan je bhan lain. Hehe
Post a Comment