dah lama nak makan cheese-cheese ni.
Malam tadi lepas magrib ayu dok bersilat di dapur. Bukan masak dinner tau.. Tapi, buat cheesekut.
alkisah nak pukul cream cheese.. Katanya boleh blend cream cheese guna blender. ayu pun try. Sudahnya blender tak mengisar pun cream cheese ayu. Kira, cream cheese tu tak bergerak pun dalam blender. Akhirnya terpaksa keluarkan mixer yang baru 1 kali guna tu dari kotak. Malas nak guna sebab rasa leceh nak simpan semula.hehe
Yang lawak lagi 1 hal, masa on mixer tu. terperciklah cream cheese yang sedap dan mahal tu ke sekelilingnya termasuk muka sendiri. hahahaha.. nampak sangat tak reti guna mixer kan.
tapi setelah berpenat lelah di dapur, akhirnya siap juga cheesekut yang enak tu. tapi dah potong cam selekeh sikit. hahaha..
| sila sila sila rasa.. |
bahan : Cream Cheese 250gm, Susu Pekat Manis 1/2 tin, Fresh Milk dan biskut cream cracker.
Pukul Cream Cheese 250gm hingga kembang (lembut)
masukkan susu pekat manis suku tin-1/2 tin. (ikut suka korang) dan pukul lagi.
masukkan 2-3 sudu fresh milk untuk cairkan sikit adunan.
sediakan 1 mangkuk fresh milk. Celup biskut cream cracker ke dalam susu tadi sesaat. dan susun dalam bekas. kemudian, lapiskan dengan bancuhan cheese tadi.. dan ulang proses hingga biskut dan cheese habis.. topping atas haruslah cheese tadi dan ayu tabur milo.. hehe..konon macam ekslusif sikit lah.
setelah siap, masuk dalam fridge. Tunggu keras sikit sebelum potong.
untuk maklumat lanjut sila ke blog :Life 101
Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan