09 February 2014

"Giveaway 5 Hari je"

Assalamualaikum

KLIK BANNER UTK JOIN

merajinkan diri join GA ni sebab nampak comel je hadiah notebook dia. hihi

HADIAH :

notebook bear & rabbit je * bukan laptop tu ye *

DIY : Apron

Assalamualaikum


Balik haritu buatkan mak apron masa cuti di kampung. Ada kain lebih lebih banyak kan. Cume kain tu nipis, jadi ayu double dua layer.. 1st try sebenarnya. Senget benget menjahit.

apron untuk mak.

Nanti nak buat untuk diri sendiri pulak.hehe. Bole je beli kan..tak mahal pun. Tapi kepuasan bila dapat DIY even hasilnya bukan booomm sgt pun. hehe

Takaful Pilihan Anda

Assalamualaikum.

Takaful ni sejenis perlindungan dalam islam. Sama konsep macam insurans juga cuma beza nya sistem takaful ni islamic. Jadi telus dan halal. Ayu secara peribadi memilih takaful berbanding insurans. Yelah, kita wajib pilih yang syariah selagi mana mampu, kecuali Malaysia ni tak ada sistem perlindungan berbentuk syari'e ni. Kata Islam, ayuh sokong Islamic product & service. :)

Baru-baru ni ayu didatangi oleh beberapa sahabat yang masing-masing dok promote produk mereka. Semua dari TAKAFUL. Ada yang TAKAFUL MALAYSIA, ETIQA TAKAFUL dan juga baru-baru ni Great Eastern Takaful pula yang dikatakan mendapat award best operator takaful.

Ayu belum buat pilihan. Guna PM care company suami je kot buat masa ni. Dan guna klinik kerajaan je dulu. Ayu tahu, takaful ni keperluan. Memang nak pun. tapi pilih-pilih lagi. Yang murah(kira mampu lah), berbaloi, syarie' dan juga yakin tidak meragukan.

Buat masa ni ayu yakin dengan TAKAFUL MALAYSIA sebab buat research sikit pasal takaful ni, takaful malaysia katanya 1st takaful in Malaysia dan adalah juga gaya hujah promoter sahabat tu yang buat yakin sikit dan MAMPU bayar. ihhihih

Ape pulak kata korang? Share sikit kat ayu. Menambah info sedia ada ini..

07 February 2014

E-Day Adik Ipar

Assalamualaikum.

last week masa cuti CNY, ayu balik muar 4 hari. 2 hari kan ayu fulltime kat rumah MIL. hehe.. even ada gak curi tulang gi dating kejap hihihi.

Kitorang sponsor kek hantaran untuk adik ipar. Macam biasa lah, ayu tempah kat favorite Fiqah Rich Cake a.k.a Kak Yun. 

Kalau yang dok sekitar Muar boleh sangat order. Murah ok. Sedap lak tu. Kek tunang ni request oleh orang yang nak bertunang tu sendiri. Dia nak perisa cekolat, maka nya akak ipar order lah. hihi. Lupa lah topper dia tu pakai apa, tapi bukan fondant yang pasti.. nampak cam keras, tapi sebenarnya krim tu. hehe

ni kek dia.

Dulu masa birthday mak & adik, ayu beli situ gak. entry di sini. Kalau kek birthday lebih murah dari kek kawin/tunang tu sebab pakai fresh krim. Fresh krim sedap, yang tak sedap tu icing tu.

repost gambar lama

Ni pulak kek nikah hantaran ayu. Siap free delivery dan free 6 biji cupcake lagi haritu. Free 6 biji cupcake tu kira hadiah kawin dari kak yun lah. Sedap hokey. Tapi gambar cupcakenya tak ambil pulak. Maklum..bz sangat.

kek hantaran nikah kite. :)

eh macam lari tajuk je kan, hihi.. tak pe tak pe, promote kek kawan. hihi. Yang baik,murah,sedap...kita share lah sama-sama.

di apit abang dan akak ipar
Ni ajelah kot gambar kitorang sama-sama. Ayu dan zam bz sangat on that day. haha. Tulang belakang katakan. hihihi.

DIY : Baju Tidur Untuk Adik

Assalamualaikum

Mak kasi ayu kain-kain masa balik haritu. Mula-mula macam nak patch kan dan buat selimut ke.. comforter ke.. (eh eh..macam reti je). tapi memandangkan kain tu macam lawa je buat baju. Ayu buatlah baju tidur untuk adik ayu. Entah muat ke tidak. Macam kecik je tang badan tu. Ayu buat dolman je. Dolman tu yang tak ada pisah kan lengan dan badan baju, potong sambung terus je. Senang. hihihi

Tadi whatsapp ngan adik. Ape lagi, tak sabar lah beliau nak baju tu. haha

DIY baju tido adik.

Sunset di Tanjung Emas Muar

Assalamualaikum

ehem. tak habis story lagi mengenai aktiviti masa cuti CNY. hihi

dalam pada ayu dan suami sibuk di rumah MIL sebab adik suami bertunang, suami sempat ajak curi tulang gi berdating di tg emas. Biasanya sape dok muar atau sekitarnya mesti tahu tempat ni kan? Tanjung Ketapang tempat monyet, tanjung emas tempat bersiar-siar. Ayu gi tempat yang tak ada penghadang tu, area sebelah masjid besar tu. Ingat nak tengok sunset, tapi malas pulak nak sampai ke magrib.

tepi sungai muar.

batu batu. air surut ketika ni

budak budak ramai

best!

Masa ayu gi ni waktu petang-petang dalam kul 6. Ramai betul orang jam tu. Mungkin sebab ramai cuti CNY.

dating kejap. hihi

Lepas dating tu, sempat menyinggah ke rumah mak ayu jap, lepas magrib gerak balik rumah MIL.. Maklumlah, kite Muar, Suami kat serom, Ledang je. Bonus disitu. hehe

Menu : Kuih Lapis

Assalamualaikum

dah lama sebenarnya nak buat kek lapis ni. Tapi bertangguh-tangguh. Semalam, terus buat. sebab adik lelaki saya ada, so, ramai sikit tolong makan.ehehe

Ayu share resepi simple ni ya

Bahan-bahan :

  • Tepung beras 1 cawan
  • tepung gandum 1/2 cawan
  • tepung jagung 2 sudu (xde pun ok je)
  • 3/4 cawan gula pasir (ayu guna 1/2 cawan je)
  • 3/4 sudu teh garam
  • pewarna/sirap ros (ayu guna sirap ros, kalau pewarna kosong je rasa)
  • santan pekat 1 cawan (ayu guna santan kotak 1 cwn)
  • air 3 cawan.


cara-cara :
Panaskan air dalam kukus. Blend tepung,garam,santan,air.Kemudian asingkan pada 2 bahagian, 1 bahagian diwarnakan merah. 1 bahagian boleh gak kalau nak kaler lain. Sediakan loyang yang disapu minyak, lapiskan lapisan pertama dengan putih dan masak 3-5 minit dengan api besar. Lapis kaler merah dan masak 3-5 minit. Lapiskan hingga selesai. Dah siap, sejukkan dulu baru potong. :)

kuih lapis yang senang

Hidangkan dengan air teh o dipetang hari.. haha.. suami ayu kata dia tak suka kuih lapis, tapi tengok laju je makan. konfius kejap. (*_-) kuih ayu leper je sebab loyang nya besar. kena beli loyang kecik la pasni.heehehe