29 January 2014

Testimoni Pelanggan Tasbih

Assalamualaikum

Semalam kat entri ini, ayu cakap nak share testimoni pelanggan tasbih kan. So, ayu share beberapa ya.. :)
alhamdulillah. :)
Customer ni beli banyak for her wedding... Syukur beliau sukakannya..

sempat pun.. syukur.. :)

Customer di atas ni dia order 1 minggu sebelum nak guna. Untuk aqiqah baby dia. Last minit sangat-sangat. Tapi, kalau just order tasbih without packaging doorgift, pasti sempatlah. Sebab boleh terus pos. :) jadi, lepas cuti CNY ni, sesiapa yg rasa tinggal 1 minggu nak majlis, masih sempat lg order. 

order 600 :)

Customer yang ni pulak, asalnya beliau order 10 pcs sahaja sebab nak cek kualiti tasbih katanya. Then, keesokkan harinya bila dah tengok tasbih mini pesona tu,alhamdulillah terus add order lagi 590 pcs untuk majlis walimah beliau. :) In Sha Allah tak kecewa dengan kualiti dan kecantikan tasbih tu. :) 

Kalau ada yang minat, nak beli tasbih sahaja secara borong atau nak beli yang siap di pack doorgift, just PM ayu. 

Ayu.
call/sms : 0103787836
email : ayuzan@hotmail.com

28 January 2014

DIY Nikah : Gubahan Coklat Hantaran

Assalamualaikum

Ayu ingat tak de ape dah nak share mengenai DIY nikah haritu. Tapi memandangkan ramai yang google tersangkut kat blog ayu mencari gubahan coklat hantaran. Gambar hantaran ayu share haritu agak kabur dan tak jelas. (memang sangat tak nampak).

Agak ayu dah lebih 5x dah cume ayu je tak sempat nak review.



So, ni ayu share ya, simple je dari ayu.  Just main pacak-pacak bungkusan beg coklat tu. dan cari bakul comel, kemudian isi penuh coklat kecil cadbury + choclairs. (actualy, bawah dia ayu isi kertas, sebab , bakul tu dah isi 2 kotak coklat kecil+choclairs pun tak mahu penuh juga. Agar nampak penuh ayu letak la kertas carik-carik belah dalam dia. hahaa. (harap jangan ada yang follow)


Yang bawah ni dari pihak lelaki. Yang ni cun. Suka ayu.. beli 1 bakul dan hias ikut tema, sumbat je banyak-banyak gula dan coklat. Muai sangat. sebab diorang kasi gula-gula tu banyak sangat-sangat. Puas ayu agih pada sedar mara. hehe. Suami kata, ni mak saudara beliau sponsor. 


Di harap 2 jenis gubahan ni dapat bantu para b2b yang sedang menggali idea tu. :)

Bisnes Doorgift Tasbih

Assalamualakum

Just nak sharing dengan rakan bloggers, ayu telah hampir 1 bulan lebih meniaga Tasbih sebagai doorgift secara borong.

Bertitik tolak dari semangat nak jadikan doorgift majlis nikah ayu dulu tasbih, ayu telah menjadikannya salah satu cabang bisnes kecil ayu.

Alhamdulillah.. Sambutan amat menggalakkan daripada pelanggan. Ayu dapat harga rendah, jadi ayu jual harga rendah lah ya. :)

Ada banyak jenis tasbih yang ada dalam koleksi stok ayu sekarang. Tapi, antara yang laju dan mendapat sambutan ialah 2 jenis ini :

Tasbih Mini Pesona

Tasbih Kayu Bermanik


Mungkin kerana designnya menarik dan juga harganya yang rendah, RM 1.XX mereka sudah boleh memilikinya, sebab tu ramai yang memilih jenis ini. Yelah, nak kasi doorgift ni sesuai yang comel,cantik, murah namun tetap ada manfaat.

kurang 100pcs : RM 1.80/pc + poslaju semenanjung RM6/ ss RM10

borong : percuma poslaju semenanjung
100-299 pcs : RM 1.50
300-499 pcs : RM 1.40
500-699 pcs : RM 1.30
700-899 pcs : RM 1.20
900+ : RM 1.00
1500+ : RM 0.90

Ada juga jenis tasbih digital. In sha Allah jauh lebih murah dari harga pasaran. Kalau kat luar tasbih digital ayu pernah beli dulu RM 5 paling murah. Tapi, kalini, ayu dapat jual dengan harga RM2.XX sahaja.


Pembungkusan Tasbih

Berdasarkan permintaan yang nak siap bungkuskan doorgift mereka, ayu sediakan 2 jenis packaging iaitu pack jimat dan pack uncang. Harga tasbih kena tambah sikit upah untuk pack. Ayu just pilih pembungkusan yang bermodal rendah agar dapat kekalkan tagline JIMAT tu. :) Lagipun jimat tak mesti tak cantik kan?



Nanti ayu share beberapa testimonial pembeli-pembeli ayu ya.. :)

Kalau ada yang berminat nak order, boleh berurusan terus dengan ayu :

Ayu.
call/sms : 0103787836
email : ayuzan@hotmail.com

27 January 2014

Risalah Hati

Assalamualaikum.

Ayu adalah salah seorang antara beribu pembaca & peminat novel fiqh, novel tarbiyyah, novel islami hasil karya Ustazah Fatimah Syarha.. Beliau study sarjana fiqh, jadi bila membaca karya berlandaskan ilmu dan kepakaran beliau, saya jadi suka dan yakin.

Sebelum ni pernah baca karya beliau, antara yang saya gemari Syabab Musafir Kasih, Sebarkan Cinta-Mu, Tautan Hati dan terbaru yang saya beli, Risalah hati. Risalah hati ni cebisan dari novel Aku Ada Wali (di dramakan di TV ALHIJRAH sekarang).

Dalam risalah ini, hanya tertumpu mengenai fiqh sekitar majlis pernikahan dan walimah.

Ayu membelinya ketika hampir-hampir nak nikah haritu. Itupun selepas ayu ber'private message' dengan ustazah fatimah mengenai isu inai. Mahu tahu fiqh berkaitan agar dapat ayu sempat betulkan yang salah dan tinggalkan mana yang tak perlu.. Isu fiqh memang banyak khilaf ulama, contoh isu seperti : wanita haid, boleh atau tidak masuk ke masjid? dalam buku ni kupas kedua-duanya. Memang khilaf ulama, ada yang kata boleh, dan ada yang kata tidak. Ayu mahu tahu secara dalam isu-isu fiqh ni agar tak kira khilaf mana pun yang ayu pegang, ayu tahu hujah dan ayu tahu dalil mana ayu pegang. Sebab, bila kita tahu, kita jadi yakin. :)

Banyak lagi isu dalam ni, contoh, ayu kan masa nikah ada cadang nak DIY pelamin kan (insyaallah recylce masa walimah juga)? dalam buku ini juga ada ceritakan si Qaniah Syumaila (watak utama) membuat mini pelamin beliau sendiri. :) Hukumnya HARUS selagi mana tiada unsur kesombongan, sekadar menjadikan memori & tempat memperkenalkan pengantin serta pengantin tidak membuka aurat. Jadi, tidak salah pun. Asalkan pengantin tak jadi 'ayam' ditabur beras. :)

macam-macam isu lagi seperti nasyid ketika walimah, kompang, sampul duit ketika salam, isu  mahar MUDAH atau murah dan macam-macam lagi isu fiqh yang seharusnya kita ketahui agar tidak tersalah tafsir.

risalah hati milik saya
Saya suka fenomena yang cuba diterapkan agar mengambil 'kesederhanaan' dalam urusan. Contoh ayu bagi : Walimah bukan hambar macam majlis kematian, bukan juga berdesing dengar orang karoke tapi memilih nasyid tanda syukur sebagai hiburan di hari bahagia. Nah! Islam itu membahagiakan. Bukan kejam sangat sampai hambar atau over sangat sampai tetamu nak berbual pun kena menjerit (karaoke kuat sangat), tapi hiburannya menyejukkan hati.

Untuk yang bakal bernikah, berwalimah atau ibu-bapa yang anaknya bakal nikah, risalah hati boleh jadikan sebagai kit menarik untuk bekalan anda. :)

Nak tau lebih, kena beli lah ya. RM 18 siap postage. Ayu pun beli online di sini : Sebarkan Bahagia Online

:) Just sharing.

26 January 2014

Gitar

Assalamualaikum

harini
saje nak tepek gambar.

gitar biru itu

gambar ni bahagian bawah gitar suami ayu.
gitar kapok ni berusia kira-kira 6 tahun dah sekarang. Dibeli oleh beliau masa study di Matrikulasi N9 lagi.

27 Januari
first time menyambut ulangtahun kelahiran sebagai seorang isteri kepada dia.

ucapan untuk diri sendiri :
Semoga Allah memberi peluang kepada ayu menjadikan medan rumahtangga sebagai jambatan menuju ke syurga.

:)

25 January 2014

Gambar Nikah Dari OP


assalamualaikum

Semalam ayu jumpa dengan sepupu merangkap OP ayu namanya Rasul. Haritu hired dia untuk ambil gambar nikah. Ramai sedara cakap gambar dia bagus. Tak amik apa-apa pakej, just guna khidmat fotografi beliau untuk ambil gambar dan masuk dalam hardisk je. Tapi serius tak nyesal pilih beliau sebab beliau seorang OP yang rajin. :)

Ayu memang plan nak printing sendiri. Sebab, ingat nak combine sekali dengan gambar walimah nanti.

So, ayu share sikit-sikit lah ye gambar nikah ayu. Just a simple kenduri among sedara mara terdekat sahaja. Simple pelamin DIY tu just untuk prop amik gambar je. hihi. In sha allah nanti walimah pun bakal jd prop amik gambar lg. cume mungkin nak modified sikit warna dan jadikan besar.

Jom layann.. Gambar bawah ni semua tak edit pape lagi. Tapi, da ok kot. hihi.


my wali. Adik lelaki saya. Sejuk tangan dia kalah pengantin.hehe
Aku terima nikah. Baju putih songkok haji tu saksi nikah ayu merangkap guru ngaji ayu. Dan baju hijau tu sorang lagi saksi.
sesi sarung cincin
serah mas kahwin.

we are husband & wife
orang penting dalam hidup kami. MOM, MIL, FIL. Redha kalian kami syukuri.... 

cinta hati saya. adik beradik dan mak tersayang.

ayu suka photo ni. so candid. Tu nama dia alamul huda, anak sulung kawan sebelah ayu tu. kerja dia malam tu adalah berlari. hihihi... comel gila sikecik tu. 

Kat atas ni 7/9 adalah classmate/schoolmate masa sekolah menengah. Ayu memang invite sikit je. Sebab lain-lain in sha allah walimah baru undang. Kawan ayu, kawan suami juga. Kami kan classmate dulu dulu. haha.

adik beradik mak.

ntah bila gambar ni

unexpected! tiba-tiba ada kek. haha

muka ayu? muahahahha.. pelik disitu.

Okay.. sekian. :) 

22 January 2014

Menu : Bubur Ayam Mudah

Assalamualaikum.

Bubur-bubur ni biasa orang sakit je makan. Hehehe.. Tapi, personally, ayu suka makan bubur, especially bubur ayam ni. Dan, kebetulan ada lah haritu encik abang tu ada mata ikan dalam mulut, tak berapa boleh nak kunyah-kunyah, jadi ayu pun masakkan lah bubur untuk beliau.

bubur ayam ala mcD
bubur ayam ayu

simple je bubur ni. tapi, personally ayu suka. sebab ada rasa ayam kan. Tak lah boring rasa kosong je kalau orang sakit makan..

bahan :

  • beras-ayu masak 3 genggam
  • ayam-cincang
  • lobak-dadu
  • bawang merah+putih+halia - ditumbuk
  • sup bunjut / rempah tumis
  • sedikit rempah sup


cara-caranya :

  • Panaskan sikit minyak, masukkan rempah tumis, bahan tumbuk dan rempah sup.
  • Masukkan ayam, dan lobak. 
  • Masukkan air dan masak hingga didih dan ayam masak. (jadi sup ayam)
  • Basuh beras, dan masukkan sup ayam tadi dan masak bubur seperti biasa dan jangan lupa perasakan dengan garam. :)
  • Hidangkan dengan serbuk lada hitam dan daun sup.

Nyum Nyum!!

nota : senang cakap, masak sup ayam dan masak bubur guna sup tu. hehehe. Ni cara ayu ya, mungkin korang ada cara yang lebih baik dan sedap. Selamat mencuba.... :)