setiap orang ada wishlist kan? tak kiralah berbentuk harapan ataupun barangan mahupun tempat nak dituju.
ini antara wishlist ayu..
1- Nak tunaikan haji dan umrah. Rasa bertuah andai jadi tetamu Allah.
2- Nak jadi isteri dan ibu yang terbaik buat suami dan bakal anak-anak. Jadi isteri solehah.. dan jadi syurga buat anak-anak. Syurga anak adalah ibu. Syurga isteri pula adalah suami.. tak gitu?
3- Nak setup Ayu Zan Gallery secara realiti. Sebab sekarang ayu niaga dari rumah secara online sahaja. Orang lagi yakin dengan kedai realiti kan?
4- Nak ada rumah sendiri. Sebab sekarang menyewa kuarters. Rasanya lebih selesa dapat hidup berkeluarga membesarkan anak-anak di ruang rumah yang lebih selesa. Kalau boleh nak yang atas tanah. Sebab sekarang menyewa kuarters ni dok tingkat 3 kan..rasanya lebih selesa sampai rumah, bukak pagar dah boleh masuk rumah. :)
5- Nak ada DSLR. hihi. :)
Ok jom tengok entri-entri berkaitan cabaran ini
Entri Cabaran 30 Hari :
4 - Buku Kegemaran
1 comment:
semoga tercapai ye..
Post a Comment