Assalamualaikum
Tiba kita di cabaran hari ke-8 iaitu 5 lagu cinta kegemaran ayu zan.
Ayu ni bab muzik memang fail sikit. Jarang dengar lagu kecuali masuk kereta buka radio. Bab lagu ni biasa serah kat encik suami sebab beliau dari zaman belajar dok petik gitar. Jadi haruslah biasa dengan pelbagai genre lagu.
Tapi sejak dah kawin dengan beliau selalu gak jamming kat rumah. Amboii.. Siap jamming. hehe. tak lah.. Dia petik gitar.. Ayu jadi penyanyinya.. Pastu rakam..dan dengar sendiri dan gelak sama-sama. Tak upload kat youtube pun, karang glamor sangat pulak laki bini sebab suara penyanyinya macam suara kanak-kanak rebina.hihihi
Tapi ayu sahut juga cabaran ni dengan perkongsian 5 lagu yang ayu terkesan.hehe
1- Arjuna Beta - Fynn Jamal
Eh. Ni lagu cinta ke? Yesss.. For me, arjuna beta ni lagu cinta ibu pada anaknya. Bukankah cinta ibu tu teragung setelah cinta Allah dan Rasul? Sangat terkesan dengan muzik dan liriknya even masa tu 1st time dengar. Sekarang ni lah ringtone kalau orang call.hehe
2- Restu Cinta - Taleeb Mizad
Lagu ni kira-kira last year baru mula terjebak. Taleeb ni asalnya budak you tube yang suka buat cover lagu-lagu. Dikenalkan oleh suami sebab taleeb ni sama study dengan beliau di Matrikulasi & UTM. terjerat dengan lagu Restu Cinta yang aku kira bergenre pop (mungkin). Lagu ni berkisar cinta halal antara suami isteri. Faham memahami dan sayang menyayangi.
3- Lucky - Jason Mraz
Eh. Season dah lagu ni ye dok? Ya.. Tapi ayu minat. Sebab lirik dia kot. Lucky Im in love with my best friend la..laaa..laa..
Dan sebab lagu tu membuai perasaan ayu kot haha. Cit!
4- Marry You - Bruno Mars
Lagu ni pun ayu suka. Suka. Suka. Hihi. Pernah jadi ringtone ok. Hihi. Classic gitu.hihi
5- Dengarlah Bintang Hatiku - De meises
Lagu ni ayu suka sebab selalu perasan suami nyanyikan untuk ayu. Yela.. Aku la kan 'bintang hati dia' dalam lagu tu. Hihi. Sebab suami selalu petik gitar dan nyanyi lagu ni. 2,3 hari sekali paling tidak. Hihi. Suka betul dia lagu ni. Pastu jebakkan diri ayu kat lagu tu juga. Hihi.
Sekian. Tu aje perkongsian ayu. :)
#KBBA
#Cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari
#kelabbloggerbenashaari
Entri Cabaran 30 Hari :
4 - Buku Kegemaran
3 comments:
bestnya
wah comel gitu suami isteri nnyayi..hihih
alamak.,.lucky ngan marry you je penah dengar..yg lain belum lagi.. hehe... chaiyokk ayu. lagi 21 hari... ! :D
Post a Comment