sekarang di cabaran hari ke-3.
#cabaran30hari
#kelabbloggerbenashaari
sebelum ayu bergelar isteri, family sumber kekuatan ayu.
![]() |
bersama mak di hari pernikahan ayu |
Masa tu terasa mahu berhenti belajar. Terasa tak mahu balik ke Penang meninggalkan mak dan adik-adik di Muar Johor. Tapi berkat nasihat dan doa mak serta bantuan dari sesetengah insan ayu menyambung juga baki-baki semester akhir tu. Impian nak sambung degree tu ayu padamkan sebab ayu rasa ayu lebih diperlukan oleh mak untuk bantu beliau. Dan sehingga hari ni pun ayu tak kesal pun tak dapat apa yang ayu nak ketika itu. Sebab kemenangan hidup ni bukan ukurannya pada tinggi mana belajar kan? Tapi ayu terasa 'menang' dapat berbakti walaupun sedikit kepada mak dan adik-adik.
![]() |
dengan cinta hati di hari raya haritu :) |
Sekarang ayu dah 9 bulan bergelar isteri. Dan sumber kekuatan tu bertambah iaitu suami dan anak yang akan lahir... Suami tetap syurga bagi seorang isteri. dan anak yang ayu kandung sekarang ni harta ayu dunia akhirat. Saat-saat sukar dan gembira sepanjang kehamilan ni buat ayu bertambah kuat walaupun kadang-kadang tertumpah air mata bila dok ngadu-ngadu kat suami. hihihi. "Nak jadi ummi kena kuat kan?" ingat lagi kata suami ayu memujuk. Haah kan.. kena kuat sebab nak dapat 'anugerah' Allah ni bukan mudah ye tak? Semoga dapat anak soleh solehah yang bakal doakan ibu ayahnya sentiasa...
:)
Entri berkaitan :
8 comments:
tersentuh hati mama baca.. teringat masa kita jumpa dulu..
Masa dpt tajuk hari ke3 ni, ayu trus ingat saat sukar tu mama.. :) thats make me strong.
Hehe.. Lama dah xjmpa mama..
Nak nangis baca.. 😂
Ya...pcl baca dgn serius ni, memahami kekuatan seorang wanita, ibu segalanya. Kekuatan ini akan berterusan diwariskan kpd generasi mendatang.
Xmo nangis diya.. :)
Tq pcl sbb sudi baca bebelan panjang ni.hehe. moga2 begitulah...
tiba2 rasa sebab baca coretan ayu ni.. yela, kekuatan kita tu kdng2 bkan dari diri kita sndiri kan. tapi dari family yang paling dekat..
Ayu kuat...congrats mom to be... Jemput ziarah blog sy
www.hanasihat.blogspot.com
Post a Comment