07 January 2013

Tudung Labuh

Assalamualaikum.

Tajuk gempak kan.haha.

Begini kisahnya. Sy bukanlah kategori muslimah hebat yang bertudung labuh dan berniqab tu.

Saya sekadar memenuhi syariat pemakaian wanita muslimah dengan melabuhkan tudung agar menutup yang sepatutnya.

Dan

Tatkala melakukan kebaikan pelbagai suara tak enak menerjah cuping telinga.

Ada yang kata

"ko ni ayu, da nak jadi ustazah ke ape" kata si lelaki.

"tudung macam ko ni, ustazah je pakai"

Mulut tersenyum.

Dalam hati berkata.
"ustazah je ke yang kena tutup aurat?"

Begitulah manusia.tak senang melihat kebaikan. Kadangkala menggugah keyakinan sy untuk melaksanakan tuntutan apabila banyak mulut mengata.

Terima kasih buat yang menyokong.
Meneguhkan kembali matlamat utama saya menitik beratkan isu aurat dalam diri.

Pandangan Allah yang diutamakan.

Masya Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

No comments: