11 November 2014

pregnancy : Tekanan Darah Semasa Hamil

Assalamualaikum

Berat naik mencanak. Biasalah. Dapat arahan repeat minum air gula 17/11 ni. Pasrah jela.hehe

Dan susulan dari tu, ayu kena gi KD dua hari sekali untuk amik bacaan BP. Sebab doc takut kena darah tinggi.

Tapi lain lak detectnya. Since hari ahad lepas. Tekanan darah ayu yang previously normal... Jadi merundum.

7/11 : 109/63
9/11 : 94/59 (masa ni rasa melayang badan)
11/11 : 95/76 (masa ni pun rasa melayang)

Misi cakap.. Tekanan rendah sikit. Selalunya amik bacaan bp dlm range 110/80. Tapi dis week nampaknya turun pulak.

Misi cakap.. Biasa kes gini kena refer ke doc. Tapi appoiment ayu next week untuk jumpa doc. So,next week kite dengar apa kata doc.

Lately memang badan rasa semacam. Kekadang rasa melayang.. Mata pinar pinar je. Rupenya.. Tekanan darah ada rendah sikit.

Harap² dijauhkan lah ayu ni pitam tetiba. Huuuu..syukurla HB masih paras ok. 11+. Cume tekanan je rendah sikit..

Note:sibuk google cara kembalikan tekanan normal.

*tekanan & HB ni beza ye kekawan. Sbb ada yang ingat tekanan rendah itu ialah hb rendah. No no no. Hb rendah..means..darah cair.. Tekanan rendah means..keupayaan darah di pam..

09 November 2014

bukan senang nak tegur orang

Assalamualaikum

Saje bawak topik ni.. Yela.. Kite sendiri pun bukan senang nak berlapang dada dan terima teguran kan..

Alkisahnya ada kes seorang wanita tu ada gelembung air di kaki. Dah pecah, dan asik berair je kesan pecah gelembung. Alahan mengandung.

Somi dia kata tak leh solat. Tak sah solat tu.

I is terkezut ok.

Dan beliau keep saying.. Kaki ni sakit..air luka asik keluar.. Tak boleh solat.

Tapi ayu sekadar menegur supaya membanyakkan membaca berkaitan hukum hakam solat. Solat ni tiang hidup kite. Takut tau nak cakap lebih-lebih. Kite pun bukanlah berilmu tinggi.

As far as i know.. Memang wajib solat. Air luka tu cuci. Balut. Spy tak kena kain solat dan sejadah. Wudhu dan solat seperti biasa. Kalau sakit xleh diri dibolehkan duduk.. Tapi rasanya tak de hukum yang cakap "tak yah solat" kan.

Wallahua'lam. Marilah kita sama-sama jaga solat kita.. Buat peringatan pd diri ayu juga agar tidak mengabaikan kewajipan tertinggi dan terpenting ni. Lelagi dalam tempoh hamil ni. Moga bayi ummi dalam rahim ni pun terdidik sama.. Amin amin


neslo ais

Assalamualaikum

Nk menjengah 32 minggu ni.. Ayu dapat tabiat pelik. Selama ni tak pernah dok ketagih neslo ais. Baru-baru ni terpelik lak. Rasa nak hari-hari. Melampau betul perasaan ni.

Dahler nes tu berkaffein. Aduhai tekak..

Gi kantin je tetiap 2 hr sekali mesti terorder neslo ais akak kantin tu buat. Nanti mesti akak kantin punya dialog gini :

"Neslo ke nes o ? " beliau asyik dok tanya 2-3x.

"Neslo kak.. Hihi. Takut salah dengar ye kak" jwb ayu.

"Haah la. Takut akak dengar nes o pulak. Nanti baby marah. Hihihihi" jawab akak kantin.

Dush. Hihi. Gelak sakan ayu kat situ gak.
Hihihihi..

Tak bagus tabiat ni. Ayu xlayankan sgt. Kalau x..mau nak hari hari. Ish...tapi doc cakap. Kafein kalau takat 1-2cawan sehari tidak membahayakan. Ayu 2hari sekali. Ok la kot. Hihi. Dok sedapkan hati sendiri.

Lain macam kan rupenya perangai orang pregnant. Ish ish ish..

08 November 2014

DIY baby stuff : Diaper case

Assalamualaikum

Bertemu di entry diy baby stuff. Hehe.
Kalini ayu try buat diaper case/clutch.
Dalam case ni kalau diaper L/xl bole masuk 2 pcs. Kalau diaper kecil boleh masuk lebih. Boleh gak sumbat wet wipes.. Or anything yg sesuai.

Cara buat dia aplikasi dr cara buat tote bag biasa. Cume saiz tu. Kena pandai agak. Mungkin next time nak buat bigger size boleh masuk 5-6 diaper kot. Hihi

Tapi kalau size yg ayu buat sekarang ni ok lah untuk travel kejap kejap. Contoh gi jenjalan mall or mane-mane kan.

:)
diy diaper clutch

06 November 2014

2nd Opinion mengenai uri bawah : Klinik Swasta

Assalamualaikum


kes ayu antara partial placenta previa dan low lying.. sebab tak tutup pintu rahim

susulan dari kes uri bawah, ayu gi ke klinik swasta terdekat untuk repeat scan dan dengar pendapat doc mengenai tahap bahaya or tidak uri bawah ayu ni.

hasil yang ayu dapat dari explanation doktor tadi, memang uri ayu ke bawah. melekap di dinding rahim kanan membawa ke bawah. bersebelahan pintu tapi tidak menutup pintu ya..

doktor declair type 1 dan dia cakap chance untuk naik sikit tu ada sebab dia cakap perut ayu masih tinggi dan ada ruang. Insya allah boleh deliver normal kalau tak ada masalah bleeding kan...

kesempatan ni ayu tanya lah sekali, masalah ayu kerap sakit ari-ari belah kanan bawah tu kenapa.. jawapan doctor, baby menekan uri. dats y lah sakit. dan ayu mengalaminya sejak dari usia kandugan 24 minggu. sakit ok. uuu...

dua date

doktor nafisah tu tanya EDD bila.. i said 9/1/15. dan doc pulak mcm syak ayu punya period tak teratur sebab baby smaller than umur dia. jangkaan dalam scan jadi belas-belas haribulan 1. masa scan 28 week pun doc KD cakap ikut scan jangka 17/1.

tapi doc KD dan Swasta pun cakap.. still kena follow EDD berdasarkan last period.

kecik sikit kot anak ummi ni. hihi.. ummi dulu pun lahir 2.6 kg je even cukup bulan. hehe

tak kisahlah.. yang penting baby sihat.. :)

Nota : dah prepare hospital bag dah. :)

Pregnancy : Checkup 31 weeks (uri bawah)

assalamualaikum

dah masuk 31 weeks dah usia kehamilan ayu. Cam tak caya je. hihi. kuat sesangat dah baby bergerak kat dalam ni. seronok melalui fasa ni.. alhamdulillah.

susulan dari entry ini dan ini berkaitan uri bawah tu.. doc kat KD suruh datang rescan for placenta masa 31 minggu (Rabu 5/11/2014). tapi sayang kalini dapat doc yang pada ayu tidak membantu apa-apa pun.

dahla hampir 3 jam menunggu, dan memasuki jam 1 petang lebih, doc dah fikir nak makan je kot sampai dok cek patient ASAL BOLEH. so, ayu sangat kecewa lah.

blurr je. dok cek berat ayu dah suh repeat minum air gula. tu je ke nak cakap?

then ayu yg cakap.. scan week 28, doc minta saya repeat scan tengok uri. Pastu ayu yang tunjuk dia page result scan doc masa 28 weeks tu kat dia.

"ooo..uri bawah..ok.. baring, buka perut dan selimut" arah doc.

ayu ikut jelah.

dan.. dia scan beberapa saat, cume cakap..

"ok. kepala baby ke bawah dah. tak breech lagi. (dulu 28 week breech)." tu je dia cakap. tak de bagitau uri ayu camne. berat baby camne. air ketuban cukup ke lebih. not very detail!

"habis tu doc, uri saya naik dah ya?" tanya ayu.

"ha.. ni atas." kata doc.

"alhamdulillah.. 24 dan 28 week masih dibawah haritu." kata ayu.

dia REPEAT SCAN!

"eh.. haah la.. bawah.. betul.. bawah.. " jam jam tu la bawah pulak. ade ke patut. kejap atas kejap bawah.

ish ish ish. tapi itu je dia cakap. dan tiada consultation selanjutnya. huhu... contoh.. terangkan samada bahaya or tidak. ada chance normal deliver ke tidak. semua tak da. dan ayu penat + lapar dah pun, ayu pun malas nak tanya dah....

balik dengan hati duka lara sebab tak puas hati dengan servis doktor tu. sob sob sob

actually ayu nak tahu tahap serius ayu punya uri bawah ni. sebab tu lah geram bila doktor amik mudah je.


01 November 2014

Pregnancy : Placenta Previa

Assalamualaikum

Ada dalam entry lepas ayu share berkaitan uri rendah dan baby songsang kan..

Memula tahu uri rendah masa buat checkup di klinik yuslina ulu tiram. Masa tu buat details scan week 23+. Doc bgitau keadaan uri agak bawah. But no worries. Sbb belum 28 weeks so doc kat tak boleh declare as PP.
Lepas tu, app di KD week 28. Ayu tak tau pun samada ayu ni dimasukkan dalam kategori PP or not. Tapi lepas belek belek result scan doc KD tu, rupenya doc ada noted yang ayu ni PP type 1. Means.. Uri dalam 2cm dgn pintu rahim. Bukanlah serius kalau ikutkan. Tapi doc pun risau uri tu makin ke bawah.. Dats y lah kot dari awal pregnancy ayu selalu spotting coklat coklat.

Tulisan doc tu ayu tak berapa nak faham sebenarnya. Tapi ayu faham repeat scan masa 31 week. Ayu cume ingat doc cakap jangan angkat berat berat sebab dia takut uri ayu makin rendah.

Ayu ada mengadu, ari-ari ayu belah kanan kerap sakit. Ayu tak sure lah samada ada kaitan dengan uri ke tak. Kalau ikut scan, yang sakit tu belah uri lah. Huuu.. Tp ayu ada baca uri rendah tak sakit.

Doc tanya ada bleeding tak. Ayu tahu..ayu spotting dari awal pregnancy. Tapi dah checkup di swasta dan hops kerajaan semua kata ok. So, ayu relax jelah dan berserah. Tapi masa dah 6 bln pun masih ada 1-2 kali terspotting coklat.

Dis week ayu 31 week. Rabu ni akan repeat scan uri. Hopefully dah ok. Tapi takut juga ni. Sbb semalam ayu balik kg, renyah renyah sangat gi wedding sana sini. Dari muar ke negeri 9… patah balik muar attend 3 lagi kenduri. Dan malamnya balik jb dalam kul 12. Harini lak ahad. KERJA!.

Serius. Semalam masa naik kereta langgar jambatan yg ada bonggol tak rata tu terhentak. Jadi sakit bahagian bawah ari ari. Hopefully uri tu tak makin turun.....

Note : ayu rasa nak pi scan swasta gak for 2nd advise.