30 December 2014

pregnancy 39 weeks : macam dah ada tanda nak bersalin

Assalamualaikum

Harini 31/12/14 genap 39 minggu mengandungkan baby comel dalam tummy ni.

Agaknya sebab daddy baby asik pujuk baby lahir 1/1/15 , malam tadi ayu mula dah rasa banyak tanda tanda nak bersalin. (Google sebab tu tahu)

Antaranya..

-malam tadi dari pukul 12-4 pagi ayu tak berjaya tido akibat ketidakselesaan melampau pada perut,ari ari dan belakang pinggang ke bawah.
-perut memulas. Pagi ni baru kul 10 dah 3-4x membuang air besar.
-terlalu kerap kencing. Malam td sepanjang tak leh tido tu, 7-8x ayu kencing kot. Sampai confius kencing ke ape ni. Banyak sentiasa.
-baby mengeras dan tak gerak kuat macam selalu. Yela.. Space dah xde kot. Dia gerak xbape kuat susah nak kira jadiknyaaa..

Kata makcik ayu, baby ayu da turun sangat dah. Dia suh monitor contraction sela masa. Tapi tu lah masalah ayu. Ayu xtahu dan xpaham contraction tu camne. Rasanya masih mild mild ni lum real contraction kot. Masih braxton hicks kot. Acah acah je kot. Kottt laa..sebab masih bole tahan lagi. Dan tidak konsisten sela masanya.

Oh ye..bab tanda.. Darah or air. Lum ada lagi...

Petang ni checkup kat KD dgn doc utk 39 week. Hopefully semua ok. :)


29 December 2014

Banjir : Catatan Meruntun Hati

Assalamualaikum

Takziah buat mangsa banjir. Sedih. Sedih. Sedih. Sebak tatkala baca luahan hati mangsa dan juga gambar gambar yang terpampang di FB, tv mahupun akhbar. 

Harini ayu nak share luahan catatan dari seorang doktor di Klinik Kesihatan Badang. 


Ini tanda sokongan dan penghargaan peribadi ayu kepada beliau. Usaha seorang doktor yang mendahulukan pesakitnya melebihi dirinya sendiri. Berhadapan dengan pelbagai masalah dan ujian kritikal di KK tempatnya bertugas yang tak ubah macam hospital sementara sepanjang dilanda bah banjir besar... Patient nak bersalin, budak kecil kena sawan berkali kali. Patient breast cancer nak meletup. Patient mengalami tumpah darah. Dan pelbagai lagi situasi kritikal yang beliau dan kakitangannya hadapi. Namun itu semua tidak mematahkan semangat dan kebergantungan terus tetap kepada Allah.

Membaca catatan sebegini buat ayu lebih byk bersyukur dengan nikmat nikmat yang Allah berikan.




Setahun Jadi Isteri Dia

Assalamualaikum

Semalam 28/12/14 genap 1 tahun bergelar isteri kepada seorang suami.

Alhamdulillah, itu yang paling sesuai untuk ayu lafazkan ke hadrat ilahi. Dan BiG THANKS buat suami tercinta.

Ayu berdoa agar kasih yang terbina bawa sampai ke syurga... Tahun ni berdua. Tak lama lagi bertiga. Semoga cahaya mata yang bakal lahir ni menambah utuh ikatan yang dibina.

Dalam kesaratan 38 minggu 5 hari, semalam ayu dan suami tetap gak dok meraikannya even simple calebration. Ayu dah syukuuurrr sgt semalam.

Suami belanja makan kat nando's.. Makan kek secret recipe chocolate indulgance kesukaan puan isteri dan jalan-jalan dating kat Puteri Harbour sambil bergambar kenangan. Hihi.

Banyak gak berjalan semalam. Sampai dok terfikir. Esok boleh terbesalin ke? Hihi. Nampak gaya baby comel masih nak duk dalam tummy ummi lagi. Hihi.. Agaknya memang baby nak lahir januari kot. Boleh raikan birthday nanti dengan ummi. Sebab ummi pun birthday bulan januari.

Tak kisah la baby.. Ummi daddy tetap sabar tunggu baby comel lahir. Even ayu dok eksaited tengok kawan yang due dekat dekat ayu sumer dah deliver. Hihi..

Ok, kite belanja satu gambar ye. :)



26 December 2014

Pemenang GA Go Green By Ayu Zan

Assalamualaikum

Ok. Cabutan dah pun dibuat.

Hasilnya, ayu umumkan ya.. Pemenang simple GA yang ayu anjurkan haritu ialah....


Nombor bertuah : 3
izzeyda 

Tahniah dear atas kemenangan. Nanti tinggalkan komen details untuk pos ya.
nama :
alamat :
No.tel :

Insya allah ayu pos isnin ni atau secepatnya sebab takut terbesalin pulak. Hihi

Pada 5 peserta lain yang menyertai terima kasih ayu ucapkan sebab sudi join.

 Next time ayu buat GA lagi ya. Seronok juga buat GA guna DIY item ni. :)

25 December 2014

DIY Guest Book

Assalamualaikum

Hujung bulan 11 haritu member ayu kawin... Dia bagi dana.. Dan ayu tolong dia buatkan simple guestbook dalam kesaratan mengandung. Hihi..

Simple. Beli sketch book, balut dengan cotton hitam, beli lace merah semeter.. Letak di tengah dia. Untuk label nama pengantin ayu print kat kertas tebal, tampal kat felt hitam. Selebihnya hiasanya..ayu tambah juga penanda buku love tu.

Pen pulak.. Ayu beli sepaket kat jusco. Terus ada banyak warna. Colourful sikit. Hihi

Bekas pen, ayu guna kotak. Balut cotton corak hitam merah. Hias reben.

Frame. Ayu pakai frame kayu. Hias reben je. :)

Tetiba jadi tema HITAM MERAH. Even pengantin kata kat ayu, tak kisah warna apa.hehe


Tu jelah dapat tolong member ayu haritu. Hopefully beliau suka. 

Dan semoga pasangan pengantin baru ni berbahagia sampai syurga dan dikurniakan zuriat soleh dan solehah.
 (Mereka suami isteri sekelas dengan kami suami isteri)

24 December 2014

Senarai Peserta GA Go Green

Assalamualaikum

dalam tak berapa aktif berblogging, haritu ayu ada anjurkan satu simple GA untuk para penyokong Go Green. Tak berapa cukup promosi, maka hasilnya ada la beberapa orang yang join dan support GA ni.. ribuan ucapan terima kasih ayu ucapkan.

entry GA : Go Green Giveaway By Ayu Zan

Senarai peserta beserta No. bertuahnya ialah :


  1. nor nazliana - http://adna2029.blogspot.com/2014/12/go-green-giveaway-by-ayu-zan.html
  2. thisni3zahata - http://thisni3zahata.blogspot.com/2014/12/go-green-giveaway-by-ayu-zan.html
  3. izzeyda - http://izzeyda.blogspot.com/2014/12/go-green-giveaway-by-ayu-zan.html
  4. Queen Contest - http://cowament.blogspot.com/2014/12/go-green-giveaway-by-ayu-zan.html
  5. azman Arsad - http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/12/go-green-giveaway-by-ayu-zan.html
  6. Sheila Salim - http://sheilashahfiekry.blogspot.com/2014/12/go-green-giveaway-by-ayu-zan.html
Kalau ada yang nak baca pendapat dan ulasan kenapa diorang support Go Green dan penggunaan cloth pad, boleh la baca entry entry bernas para peserta tersayang ayu ni.. :)

Keputusan ayu umum dalam 1-2 hari lagi dan pengeposan hadiah insya allah ayu buat pada hari isnin minggu depan ya.. :)

22 December 2014

Pregnancy : 38 minggu

Assalamualaikum

Esok rabu.. Genap 38 wk usia kehamilan ayu. Alhamdulillah.. Semakin besar dah baby kat dalam. Rasa perut pun makin bam bam dah. Hihi.

38 wk ni ramai je orang bersalin kan? Kawan kawan ayu ramai yang selamat melahirkan anak diorang dalam 37-40 minggu. Means..tak lama dah masa untuk anak ayu ni lahir melihat dunia.

Ummi dia ni masih kerja. Menghabiskan sisa kerja agar nanti cuti tidaklah ayu menyusahkan rakan rakan. Itulah target ayu.. Cuti bersalin ayu amik awal sikit lepas bincang dgn mak dan suami. Kekawan pun tengok macam ayu dah patut cuti sebab perut dah turun sgt katanya.

Maklumlah.. Kerja tingkat 3. Toilet tingkat 2. Pejabat nak punchcard tingkat 2 blok lain. Rumah pulak tingkat 3. Memang mencabar sikitlah. Hihi... Lelagi time da nak terkucil kena dok turun tangga lagi. Memang macam nak berlari.

Ramai yang tanya.. Larat lagi ke bertangga tangga gitu.. Insya allah boleh lagi. Da hidup dgn tangga dari sebelum nikah dan mengndung.. Jadi, insya allah tak ada masalah cume penat sikitla. Hehe..

Doakan ayu ye kawan-kawan. Moga mudah melahirkan dan lahir zuriat penyambung warisan ummi daddy ni sihat,selamat dan sempurna.. Aamiinnn..

19 December 2014

DIY : Nursing Pillow

Assalamualaikum

Awal mengandung dulu ada ayu share ayu cuba buat nursing pillow/maternity pillow. Dan, dah dekat due ni, ayu modify sikit bantal tu. Kasi kembung sikit. Dan sesuai la untuk nyusukan baby comel nanti.hehe

Pastu.. Ayu tukar batang bantal baru. Dan masih tak puas hati, ayu buat sarung sekali. Nanti kotor, bole basuh sarung je. Hehe.

Nanti nak tambah tali kat bahagian bawah hujung bantal tu supaya masa bantal ni dol kat riba kita...bole adjust ikut tahap kelebaran pinggang kita agar lebih selesa...



Baby besar sikit nanti boleh buat support baby baring juga. Hehe


Ni last kot diy baby stuff. Hihi. Hopefully betul la last. Tak tersimpan simpan barang menjahit ni. Hoho


18 December 2014

DIY Simple Nursing Cover

Assalamualaikum.

Eh. Kata da nak start cuti menjahit. Hihi. Tapi tadi dok syiok lipat lipat kain menjahit, dok terfikir..nk buat 1 simple nursing cover lah. Ayu tak la cadang nak NIP(nursing in public) tapi kalau tetiba keadaan mendesak, rasanya nursing cover ni membantu agar tidak mendedahkan bahagian aurat kita ketika menyusukan baby tersayang.

Berbaki 2+ minggu lagi nak sampai due date, sempat lagi ayu dok menjahit. Bukan apa.. Baik penat sekarang. Nanti masa pantang idok boleh memegang mesin lagi. Hehe..

Nursing covee ni ayu buat ikut apa yang ada jela ya. Kain pun cotton poly nipis je. Beli kat nagoya dulu. Korek korek balik corak ni jela yg agak besar dan sesuai untuk jadikan nursing cover. Sebab lain lain corak macam striking sangat. Takut baby tak selesa plus mak baby pun nnti segan segan nak pakai masa NiP.hihi


Ni pandangan dalam dan luar. Actually dia reversible. Dua dua side bole guna.


Kat hujung kiri kanan NC ni ayu letak kain flannel yang insya allah menyerap sebagai sapu tangan kalau-kalau perlu utk lap mulut baby. Hehe. Ayu ambil dari blog omputeh. Dia wat gitu.

Bahagian atas macam apron tu ikut yg ayu baca kena bagi dia keras dan lengkung agar dapat tengok baby dari atas dan pengudaraan juga baik. Biasa dorang guna benda keras nama dia "boning" utk bentuk lengkung tu. Tapi ayu xde, jadi. Pakai jela apa yg bole asal keras. Hehe.

Pastu. Utk tali.. Biasanya pakai D ring supaya mudah adjust panjang. Tapi ayu xde jugak dan malas nak g beli. Ayu gunakan 2 pcs ring (keychain) dan hasilnya tetap macam D ring gak. Cume kurang kemas. 

Apepun.. Kira oklah nursing cover hasil buat laju laju ni. Hehe. Nanti pas deliver ayu dan baby rasmikan ya. 

Sekarang nak prewash nursing cover ni. Nanti nak guna senang. :)

Go Green Giveaway By Ayu Zan

Tamat. Keputusan akan saya umum secepatnya
Assalamualaikum

Demi menyokong kempen go green dan meluaskan lagi penggunaan barang selamat terutamanya dalam penjagaan diri sebagai wanita yang tiap bulan guna disposable pad@liner yang sangat terdedah dengan bahaya bahan kimia dan pelbagai bahan tak elok dalamnya, ayu terasa nak buat simple giveaway untuk rakan rakan blogger tersayang..

Syarat penyertaan :

1- Sediakan entry berkaitan giveaway ini dan sertakan gambar yang di backlink ke entry ini.

2- Dalam entry anda, nyatakan sebab anda menyokong kempen go green dan apakah rasionalnya penggunaan cloth pad @ pantyliner boleh basuh.

3- Dah siap, sila copy link entry dan submit kat komen entry giveaway ini ya.

Hadiah :

1 set Cloth Pantyliner yang terdiri daripada 2 pcs cloth pantyliner dan 1 pc wet bag. Yang ayu DIY sendiri. Gambar tu contoh yang ayu pernah DIY.

*akan tambah hadiah ikut keperluan. (Terutama jika penyertaan ramai).

Penentuan pemenang :

Ayu akan guna cabutan bertuah secara manual. Mungkin suh suami kot cabut.
Bukan pada semua penyertaan, tapi pada penyertaan yang disenarai pendek yang telah mengikuti syarat penyertaan..terutamanya komen dan sebab sokong hijaukan bumi dan cloth pad tu.

Selamat bergiveaway.. :)

Nota kaki : due bersalin ayu 9/1/15... Doakan ayu dimudahkan urusan ye kekawan...

17 December 2014

Cloth Pad untuk Berpantang

Assalamualaikum

Usaha untuk bertukar daripada disposable kepada washable pad ayu dah mulakan dengan guna pantyliner.

Dan.. Selepas baca status seorang tukang urut wanita yang banyak inspired ayu untuk berpantang dengan baik iaitu search fb : Siti Aishah Confinement

Ini beliau share


Satu alternatif yang baik pada ayu. Sebab kalau takut tembus. Lapis bawah letak la maternity disposable pad utk elak darah kena seluar dalam. Yang penting. Bahagian intim kite tidak direct kepada pad pakai buang tu.

Oleh sebab ada kain flannel lebih. Akibat asyik membeli kain kain masa awal kehamilan. Ayu gunakan untuk jahit pad kain untuk kegunaan masa berpantang nanti. Baru siap 8 pcs sahaja pad untuk heavy flow sepanjang 12+ inch ni. Dan ada lagi 10pcs regular pad (bole la kot tukar pakai) yang ayu juga buat sendiri even jahitan memang kelaut. Dah nak menunggu hari bersalin ni, tak berapa fokus sangat. Sebab lama sikit dok mesin jahit dah mula sakit pinggang. Yela.. Da 37+ wk.. Da bole tutup buku menjahit dah hehe.. Insya allah minggu ni last menjahit. Next week nak kemas dah.. Simpan masuk bilik stor barang jahit.

Untuk cloth pad pelbagai rupa(sebab download pelbagai pattern utk try mana yang best) ada yang tiada lapisan waterproof. Itu yang mula-mula ayu jahit. Ada lah dalam 4 helai tak silap yang tak de lapisan kalis air. Sebab ayu sangkakan.. Lapisan tu kena guna material PUL je. Ayu memang tak sedia bajet utk itu buat masa ni. Untuk lapisan dalam pad ayu..majoritinya ayu guna flannel 2 lapis atas, towel, microfiber@towel lagi dan bawah skali lapis kalis air..

Lepas buat banyak pembacaan dan research kat pelbagai sumber blog malaysia dan omputeh. Ada yang kata..boleh guna kain payung juga. Kebetulan ayu ada 1 payung dah koyak kena cakar kucing... Ayu pun gunakan untuk jadikan lapisan kalis air(bawah sekali) untuk cloth pad ayu. Jimat sikit. Hihi. Lagipun nak guna sendiri je kan. Ok lah tu.

Ayu test dengan air..nampak gaya sesuai dipakai. Tapi testimoni sebenar hanya akan keluar selepas bersalin nanti. Hehe.

Maternity cloth pad hasil tangan ayu. Hihihi.. Mcm2 bentuk daaa..
Own collection. Pantyliner, regular pad dan heavyflow pad.

Sekian sharing ayu untuk kali ini. 

Nota : nak join GA ayu.. Klik sini ya.. Last day ahad ni.



16 December 2014

Pregnancy 37 week : berat turun

Assalamuaikum

Alhamdulillah.. Harini da genap 37wk usia kehamilan intan payung tersayang dalam rahim ni.

Perkembangan macam mana?

Last week.. Masa 36wk doc scan tengok baby.. Kedudukan ok, berat baby 2.45kg ketika itu. Dan lain lain semua ok.. Alhamdulillah.

Cume tu la.. Genap je 37 week, mak baby diserang selesema, batok dan demam. Pakej ok. Jangkit daddy baby yang kena demam teruk masa weekend lepas.

Dari awal pregnancy..ayu tak de pernah diserang demam selesema.. Tetiba hujung gini terkena pula. Memang tak mudah nak handle. Sebab sakit kepala bila selesema kan. Da hujung hujung kehamilan ni lagi lah, pakej dengan sakit pinggang segala. Hehe.. Gitulah pengorbanan seorang ibu kan? Btw.  Ayu enjoy melaluinya.

Semalam checkup 37wk, baby dah pun memasuki laluannya. Sebab misi kata, perut rendah dah. Tinggi rahim da jadi 35cm je. Plus.. Bawah dada ni tekan tekan da kosong.

Tambah lagi ayu batuk. Uhuk uhuk. Makin turun anak. Hahaa.

Ayu akan amik cuti bersalin awal. Bermula 28/12. Due ayu 9/1. Ok lah kot. Kalau belum nak bersalin sempat nak kemas rumah... :)

Oh ye.. Kalau nk bersalin, berat jadi turun ke? Sebab.. Berat ayu masa 35-36 week.. Dua minggu tu statik. 64.5kg. Dan 37week ni 63kg sahaja. Turun 1.5kg.

Da 10kg berat naik sepanjang 37 minggu kehamilan.. :)
Korang..doakan lancar dan mudah urusan bersalin ayu ya...

Nota : jom la join GA go green ayu buat. Sementara nak tuggu bersalin ni.. Ayu lancar GA. Ahad. Ni tamat. Isnin@selasa.. Ayu pos hadiahnya. Kena laju laju. Takut terberanak. Hehe

Nak join : klik sini.

13 December 2014

DIY : Wetbag for clothpad@cloth pantyliner

Assalamualaikum

Eh eh. Citer clothpantyliner lagi. Haha
Maap jika kalian bosan. Hihi



Dah pandai jahit CP liner jadi, kena lah ada beg yang sesuai untuk simpan CP liner yang dah used. Lelagi kite kerja kan. Agak-agak masa nak zohor tu biasa ayu akan tukar CP liner,jadi CP liner yang dah guna tu haruslah simpan masuk beg. Jadi, kaedah paling kemas,selamat dan bersih sebelum masuk beg, masukkan dalam wet bag ni. Kalau korang xde wet bag don worry..pakai plastik or any bag pun xpe. Kata go green..jadi jgn susahkan diri ya...

Oh ye.. Namanya wet bag kan. Tentu sesuai masukkan even basah kan?

Yup. Kalau clothpad yang dah guna, elok basuh buang darah dan perah elok-elok jangan kasi air menitis nitis kemudian baru masukkan dalam wetbag. Kenapa ayu prefer basuh dulu? Ala..u olls basuh lebih kurang je. Balik rumah baru rendam or basuh bebersih ya. At least, tidaklah darah tu kering begitu sahaja.. Dan lagi payah nak hilang..hihi.

Material?

Oh luar dia ayu guna english cotton lebih buat sarung tilam baby haritu. Hehe.

Inner pula ayu guna waterproof layer. Actually..... Ayu google dan jumpa sumber mengatakan waterproof layer boleh recycle guna kain payung. Kebetulan ayu ada 1 payung da bocor sbb kucing cakar.. And i used it for my first wetbag. :) jimat kn? Hihi..ayu guna untuk buat clothpad gak. Nanti free ayu share ya..

Oh ya.. Ayu da beli dah set plier snap button. Hihi..

Hihi. Sekian sharing untuk diy projek kali ni...

Jom sokong go green... ! :)

11 December 2014

DIY : Nursing/Breast Pad

Assalamualaikum

Diy mood again.. :)

Jumaat pagi ni isi masa dengan jahit nursing pad. Washable ya.. Actually ayu dah beli 2 pasang washable nursing pad tollyjoy dan disposable nursing pad tollyjoy gak.

Tapi bila google blog omputeh.. Diorang punya semangat go green tu berjangkit kat ayu. Hihi.

Macam2 version.hehe
Ayu try la yg pink plain tu. Tapi xlawa.nipis lak tu even 3 lapis flannel. Agaknya sebab kualiti flannel yang nipis kot.. Pastu berbunga2 tepi dia. Haha..

Second try dan 3rd try purple & pink tu. Kita guna 3 helai gak. Tapi yang luar nya ayu pakai printed flannel. Comel sikit.

:) tebal lah sikit yang ke 4&5 (bawah), tapi still lum tebal. Yang ni ayu susun 4 layer flannel.. Kena letak 1 layer lg towel @ microfiber kot..

Kalau korang nak guna kain tshirt pun ok juga. Asalkan serap air. :) bole guna tshirt yg dah tak pakai.

Oh ye.. Tepi dia tu ayu jahit zig zag jer.. Hihi. Ayu xde mesin jahit tepi. Hihi.. Btw.. Ayu enjoy gila jahit benda ni. Even idoklah menjadi sangat.haha

Ayu refer tutorial nursing pad di sini.

08 December 2014

best ke guna cloth pantyliners?

Assalamualaikum.



Susulan entry sebelum ni.. Ayu ada share yang ayu jahit cloths liner untuk kegunaan sendiri.

Ayu share dengan kekawan terdekat akibat terlalu eksaited. Hihi. Nak tau apa feedback?

Ada kawan yang suh ayu jual CP ni since diorang pun sebenarnya memang nak sama-sama sokong go green kempen ni. :) tapi ayu nak masuk 36 weeks dah. Rasanya kena cuti dulu bab nak jahit untuk tempahan ni. Hehe. Insya allah nanti da sihat, ayu jahitkan kekawan yang request utk CP ni.

Best tak pakai pantyliner kain ni ayu?

Serius best! Sebab ayu guna flannel. Flannel tu juga biasa orang buat bedung baby, baby bibs, barut baby... So, kain tu sangat soft to skin. Bila kena kat kulit kita..xde la rasa merenyam or gatal. Nak basuh pun xsusah. Gonyoh sikit pakai sabun mandi masa lepas mandi. Senang kan. Hihi.. Lagi 1….. Ayu syiok tengok pantyliner kain ni comel comel sangat. Memang geram. Dah tu.. Boleh lipat dan snap button tu, jadi kemas masa nak simpan.

Cadang nak jahit cloth pads pulak pasni..

Yep. Cadang ayu nak jahit cloth pads plk lepas ni. Nanti da mula period semula..boleh la pakai pad kain pulak. Insya allah bebas bahan kimia dan sampah sarap berbahaya yang kite sedia maklum terdapat dalam disposable pads kan.

Nota : sekarang dah ada 10 own collection cloth liner utk guna sendiri. Gigih menjahit. Hihi. Seronok..skrg tengah upgrade kualiti jahitan untuk bentuk curve tu.

 Cume kena beli plastic snap button yg comel tu untuk kemasan berganda.hehe


07 December 2014

DIY Cloth Pantyliner

Assalamualaikum

Dah lama nak test jahit cloth pads. Tapi ayu start dengan jahit cloth pantyliner dulu lah ya.. Sebab kecik.. Banyak extra kain flannel masa jahit barut tempahan yang mencukupi sangat untuk jahit pantyliner kain ni.

GO GREEN & BEBAS BAHAN KIMIA

ni lah matlamat utamanya. Lagi lagi masa pregnant ni, tak selesa tanpa liner ni. Even dah hujung hujung trimester pun, better late than never kan. Kite tukar dari disposable kepada pantyliner boleh basuh ni. Tau je la kan.. Sanitary pad pakai buang tu memang dah jelas kite dengar ada terkandung pelbagai chemical berbahaya yang menjadi pembunuh senyap.

Cloth pantyliner ayu ni jenis nipis je. Sesuai untuk pakai harian..untuk jaga kebersihan dan keselesaan ketika dilanda candida (keputihan)

Ayu guna flannel secara keseluruhan. Yang liner tengah tu lapik 3-4 helai flannel. Seronok wehh jahit ni.hehe.. Butang snap yg molek tu lum ada, ayu pakai butang ketap jelaaa..hihi.. Xpela.. Guna sendiri jekan.. Ok ler tu.hehe


Nanti nak jahit cloth pads pulak lah. 

Nota : ayu rujuk sini untuk tutorial dan free pattern.

DIY Sarung Bantal Simple

Assalamualaikum

Banyak bantal kat rumah ni. Tapi sarung tak berapa nak banyak. Bila nak basuh.. Ada la bantal tak 'berbaju' sementara tunggu sarung kering. 

Oleh sebab sepanjang pregnant ni ayu asyik dok beli kain pelbagai corak je. Ayu pun google step buat sarung bantal. Dan.. Jahit. 

Ni ayu jahit masa pregnant 6 bulan+ haritu. Cume lupa je nak tepek dalam belog yang makin sepi sepi ni.hehe..

Tutorial ikut sini

Jahit pun tak ikut tuto sangat. Kira ikut sedap rasa je.. Mix match kain yg ada. Dan ikut kebesaran dan kecomelan bantal juga.

Dapat la juga 7 helai sarung bantal. Cadang nak tambah..tapi..nantilah..lepas bersalin.hehe 






06 December 2014

DIY Baby Stuff : Set sarung bantal tilam baby

Assalamualaikum.

Ayu beli set tilam bantal brand fiffy kat expo baby haritu. Jadi, ayu pun preparelah 1 set sarung buat tukar tukar.


Material yang plain tu flannel. Yang corak aeroplane tu 100% cotton. Dan yang jalur-jalur tu cotton polyester. Matlamat nak guna 100% cotton. Tapi kain comel tu tak cukup.. Maka jadilah begini hasilnya.. 

Ok lah kot. Hihi

Nak share sumber tutorial tak de lah pulak. Sebab sarung tilam ayu buat versi macam sarung bantal gak. Tp jenis besar. Tanpa zip pun. Yang bantal golek tu pun pakai agak-agak tiru ukuran sarung bantal fiffy tu.

Nasib baik muat. Hihi.. Almaklumlah..first try.. Tapi lawa pulak tengok kaler oren ni.. Hihi.. Tetiba suka oren.hihi..

DIY Baby Stuff : Baby Bibs

Assalamualaikum

Baby bibs senang je nak buat. Download pattern kat encik google, blog omputih tu ramai yang bermurah hati kasi free pattern. Nak baby bibs gaya apa pun ada.

Ayu pilih yg simple je. Jahit lama dah ni..bulan lepas..


Tapi bila da siap. Dok cek balik. Apsal macam pinky sangat ni? Haha. Kalau anak ummi keluar boboboy nnti ummi tukar bibs lain ye. Hihi

Btw. Syiokk ummi buat benda comel comel gini..even mcm lambat lagi je baby nak pakai bibs ni.hehe

01 December 2014

Maternity Photoshoot Tak Sengaja

Assalamualaikum

Maaf lama tak update. Internet bermasalah. Nak guna phone pulak berkali kali sign in blogger tak lepas. Sebelum ni ok jer. Maka..terus jd malas nak berusaha. Hihi

Alhamdulillah.. Skrg kandungan ayu masuk 35 minggu. Biasalah.. Mula dah sakit situ sana sini. Braxton hicks pun dah beberapa kali melanda. Apepun cabaran, tetap ayu rasa indahnya menghamilkan amanah Allah dalam rahim ni.

Sabtu lepas ayu g wedding sahabat baik kat kundang ulu. Otw balik, ternampaklah view sawah yang super duper cantik. Dulu teringin nak outdoor kawin kat sawah tapi masa tu sawah tak cantik. Jadi  encik husband pun amik keputusan berhenti kejap dan snap 2-3 photo. Actually banyak gak snap. Tapi snap sendiri without bantuan monopod… stand atau kamera canggih kan. So.. Mmg kena berulang kali utk dapatkan shoot menarik. Letak phone atas tanah. Pastu ada idea.. Amik kotak dlm kereta pulak. Hehe...

Maka terjadilah maternity photoshoot yang tidak disengajakan.




Limited nak masuk gambar
 Pakai phone kan. Tapi ni jelah yang dpt ayu share. Hehe. Btw.. View sawah tu sangat lawa.. Kalau cukup prop utk photoshoot..mesti lagi lawa..

Note : ayu mmg dok berangan nak buat maternity photoshoot. Tapi nak yang free je. So. Kalau nak buat. Kena setting cun cun. Pastu snap je sendiri. Dan print photobook kat pixajoy.hehe.. Jimaatt.