Nuffnang

30 December 2014

pregnancy 39 weeks : macam dah ada tanda nak bersalin

Assalamualaikum

Harini 31/12/14 genap 39 minggu mengandungkan baby comel dalam tummy ni.

Agaknya sebab daddy baby asik pujuk baby lahir 1/1/15 , malam tadi ayu mula dah rasa banyak tanda tanda nak bersalin. (Google sebab tu tahu)

Antaranya..

-malam tadi dari pukul 12-4 pagi ayu tak berjaya tido akibat ketidakselesaan melampau pada perut,ari ari dan belakang pinggang ke bawah.
-perut memulas. Pagi ni baru kul 10 dah 3-4x membuang air besar.
-terlalu kerap kencing. Malam td sepanjang tak leh tido tu, 7-8x ayu kencing kot. Sampai confius kencing ke ape ni. Banyak sentiasa.
-baby mengeras dan tak gerak kuat macam selalu. Yela.. Space dah xde kot. Dia gerak xbape kuat susah nak kira jadiknyaaa..

Kata makcik ayu, baby ayu da turun sangat dah. Dia suh monitor contraction sela masa. Tapi tu lah masalah ayu. Ayu xtahu dan xpaham contraction tu camne. Rasanya masih mild mild ni lum real contraction kot. Masih braxton hicks kot. Acah acah je kot. Kottt laa..sebab masih bole tahan lagi. Dan tidak konsisten sela masanya.

Oh ye..bab tanda.. Darah or air. Lum ada lagi...

Petang ni checkup kat KD dgn doc utk 39 week. Hopefully semua ok. :)


9 comments:

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, contraction tu senang kira camni. setiap kali datang sakit melampau, ayu tengok jam. contoh 12.10 mula sakit- 12.15 (maknanya ayu dah mula sakit selama 5 minit).. kalau berterusan dan makin lama makin cepat datang sakit. means nak bersalin dah. sheila dulu takda turun air ketuban atau darah. terus sakit contraction 2 jam kat rumah. langsung pergi hospital sebab dah taktahan sakit. hehehe semoga dipermudahkan ye ayu.. tak sabar tunggu baby ayu keluar ~~~

Umi Nazrah said...

inshaAllah semuanya akan ok. banyakkan berzikir mengingati Allah ye. kami doakan yg terbaik. amiin :)

Nurzakiah Hanum said...

SEMOGA SEMUANYA BERJALAN LANCAR

Ai Kajiwara said...

tunggu sikit lagi ni nak 1/1/15

izzeyda said...

Sabar ye baby.. tunggu tahun baru baru kuar ye.. contraction tuh ayu akan rasa sakit yang makin kerap.. lagi kerap sakit lagi cepat dengan proses bersalin.. in shaa Allah akan selamat semuanya.. apapun banyakkan berdoa dan berzikir ya..

Sya Mimie said...

asslmkm ayu.. apa yang boleh dikatakan sheila tu, terjadi juga pd kita.. kalau sakit dh kerap tu, mmng tnda nk bersalin tu..

semoga dipermudahkan semuanya ya.. bnykkan bertenang..

Nabihah said...

semoga selamat kedua-duanya, ibu dan baby. tahniah juga bakal menimang cahaya mata. take care kesihatan ye dear :)

QasehnyaRania said...

in shaa Allah.. pastikan kalau ada kuar darah atau air ketuban cepat cepat pergi spital
mcm ciksu hri tu turun darah walaupon sikit, dah pergi.pastu doktor check dh buka.so terus kena admit wad.anak sulung kan.tunggu lama, so, tak brani ambil risiko..

Mar Mansor said...

semoga bayi & ibu selamat ye..