30 October 2014

jeruk mangga asam boi. Mengidamkah?


Assalamualaikum.

Ini kisah minggu lepas. Ayu tak tahu lah ni kategori mengidap sebab pregnant or sebab viral fb dok sharing menda nih je.

Akhirnya ayu google untuk dapatkan jeruk mangga asam boi ni haritu jugak. Dan dapat tau kat kebun teh dekat je ngn ayu ada sorang akak jual. Ape lagi, lelaju whatsapp nak beli. Dan husband ayu balik keje memang lalu situ, singgah amik. Hehe

Bukan ayu je layan, mr hubby pun masuk sekali nampak...

Dan sekarang. Rasa nak lagi lah.hehe... Resepi senang je. Mangga je tak da. Kalau gi pasar cari ade je tu. Tapi tahunya nak cepat je kan. Tu beli je. Hehe

Nasib baik la rm5 je semangkuk...

28 October 2014

pregnancy : menghadiri kenduri kawin yang banyak

Assalamualaikum

Nak masuk hujung tahun ni bermulalah fasa 'musim kawin'. Hehe. Bak kata kawan ayu musim mengawan. Aishhh..sadis ko cakap camtu. Mcm kucing dah ayu dengar.

Berderet deret tiap minggu ada wedding. Paling banyak 1/11 ni sampai 4 wedding nak kena attend. Ada saudara, jiran, kawan sekolah menengah ayu dan suami serta kawan sekolah rendah sekampung suami. Wajib simpan energy byk2 ni. Dan harapnya ibu mengandung ni tak terlebih selera dengan nasi minyak yang bakal menambah berat badan tu. Tak makan nasi minyak pun mencanak dah berat naik.hehe

So,  ibu mengandung 30 weeks ni bakal memunculkan diri dikhalayak ramai lah. Hehe. Dah tau dah,mesti ramai nak kata ayu makin bam bam. Hihihi. Comel ape. Hihi.

Hujung bulan 11 pulak berderet kekawan punya majlis.  Bulan 12 pun sama. Tiap-tiap minggu ada undangan. 5/12 kawan baik encik suami. 14/12 pakcik ayu kawin, 21/12 sepupu di singapore kawin, 25/12 pulak sepupu suami di negeri sembilan kawin.

Tu belum masuk yg belum dpt undangan.

Rasanya yang dah hujung sangat tu ayu tak tahu lah terlarat lagi ke tidak. Sekarang naik kereta jauh sikit pun ya ampun sakit belakang sakit pinggang segala. Lagikan masa 8-9 bulan nnt. Hehe.

Tak pe baby, kite mesti bole kan. Hihi..

25 October 2014

DIY Baby Stuff : Barut

Assalamualaikum

Item seterusnya yang ayu mampu nak DIY ialah barut.. Yela.. Umminya ni dok buatkan tempahan untuk orang, tak kan anak sendiri tak nak buat kan. Hehe. Gigih gak curi masa siapkan untum baby sendiri.

Ayu rasa dalam 15 helai dah ada. Cukup la kot. Ada yang 100% cotton. Ada yang flannel. Ikut stok kain yang ada. Amik setiap corak. Hehe. Ada yang bertali. Dan buat sikit yang velcro tape.


24 October 2014

DIY Baby Stuff : Bedung Flannel

Assalamualaikum

Masa nak nikah dulu bz diy untuk nikah. Diy veil,pelamin,hantaran,bantal dan lain-lain.

Sekarang nak dapat baby.. Kite diy untuk barang baby pulak ya.hehe.

Benda 1st yang ayu diy untuk baby tercinta... Ayu jahit bedung baby. Beli kain flannel 1m, setting bagi jadi segi empat sama, dan jahit lah kelim. Memula 6 helai ayu hantar pi jahit tepi gak. tapi lepas tu 3 helai lagi ayu jahig kelim je. Lebih jimat. :)

Ada orang bedung pakai kain lampin je. Tapi mak ayu cakap. Lampin kecil sangat. Dia suh beli cotton putih buat bedung 1m, tapi anak dia ni nak colourful, makan jadilah begini. Hehe.

Bedung flannel ni sejuk kainnya. Katanya kat hospital pun pakai material flannel untuk bedung baby. 

Kalau beli online kebanyakan jual rm15.  Tapi ni mak baby jahit sendiri, jadi modal benang dan kain jelah. Dan modal kerajinan juga perlu ada even nak jahit kelim je pun. 

Pemilihan corak dan warna sebelum scan gender lagi tu. Masa tu 5 bulan pregnant ayu beli kain tu. 

Yang bedung corak bunga biru tu ada extra lagi 2 helai sbb beli masa seller nak clear stock flannel. Kot ada yang nak, bole inform ayu ya.

Kita nantikan entry seterusnya berkaitan diy baby stuff.hehe

22 October 2014

DIY Beg

Assalamualaikum. Entry ringkas je lah ya.

Lately bz dengan barut barut tempahan customer. Tapi time time free terajin gak DIY beg. 
Ala..simple bag je.

Yang biru tu jadi beg klinik. Wat simpan buku pink ayu.

Tote bag besar pink, ayu hadiahkan member nak bersalin. Sesuai la bawak baju baby sepasang, barut, bedung, pampers untuk masuk laour room tu nanti.hehe.

Bag comel pink hujung da jadi hak milik adik ayu.hehe 


Yang ni je belum ada pemilik. Hehe. :)


:)



20 October 2014

Pregnancy : Baby Songsang & Uri belum naik

Assalamualaikum.

alhamdulillah usia kandungan masuk 29 week.
last week checkup 7 bulan di klinik desa.
doc scan detail-detail untuk tengok uri, baby dan air ketuban.
serta, HB dan berat badan juga dipandang serius.

berat ayu naik 2.5kg dalam sebulan. alahai. terlebih 500 gm. apa lagi. kena cek blood pressure seminggu berulang alik la ke KD setiap hari.

HB alhamdulillah still 11+.

air ketuban pun.. alhamdulillah. doc cakap 11. cukup cukup.

baby.. anak ummi ni kedudukannya songsang. Footling breech. kaki di pintu rahim, kepala atas. Tapi doc cakap awal lagi dan baby masih kecil, masih ada chance untuk baby ayu pusing. Kalau kekal diposisi ni, memang ada risk untuk c-sect.. huhu.. sebab footling breech kaki di bawah, memang ada risiko baby kurang oksigen @ lemas sekiranya bersalin normal. Allah.... huhuhuhu.. moga Allah lindung baby ayu.

Uri ... pun belum naik. masih dok tepi kanan rendah. dan doc akan repeat scan 5 Nov ni untuk tengok keadaan placenta ayu. Hopefully semakin naik, jangan turun pulak. huhuhu..

pastu ayu ada ngadu kat doc, ayu kerap rasa sakit kat ari-ari kanan. kerap jugak. tapi doc tanya.. sakit sangat atau tak. ayooo.. i is tak tahu nak jawab. ayu cakap lah. ayu masih bole tahan. sakit. tapi tak tau lah. sakit sangat ke tidak. hehehe.agaknya sebab position baby kot. tak pun sebab uri tu.

masa scan tu, ayu tanya doc, gender baby. tapi doc cakap.. position baby menyebabkan tak dapat nampak gender tu. saje je nak confirmkan. sbb ritu 24 week buat 4D kat private doc ada cakap dah. cume, nak sahkan..memang kena tunggu baby keluar kan.. hehehe

Tak kisahlah... yang penting..anak ummi ni sihat dan lahir selamat.. :)

nota : doakan uri ayu naik... doakan juga baby ayu betulkan posisi dia bila sampai masa nanti.. huhu

14 October 2014

Pregnancy : Perut tak selesa

Assalamualaikum

Sejak ayu pregnant masuk 7 bln ni, perut dah mula rasa tak selesa.

Makan terlebih sikit dah semacam dah rasa perut dan tekak. Cam nak muntah.

Ayu ambil pati delima gulsan, tapi sejak dah 7 bulan ni, kalau pepagi perut kosong ayu tak leh telan direct pati tu. Terus pedih perut. Loya terus. Kalau campur air masak ok kot.

Ayu tanya mak, mak kata normal ikut pengalaman mak mengandung kami 5 beradik. Rahim dah makin tertolak ke atas dan sempit jadi perut. Sebab tu makan pun jadi sikit. Dan kejap kejap lapar. Heeee ;)

Petang ni ayu ada appoiment doctor utk 7 bulan. Scan tengok uri dan baby. Sebab last month ayu gi private buat 4D doc cakap ayu placenta rendah(uri rendah). Huhu.. Risau sebenarnya ni. Tapi masa 6 bulan terlalu awal untuk doctor decide ayu ni placenta previa. Tu kena tengok 7 bulan ke atas. Mudah-mudahan dah pusing. Kalau tak naik lagi uri tu ayu tetap doa dan harap akan naik sebab ada masa 2 bulan lebih lg kan..

Moga dalam lindungan Allah..aamiinn

12 October 2014

Mencari Baby Sitter

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Usia kandungan memasuki fasa trimester ke 3. Dah 28minggu.

Barang-barang insya allah sikit-sikit lagi nak siap. Baju,bedung,barut,towel, diaper bag, napkin, selimut, tilam bantal dan yg asas-asas tu dah siap dah. Tinggal lengkapkan mana yang kurang.

Yang merisaukan ni, kami belum dapat baby sitter. Ada juga yang offer masa berbual di klinik. Tapi akak tu anak sulung 2 tahun, dan masa ayu nak hantar baby (insya allah start 1 april 2015) nanti baby no.2 baru 6 bulan. Tak ke merisaukan..kena jaga anak ayu plk yg masa tu baru 3 bulan. Ofcos lah...ayu tak berapa berkenan.

Ayu cari baby sitter yang :
-dah tak ada komitmen baby sendiri

-kalau ada anak, da besar-besar dan faham erti 'adik'. Takdelah kes lepuk-lepuk sicomel ayu nanti. Bahaya gak kan

-yang sudi terima baby ayu dihantar jam 6 lebih pagi. Sebab kalau ikut sekarang, ayu masuk keje jam 7-4 ptg. Pembantu makmal sekolah sesi pagi. Kalau kena masuk sesi petang, maka ayu akan hantar jam 9 lebih..sbb masuk pukul 9.45-6.45ptg.

-pastinya ayu mencari sekitar permas jaya atau senibong. Nak hantar awal pagi kan..takleh jejauh.

-ayu cari baby sitter yang muslimah, dan mempunyai nilai keibuan yang tinggi. Dan ni lah doa ayu hari-hari..moga anak ummi ni dapat membesar dalam suasana yang baik.

-ayu akan hantar baby isnin-khamis je. Sebab Jumaat Sabtu ayu cuti. Dan Sabtu Ahad daddy dia cuti pulak. :) so, baby sitter akan jaga si comel ayu 4 hari sahaja..dalam seminggu.

-ayu harap baby sitter sudi kendalikan EBM. Dah bercadang dan berniat nak full kasi baby susu ibu.. Doakan ya..

Kalau korang yang duk area sini ada kenal sapa-sapa yang sesuai, mintak inform ayu ya.

Due bersalin 9/1/15. Kalau tak terbesalin awal, cuti ayu start 1/1/15-31/3/14. Maka.. Baby akan start dihantar ke baby sitter bermula april.

Doakan ayu ditemukan dgn pengasuh bakal anak ayu ni ya. Doakan ditemukan dengan orang baik baik... Aamiinn

09 October 2014

PROMOSI! FREE GIFT untuk belian tasbih 100 ke atas



Assalamualaikum

kalian sedia maklum kan.. ayu jual tasbih.. boleh rujuk sini :


ada beberapa jenis tasbih terdiri daripada pelangi, pesona, kayu dan juga digital elektronik.

dan ada rezki sikit, ayu buat promosi untuk belian 100 ke atas akan dapat free gift berupa set penjagaan diri (sepit kuku, gunting dll) yang super comel.

kalau beli 100-499 pcs
kalau beli 500 ke atas

semua selagi stok masih ada ya..

boleh direct ke FB personal ayu juga. : https://www.facebook.com/noridayuzan

08 October 2014

free sample : ubat gigi TruCare

Assalamualaikum.

Sejak pregnant ni, evolusi gosok gigi berdarah dah bermula. Sadis je rasa. Tu yang apply free sample trucare ni.



Mengikut pembacaan ayu, ubat gigi ni boleh bantu kurangkan ulser, gusi berdarah, sakit tekak dan juga nafas yang berbau. Kira all in one la kan.

Untuk korang yang nak test oral care ni, boleh terus ke fb fanpage trucare dan like fanpage tu. Kemudian, kasi details untuk pengeposan sampel tu.

Boleh rujuk sini ya :

Fanpage
Website

07 October 2014

Pregnancy : Shopping Barang Baby

Assalamualaikum.

Kurang seminggu lagi nak masuk 7 bulan. Dah boleh cerita kot mengenai shopping barang baby.hehe

Ayu start serius shopping masa usia kandungan 6 bulan+. Rasanya ok kot dah 6 bulan lebih shopping barang baby.

Mula-mula ayu dan suami beli 2 pasang baju pureen kat mydin, sepasang J baby dan sepasang tollyjoy kat jusco beserta mitten booties yang sedondon. Pastu, tak beli ape-apa dah.. Jalan survey harga je. Sebab memang nekad nak tunggu baby expo kat persada haritu. So, ape lagi..rasanya hampir 60% barang ayu beli kat baby expo tu. Sekali jalan beli apa yang boleh. Sebab memang dah ada budget untuk tu. Hehe.

Antara kedai yang ayu beli barang paling banyak ialah Pureen, Tollyjoy dan Fiffy. So, baby comel nanti baju baju, towel, blanket, tilam, kelambu, grooming set, face towel, nasal aspirator, mitten booties, lampin dll semua dari 3 brand ni lah kebanyakannya. Hehe.. Ayu tak belo stroller,carseat dan carrier dulu. Sbb mmg plan nak beli lepas da habis pantang.



Total baju buat masa ni ada lah dalam 16 pasang kot. Ayu beli baju newborn (yg kat tag ada tulis New Born) ada lah dalam 7 pasang campur lengan panjang dan pendek. Selebihnya size S, 0-3mth dan paling besar pun M, 3-6 bulan. Tu pun xbanyak yang besar. Sebab mak ayu kata, kalau ikut pattern mak, baby tak besar sgt. Nanti kesian la anak ummi yg comel nak kena pakai bju besar gedabak. Masa scan 3D pun doc kat klinik tu advise ayu untuk tak beli baju besar besar. Sbb dia jangka baby ayu tak besar sgt, sebab ummi baby ni pun comel je katanya..yela,dulu ayu lahir 2.6kg je. Tapi kalau ikut daddy ni, lahir dulu 3.6kg woo.. So, kita tak leh agak lah kan.

Biasa u olls yang dah ada pengalaman ni, berapa pasang baju u olls prepare ya?

Ayu masih blurr.. Even dah banyak kali study checklist kat google ni. Hehe..



Pregnancy : Dah tak selesa berbaju kurung

Assalamualaikum

Salam aidiladha dari ayu.
Entry ini kisah pagi raya.

Tahun ni, ayu raya haji kat rumah mak ayu. Sebab raya puasa haritu kat rumah MiL kan..

Alkisahnya, lepas suami gi solat raya, ayu kat rumah pun siap-siap la dengan berbaju kurung.

Tapi, kesian.. Baju kurung boleh sarung lagi, tapi kain... Alamak... Memang serius tak leh zip mahupun kancing. Kena sangkut pakak tali or getah gamaknya.

Hehehe

Try juga zip separuh. Dan masa duduk... Praakkk!!! Zip kain tu merekah. Haha.. Adik perempuan ayu bantai gelakkan kakak dia xhabis-habis.

Mak cakap, dahlah.. Jangan seksa diri.. Kain pun jadi singkat macam masuk kebun dah tu.

Dah 27 weeks, kurang seminggu nak 7 bulan, dah sesuai kot pakai uniform mengandung. Tapi ayu rasa sayang gak tak leh pakai baju kurung sbb raya dan baju kurung terlalu sinonim dgn ayu. Sbb baju nya masih boleh sarung dan tak fit pun. Cume tang kain, tak lepasss..

Rasanya kena pakai baju kurung dgn kain batik kot. Kikikikiki..mcm zaman dedulu.

5 CPUV on going


Assalamualaikum

lama dah bz sangat nak online.
harini entry ringkas.. ayu share 5 cpuv yang tengah on going ya. cpuv pertama yang HP PC tu dah review.. 4 lagi tu terdiri daripada   RWG - Ice Age Adventure , Proton PCC, Sime Darby LPGA 2014 & SUNSILK Silhouette.

Ayu ucapkan thank you so muchhh pada mr nuffnang & para advertiser kerana memilih blog ayu untuk iklan iklan cpuv ni. :)