29 June 2015

amani kena biji angin

Assalamualaikum

Ramadhan masuk 10 hari. Dan kami diuji dengan beberapa dugaan kecil.

Amani kurang sihat lagi. Kalini pakej. Demam+selesema+biji angin di belakang tengkuk. Allahu robbi. Si kecil tu menangis je. Sedih ummi.

Sebenarnya suami ayu perasan kewujudan biji angin tu sejak amani mula pandai menjulur kedepan. Dah mula makin aktif guling sana sini dan maju mundur. Masa tu dah terdetik, ada terseliuh ke amani?
Amani nak belajar jahit ummi :)

Pastu makin hari amani macam makin galak menangis. Pelik juga. Sebab baby comel ayu ni jenis tak berapa sangat nangisnya. Merengek jela selalu.

Dan last weekend balik dari kampung makin menjadi nangisnya. Dan bahu@tangan@leher belah kiri macam sakit. Ayu susukan dia belah situ kalau silap pegang nnti dia nangis terus merajuk tak mau susu.

Tak senang hati. Amani tido tak lena. Jap jap nangis. Pagi ahad ayu emergency amik cuti. Ayu gi umah jiran. Jiran tu makcik yang dah usia 60 tahun. So ayu expect dia mesti tahu nak buat apa. Di pegang tangan amani, dia kata agaknya terkehel atau terseliuh ni. Dan makcik jiran yang baik hati ni bawa kami ke rumah tukang ubat. Tukang ubat kanak kanak.

Tukang ubat tu kata amani ni kelenjarnya sakit. Macam salah bantal gitulah. Atau panggil salah urat. Ditawarkan air sebotol dan disuruh beli biji manjakani dan urut bahagian biji angin di tengkuk amani. Balik tu amani ok sikit. Kurang nangisnya dan dah mula nak menyusu mengemping macam selalu.

Dan hari isnin amani pun disusuli demam dan selesema. Ni kes demam urat la ni. Huuu.. Malam malam kami laki bini tak berapa tido. Dalam pukul 2 pagi suhu naik 38.2°c. Anak lagi perlu perhatian. Ayu risau suhu badan dia naik naik. Ayu jerlum air asam jawa di kepalanya. Lap lap kain basah dicelah pelipat dan satu badan. Yang selesema dia, ayu buat minyak bawang putih sapu di dada dan buat garlic socks. Alhamdulillah pagi sahur tu kebah sikit. Sekitar 37.2°c.

Susahnya hati ummi daddy tengok anak tak sihat. Rasa nak tukar badan je. Huuuu...

Weekend ni ayu balik kampung. Nak jumpa mak bidan yang urut bersalin ayu. Dia boleh urut budak. Mungkin boleh tengok mana mana yang tak kena dengan amani. Sebab kalau baby salah urat ni memang boleh demam berbalik balik. Risoooooooonyaaa..

Nota : macam nilah mak abah jaga kita masa kecil dulu kan. Kerisauan. Susah hati. Sedih. Sebab tu aku emo nengok budak yaya kena dera smpai patah riuk. Bapak yaya tak ada perasaan ke apa.. Huhu

25 June 2015

IKLAN : Beg tangan preloved BONIA untuk di jual

assalamualaikum

beg yang di jual adalah bukan milik peribadi saya. saya hanya bantu beliau untuk menjual barangan ini. Tapi kalau nak deal dengan saya di FB juga bole :)FB Ayu Zan


Beg Tangan Bonia 
Original
Ada kad dan dustbag.
Preloved guna 2x sahaja.

Minor defect di tali. (minor sangat) 
Harga : RM650. 
Cod kangkar pulai johor.


Begi Kecil Bonia 
Preloved
Condition10/10

Harga : RM120
Original (ada kad)
Cod kangkar pulai johor.

24 June 2015

Tips Kekalkan Susu Di bulan Puasa

Assalamualaikum

Amani sekarang usia da 5 bulan setengah. Sekarang dah makin kuat menyusu. Sejak dah pandai menjulur ke depan, guling kiri kanan, cepat ler haus dan lapar. Maka laju lah jalan susu.

Kalau dulu masa amani tak pandai nyusu, 2 oz x 3 botol pun kadang tak jalan. Padahal dok rumah pengasuh dari jam 7pagi-4 petang.

Sekarang ayu bekalkan 3oz x 5 botol setiap hari pun habis. Kata makcik pengasuh, amani di bagi berapa oz pun habis. Laju minumnya.

Jadi semangat ayu nak ngepam semakin lah berkobar. Dulu masa pantang dan cuti bersalin memang banyak stok ebm. Tp sejak kerja dan amani tak berapa susu, jd malas ummi dia nak pam. Pam sekadar cukup je.

Sekarang pam sekadar cukup dia memang kena gigih ummi. 3x sehari minimum kena pam.

Bulan puasa pun alhamdulillah mantain hasil perahan. Tapi ayu bukan lah jenis meriah berjurai jurai tu. Kalau 3x pam dapat 12-14 oz pun dah besar nikmat rasa. Alhamdulillah.. Dan dalam freezer ayu pun stok frozen tak lah banyak. Cukup lah kalau buat backup 2-3 hari.

Apa yang ayu perasan, nak nyusukan time puasa ni, sahur tu penting amat. Dan jom semak apa ayu makan time sahur.

Nasi lauk + bancuhan (oat+susu+tamarcocoa@horlick) + air kosong 2 gelas + 3 biji kurma

Ni lah sahur ayu. Kalau nasi tak makan, ganti dengan mihun @ mashed potato @ roti. Pokoknya memang berat lah makan sahur ayu. Padahal my sweet husband makan bancuhan oat+susu+tamar cocoa pun terkulat kulat nak habis. Haha.

Alhamdulillah makan berat sahur tu membantu ayu kekal cergas sepanjang hari. Pukul 4 balik kerja masih boleh dukung amani amik dari umah pengasuh dan daki tingkat 3 sambil dukung dia dan bawak beg perahan susu. Dan balik tu lepas ngempengkan dia, masih ada baki tenaga untuk prepare juadah berbuka.

Pernah sekali masa tu tak minum oat. Dan makan kurma pun sebiji. Memang energy tenghari dah pancit. Pastu dah xde energy, jadi lemah nak kekalkan 3x mengepam tu. Huhu.

Oh ye. Berat ayu dah seminggu puass ni dah turun 1kg+ dah. Sekarang dah tinggal 50kg je. Hihi. Padahal masa preggy 40 weeks 66 kg wooo.. Tak niat pun diet. Tp bila nyusu si comel, automatik kalori banyak burn dan hasilnya makan banyak pun tak naik berat. :)

Oklah sampai sini dulu entry kita. Semoga ibu ibu menyusukan pun berjaya harungi ramadhan kalini. Jangan risau ye ibu ibu sayang. Islam tak kejam. Allah bagi rukhsah, kalau tak mampu, ambilllah rukhsah. Insya allah menyusukan di bulan ramadhan pun ibadah dan besar pahalanya. Kan ibadah dalam bulan ramadhan ni berganda ganda pahala. :)

Ni handbag saya tiap hari. 

23 June 2015

Perkhidmatan Menggosok Pakaian Sekitar Skudai Johor

Assalamualaikum

Entry ini khas untuk bantu ibu saudara saya yang baru nak mulakan perniagaan perkhidmatan iron baju.

Baju yang kita dah basuh kat rumah, contoh kemeja, baju kerja, baju sekolah anak anak, baju raya (hehe), baju kurung dan lain lain tapi tak sempat nak iron di rumah boleh lah hantar kat makcik saya.

Insya allah harga berpatutan.

Perkhidmatan ini ditawarkan untuk yang tinggal di sekitar UTM skudai, bdr baru kangkar pulai dan sekitar yang berhampiran. Sebab makcik saya tinggal di bandar baru kangkar pulai.

Untuk maklumat selanjutnya boleh hubungi :
Norini Ismail : 016-7404415

20 June 2015

Resepi : Kuih Kasturi

assalamualaikum

bulan ramadhan kali ni ayu dah jadi ibu. Pengalaman baru kali ini membuatkan ayu lebih merancang strategi. hehehe. maklum jelah, balik kerja jam 4 petang. paling cepat sampai 4.40 petang lepas ambil Dhiya Amani. Sampai rumah pulak dak comel nak kena ngempeng. jadi, masa nak masak tu macam tinggal baki baki je.

Kami suami isteri pulak tahun ni rancang untuk meminimakan bazar ramadhan. setakat dah 3 hari puasa ni belum berbazar lagi. Tapi even tak berbazar, ayu still nak hiasi ramadhan ni dengan juadah dan hidangan yang menyelerakan even simple. dan kalau boleh, nak frozen kan especially kuih muih ni.

semalam Jumaat, jadi ayu cuti. Disamping melayan si comel dapat juga curi curi masa, belah pagi ayu prepare samosa (separuh frozenkan) dan petangnya ada masa ayu buat kasturi (pun sebahagiannya di frozenkan).

dapat 12 ketul. 4 ketul goreng untuk berbuka.

Simple je kuih ni.
mudah dan tak costly.hehhe

Kuih Kasturi

Bahan-bahan

1 cawan kacang hijau
1 keping gula melaka(jenis keping)
2 sudu besar gula pasir (atau ikut kemanisan yang disukai)
garam secukup rasa
bahan untuk Kulit (untuk celup goreng)
1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
secubit gula
pewarna kuning

Cara-caranya :

1. Rebus kacang hijau dengan air yang cukup sehingga kacang lembut dan air kering. kalau air macam nak kering tapi kacang tak lembut lagi, sila tambah air lagi.
2. Masa air dah mula nak kering dan kacang dah hancur, tambah gula melaka, gula pasir dan garam dan terus masak hingga kering.
3. Biarkan sejuk dan kepalkan ikut kebesaran yang di inginkan.
4. Campur tepung gandum+marjerin+garam+gula+pewarna kuning. gaul sebati.
5. Panaskan minyak betul betul panas, celup kacang tadi dan goreng.

nota kaki : sedap gak kalau campur kelapa parut tapi masa ayu buat ni kelapa parut tak ada. belasah aje. hihi

18 June 2015

Sewing : Dress Merah Hitam

Assalamualaikum

Kalini ayu mencuba jahit tanpa ikut mana-mana pola. kira ikut sesedap rasa dan seadanya kain.

yang merah atas guna material kain cotton(yang buat baju sekolah) dan yang berbunga hitam merah material 100% cotton (japanese cotton kot)
nak buh bunga kat plain kosong tu nanti

dah siap dah cume tinggal nak memasang snap button di belakang.

lum bubuh button

tapi lepas je test kat amani, macam terkecil di bahagian tangan. jadi payah beno nak masuk sebelah tangan lagi. oho.. ummi kena fikirkan solution lain ni.

nota : selalu terjadi benda ni kat ayu tak kira time beli or jahit baju anak (kalau dulu adik) mesti terkecik! sebab ayu selalu rasa mereka tu kecik je lagi. huhuhu..

Raya Giveaway by Sally Samsaiman

Assalamualaikum

jom join Raya GA oleh sally ni..

klik untuk join

TAMAT 3 JULY 2015



17 June 2015

Sewing : Dress Amani

Assalamualaikum

sebenarnya kain ni ayu tersilap potong masa mula mula nak buat riversable dress untuk amani dulu.

tapi sayang kat kain ni kot sebab ni japanese cotton (kot) yang sedap kainnya, jadi ayu teruskan juga jahitan untuk merealisasikan baju ni. ececeh.dah salah pun nak gak buat..

lehernya ayu buat style baju kurung je.

hasilnya yang tak seberapa.

dan 
oleh sebab tak ada mesin jahit tepi dan malas nak hantar pi jahit tepi, ayu telah sembat seluruh baju dak kecik ni. gigih weh.. kalau baju dewasa memang den tak kan menyembat la.


berkira kira nak menambah hiasan,.. tapi tak tahu nak buh apa..

16 June 2015

Susu Ibu Titisan Emas

assalamualaikum

rasanya ramai dah tahu mengenai molekul susu ibu apabila di bawah kanta microscope.

dan di bawah ni ayu share perbandingan antara 3 susu terkemuka.


Allahu robbi.
alhamdulillah syukur nikmat.

betapa hebatnya kurniaan Allah yang satu ni. Kalau dah titisan emas. tentu sekali jadi titisan paling bermakna dan termahal.

kalau bagi ibu ibu yang pam susu mesti faham titisan ini amat bermakna. Tumpah sikit... Allah.. sayangnya..

apetah lagi kalau EBM yang di frozen telah mencair dan kena guna dalam masa 24 jam. ini terjadi kat ayu. 

Ntah camana peti sejuk bole lak xtutup rapat selama 2 jam lebih. Akibatnya ebm kesayangan yg paling luar hampir dgn pintu telah 10% - 50% mencaiiiirrrr...

Sedihhh..

masa jadi kat ayu ni, atas nasihat rakan BF, ayu kena asingkan yang dah ter thawed 30% ke atas dengan bawah 30%. yang kurang 30% mencair, masih boleh frozenkan semula. banyak juga yang terbuang titisan emas masa ni sebab dhiya amani bukannya nak kalau minum botol time ummi ada.

ape kan daya...begitulah dugaan dugaan kecil ibu menyusukan anak kan? :)

nota kaki : jom terus bf baby :)


15 June 2015

Amani pakai dress ummi jahit

Assalamualaikum

Ingat x entry lepas lepas ayu ada belajar jahit simple dress untuk dak kecit dhiya amani.

Dan weekend ritu g jenjalan kat tasik kasi amani pakai dress ala ala budak baru belajar tu. Pakai dgn legging plain.


Tapi ummi lupa nak ambil gambar penuh. Hihi.


Ni je yg ada.

Nota : oho... Seronok rupanya anak pakai baju kite jahit. Even simple mcm ni. Nanti ummi belajar lagi ye sayang...

14 June 2015

susu ibu hak anak

Assalamualaikum.

Selama 5 bulan lebih menyusukan Dhiya Amani, belum pernah saya buat entry khusus mengenai penyusuan begini. Ini kerana saya sedar kecetekan ilmu yang kadang buat saya malu nak bercerita. Sejak mula disahkan mengandung, saya terus study mengenai breast feeding. Dan sekarang masih belajar lagi belajar dan terus belajar.

Harini saya agak sentap dengan status sharing oleh seorang ibu yang share gambar anaknya (usia kira kira 1 bulan) yang sedang minum susu botol.

Komen A : dah minum FM(formula milk) ke?
Jawapan ibu : haah. Campur dah.
Komen A : susu dah kurang ke?
Jawapan : taklah. Susu banyak lagi. Tapi malam dia asyik nak bergayut sampai pagi. Tu yang bagi FM.

Ya.mungkin si ibu belum tahu mengenai hikmah dan sejuta kebaikan menyusukan anak.

Sedih saya. Tapi jari ini tidak berdaya nak taip komen supaya continue fully breastfeed selagi ada daya. Tambah lagi susu ibu masih banyak. Sayangnya rasa.. Paling tidak pun. Pam dan isi dalam botol. Sebab susu ibu masih BANYAK.. Kecualilah memang susu ibu dah tiada, apalah daya kan. Dan saya percaya, ibu yang tahu kebaikan BF ni, sedaya upaya nak cuba bf anak kan.

Anak ngempeng nak gayut je?

Itu biasa la kan. Bayangkan si comel kita dah duduk dalam rahim kita almost 10 months(40 weeks) dan dah dengar degup jantung kita setiap saat. Dengar kriuk kriuk perut kita lapar. Dengar suara kita bercakap. Tentu sahajalah bila lahir si kecil, dia mahukan yg sama. Dekat dengan ibu. Dekattttt... Insya allah makin besar perlahan lahan kurang gayutnya itu. Dan pasti kita bakal merinduinya.

Wujudkan rasa bahagia menyusui si kecil. Personally saya suka DF (direct feed) amani. Balik je rumah lepas kerja, terus ajak si dhiya baring kat bilik. Suruh dia ngempeng. Haha.. Soooo rindu ok..

Bacalah mengenai penyusuan susu ibu. Bacalah.

Jom study mengenai breastfeeding sama-sama. Dah jadi ibu ni lagi banyak nak study. :)

13 June 2015

Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Assalamualaikum... salam sayang....

Allhadulillah, dengan rezeki Allah Ya Razzaq, saya ada beberapa buku yang hendak diberikan pada anda... Buku nukilan Prof Madya Dr. Wan Maseri Wan Mohd dripada UMP....

Saya selalu gunakan buku beliau untuk panduan hidup saya mengenal makrifatullah yang mana selama ini saya hanya tahu nama Allah Asaul Husna tapi saya langsung tak kenal apakah 99 energi Allah.

Bila pergi kursus dan seminar, usrah, Allhamdulillah saya semakin yakin dengan hati, perasaan dan tingkahlaku saya semua kerana Dia Ya Baari' susunkan segalanya.

Dan di sini saya mahu kongsikan beberapa buku ini untuk semua....


Syarat:

  1. Buat entry tajuk "Giveaway SI Untuk Anak, Isteri, Suami dan Keluarga Cemerlang".
  2. Letakkan banner dan linkkan.
  3. Letakkan komen anda.
  4. Blogwalking sesama peserta.


Tarikh mula : 12 Jun 2015 hingga 26 Jun 2015 jam 11:59 pm

Hadiah:
1 buku Isteri Cemerlang x 1 pemenang
1 buku Suami Cemerlang x 1 pemenang
1 buku Keluarga Bahagia x 1 pemenang
1 buku Cemerlang di bulan Ramadhan 1 x pemenang
 dan kad raya kepada mereka bertuah.

Pemilihan akan dikatogarikan antara suami, isteri dan belum berkahwin, dan akan menggunakan random system. 

Erti Alfatihah



assalamualaikum

mesti korang tahu lagu kat atas ni kan.
Erti Alfatihah oleh Voice Of Ummi

Amani dan ummi daddy nya hari hari layan lagu ni. hihi.
alhamdulillah lagu macam ni beri manfaat besar pada kami.
disamping sebagai hiburan untuk si comel, juga sebagai penghayatan dalam memahami maksud surah Alfatihah ini.

my girl :)

Kat tv3 keluar lagu 'erti alfatihah' masa ending rancangan MHI minggu lepas. Amani tengah guling guling terus fokus gitu.

Dia semakin alert dengan apa yang selalu didengarnya.

1'st Giveaway by Murni Alysa

assalamualaikum.

join GA.

antara syarat kena jawab ni...

saya mahu mencuba Vitamin-C ini kerana ingin mengurangkan bekas bekas jerawat di wajah disamping mahu my baby Dhiya Amani menyerap khasiatnya melalui susu ibu.

hihihi

klik utk join

11 June 2015

DIY Baby Stuff : Baby Bibs

Assalamualaikum

entry ringkas je.

harini nak share baby bibs yang sejak akhir akhir ini mendapat permintaan.



yang polkadot hitam dan love biru tu dah berpunya.
yang polkadot krim dan butterfly bawahnya mungkin bakal jadi dhiya amani punya. hehe

First Giveaway By Cik Itah | ramaramapendek

KLIK UNTUK JOIN


10 June 2015

guest book wedding adik ipar

Assalamualaikum

Sibuk sesangat weekend.
Hehe.. Musim kawin kan. Biasa lah bizi kan.
Kalini wed adik iparku pd 6.6.2015.


Xde apa nak bagi dia, jadi ayu deco simple guestbook lelaju sebelum bali kampung.

Dan sambung bz sebab amani tak sihat. Demam + selesema. Tau jela kan. Anak tak sihat mmg fokus kat dia. Smpaikan ayu ada kursus kat kluang. Ayu patah balik sebelum sempat program mula sebab amani yg demam tu dah menangis nangis masa daddy dia driving.

Tak pe. Nanti ayu story next entry ya. :)

MINI GIVEAWAY RESEPIKU

hehe... amboi maraton malam ni join GA.

maap yer kekawan..

simple ga ni. jom support.. dapat buku resepi uuu...

http://syeedasaniey.blogspot.com/2015/06/mini-giveaway-resepiku.html
klik utk join

FIRST GIVEAWAY by MRS. PANDA

Simple GA gak ni,.

meh join :)

klik utk join

3rd Giveaway Sulaman Lace Heaven

Jom join sama...

kalini ayu tag DIYA IXORA. :)

klik untuk join

MOMMY'SIGNATURES 1ST GIVEAWAY BY EYRASAHA

Bismillah...


senang sangat GA ni punya syarat..
follow blog beliau je.
jom join.

klik utk join


GA tamat : 30 Jun 2015

Giveaway : 1st Anniversary Yana & Dean


Assalamualaikum w.b.t.

1 Jun 2013 ~ 1 Jun 2015 : Alhamdulillah, hari ni genap 2 tahun usia perkahwinan Yana dengan Mr.Yogi. Suka, duka, masam, manis...berjaya ditempuhi bersama. Tapi masih jauh lagi perjalanan kami. Ulangtahun ke-2 pun, kami masih lagi berdua. Insyaallah...berkat doa berterusan daripada kami berdua, daripada ahli keluarga dan semua yang mengenali, manalah taw bila tiba waktunya nanti kan. 

Hari ini juga, dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim, Yana lancarkan 

Klik BANNER untuk join (^^,)

SENARAI HADIAH :

Wang Tunai RM30 x 1 pemenang (Top Referral)
Wang Tunai RM20 x 1 pemenang
Sehelai instant shawl benang hitam x 1 pemenang
Sekotak mineral coffee x 1 pemenang
BVR Collagen x 1 pemenang
Topup RM5 x 1 pemenang
Jeju Mask x 3 pemenang
Keychain Sarawak x 3 pemenang
*Hadiah akan ditambah sekiranya penyertaan menggalakkan (^^,)

TARIKH GIVEAWAY : 1 JUN ~ 1 JULAI 2015


Mini Giveaway by Syira Lokman

klik utk join

tamat : 10/6/2015

02 June 2015

Hadiah Giveaway

Alhamdulillah

tq kak ina - blogger Intan Berlian . Ayu antara pemenang GA beliau...dan
dapat hadiah baju muslimah ni. memang best la.
sebab ada butang boleh breastfeed amani time pakai. dan size M. memang size ayu :)

sukkkaaa :)

thanks a lot juga untuk AwanazStyle Muslimah Shop  untuk tajaan baju ini. :)