31 October 2012

Indahnya sebuah kemaafan

Assalamualaikum.

Bismillah.

tajuk entry hari ini Indahnya Sebuah Kemaafan.

pernah tak kalian terasa hati atau marah pada seseorang lantas menyimpan berbuku dendam padanya?
saya jamin, sekiranya anda manusia biasa seperti saya, pastinya kalian pernah merasai marah dan benci dalam hati kalian.Ia fitrah manusia. Namun, sekiranya ada, haruslah kita lempar jauh-jauh rasa benci dan berdendam itu. Berbaik sangkalah. Maafkanlah.

Bukankah begitu lebih manis.

ada beberapa sebab mengapa kita mesti memaafkan. 
Saya petik ia dari buku yang pernah saya baca. Sebarkan Cinta-Mu [Fatimah Syarha, M/s 731] sebuah novel tauhid yang banyak merungkai isu-isu kehidupan dan banyak menjernihkan pemikiran manusia terhadap agama tercinta ku..Islam..


Maafkanlah...

1. Maafkanlah supaya kita diampunkan. 

"...dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka Allah mengampunimu? Dan Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [an-Nur : 22]

Nota Ayu : Subhanallah.. Baiknya Allah. Kita memaafkan saudara kita lalu Allah mengampuni kita. Ya Allah... ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini.

2. Maafkanlah supaya Allah menjadi sayang.

"...dan jika kamu maafkan dan kamu santuni serta ampuni (mereka), maka sungguh, Allah Maha Pengampun, Maha Penyayang." [at-Taghabun : 14]

Nota Ayu : Bukan sahaja mengampuni dosa-dosa kita, malah Allah menyayangi kita. Bukankah indah memaafkan kesalahan orang lain? hati senang...Allah pun sayang..

3. Maafkanlah supaya kita tidak sama dengan orang bodoh.
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma'ruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh." [al-A'raf : 199]

Nota Ayu : Sudah tentu aku dan kamu semua tidak mahu disamakan dengan orang yang bodoh.

4. Maafkanlah kerana orang mulia sentiasa memaafkan.
"Tetapi barang siapa bersabar dan memaafkan, sungguh yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia." [asy-Syura : 43]

Nota Ayu : Termaktub dalam Al-Quran berkenaan mulianya orang penyabar dan pemaaf. Ayuh semua.. Ayu ajak diri dan teman-teman melakukan perbuatan mulia. Semoga kita sudi memaafkan siapa pun dia dan apa pun salah dia.

5. Maafkanlah agar kau termasuk di kalangan orang yang gagah menahan marah.
"...menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain." [Ali Imran : 134]

Nota Ayu : Sesudah memaafkan dengan hati yang tulus...sudah pasti tiada dendam di hati, dan tentunya tidak  lagi marah-marah baru Allah sayang.. =)

***
Nota Jari Manis :
Marah itu fitrah, Umpama cinta itu fitrah manusia.
kalau cinta itu fitrah harus disalurkan dengan cara nikah.
Marah itu juga fitrahnya harus dikendurkan emosinya lalu memaafkan orang yang bersalah sekalipun fitnah dan tuduhan yang dilemparkan mungkin berat untuk diterima. Percayalah Ayu dan teman-teman, hikmahnya tentu cukup besar. Kerana itulah MAAF itu disebut dalam alQuran.

Bukankah hidup ini terlalu singkat untuk membenci?

Uhibbukum Fillah,
Ayu Zan





29 October 2012

Aidiladha Kali Ini

Assalamualaikum.

Bismillah

rasanya belum terlewat untuk aku ucapkan Salam Aidiladha buat semua teman-teman se-Islam.
semoga Aidiladha kali ini membuatkan kita lebih memahami dan menghayati pengertian Pengorbanan.

Aidiladha kali ini, aku benar-benar rasa terpanggil untuk menjejakkan kaki menjadi tetamu Allah. Semoga suatu hari nanti cita-cita suci ini terlaksana hendaknya.

Okeylah.
nak tunjuk kat korang gambar mak dan adik-adik aku kat rumah baru ku. =)
Raya haji ni bawa mak bermalam ke JB dua hari.
hehe


Uhibbukum Fillah,

Ayu Zan

23 October 2012

fitnah dan mengumpat

Assalamualaikum
Bismillah
"Eh,Siti..ada ke si Zahra tu cakap apa-apa pasal tak puas hati kat aku" tanya Muna menyelidik.
"Setakat yang aku tahu, tak ada lah pula." Jawapan ini yang Siti pilih walaupun sebenarnya tersimpan seribu satu rahsia. Lemas Siti dengan soalan yang serba salah untuk di jawab.
Semoga aku mampu menjadi Siti yang menjaga tutur bicaranya dari menyakitkan hati, mengguriskan hati mahupun membuka aib@rahsia rakan taulan.
Kalau boleh, aku tak mahu mendengar langsung cerita perihal orang lain. Namun, kadang kala kita tak mampu. Jadi, yang mampu ialah, jangan sampai menjadi orang yang menjaja fitnah dan umpatan ke mana-mana.
Kadang kala, iman yang senipis kulit bawang ini tercalar juga. Hampir-hampir membuka mulut pada yang tidak sepatutnya. Maafkan aku sekiranya ada di mana-mana silap
Love, Ayu Zan
Published with Blogger-droid v2.0.6

22 October 2012

Lukisan Allah

Assalamualaikum
Bismillah

Masya allah.. Aku tak terduga diberi kesempatan oleh Allah untuk menatap keindahan ciptaan panorama pagi milik-Nya.

Usai subuh, tatkala membuka tingkap bilik. Sungguh indah lukisan Mu Ya Allah.

Published with Blogger-droid v2.0.6

21 October 2012

ajaibnya cinta

Assalamualaikum

Bismillah.

Tajuk tu macam berat kan. Tu aku ambil sempena tajuk cerita cerekarama...

Dan.

Cinta tu memang ajaibkan.

Sekian.

Nota jari manis :
Kami mula buat keputusan besar dalam hidup.
Doakan lancar ya.

Wassalam

Love,
Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

17 October 2012

Ladies First

Assalamualaikum.

Bismillah.

Ok kenapa aku letak picture aku yg tak seberapa tu?

Sebab..tadi, dengan penampilan begitu, aku telah ke bank untuk withdraw duit. Sedang aku menuju ke pintu masuk bank itu, seorang lelaki inggeris "orang putih" pun sama menuju dari arah bertentangan. Bila kami sama-sama tiba hampir dengan pintu, aku memperlahankan langkah memberi peluang pada lelaki itu. Dari berlanggar dan bertembung, baik aku mengalah ye tak?

Tiba-tiba lelaki orang putih membuka pintu dan dengan sopannya mempersilakan aku masuk dan siap menunduk hormat. Ohh.. Dengan serba salah aku masih tak lupa lah nak ucap "thank you". Hehe.

Rasa bangga bila dilayan begitu.hihi

Selalu kalau bukakan pintu Pak Guard je kot kat Malaysia ni.

SEBALIKNYA

Bulan lepas masa aku ke bank, aku pernah bertembung dengan lelaki Malaysia yang berpakaian korporat mcm kerja baik2 dengan selamba melanggar aku, kemudian tanpa menunggu aku masuk, dia melepaskan pintu itu. Akibatnya aku hampir jatuh menahan pintu yang agak berat tu. Maklumla...i kan comel je..

Kalau aku gadis seksi mungkin dia tak buat begitu kot.

NO ATTITUDE kan? So rude!!

Nota jari manis :

Aku pilih tajuk LADIES FIRST bukanlah mintak selalu dibukakan pintu macam mamat putih tu buat. Tapi cukuplah dengan menghormati antara satu sama lain..tak kira siapa pun dia...

Love,

Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

16 October 2012

menu : ayam goreng kunyit

Bismillah.
Assalamualaikum
Seperti biasa rutin aku setiap pagi usai solat subuh ialah menari di dapur. Hehe. So, tiap2 hari memikir lunch menu untuk adik ku membawa bekal ke tempat kerja.
Harini aku memilih menu ringkas : ayam goreng kunyit.

Bahan A:

Minyak masak
3 keping Dada ayam dipotong dadu kecil-kecil
Serbuk kunyit adabi
Garam


Cara-cara: 
Campurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit kemudian di goreng dengan api sederhana. Jgn garing sangat.

Bahan B:

1 biji Bawang besar dipotong bulat2 dan ceraikan dia
2 biji Bawang putih dihiris halus
Halia dihiris halus
Kacang panjang 2 urat
2 biji cili merah di hiris 
Tomato 1 biji
Garam
Sos tiram
Air asam jawa
Serai


Cara-caranya :
Gunakan sedikit minyak menggoreng ayam untuk menumis bawang, halia dan serai. Masukkan sedikit sos tiram. Masukkan kacang panjang dan cili, goreng sehingga agak layu. Kemudian masukkan ayam,tomato dan air asam jawa. Perasakan dan siap!

Boleh bawa bekal dah.


Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Love, 
Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

15 October 2012

alunan indah

Assalamualaikum.

Bismillah..


Cerita ni kisah pagi semalam.
Sedang aku mahu menapak menaiki tangga ke tingkat 3 rumahku, aku mendengar suara seorang ibu sedang mengalun Zikrullah ketika menidurkan bayinya di dalam buaian.


Langkahku mati.
Aku berdiri sambil mendengar baik-baik alunan merdu itu.

Si ibu sedang mengalun zikir I'tiraf.

Wahai tuhan ku tak layak ke syurgamu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakamu
Ampunkan dosa ku terima lah taubat
Sesungguhnya engkau lah pengampun dosa dosa besar.


Tenang hati aku mendengarnya. 
Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang.


Nota jari manis :
Rindu Zaman sekolah menengah ketika duduk di surau raudhatul firdaus beramai2 membasahkan lidah dengan mengingati Allah.


Love,
Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

14 October 2012

Anda Bila Lagi?

Assalamualaikum.

Harini tergerak hati nak menulis soal perkahwinan.
satu topik yang aku rasa agak berat untuk dibincangkan.
terutamanya bagi aku yang bergelar gadis belum berkahwin. =)

kebelakangan ini, seorang demi seorang sahabat ukhti ku melangkah ke fasa baru dalam hidup mereka.
ada yang baru mula dirisik.
ada yang membuat keputusan bertunang. (paling ramai tahun ni)
ada yang telah dan tidak lama lagi melangkah membina masjid rumahtangga.
dan..
yang tak terhingga gembiranya bila sahabat ukhti ku bergelar "Mama"

ni gambar aku dengan si manis Nur Alamul Huda
ibunya Zinnirah sahabat aku.


dan tidak kurang ramai yang bertanya bila pula giliran aku?
hehehe.

kalau boleh mahu senyum je sebagai jawapan.
hehehe

jujur aku katakan, siapa yang tak mahu berumahtangga lalu bahagia bersama pasangan tercinta. Aku juga tidak terkecuali.

Aku semakin takut memasang impian terlalu tinggi, lalu aku mengambil langkah mempersiapkan diri sebanyak mungkin dari segala sudut.

Terutamanya ilmu agama untuk menjadi isteri dan ibu yang baik, ilmu pengetahuan dan tidak kurang mengasah skill memasak untuk membuncitkan perut suami. ikikikiki..

Selain itu, sedaya mungkin aku belajar mengawal emosi amarahku yang kadang kala dilampias dengan sewenang-wenangnya. Bukankah jatuh hukum berdosa jika gagal mengawal amarah di hadapan si suami nanti?

Okeylah,setakat ini dulu bicara tentang perkahwinan pada petang yang mulia ini.

Semoga usaha mempersiapkan diri dengan baik ini akan membuatkan aku mampu senyum redha kala ditimpa musibah, dan menangis muhasabah tatkala hati merasa bahagia nanti. Sesungguhnya, alam perkahwinan itu memang suatu alam indah tetapi tidak lupa juga terdapat pohon-pohon tumpang dan binatang-binatang liar sebagai gangguan.

Sekian.

Love,
Ayu Zan

11 October 2012

Jumaat :Senyum dan tangis

Tersenyum redha kala musibah.
Menangis muhasabah kala mengecap bahagia.

Ungkapan di atas untuk pengisian jumaat kali ini.

Jom kita kupas.

Tersenyum redha kala musibah...

Bukan senang nak senyum tatkala musibah melanda kan?

Mana mungkin bisa senyum tatkala kesedihan.

Tapi itulah konsepnya redha. Pabila redha itu bersama-sama seorang hamba Allah itu, pasti dia mampu tenang.

Bait seterusnya berbunyi..
Menangis muhasabah kala mengecap bahagia.

Mengucap syukur tak terhingga kerana anugerah Allah memberi bahagia pastinya mengundang sebak di hati.

Dengan diri yang kerap kali alpa dan leka ini, Allah tetap menyayangi kita dengan memberi begitu banyak kebaikan. Dan haruslah kita bermuhasabah diri selalu.

Bukankah begitu?

Salam jumaat.

Love,
Ayu zan

Published with Blogger-droid v2.0.6

07 October 2012

Hadiah Sempena Masuk Rumah Baru

Assalamualaikum.

Sekarang jam 8.40 am.
Semua dah pegi kerja kan?
aku je belum.
sebab aku masuk pukul 10.00 am..
dah macam orang kerja kat pasaraya kan..bukak pukul 10. hehehe..
anggap je la begitu.

Ok. harini mau cerita tentang semalam.

Mula-mula..ucap ALHAMDULILLAH..
Lepas aku sibuk-sibuk kononnya bercuti ke legoland (rujuk entry semalam : Legoland)
aku gi umah my best aunty. call her Busu Ani... ala yang kasi tv tu. hehe

Dia kasi aku hadiah.

Sape tak suka hadiah kan?

1 set gelas seksi. 
*owh..aku terus bercita-cita nak buat desert nak rasmikan glass cun tu*

1 sauce pan. *ada bunga-bunga pink ok. cun sangat*

2 biji canister kaca.
 *Ni dah lama aku aim. tapi tak beli-beli. Akhirnya dapat juga. makin berseri dapur i. =))*

Dan lastly aku dapat dua helai toto.
wah..
terus rasmi ha.. hihihi.

Nota Jari Manis :
Terharu tengok adik aku bawak bekal gi kerja nasi dan lauk-pauk yg aku masak.

Love,
Ayu Zan

Ayu Ke Legoland?

Assalamualaikum.

Semasa aku menaip entry ini sudah hampir masuk ke hari isnin, bermakna tamatlah weekend dan datanglah weekdays. semua pun tak suka kan? hihi


ok. back to our LEGOLAND.

Memang aku, adik aku dan encik driver aku gi ke legoland.
cume tak masuk je. niat hati nak gi ke Mydin Nusajaya....
terlalu disitu... so snap la sekejap legoland tu.

ada org nak sponsor masuk tak? kikikiki

***

Ok bawah ni pulak...singgah di kota iskandar pusat pentadbiran baru tu.
sebelum ni dah pernah melawat, tapi sebab bawa adik aku yg belum sampai sinun kan..so kami datang lagi.

Maaf. huruf R hilang. Tak perasan masa snap.

Teropong buat sendiri.
Ni kat stadium ape tah. hihi

Ni pulak dengan encik meriam. gah dia di situ.

Ini pula Cik Lisa saya. ;-p


Ok lah. 
Nak tidur dah. 

Good Night.
Assalamualaikum

Nota Jari Manis :
...
Siapa dah pergi Legoland?
angkat jari manis. hihi

Love,
Ayu Zan





06 October 2012

Rumah Ku Bukan Rumah Mu

Assalamualaikum.

Tajukkk.. ahahaha.. kemain kau ayu..

Atas permintaan beberapa rakan yang nak tengok rumah aku..
*ni bukan rumah betul tau. cume menyewa dengan kerajaan a.k.a kuarters*

Rumah ni belum sempurna dan terlalu banyak kurangnya.
almaklumlah...baru 1 minggu.. =)

Okeh. Kite mula dengan ruang kesukaan aku. DAPUR.

Sorry la kalau u olls tengok cam bersepah. aku tengok ok je..terus snap. malas nak ejas-ejas. hehe
*see..tumbuk pakai lesung batu ok. blender belum beli.hehehe*


Ni ruang makan
Alas meja pun lum beli. tu la seciput kat tengah beli kat kedai.
ingatkan besar..rupanya kecik.


Ni pula ruang tamu.
ruang tamu ni besar ok. aku snap tak penuh.

korang mesti pelik. mana pegi kusyen kau ayu.. mau berdarah b***** duduk atas kayu tu.
Jawapannya..tengah jemur kat balkoni. sarung belum beli. sarung penyewa tinggalkan mcm da koyak rabak dan kotor amat. 

Yang helmet tu (pengganti bunga) adik aku punya. hehehe

TV tu ihsan my auntie kesayangan. Thanks busu. kalau tak, sunyi aje
.
Tempat sidai baju, letak penyapu, mop

sila abaikan suasana towel, kain buruk dan mop ya. 
hehe


Lastly..
Bilik - bilik.

Yang tutup pintu tu master bedroom dengan bilik airnya.
yang ada princess tu bilik sederhana besar.
dan yang tengah bilik kecil. 
berhadapan bilik-bilik tu ada bilik air. *tak nampak plak*

Sekian sampai sini dulu sharing kite. =))

Nota Jari Manis :

Ada sape-sape nak sponsor barang rumah x? hehehe

Love,
Ayu Zan

05 October 2012

Hujung Minggu

Assalamualaikum.
selamat berhujung minggu kawan-kawan..

hujung minggu ni mesti masing-masing dah ada program yang di rancang utk penuhkan masa kan?
apa rancangan u olls?

aku?
aku tak ada apa rancangan.. duduk rumah je la kot.

Oklah. citer pasal makanan nak?
sekarang belog aku dah macam belog beginner memasak lak.
harini nak share lunch punya lauk untuk harini.


Lauk utama , ikan kembung masak kari. maap la yek. gambar macam tak clear sangat...
dah lama tak masak kari. tu yang teringin. =)


Makan tak da sayur tak lengkap. sayur pilihan hati, kobis. =)
goreng tumis aje.


Ok. Ni kategori sambal pembuka rasa. aku pun tak reti lah nama dia apa. 
tapi resepinya aku cilok dari kakak sepupu punya.
dulu-dulu masa kat umah dia selalu buat.

Resepi :
Bawang besar(potong-potong)
+
Cili Padi(potong-potong)
+
Kicap Manis
+
Limau sambal (perah)


Ok last.
Papadom.
oyeh.. aku memang gila makan benda ni.
ada kari. mesti ada papadom baru lengkap. hahaha.. =)


Sekian sharing untuk kali ni. hehe

nota jari manis :
Masa menaip entry ni, rumah sebelah tengah masak
tapi aku? dah kenyang dah.
hahaha... eksaited lapar.. hoho

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan
Love, 
Ayu Zan

04 October 2012

Sausage Sweet Sour

Assalamualaikum.

Sausage sweet sour nama diberi. Nama melayu ala-ala sosej masak sos. hehehe

Akibat dah berhari-hari makan lauk ayam. 
ayam goreng
ayam masak merah
ayam masak kicap

akhirnya menu ini jadi pilihan memasak.

Simple aje. OK lah kot. Yang penting kenyang... Alhamdulillah..

Sausage Sweet Sour

Nak share resepi ke idok?
ala.. senang sangat kan? tapi..nak share jugak. kot-kot ada yang spesies baru belajar masak macam aku. 
ikiikikiki... =)) 

Gini caranya...

Bawang putih, bawang merah, halia - dihiris
Tumis encik-encik di atas sehingga naik bau

+

Sos cili, sos tomato, air, air asam jawa, garam
Masukkan encik-encik sos dan air asam jawa dan serbuk perasa.
kalau u olls nak letak kiub ayam pun sedap.

+

Sosej (belah dua dan rebus kejap)
Cili merah dan hijau (itu aje ada kat dapur-korang letak la cilli benggala molek sikit)
Lobak (belah bulat-bulat nipis)
Apa-apa aje lagi sayur mayur yang u olls nak letak.
Masukkan sosej, cili bagi cantik dan pedas, lobak baik utk mata ke dalam kuah tadi. 
biar didih kejap. agak-agak cukup pekat, matikan api. kalau xcukup kuah, korang alter la..
tambah sos dan air lagi sampai korg rasa cukup dengan apa yang korg nak.

Okeh.
Done. hehehe =))

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Love,
Ayu Zan

Rumah baru

Assalamualaikum.

Apa khabar sahabat-sahabat sekalian?
dah 1 tahun lupakan blog ni..
eh. eh. bukan lupa.. banyak sangat benda di lalui sehingga terpaksa melupakan 'teratak' ini.
berkulat bersawang kot da?
haha..
xpela..yg penting tak di makan anai-anai. hihi

sebut pasal anai-anai,
aku skarang dah berpindah ke rumah baru dan mendapat pekerjaan baru.
alhamdulillah.. 

harini masuk hari ke-5 di rumah baru.
duduk dengan adik ke-3 aku...
owwh.. mcm tengah praktis jadi suri rumah ok..
memasak sendiri.. tu yang paling best. hehe..
bule la test power. lama dah xpegang senduk.

=))

oklah kawan-kawan follower ku sekalian..
lepasni slow-slow aku cube get long dengan korg ya..
cube blogrunning smula.. =)

Love,
Ayu Zan