24 July 2014

ucapan raya

Assalamualaikum

Berapa hari je umat islam nak raikan kemenangan. Hari raya aidilfitri. Korang macam mana? Siap dh semua?

Ayu baru je beli baju raya beberapa hari lepas. Dah larat sikit tak de muntah melampau dan spotting pun syukur tiada...baru lah ada mood nak mencari baju raya.

Duit raya tahun ni..ayu dgn suami share. Sebab sekarang dah beraya 2 buah keluarga kan. Hihi.

Kuih pulak. Memang 1 jenis je ayu buat iaitu cornflakes madu. Da la buat sikit..ayu sendiri lak yg dok perabiskan. Hehe.. Selebihnya ayu beli.. Pun tak banyak mana.

Untuk rumah dan hiasan.. Biasa biasa je. Rumah pun baru je malam tadi ayu dan suami gotong royong mop, vacum. Pun tak siap mana. Tapi ok lah.. Kita bersih dn dan wangi utk di tinggalkan sepanjang 1 minggu pulang beraya.

Esok sabtu..lepas subuh ayu gerak balik Muar. Sampi muar cadang nak singgah kubur arwah abah dulu. Harap sampai awal pagi supaya tak panas. Selesa nak bersihkan kubur..

Kesempatan ni.. Eh macam awal je nak wish.. Tak pela.. wish semntara sempat nak menaip entry terus dari henfon. Kalau dah kat kampung, bz nya lagi melampau takut tak sempat nak update.

Kesempatan ni... Ayu dan suami nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri.. Maaf zahir dan batin...kepada semua yang mengenali kami secara langsung mahupun tidak. Dan secara peribadi ayu mohon maaf sekiranya ada bait bicara di blog ayuzan.com ini yang pernah mengguris hati mana-mana pihak.

Sekian.. Ayu sayang rakan2 blogger tau.. Sebab.. Blog ni masih wujud pun sebab masih ada yg sudi baca dan terus menyokong.. Even kadang kadang ayu ni tenggelam timbul.

Jaga diri bebaik ya raya ni...

23 July 2014

Menu : Nasi Ayam

Assalamualaikum

ini juadah berbuka ntah hari apa yang lepas. maklumlah. entry bertangguh..

ni simple nasi ayam yang biasa ayu buat. caranya pun mudah. ada ayu share di entry ini : Nasi Ayam Senang


cume ayu rasa ayam tu macam terhitam sangat lak dalam gambar. hahaha..

19 July 2014

Cornflakes Madu

Assalamualaikum

tahun ni nampak gaya ayu macam tak homemade kuih. Mana tak nya dah hujung hujung ramadhan ni baru la nak mencari baju raya. Baru sihat sikit. Alhamdulillah..

Tapi, demi melunaskan permintaan suami, mak dan adik adik nak makan cornflakes madu seperti tahun tahun sudah, gagahkan diri juga buat. Nasib baik requestnya cornflakes madu. Kalau requestnya biskut biskut raya, ayu surrender lah. hehe


Kali ni ayu bakar guna pemanggang ajaib. Kat rumah belum ada oven lagi. hehe. Tapi alhamdulillah.. Mudah je. 5 minit je bakar dengan api kecil.

Resepi ayu dah share tahun lepas.. di sini.

Resepi :
1pack besar cornflakes
1cwn madu
1/2 cwn gula perang/ising *ikut suka
Separuh Butter (pek kecil)
Kismis/Ceri atau sebarang hiasan


  1. Masak butter,gula,madu.
  2. Campur dgn cornflakes+kismis. Gaul sebati.
  3. Masuk dalam cup-cup kecil mahupun besar, dan hiaskan.
  4. Bakar sekejap dalam oven. agak-agak berubah warna.. boleh lah dikeluarkan..:)

Kira ok lah kan.. 1 kuih homemade. hehehe.. lain semua menempah aje dengan kawan terdekat. 

Sekian. :)

17 July 2014

Takziah : MH17

Assalamualaikum.

Pagi ni ayu lambat tengok phone. Jam 6.15 rupanya akak blogger ctfand ada whatsapp ayu mengenai pesawat MAS MH17 yang ditembak dan terhempas di Ukraine.

Terus ayu buka fb dan insta. Ternyata penuh dengan berita yang menyayat hati dan sukar di hadam ini.

Allahu Robbi. Bertabahlah kepada keluarga mangsa dan krew terlibat. Speechless ayu. Sebak sangat.

Lepastu ayu terbaca status kawan ayu yang mengatakan rakan beliau turut terlibat dalam nahas tu dan telah pun disahkan pergi menyambut panggilan illahi. Mohd Ali tak silap namanya. alfatihah..

Tiada kata lagi. Semoga kite semua doakan yang baik baik. Allah Maha Mengetahui segala galanya...

Inna lillah wainna ilaihi rajiunn....
To Allah we belong & to Him we will return...

16 July 2014

DIY : Sampul Duit Raya

assalamualaikum.

last week pelajar pendidikan khas kat sekolah tempat kerja ayu ni buat jualan hasil DIY mereka. Iaitu sampul duit raya.


Diorang lukis kat kertas pembalut hadiah dan potong serta gam ikut template. Pastu jual sepaket RM1. Dalam paket tu ada 10 keping. Murah kan?

Ayu beli 2 paket tanda sokongan pada mereka. Ramai juga kawan kawan yang turut sama membeli. Terhibur mereka tengok hasil jualan hendaknya..

Dah beli dengan diorang, ayu pun try lah DIY gak macam tu. Macam comel je kan.. Tapi gigih 1 je. Saje rindu nak DIY macam selalu. hehehe.


p/s : kalau guna untuk sampul duit sumbangan masa gi wedding pun sesuai sangat ni. :)

Drama Berlima Ramadhan TV1

assalamualaikum

Kan sebelum ni sibuk dengan KTAR. Ayu layan gak. Habis, time buka bukak tv3 itu yang tertayang. Sejak dah habis KTAR, semalam suami terbukak tv1 ada drama Berlima Ramadhan.


Drama orentasikan famili macam ni sangat bagus pada ayu. Berkisarkan hubungan kasih sayang mereka, sifat kepimpinan si Along nak galas tugas arwah ibu ayah, sifat saudara mara yang selalunya tak peka dengan nasib si yatim piatu, dan juga kesungguhan dan ketulusan hati warga kampung yang terus beri semangat dan bantuan kepada si yatim piatu ini. Banyak moral. Bukan sekadar cintan cintun.hehe

Mengikut apa yang ayu faham, drama ni mengisahkan 5 beradik yang kematian ayah dan ibunya. Ada pakcik pulak, pakciknya jahat. Ada datuk nenek, tak sukakan mereka lah pula. Dan sekarang, 5 beradik ni sedang di uji di mana salah seorang adik beradik mereka telah disahkan buta. Allahu...sedih..

Rupanya, ayah mereka tak sempat tukar penama insurans dan KWSP atas nama anak anak. Penamanya adik beradik ayah. Jadi, si anak anak di terkontang kanting tanpa sumber. Namun, ayu suka budak budak tu semua. Dibesarkan dengan didikan agama yang cukup dari mak ayah buatkan mereka jadi anak anak yang cukup cukup bagus. Menyerahkan diri kepada Allah dan redha atas segalanya.

Watak utama dalam drama ni si kakak sulung yang bernama Hannan. Pelakonnya nama Nazeera Sardi. Alaa.. yang muka sedih sedih sikit tu. Suka nengok dia berlakon. Sejuk mata. hihihi

Masa dok google sinopsis drama ni, sekali jumpa FB beautiful nara..


oh, rupanya drama ni glamour dah. Ayu je lambat.hehe.

Untuk yang berminat nak tengok secara online boleh rujuk link ini -  MYKLIK

15 July 2014

Beg Tangan Dan Kasut Oren


assalamualaikum

Sebenarnya raya dah dekat dah kan. Ayu tahun ni slow je mood nak shopping raya. Baju raya 1 pun lum beli. Yela, kalau korang follow entri sebelum-sebelum ni mesti tahu keadaan kesihatan ayu sejak pregnant ni sedikit di uji. Tapi semalam suami ajak belanja sikit. Nak mencari baju seluar buat jalan-jalan.

Selesai part tu, ayu pun tuju ke bahagian kasut, cadang-cadang nak cari sepatu tanpa tumit yang sedap dan selesa dipakai. Pusing punya pusing dah berkali kali susah amat nak cari kasut. Dah minat, saiz 4 pulak tak ada. stress betul.

Nampak design kasut tu, try..sedap pakai. Tapi saiz 5 paling kecil yang ada. Try saiz 5 muat pulak tu. hehe.
Tapi 2 warna je yang ada. Oren dan ape ye? tak ingat dah warna satu lagi. Yang pasti lagi satu tu tak cantik.hehhe

terus je suami kata comel dan cantik dan belikan untuk bini dia. hihi.

Dek kerana kasut dah ter'oren' tu yang dok mencari couple handbag oren gak. Kebetulan harga beg tu boleh kata murah lah dan suka pulak ayu dengan design dia. Terus aje sambar.

Dah beli set oren tu, suami tanya... Tak pe ke kalau kasut dan beg oren, tapi baju warna lain??
Ayu terdiam juga kejap. Dok cerna kata kata suami. Lepas tu ayu jawab.. "Tak pe.. kalau orang pempuan, yang penting kasut dengan handbag sama warna. Tak pelik dah. Lagi pun sekarang musim warna terang-terang,"

orange.
Tapi sampai sekarang dok fikir. Pelik tak kalau baju raya hijau, beg dan kasut oren? Tak pelik kan? kan ? kan? 

14 July 2014

Menu : Lempeng Kelapa Cicah Sambal Sardin

Assalamualaikum

ni kisah minggu lepas sebelum muntah darah tu.

alkisahnya teringat kat kampung halaman. Masa kecil kecil mak selalu buatkan lempeng. Dan paling favorite ayu ialah lempeng kelapa. Tak kisahlah cicah apa. Cicah gula pun layan.

So, bagi melunaskan hasrat nak makan lempeng kelapa, ayu masaklah simple dish ni sendiri. hehehe


Lempeng ni ayu buat versi mudah macam mak buat. bancuhkan tepung gandum+kelapa parut+garam+air dan masak lah seperti biasa.

Sesekali layan juadah kenangan memang syiok. sok ada anak, ayu pun nak bagi dorang makan lempeng gak. Agar tak pupus ditelan zaman.heee :)

Menu : Nasi Tomato

assalamualaikum

last week lagi dah nak masak nasi tomato ni. Tapi ada je halangannya. Tambah lagi minggu lepas kesihatan ayu memang kurang memuaskan.

semalam saya masih MC akibat kurang sihat. petangnya tu macam dah sihat sikit, pelan pelan turun dapur masak nasi tomato.

Resepi ni mudah sangat. Yela.. kalau resepi guna minyak sapi, puree tomato, memang confirm tangguh lagi nasi tomato ayu sebab bahan tu tak ada kat rumah. Resepi nasi tomato ni dari Mama Mursyid.


Ayam masak merah pula ayu masak seperti biasa, dan acar timun tu ayu belasah aje. tak guna cuka sebab ayu tak berani nak bercuka cuka. Ayu ganti dengan sedikit oren sunquick+sos tomato. Buat rasa masam masam gitu. uih..sedap tau. licin habis masa berbuka. Padahal berbuka berdua je. hehe.

Agaknya pasal dah beberapa hari isteri tak masak sungguh sungguh(sebab tak sihat), nampak sangat semalam encik suami makan penuh selera, bertambah tambah beliau makan. Eeeee... sukanya saya.. hihi.. Alhamdulillah.. Ayu belum boleh pun makan banyak, sekadar hujung hujung senduk gitu. Tapi syukur sangat, tidak memuntahkan kembali apa yang di makan malam tadi.hehe

ni resepi nasi tomato tu. Ayu pastekan di sini ye mama mursyid.

Resepi dari : mama mursyid untuk 3 cawan beras, ayu masak 1 cawan lebih je. Tapi, pandai-pandailah korang agak agak ikut kesesuaian beras dan sukatan masing masing ye...

bahan-bahan

Beras 3 cawan
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
1 batang Kulit kayu manis
2 biji Buah pelaga
2 kuntum Bunga cengkih
1 kuntum Bunga lawang
1 inci halia
dua sudu Marjerin (untuk menumis)
5 sudu besar Sos tomato - boleh dikurangkan atau ditambah..ikut sedap mulut awak la ye
1 biji tomato dibelah 4-optional

Cara-cara

Basuh beras dan toskan
Gunakan periuk nasi letrik tuh utk menumis.. 

Cairkan marjerin.. Tumis empat sekawan.. 

Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia.. Tumis sehingga kekuningan.. 
Masukkan sedikit sos tomato .. Masak sekejap.. 

Masukkan beras yang dah ditos tadi.. Masukkan air 3 cawan..Masukkan buah tomato..
 Tutup api.masak nasi macam biasa.. Bila nasi dah separuh masak, masukkan sos tomato yang selebihnya.. Kacau rata.. Dan biarkan nasi masak seperti biasa

SELAMAT MENCUBA :)

13 July 2014

My Lil Caliph : Muntah Berdarah

Assalamualaikum.

Dah beberapa hari tak up entry baru. Keadaan kesihatan sedikit merosot. Dah beberapa hari dalam minggu lepas ayu dah rasa kurang sikit mual mabuk morning sickness. Dah boleh berpuasa dengan lancar dan baik. Selera pun macam dah maju setapak dah.

Tup tup tanpa disangka sangka. Hari rabu lepas usai berbuka puasa makan bihun, ayu muntahkan 100% yang dimakan disusuli darah di penghujung muntah. Bukan ilusi sebab encik suami pun ada sama masa muntah tu. tapi masa tu ayu relax relax je. Tak fikir banyak sangat even dah menangis tengok darah banyak.

Lepas tu, esoknya tak ada masalah apa-apa. Sampailah malam sabtu sekali lagi terjadi, bila ayu lum pun habis makan, dah termuntah dan darah makin banyak. Dah muntah, gagah jugak ratah ikan siakap 3 rasa homemade sebab tengok sedap je. Lepastu dalam 1 jam lepas tu, muntah jugak ikan tu. Dan kali ni memang jelas darahnya. Siap tekap dengan tisu darah tu supaya boleh bawa rujuk ke doctor. Maklum saja, darah banyak tu luarbiasa untuk ayu. Memang termenangis kerisauan. Sebab sepanjang morning sickness week6-13 tak pernah pulak muntah berdarah darah.

Hasil kata doktor, bahagian perut nak hala ke salur makanan tu telah koyak dan luka. Sebab tu penghasilan muntah tu ada darah. Beliau diagnose dari warna darah yang ayu bawa. Katanya, kalau darah tu hitam, luka tu dari bawah perut. Ni merah hidup, maka dari atas perut. Kata doktor, ambil masa dalam 3-4 bulan untuk pulih luka tu sepenuhnya. Dan lepas ni pemakanan sangat kena jaga. Tak boleh pedas, tak boleh banyak, tak boleh minyak. Makan yang lembut lembut je. Makan sikit tapi kerap.

Gitulah kisahnya. Ada tak apa-apa nasihat ibu ibu di luar untuk segera pulihkan luka tu. Risau gak  nanti raya nak makan rendang cemana. Hehe.

10 July 2014

Menu : Roti Gulung Sosej Cheese

Assalamualaikum

ni antara juadah kegemaran adik-adik ayu. Tapi tahun ni serve untuk encik suami. Nampak gaya pun kena juga di tekak beliau. Yela.. cheese leleh leleh gitu memang kegemaran ramai kan.


Mudah je side dish berbuka puasa kali ini. Kalau bukan dalam bulan ramadhan boleh juga hidangkan untuk sarapan atau minum petang.

Roti Gulung Sosej Cheese

Bahan-Bahan :
Roti Gardenia/putih
Sosej (goreng/rebus) ayu belah 2 memanjang.
Slice Cheese
Telur dikocak+garam+blackpepper (jika suka) untuk salutkan.

Cara-cara :
1- Leperkan roti putih dengan cara yang korang biasa. agar kadar keserapan minyak dapat dikurangkan.
2-Lapiskan dengan cheese dan sosej.
3-Gulungkan dan letakkan sedikit telur dihujungnya supaya lekat.
4-Celup telur dan terus goreng dengan minyak panas. Agak-agak dan keemasan boleh lah hidangkan.

Siappp...ehehe.senang kan?

09 July 2014

Menu : Bihun Goreng Singapore

Assalamualaikum

tekak ayu masih dalam selera on off tambah tak berapa berani telan makanan super pedas, takut muntah nanti menyakitkan. hihi .semalam teringin nak makan bihun putih tu. Balik keje, kita bersilat lah di dapur masak bihun simple ni untuk berbuka puasa. Sebelum tu dah tanya suami dah, kot kot dia tak berkenan ke, tapi dia ok je. Asalkan bihun, dia memang suka je. hehe

Senang je masak bihun singapore ni. Selalu makndak ayu yang dok singapore selalu masak time balik kampung.  Sekarang dah kahwin, kita masak sendiri je ye. hehe

Bihun Goreng Singapore

Bahan-Bahan (untuk makan 3 orang)

Bihun secukupnya
Bawang merah 1-2 biji
Bawang putih 2-3 ulas
Daging cincang 3 sudu besar (kalau nak lebih pun boleh)
Lobak - hiris halus panjang panjang
serbuk lada hitam - ayu letak dalam 1-2 sudu
tomato

hiasan - daun sup, bawang goreng

Cara-caranya :

1- Panaskan minyak, goreng daging cincang sampai agak masak, masukan bawang-bawang yang telah ditumbuk.
2-Masukkan serbuk lada hitam, garam dan perasa.
3-Masukkan bihun yang telah direndam/celur.
4-Masukkan lobak. Gaul sebati.
5-dan last sekali masukkan tomato jika suka.
6-tabur daun sup dan bawang goreng. SIAP!!!

Maaf ya. Ayu ni kureng sikit nak tulis resepi ikut kuantiti bahan banyak mana. Sebab selalu masak ikut sedap rasa je. hihi. Tapi basic dia gitulah. Korang boleh adjust ikut kesukaan. Nak tambah sayur lain, fishcake, udang sotong ayam pun boleh. :)

CPUV 12 - Tesco Delivery Lab

Assalamualaikum.

alhamdulillah. Dekat 1 bulan tak melekat BE nuffnang kat blog, lepas je tukar domain lekat pula satu BE dari Tesco Delivery Lab. buat melegakan hati. hehe


Kalau korang ada nampak iklan tesco berlegar legar sekitar blog ayu, jemputlah mengisi tabung. hihihi

terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi ya.

08 July 2014

Gelagat Kucing

Tengok si itam tu. Sibuk je dia. dah lah lagi besar dari mak dia, sibuk je nak menempel dengan mak dia.
kadang kadang ayu nampak dia hisap susu mak dia. Ambil bahagian adik kecil dia. Eh eh eh..mesti ayu marah dia kalau dia buat gitu. Setakat manja manja baring gitu boleh terima lagi. hehe

itam oo itam.


Domain www.ayuzan.com

assalamualaikum

lama dah cita-cita nak berdomain ni. hihi. blog tak meletup letup pun nak domain ke ayu? hihi. saje.. tak salah kan? mana tahu satu permulaan yang baik. amin amin..

so semalam ayu survey beberapa tempat jual domain dot com. Ada yang menjual dengan harga murah pada tahun pertama tapi wajib ambil 2 tahun ke atas dan cas bagi tahun ke dua ialah RM 52.99.

Ayu tanya-tanya dengan rakan blogger yang ayu rapat beliau beli dengan harga RM35/setahun. Masa tu rasa harga tu murah. Tapi bila ayu cek cek, mereka cas RM10 untuk ID protection(sebelum ni free je).

Ayu terus google, jumpa harga yang rata-rata RM35 setahun. dan ada juga RM33 setahun tapi dah lupa web mana yang jual. Dan akhirnya ayu bertemu jodoh dengan OH! Domain yang tawarkan harga RM30 di web nya. Ayu terus aje proceed buat pembelian.

dan masa nak bayar tu, invoice tulis RM 29 sahaja. Wah! jimat lagi RM 1. alhamdulillah..

dan tadi selesai dah urusan setting CNAME yang dibantu oleh Hamdi admin OH! Domain ni. Dan akhirnya blog kesayangan telah pun redirect terus dengan domain idaman. hihi.

bagi yang ada letak ayu kat senarai bloglist korang, bolehlah tukarkan url blog ayu ya. www.ayuzan.com

:) terima kasih banyak-banyak..


06 July 2014

Giveaway Cash RM100 by Emas Putih

Assalamualaikum. Ayu join GA by emas putih. Uzu ni selalu anjur GA best-best. hopefully kali ni dapat lah ayu duit raya. Dapat kad raya uzu pun best gak.heheh

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]




05 July 2014

My Lil Caliph : Threatened Miscarriage !

Assalamualaikum

Lama jugak tak berupdate blog. Maaf ye kawan-kawan. Ayu sedikit diuji oleh Allah. Allahu Robbi. Syukur Alhamdulillah tiada yang buruk berlaku.

Rabu lepas balik kerja ayu dan suami ke Tesco belanja barang dapur. Yela, even keadaan morning sickness ayu belum pulih, ayu tetap suka masak kat rumah. Kadang-kadang guide suami, beliau yang masak. Lepas shopping tu, masa angkat barang naik rumah. Rumah kitorang tingkat 3 naik tangga. Banyak sangat barang, ayu bantu la suami barang seplastik dua. Pilih yang ringan ringan. Masa tu degil. dah pesan jangan bawa, ayu tetap bawa. tu akibat tak dengar cakap suami lah tu. huhu

Malam nya, perut ayu mula terasa macam sakit sikit sikit. Tapi ayu abaikan aje. Tapi tak tersangka, masa bangun siapkan juadah sahur, ayu terasa sesuatu keluar, laju laju pergi check. ALLAHU...ada spotting yang ayu pasti tu warna darah.. berjurai jurai lah air mata bakal ibu ni. Rasa bersalah menggunung gunung. Nangis nangis ngadu kat suami. Mahu tak takut? Terus wudhu dan solat doa minta Allah selamatkan anak ummi dalam kandungan ni. Tak ada apa yang ayu minta. Hanya itu.

Dalam pukul 9 cam tu, terus gi Klinik Dr Anis. Ni kali ke 2 ayu ke sana. Beritahu apa yang patut mengenai kejadian pagi tadi. Dan doctor terus buat scan. Alhamdulillah syukur. Bayi sihat, aktif dan selamat. Dah 13weeks+ pun dan siap boleh nampak baby tengah menendang nendang (tapi lum rasa lah). Kepala siap pusing-pusing. Dengar heartbeat pun syukur alhamdulillah normal beat. Daddy dia ni sampai ketawa ketawa tengok baby.

scan di klinik dr anis johor bahru
Sebenarnya spotting ni bukanlah kali pertama. Masa early pregnancy haritu. week 6- week 10 pun ada juga. Tapi sangat sikit secalit gitu je. Dan dah makan dhupaston yang di ambil di Klinik Dr Anis, dan alhamdulilah kurang sangat. Dan doc kat klinik pun cakap kalau sikit sikit coklat tu no worries. Tapi kalini bukan coklat. Dan banyak. Ofcoslah kami risau.
mc. 

Dan dr Anis pun minta ayu bedrest selama 2,3 hari. Syukur, lepas kejadian pagi tu, tak de dah spotting lagi..dan harapnya tak akan ada sampai baby lahir. Risau kalau jadi gitu lagi.

Nota : Mak kata, ayu jenis macam tu. Pembawakan orang ni lain lain. Tak leh lasak lasak even rasa diri tu kuat dan larat. Kawan kawan doakan ayu dan baby sihat dan selamat ya.... aamiinnn

01 July 2014

My Lil Caliph : Turun Berat Badan

Assalamualaikum.
Semalam checkup di Klinik Desa Permas Jaya. Checkup kali ni dengan staffnurse. Alhamdulillah.. Overall ayu suka dengan misi misi yang baik hati semuanya. Layan kita pun tidak lah marah marah. Yela ibu hamil ni kekadang sensitif sikit. Kalau misi tegur sikit pun rasa berat je. Hihi.

Alkisahnya semalam usia kehamilan little caliph ayu mencecah 13 minggu. Dan ayu mulakan rawatan di KD kira-kira masa 7-8 minggu haritu. Dan semalam timbang berat ayu menurun hampir 2 kg dalam masa sebulan.

Haruslah puan puan misi tu tanya... "Masih muntah-muntah lagi?" Dan sememangnya jawapan ayu ya. Dan dan diteruskan dengan siasatan mengenai apa yg ayu boleh makan dan tak boleh makan. Susah juga nak jawab sebab kalau makan muntah makanan, kalau kosong perut muntah air kuning yang super duper pahit tu.

Akibatnya setelah puan misi tu bagi nasihat supaya tetap makan jika muntah dan suruh berbuka jika muntah berlarutan. ayu disuruh datang next week 8/7 untuk timbang berat. Dan 13/7 untuk jumpa staff nurse lagi. Jika berat ayu tak mau naik lagi, appoiment di klinik akan jadi 2x sebulan dan kena datang timbang every week. Huhuhu.

Ada tak mak mak blogger yang pernah macam ayu. Yang jenis lalu muntah je, makan tak lalu ni. Hehehe. Tak makan pun muntah gak. Ni dah 13 week. Nak masuk 2nd semester ni, ingatkan dah tak morning sickness dah  tapi nampak gaya belum tamat fasa ni.

Ayu ok je dengan fasa ni. Bahagian yang ayu terima ni ayu lalui dengan penuh kesyukuran. Syukur sebab dapat mengandung anak sendiri. Syukur diberi peluang oleh Allah untuk ayu merasai perjalanan penuh nikmat menjadi ibu. Tapi ofcos lah nak badan sihat, supaya dapat salurkan nutrien yang cukup untuk little caliph ni. :-)


P/s: semalam dengar jantung baby. Hiii..sukanya... Alhamdulillah misi kata degupan jantung baby normal. Dup dap dup dap.. Hihi