Nuffnang

01 July 2014

My Lil Caliph : Turun Berat Badan

Assalamualaikum.
Semalam checkup di Klinik Desa Permas Jaya. Checkup kali ni dengan staffnurse. Alhamdulillah.. Overall ayu suka dengan misi misi yang baik hati semuanya. Layan kita pun tidak lah marah marah. Yela ibu hamil ni kekadang sensitif sikit. Kalau misi tegur sikit pun rasa berat je. Hihi.

Alkisahnya semalam usia kehamilan little caliph ayu mencecah 13 minggu. Dan ayu mulakan rawatan di KD kira-kira masa 7-8 minggu haritu. Dan semalam timbang berat ayu menurun hampir 2 kg dalam masa sebulan.

Haruslah puan puan misi tu tanya... "Masih muntah-muntah lagi?" Dan sememangnya jawapan ayu ya. Dan dan diteruskan dengan siasatan mengenai apa yg ayu boleh makan dan tak boleh makan. Susah juga nak jawab sebab kalau makan muntah makanan, kalau kosong perut muntah air kuning yang super duper pahit tu.

Akibatnya setelah puan misi tu bagi nasihat supaya tetap makan jika muntah dan suruh berbuka jika muntah berlarutan. ayu disuruh datang next week 8/7 untuk timbang berat. Dan 13/7 untuk jumpa staff nurse lagi. Jika berat ayu tak mau naik lagi, appoiment di klinik akan jadi 2x sebulan dan kena datang timbang every week. Huhuhu.

Ada tak mak mak blogger yang pernah macam ayu. Yang jenis lalu muntah je, makan tak lalu ni. Hehehe. Tak makan pun muntah gak. Ni dah 13 week. Nak masuk 2nd semester ni, ingatkan dah tak morning sickness dah  tapi nampak gaya belum tamat fasa ni.

Ayu ok je dengan fasa ni. Bahagian yang ayu terima ni ayu lalui dengan penuh kesyukuran. Syukur sebab dapat mengandung anak sendiri. Syukur diberi peluang oleh Allah untuk ayu merasai perjalanan penuh nikmat menjadi ibu. Tapi ofcos lah nak badan sihat, supaya dapat salurkan nutrien yang cukup untuk little caliph ni. :-)


P/s: semalam dengar jantung baby. Hiii..sukanya... Alhamdulillah misi kata degupan jantung baby normal. Dup dap dup dap.. Hihi

14 comments:

Nurzakiah Hanum said...

great :)

nuyui a.k.a miss YUI said...

kena tunggu yg berpengalaman komen =)

Kisah Si Dairy said...

kesian la bila asyik muntah je...
kena tanya orang yang ada pengalaman pasal tu ayu...apa pun selamat berpuasa dari akak ye

ctfand said...

syok kan dengar degupan jantung bayi..kalau akak dulu memang senyum melerettt.. bahagia dengar.. Apapun, take care, ayu..

mama amir said...

semoga dipermudahkan segalanya...jaga diri baik2...

Raidah89 said...

Sbr ye ayu..ujian..bsar pahala 2. Mga kshtn ayu cpt pulh sdia kala n bby n mummy sht..

Karya Mahirah said...

akak mengandungkan Zulaikha dulu pun jatuh pada bulan puasa 1st trimester... ingat lagi masa dah nak berbuka puasa tiba-tiba akak rebah kat meja makan pengsan... sedar2 je mak dan abah akak pimpin dudukkan atas kerusi. Bau bazaar pun akak tak nak. Makan nasi cuma lauk tempe je, haha.. Akak stop morning sickness bila masuk kandungan 4 bulan... so, ayu jgn risau, semua tu sementara... moment ni yg kita akan kenang lepas kita dah bersalin nanti.. hihi...

Dilaella Ella said...

tahniah ayu..moga dipermudahkan semua :)

Mar Mansor said...

alhamdulillah..akak takde muntah2 dulu..cuba ayu ambil produk qaseh gold..mana tahu berkesan

Khai♥Rin : anies said...

alamak x de pengalaman laaa ;-)

azizah :) said...

so far time hakimi kak xde alahan.. tak tau nak komen camner..hehe

QasehnyaRania said...

cuba ayu try pati delima
sblm cuba goggle la dlu ye.
byk infonya..
bagus utk ibu hamil.. in shaa Allah :)
utk morning sickness pon oke..

Putri Devina said...

semoga allah memberikan yang terbaik

Mimi Azirah said...

so far mase peknen anak dlu morning suckness dh xde..so xde mslh