Nuffnang

14 July 2014

Menu : Nasi Tomato

assalamualaikum

last week lagi dah nak masak nasi tomato ni. Tapi ada je halangannya. Tambah lagi minggu lepas kesihatan ayu memang kurang memuaskan.

semalam saya masih MC akibat kurang sihat. petangnya tu macam dah sihat sikit, pelan pelan turun dapur masak nasi tomato.

Resepi ni mudah sangat. Yela.. kalau resepi guna minyak sapi, puree tomato, memang confirm tangguh lagi nasi tomato ayu sebab bahan tu tak ada kat rumah. Resepi nasi tomato ni dari Mama Mursyid.


Ayam masak merah pula ayu masak seperti biasa, dan acar timun tu ayu belasah aje. tak guna cuka sebab ayu tak berani nak bercuka cuka. Ayu ganti dengan sedikit oren sunquick+sos tomato. Buat rasa masam masam gitu. uih..sedap tau. licin habis masa berbuka. Padahal berbuka berdua je. hehe.

Agaknya pasal dah beberapa hari isteri tak masak sungguh sungguh(sebab tak sihat), nampak sangat semalam encik suami makan penuh selera, bertambah tambah beliau makan. Eeeee... sukanya saya.. hihi.. Alhamdulillah.. Ayu belum boleh pun makan banyak, sekadar hujung hujung senduk gitu. Tapi syukur sangat, tidak memuntahkan kembali apa yang di makan malam tadi.hehe

ni resepi nasi tomato tu. Ayu pastekan di sini ye mama mursyid.

Resepi dari : mama mursyid untuk 3 cawan beras, ayu masak 1 cawan lebih je. Tapi, pandai-pandailah korang agak agak ikut kesesuaian beras dan sukatan masing masing ye...

bahan-bahan

Beras 3 cawan
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
1 batang Kulit kayu manis
2 biji Buah pelaga
2 kuntum Bunga cengkih
1 kuntum Bunga lawang
1 inci halia
dua sudu Marjerin (untuk menumis)
5 sudu besar Sos tomato - boleh dikurangkan atau ditambah..ikut sedap mulut awak la ye
1 biji tomato dibelah 4-optional

Cara-cara

Basuh beras dan toskan
Gunakan periuk nasi letrik tuh utk menumis.. 

Cairkan marjerin.. Tumis empat sekawan.. 

Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia.. Tumis sehingga kekuningan.. 
Masukkan sedikit sos tomato .. Masak sekejap.. 

Masukkan beras yang dah ditos tadi.. Masukkan air 3 cawan..Masukkan buah tomato..
 Tutup api.masak nasi macam biasa.. Bila nasi dah separuh masak, masukkan sos tomato yang selebihnya.. Kacau rata.. Dan biarkan nasi masak seperti biasa

SELAMAT MENCUBA :)

8 comments:

Anonymous said...

What's up colleagues, how is the whole thing, and what you wish for
to say regarding this piece of writing, in my view its truly
amazing for me.

Also visit my webpage: commercial loan

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, wahh sedapnya.. pandai ayu masak. hehe singgah menabung zalora sini~~~

QasehnyaRania said...

alhamdulillah dpt sediakan buat suami kan.nnti nk cuti memasak pulak sepanjang bersalin .hihi.
pa pe lon jaga makan n diri k:)

Mar Mansor said...

dapat juga ayu masak nasi tomato..kuat semangat ayu..

Khir Khalid said...

Sejam lebih lagi nak berbuka.. bia tengok ni, tetiba nak cari nasi tomato. Sempoi juga utk buat berbuka... :D

azizah :) said...

simple yer buatnyaa... best2.. idea nak masak ni utk berbuka

white lily said...

mudah dibuat.. bahannya pun senang dicari.^__^

Sya Mimie said...

Pndainya ayu masak.. Kta ni xberani nk masak2 gini.. Tgk suami lebih suka dgn nasi putih..