Showing posts with label 8share. Show all posts
Showing posts with label 8share. Show all posts

01 October 2013

Pelan Broadband 15gb : RM 69

Assalamualaikum.

lama dah ayu tak buka 8Share.

tadi buka tengok ada 1 iklan

RM 69 dapat 15gb kuota tu sangat best ya.. Sebab baru je beberapa hari lepas.. singgah stall P1..tak de pulak plan ni. mungkin baru kot.

Ayu pun rajinkan diri klik website dia dan baca info..

dan ada juga disediakan form untuk pertanyaan dan pihak P1 akan call untuk jawapan balas.

Dipetik dari website P1
Sedang mencari internet mudah alih yang memberikan anda kuota penggunaan yang tinggi dan melayar lebih banyak?  
Memperkenalkan P1 ToGo™ broadband 3 kali ganda, memberikan anda 15GB kuota bulanan sepanjang masa hanya pada harga RM69 sebulan. – Ini adalah 3.75x lebih kuota pada harga yang sama seperti anda membayar kepada penyedia perkhidmatan lain.
Dalam Pelan ini, satu USB broadband modem disertakan secara percuma dan modem ini diberi jaminan sepanjang tempoh perkhidmatan. Dengan kuota penggunaan yang tinggi dan modem percuma, pelan internet mudah alih P1 ToGo™ adalah yang paling berpatutan dan nilai untuk wang yang anda boleh pertimbangkan. 

Nota : Siapa ada pengalaman dengan P1 boleh share dengan ayu tak.?

17 September 2013

Ada jugak earning 8Share

Assalamualaikum.

earning 8share korang berapa?
ramai je yang join web iklan macam churp-churp & 8share.
tapi dulu masa ayu join churpchurp macam tak berjaya je.
so, baru-baru ni ayu try lah join 8share dan sharing iklan-iklan mereka.
so far, dapat dah RM9. hihi..
ok lah kot, daripada before ni langsung takde masa join web iklan lain.
ayu pun bukan share hari-hari. tu pun share kat FB wall sendiri je. belum study apa-apa teknik lebih baik pun. tapi, memandangkan tengok ada duit $$$$ RM9 tu, agak meningkat jugak la semangat. earning betul RM4 je. Sebab RM5 tu dia kasi masa kita register. hehe


kalau korang lebih rajin dari ayu.. korang rajin share.. lagi masyuk. macam ayu ni malas-malas sikit lambat la.ehehhe.. 

korang nak try bole free register kat sini. After register, verify dapat la earning RM5 tu. 

tu je ayu nak share. kalau korang nak explore lebih boleh usha kat belog emas putih. dia macam duta 8share gitu.hehe..