31 March 2014

Walimatul Urus Ayu & Zam

Assalamualaikum

amboi. senyap sunyi lama betul kan ayu.
maaf ye jika ada yang berkunjung tapi tiada entry baru.
kesibukan melampau mengurus majlis walimah saya dan suami.
macam yang korang tahu, bulan 12, kami nikah dah. 29/3 lepas walimahnya.

nanti dah free kembali, ayu update macam biasa ye korang. :)
he is my classmate masa zaman sekolah menengah. :)

14 March 2014

Onion Ring

Assalamualaikum..

biasa makan onion ring? suami ayu suka onion ring ni, pastu request kat bini suh buatkan. Beliau siap google resepi dan bacakan masa ayu nak prepare kat dapur. Tapi ayu adaptasikan ikut kesesuaian dan bahan yang ada di dapur kecil kami. Ayu siapkan bancuhan
dan assistant chef bantu gorengkan ia..
onion ring

Bahan-bahan (utk 3-4 org makan)
Onion ( 2 biji ) di hiris dan leraikan ring tu.

Bancuhan :
Tepung Gandum 6 sudu besar
Tepung jagung 2 sudu besar
Serbuk Cili 1/2 sudu kecil
Serbuk Lada Hitam 1/2 sudu kecil
Baking Powder 1/2 sudu kecil
Garam
Gula 1/2 sudu kecil
Susu cair 125ml
Telur 1 biji

Cara - cara :

Campurkan dan gaul rata tepung gandum, tepung jagung, serbuk cili, blackpaper, garam, gula.
Telur + susu dikocak guna garfu biar sebati. kemudian campurkan dengan bahan-bahan kering yang digaul rata tadi.
Celup onion dan goreng dengan minyak yang panas..

siap. Enak dimakan panas sebab crunchy.. :) kalau salut dengan breadcrumb lg yummy. hihihi

13 March 2014

Kek Cawan Coklat a.k.a Choco Cupcake.

Assalamualaikum

rasanya lama sangat ayu tak buat kek coklat. Tiba-tiba ayu terasa nak buat. So, semalam try lah memasak guna cup tu. kira jadilah Kek Cawan Coklat a.k.a Choco Cupcake.
siap ada nama,hehe
siap suami ayu kasi nama lagi, Kek Coklat Rasa Sayang katanya.. hihi.. actually, kek ni ayu pernah share di entry tahun 2011 dulu di sini. tapi ayu buat masa tu masuk loyang je.

Terkejut ayu masa buka pengukus, kembang lain macam kek ayu. dia bukan naik atas, dia naik senget. hahhaha. geli hati siap ketawa-ketawa dengan pembantu chef (suami ler) sebab tengok kegemukan kek yang tak sekata. hihi

masa keluar kukus.
Tak kisahlah dia gemuk sekata atau tidak, try 1 cup, alhamdulillah elok dalam dia, gebu dia, semua cun. 

suami bawa gi kerja kasi colleague dia.

Ayu share resepi super simple ni ya..

ayu guna cawan sukat beras tu.

bahan-bahan :
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Telur gred A/B 3 biji
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan Susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air suam 

Cara-cara:
  • Panaskan pengukus.
  • 1 cawan serbuk koko + 1 1/2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu kecil baking powder (campur dan ayak bahan kering ni agak tidak berketul bila dicampur nanti)
  • Pukul ringan (guna egg beater) atau pakai senduk je Telur gred A/B 3 biji + 3/4 cawan gula pasir + 1 sudu kecil esen vanila.
  • campurkan 1 cawan Susu pekat manis, 1 cawan minyak masak, dan gaul rata.
  • masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit.
  • dan campurkan air suam.
  • masukkan dalam cup yang anda sukai. kalau cup size saya pakai dapat 15 cupcakes.
  • kukus selama 30 minit (kalau loyang kukus 45 minit). penutup kukus tu dicadangkan agar balut dengan kain/tuala agar tak menitik air wap ke dalam kek. nanti kek tak lawa.
topping chocolate ganache versi murah dan jimat saya :

serbuk koko 3 sudu besar + 1 sudu minyak masak + 3 sudu susu pekat ikut kemanisan korang suka + 1/2 cawan air - masak dengan api kecil semua ni sampai agak kilat dan pekat yang disukai kemudia curah atas kek. semalam ayu wat topping ganache ni pekat-pekat kekonon macam krim. haha

Okeylah, kalau korang nak dia lagi moist, korang buat ganache yang lebih sesuai dan kuantiti nya lebih banyak. Agak leceh sikit la, tapi ada masa nanti ayu pun nak try gak.

selamat memasak. :)

11 March 2014

Ikan Talapia Masak Merah

assalamualaikum

lately entry masak-masak je kan. tapi kali ni lain sikit sebab chef nya bukan ayu, tapi suami. hihi
Ni kes ahad lepas, ayu kan kerja, beliau di rumah rajin masak buat isterinya, lunch time balik rumah buka pintu bau sedap semerbak buat perut kembang kempis. hihi. seronok bila sesekali makan air tangan orang lain. hihi.

lama dah tak makan ikan talapia ni. last makan masa Arwah abah ada lagi, arwah rajin pancing ikan air tawar ni. Memang biasa nya kalau makan ikan talapia ni ayu suka versi goreng dan sambal. Kurang suka kalau masak-masak berkuah sebab risau ada bau-bauan. hihi.

ikan talapia ni kitorang beli kat tesco tapi beli ikan talapia hitam, baru real macam gi memancing kan.hihi. kalau korang nak yang kaler cerah sikit, boleh beli talapia merah. harga yang merah mahal sikit dari yang hitam. Bab nak siang ikan talapia ni pun ayu lemah semangat sikit. nasib baik la suami yang siang dan masak. hihi.

air tangan suami :)

resepi nak share ke? simple dan super senang masak sambal ni. ala. macam korang masak ikan masak merah/sambal tu. hehe

ikan basuh bersih dan goreng dengan kunyit+garam.
sambal :
tumis bawang merah+bawang putih+halia yang ditumbuk. 
kemudian setelah agak wangi dan garing, masukkan cili kisar/boh sebanyak beberapa sudu, masak sampai pecah minyak.
masukkan soscili, sos tomato, sos tiram, garam, gula, air asam jawa.
masukkan ikan yang digoreng tadi, juga tomato di potong dadu, serta bawang besar yg di hiris.
balik-balikkan 1-2 kali dan sedia untuk dihidang.

ikan tu kalau tak mahu di masukkan dalam kuali pun xpe, boleh curah sambal/kuah ke atas ikan goreng tadi.

ni ayu pandai-pandai je bagi resepi ikut yang ayu biasa masak. Ala... korang lagi the boomm resepinya kan. hihi

nota kecil : big thanks to husband. cakap tak pandai masak, tp macam dah power je masak. (^_-)

Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe

Assalamualaikum

Segmen  ni best! sebab hadiah dia powerbank. Dahla ayu memang tengah mencarinya.. hihi

Manalah tahu kali ni rezki ayu join segmen. hihi :)

kalau korang nak join, meh klik banner bawah ni.


klik banner untuk join

CPUV 3 2014 - Popular Bookstore - 1M Book Voucher

Assalamualaikum

syukur alhamdulillah. CPUV dari nuffnang utk yang ke 3 tahun ini menjengah. Jumlah on going setakat ini 3 BE..


 Kali ini BE dari Popular Bookstore berkaitan promosi BB1M untuk student yang terima baucer RM250.

Berita hangat untuk pemegang Baucar Buku 1 Malaysia! Belanjakan sebanyak RM250 BB1M di mana-mana kedai buku POPULAR dan mendapat baucar bernilai RM50 + 1-tahun Kad POPULAR PERCUMA* atau belanjakan sebanyak RM150 BB1M dan mendapat baucar bernilai RM10 + 1-tahun Kad POPULAR secara PERCUMA*

Anda juga berpeluang untuk memenangi 200 hadiah bernilai RM 70,000 dengan BB1M anda! Klik padahttp://bit.ly/BB1MContest2014 untuk sertai sekarang!

sumber : FB Popular 

Thanks korang sebab sudi singgah blog ayu. Mudah-mudahan Mr Nuff kasi BE lg. :)



10 March 2014

Bebola Daging Simple

assalamualaikum

semalam saje nak buat meatball. Biasa orang makan dengan spageti ke apa ke, ayu pulak makan begitu saja. hehe. lagipun bebola yang ayu buat ni memang sesuai makan cicah sos + mayo.

ayu ambil dari my resepi dan modified banyak. hahaha

Bahan-bahan :
Daging kisar 400 gm
maaf ler rupa paras tak berapa cun. kikiki
bawang besar 1 biji - potong dadu
bawang putih 2-3 ulas- di tumbuk/kisar
telur 1 biji
garam dan gula(optional)
lada hitam
serbuk lada
serbuk kari 1 sb (ayu suka letak kari)
oregano

bahan-bahan di atas disatukan dan dikacau rata. Kemudian campurkan tepung-tepung dibawah.

tepung jagung - 1 sudu (ayu taruk 3 sudu)
tepung gandum - 3 sudu (ayu taruk 5 sudu)

sila jangan ikut macam saya, kuantiti tepung di tambah jadi banyak sebab ayu rasa bancuhan tadi macam lembik, tu yang dok topup tepung sebab resepi asal kata kalau lembik suh tambah tepung. Tapi, bila digoreng rasa mcm tlebih tepung plak.. rasanya goreng lembik2 pun sedap dah, tak perlu pun kental kental. karang rasa tepung je. hihi

bulat bulatkan dan goreng lah ikut versi macam mana pun. semalam ayu bentuk maacam daging burger kecik-kecik. pagi tadi bulat2 pulak. hihi.

macam biasa, resepi ini ayu masak guna pemanggang ajaib gak. kikiki. amik kau, semua nak guna pemanggang tu. hehe

p/s nak try resepi meatball yg makan dengan bakso tu la pulak...

09 March 2014

CPUV 2 2014 - Colgate SAN Launch


Assalamualaikum

susulan dari 1st BE from Laneige, sekarang Alhamdulillah colgate pula. orang lain silap-silap dah berpuluh, ayu baru 2 je tahun ni. Laneige masih ongoing gak. even income adalah ciput, jadilah. pengubat hati dan penabur baca semangat nak blogging.

COLGATE SAN ni, ialah produk ubat gigi baru mereka. S-sugar A-Acir N-Neutralizer. :)


ni iklannya. kedudukan ketika ayu printscreen ialah di bawah blog.

 Apepun, thanks pada rakan pengunjung, mr nuffnang dan colgate. Nanti kasi BE lagi ya. :)

Till then, bye. :)

08 March 2014

Pray For MAS MH370

Assalamualaikum
pray for MH 370

Ayu tengok jadual penerbangan 12.41pagi.. terbang ke Beijing. Sama macam masa ayu terbang ke China 3 tahun sudah masa rombongan kerja bank dulu. Tapi masa ayu terbang dulu dalam kul 1 lebih dan naik China Airlines menuju Shanghai --> Beijing. Masa nak naik flight tu memang ayu berdoa moga selamat pergi dan balik. Debar je rasa almaklumlah, first time naik pesawat. 

BERITA : Kehilangan Pesawat MAS MH370

Memang sentap dengar berita ni.  Bacaan semasa musibah adalah Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un.. Semoga keluarga mangsa tenang dan redha berhadapan dengan situasi getir ini. Semuanya dalam aturan Allah Maha Pencipta. Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat hamba-hambaNya.


Hidup dan mati Allah je tahu. Ayu doakan urusan mencari dan menyelamat lancar dan dibantu Allah. Mudah-mudahan doa dan solat hajat dari sekelian hamba Allah sedikit sebanyak membantu  melancarkan proses dan diberi petunjuk oleh Allah ke mana 'hilang' nya kapal itu.. Tambah lagi ada bantuan dari negara luar, moga-moga urusan lebih dipermudahkan.


Dalam keadaan macam ni, masih ada juga orang-orang yang ntah apa-apa masih lagi bertelagah dan buat spekulasi bukan-bukan pasal politik, itu yang ayu KECEWA. Bolehkan hal sebesar ini melibatkan ratusan nyawa manusia nak dikait gandingkan dengan isu politik??? nonsense. 


STOP buat spekulasi entah apa-apa. Proses ni makan masa kan. Kalau betul jatuhnya ke dalam laut nan luas, pasti makan masa. Jangan komplen kata lambat atau apa. Sebaliknya kita doakan keluarga mereka tabah dan sabar menanti berita. Doa moga-moga urusan mencari ditemui.


Keep on praying. Tiada kata seindah DOA. Mungkin peluang hidup tu tipis. Tapi kalau jumpa jenazah dan dapat disemadikan dengan caranya juga dah cukup baik buat keluarga mangsa.


KUN FAYA KUN


p/s : Air France dulu terhempas tahun 2009 ambil masa 2 hari untuk jumpa serpihan ekor pesawat dan 2 mayat, Ambil masa 6 hari untuk jumpa 1/5 mayat drpd 200 lebih penumpang..dan akhirnya bangkai pesawat di jumpai sepenuhnya pada tahun 2011. 

06 March 2014

Puding Roti Versi Bakar

Assalamualaikum

biasa ayu buat puding roti pakai kukus kan. Semalam memandangkan suami request nak makan puding roti kesukaan, ayu try lah manfaatkan pemanggang ajaib  yang beliau belikan itu. hihihi
siap dengan sos kastard dan tabur coklat chip.

alhamdulillah. menjadi dan begitu cantik puding ayu. hihihi.. memasak dengan pemanggang ni lebih cepat dari kukus dan ayu suka sebab puding ayu tak melekat kat loyang memandangkan pemanggang ajaib tu kan non stick. :)

rupa setelah dimasak.
Ayu terbalikkan pemanggang tu, jadi belah atas tu warna kuning-kuning cokat. baru kena dengan konsep membakar kan.. hihihi.. tp kesian cip coklat ayu, mencair dan melekat kat tutup pemanggang nih. hihihi.. Bahan dan resepi sama je dengan resepi terdahulu ayu, cume ayu bakar guna pemanggang dengan api kecil selama 10 minit, dan balikkan pemanggang 5 minit. :)

sekian, itu jelah nak share.

resepi ni hampir tiap bulan ayu masak sebab sedap, senang dan murah bahan-bahan nak masak dia. hihi. Antara dessert kegemaran ayu dan keluarga. :)

resepi lama ayu :Menu Puding Roti Kukus

05 March 2014

Tahu Jepun Masak Sos Tiram

Assalamualaikum.

just nak share simple resepi yang ayu suka masak dan suka makan. hehe. tapi sebelum ni ayu makan kat kedai je, baru sekarang je try masak juadah ni kat rumah. Senang je rupanya. hihi.. dan boleh makan banyak-banyak.

Bahan-bahan :

tauhu jepun 2 tiub - dibelah 8 bahagian (atau sesuka hati)
cendawan tiram sikit (guna sayur lan pun bole)
sos tiram
telur 1 biji- dikocak
bawang putih 2 ulas di tumbuk/mayang
kiub pati ayam (ayu guna 1/2 kiub)
daun bawang/sup
tepung jagung

cara-cara :
1- tabur tepung jagung ke atas tau
hu jepun tu dan goreng hingga kekuningan
2- tumiskan bawang putih, masukkan sos tiram, cendawan, kiub ayam dan air. biarkan didih.
3- masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan kuah dan masukkan telur dan cepat-cepat kacaukan ia.
4- last sekali masukkan tauhu jepun yang telah digoreng tadi serta taburkan daun bawang.

tofu telur
sedap :)
Siap! senang kan.

p/s : ada orang panggil tauhu jepun ada yang panggil tofu telor. Ikutkan mana-mana, sama je dua-dua tu. hehe

Apple Mint Tea Yang Menyegarkan

Assalamualaikum

Ayu dan suami suka minum teh. Masa jalan-jalan belanja dapur di tesco, ayu nampak Apple Mint. Masa tu terfikir la..adakah apple mint ni sama dengan daun pudina yang biasa orang buat tambah sedap kat air tu.?

tak kisah la, balik ayu terus je buat teh dan siat-siat sikit daun apple mint dan rendam kan ia dalam teh panas sebelum dihidangkan.

memang sedap dan menyegarkan. Kata suami ayu, fresh! rasa macam gula-gula getah.  Daun Apple mint ni ada aroma apple sikit-sikit. dan rasa mint tu memang mengasyikkan.

Lepas buat 1x, ayu repeat buat lagi. hihi

resepi air teh apple mint
apple mint tea

actually, tak yah siat pun daun tu dia dah ada aroma dia. kat batang-batang dia pun ada bau mint tu. hihi.

Apa pun, Apple Mint Tea ni sangat menyegarkan. I love it! :)

jenis daun pudina : rujuk sini

03 March 2014

Tujuh Nama Lain Mekah

assalamualaikum
ayu just nak sharing info ni..

Mekah al-Mukarammah merupakan kota tertua dunia dan tempat permulaan Islam. Allah SWT menyebut dalam Al Quran tentang Mekah. Terdapat tujuh nama lain Mekah dalam Al Quran.
1. Makkah, sebagaimana firman Allah SWT, “Dan Dia­lah yang mencegah tangan mereka dari (membinasakan) kamu dan mencegah tangan kamu dari (membinasakan) mereka di tengah kota Makkah. Setelah Allah memenangkan kamu atas mereka.” (Al-Fath [48]: 24).
2. Bakkah, Allah SWT berfirman, “Sesung­guhnya rumah ibadah pertama yang dibangunkan untuk manusia ialah Baitullah di Bakkah, yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi seluruh alam.” (Ali Imran [3]: 96).
3. Umm Al-Qura, firman Allah SWT, “Dan ini (Al Quran) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi; membenarkan kitab-kitab yang (diturunkan) sebelumnya dan agar kamu memberi peringatan kepada (penduduk) Ummul Qura (Mekah) dan orang-orang yang di luar lingkungannya. Orang-orang yang beriman kepada adanya kehidupan akhirat tentu beriman kepadanya (Al Quran) dan mereka selalu memelihara sembahyangnya.” (Al-An‘am [6]: 92). 
4. Al-Balad, seperti firman Allah SWT, “Aku bersumpah dengan negeri ini (al-balad. Makkah) dan engkau (Muhammad) bertempat di negeri ini (al-balad. Makkah).” (Al-Balad [90]: 1-2).
5. Al-Baldah, sebagaimana tersurat dalam firman Allah SWT, “Aku (Mu­hammad) hanya diperintahkan menyembah Tuhan negeri ini (al-baldah, Makkah) yang telah Dia sucikan.” (Al-Naml [27]: 91).
6. Al-Balad Al-Amin, Allah SWT berfirman, “Demi buah Tin dan buah Zaitun, demi gunung Sinai, dan demi negeri yang aman ini (al-Balad al-Amin, Makkah).” (Al-Tin [95]: 1-3).
7. Al-Balad Al Aminin, sebagaimana tersurat dalam firman Allah Swt, “Dan ingatlah ketika Ibrahim berdoa, “Ya Tuhanku, jadikanlah negeri (Makkah) ini negeri yang aman (al-Balad al-Aminin).” (Al-Baqarah [2]: 126).
sumber : islamituindah

01 March 2014

Trend Pemanggang Ajaib

assalamualaikum

sekarang dah macam trend dah ayu tengok semua masak pakai pemanggang ajaib ni. Dan ayu pun pasang impian nak memilikinya. sekarang dah memilikinya pun. alhamdulillah. cuma belum lagi mencuba kebolehan ajaib pada pemanggang ni. Baca kat kertas menu yang dia kasi sekali masa beli, siap dengan kek pun boleh buat rupanya. senang betul, tak jadi ayu nak beli oven, pakai ni jela. hihihi

makcik kat kampung tu dia buat kuih bakar guna pemanggang ajaib gak. katanya, rasanya superb sama macam zaman dulu-dulu bakarnya.

pinjam google

Semangat ayu nak masak dengan pemanggang ajaib ni. hihihi.

mungkin korang boleh share menu,resepi yang korang pernah masak guna ajaib ni. :)