Nuffnang

13 March 2014

Kek Cawan Coklat a.k.a Choco Cupcake.

Assalamualaikum

rasanya lama sangat ayu tak buat kek coklat. Tiba-tiba ayu terasa nak buat. So, semalam try lah memasak guna cup tu. kira jadilah Kek Cawan Coklat a.k.a Choco Cupcake.
siap ada nama,hehe
siap suami ayu kasi nama lagi, Kek Coklat Rasa Sayang katanya.. hihi.. actually, kek ni ayu pernah share di entry tahun 2011 dulu di sini. tapi ayu buat masa tu masuk loyang je.

Terkejut ayu masa buka pengukus, kembang lain macam kek ayu. dia bukan naik atas, dia naik senget. hahhaha. geli hati siap ketawa-ketawa dengan pembantu chef (suami ler) sebab tengok kegemukan kek yang tak sekata. hihi

masa keluar kukus.
Tak kisahlah dia gemuk sekata atau tidak, try 1 cup, alhamdulillah elok dalam dia, gebu dia, semua cun. 

suami bawa gi kerja kasi colleague dia.

Ayu share resepi super simple ni ya..

ayu guna cawan sukat beras tu.

bahan-bahan :
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Telur gred A/B 3 biji
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan Susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air suam 

Cara-cara:
  • Panaskan pengukus.
  • 1 cawan serbuk koko + 1 1/2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu kecil baking powder (campur dan ayak bahan kering ni agak tidak berketul bila dicampur nanti)
  • Pukul ringan (guna egg beater) atau pakai senduk je Telur gred A/B 3 biji + 3/4 cawan gula pasir + 1 sudu kecil esen vanila.
  • campurkan 1 cawan Susu pekat manis, 1 cawan minyak masak, dan gaul rata.
  • masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit.
  • dan campurkan air suam.
  • masukkan dalam cup yang anda sukai. kalau cup size saya pakai dapat 15 cupcakes.
  • kukus selama 30 minit (kalau loyang kukus 45 minit). penutup kukus tu dicadangkan agar balut dengan kain/tuala agar tak menitik air wap ke dalam kek. nanti kek tak lawa.
topping chocolate ganache versi murah dan jimat saya :

serbuk koko 3 sudu besar + 1 sudu minyak masak + 3 sudu susu pekat ikut kemanisan korang suka + 1/2 cawan air - masak dengan api kecil semua ni sampai agak kilat dan pekat yang disukai kemudia curah atas kek. semalam ayu wat topping ganache ni pekat-pekat kekonon macam krim. haha

Okeylah, kalau korang nak dia lagi moist, korang buat ganache yang lebih sesuai dan kuantiti nya lebih banyak. Agak leceh sikit la, tapi ada masa nanti ayu pun nak try gak.

selamat memasak. :)

9 comments:

Kisah Si Dairy said...

anak buah suka sangat bila dpt makan kek nie,walaupun makngah dia taklah terror sangat buat...
sesekali dapat makan sedap jugak kan ayu,

ctfand said...

sedapnyaa. bila bole cuba ni. tunggu Hani bole jalan kot..hihi. tq for sharing, ayu.. :)

Nurzakiah Hanum said...

NYUM2

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, sheila baru nak try buat kek kukus minggu ni.. hehe tak sabar nak buat kek. hihi sheila singgah sambil klik tabung sini ~~~

Norhasniza Khalid said...

memang gebu betul ayu punya kek ni.. hihi

dilaella Ella said...

gebunya kek ayu, fevret saya ni :)

Maria Firdz said...

nk cuba.. ai salin resepi..

Mar Mansor said...

sedap ni kek coklat kukus..suka3

Zamani Abe said...

yum yum ^^