semalam saje nak buat meatball. Biasa orang makan dengan spageti ke apa ke, ayu pulak makan begitu saja. hehe. lagipun bebola yang ayu buat ni memang sesuai makan cicah sos + mayo.
ayu ambil dari my resepi dan modified banyak. hahaha
Bahan-bahan :
Daging kisar 400 gm
maaf ler rupa paras tak berapa cun. kikiki |
bawang putih 2-3 ulas- di tumbuk/kisar
telur 1 biji
garam dan gula(optional)
lada hitam
serbuk lada
serbuk kari 1 sb (ayu suka letak kari)
oregano
bahan-bahan di atas disatukan dan dikacau rata. Kemudian campurkan tepung-tepung dibawah.
tepung jagung - 1 sudu (ayu taruk 3 sudu)
tepung gandum - 3 sudu (ayu taruk 5 sudu)
sila jangan ikut macam saya, kuantiti tepung di tambah jadi banyak sebab ayu rasa bancuhan tadi macam lembik, tu yang dok topup tepung sebab resepi asal kata kalau lembik suh tambah tepung. Tapi, bila digoreng rasa mcm tlebih tepung plak.. rasanya goreng lembik2 pun sedap dah, tak perlu pun kental kental. karang rasa tepung je. hihi
bulat bulatkan dan goreng lah ikut versi macam mana pun. semalam ayu bentuk maacam daging burger kecik-kecik. pagi tadi bulat2 pulak. hihi.
macam biasa, resepi ini ayu masak guna pemanggang ajaib gak. kikiki. amik kau, semua nak guna pemanggang tu. hehe
p/s nak try resepi meatball yg makan dengan bakso tu la pulak...
9 comments:
Lapar terus... Akk suka sgt ni....
mesti sedap ni kan.. :)
terliur tgk..
SANGAT SEDAP
kalau beli bukan main mahal kan..
sedapnya
cecah sos
perh!
nyummy! :)
Buat bebola ni depa tak bulatkan sebaliknya genggam dalam tangan lepas tu kan dia keluar ikut ibu jari yg tu le jadi bebola...rasanya lah...ahahhaa...
buat sendiri puas hati kan?sy pon selalunya buat sendiri..boleh makan banyak2.. =)
bestnya kalau ada orang buatkan hehehe
Sedap.. faveret juga ni.. best.. :)
Post a Comment