Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

20 June 2015

Resepi : Kuih Kasturi

assalamualaikum

bulan ramadhan kali ni ayu dah jadi ibu. Pengalaman baru kali ini membuatkan ayu lebih merancang strategi. hehehe. maklum jelah, balik kerja jam 4 petang. paling cepat sampai 4.40 petang lepas ambil Dhiya Amani. Sampai rumah pulak dak comel nak kena ngempeng. jadi, masa nak masak tu macam tinggal baki baki je.

Kami suami isteri pulak tahun ni rancang untuk meminimakan bazar ramadhan. setakat dah 3 hari puasa ni belum berbazar lagi. Tapi even tak berbazar, ayu still nak hiasi ramadhan ni dengan juadah dan hidangan yang menyelerakan even simple. dan kalau boleh, nak frozen kan especially kuih muih ni.

semalam Jumaat, jadi ayu cuti. Disamping melayan si comel dapat juga curi curi masa, belah pagi ayu prepare samosa (separuh frozenkan) dan petangnya ada masa ayu buat kasturi (pun sebahagiannya di frozenkan).

dapat 12 ketul. 4 ketul goreng untuk berbuka.

Simple je kuih ni.
mudah dan tak costly.hehhe

Kuih Kasturi

Bahan-bahan

1 cawan kacang hijau
1 keping gula melaka(jenis keping)
2 sudu besar gula pasir (atau ikut kemanisan yang disukai)
garam secukup rasa
bahan untuk Kulit (untuk celup goreng)
1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
secubit gula
pewarna kuning

Cara-caranya :

1. Rebus kacang hijau dengan air yang cukup sehingga kacang lembut dan air kering. kalau air macam nak kering tapi kacang tak lembut lagi, sila tambah air lagi.
2. Masa air dah mula nak kering dan kacang dah hancur, tambah gula melaka, gula pasir dan garam dan terus masak hingga kering.
3. Biarkan sejuk dan kepalkan ikut kebesaran yang di inginkan.
4. Campur tepung gandum+marjerin+garam+gula+pewarna kuning. gaul sebati.
5. Panaskan minyak betul betul panas, celup kacang tadi dan goreng.

nota kaki : sedap gak kalau campur kelapa parut tapi masa ayu buat ni kelapa parut tak ada. belasah aje. hihi

14 July 2014

Menu : Nasi Tomato

assalamualaikum

last week lagi dah nak masak nasi tomato ni. Tapi ada je halangannya. Tambah lagi minggu lepas kesihatan ayu memang kurang memuaskan.

semalam saya masih MC akibat kurang sihat. petangnya tu macam dah sihat sikit, pelan pelan turun dapur masak nasi tomato.

Resepi ni mudah sangat. Yela.. kalau resepi guna minyak sapi, puree tomato, memang confirm tangguh lagi nasi tomato ayu sebab bahan tu tak ada kat rumah. Resepi nasi tomato ni dari Mama Mursyid.


Ayam masak merah pula ayu masak seperti biasa, dan acar timun tu ayu belasah aje. tak guna cuka sebab ayu tak berani nak bercuka cuka. Ayu ganti dengan sedikit oren sunquick+sos tomato. Buat rasa masam masam gitu. uih..sedap tau. licin habis masa berbuka. Padahal berbuka berdua je. hehe.

Agaknya pasal dah beberapa hari isteri tak masak sungguh sungguh(sebab tak sihat), nampak sangat semalam encik suami makan penuh selera, bertambah tambah beliau makan. Eeeee... sukanya saya.. hihi.. Alhamdulillah.. Ayu belum boleh pun makan banyak, sekadar hujung hujung senduk gitu. Tapi syukur sangat, tidak memuntahkan kembali apa yang di makan malam tadi.hehe

ni resepi nasi tomato tu. Ayu pastekan di sini ye mama mursyid.

Resepi dari : mama mursyid untuk 3 cawan beras, ayu masak 1 cawan lebih je. Tapi, pandai-pandailah korang agak agak ikut kesesuaian beras dan sukatan masing masing ye...

bahan-bahan

Beras 3 cawan
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
1 batang Kulit kayu manis
2 biji Buah pelaga
2 kuntum Bunga cengkih
1 kuntum Bunga lawang
1 inci halia
dua sudu Marjerin (untuk menumis)
5 sudu besar Sos tomato - boleh dikurangkan atau ditambah..ikut sedap mulut awak la ye
1 biji tomato dibelah 4-optional

Cara-cara

Basuh beras dan toskan
Gunakan periuk nasi letrik tuh utk menumis.. 

Cairkan marjerin.. Tumis empat sekawan.. 

Masukkan bawang putih, bawang merah dan halia.. Tumis sehingga kekuningan.. 
Masukkan sedikit sos tomato .. Masak sekejap.. 

Masukkan beras yang dah ditos tadi.. Masukkan air 3 cawan..Masukkan buah tomato..
 Tutup api.masak nasi macam biasa.. Bila nasi dah separuh masak, masukkan sos tomato yang selebihnya.. Kacau rata.. Dan biarkan nasi masak seperti biasa

SELAMAT MENCUBA :)

10 July 2014

Menu : Roti Gulung Sosej Cheese

Assalamualaikum

ni antara juadah kegemaran adik-adik ayu. Tapi tahun ni serve untuk encik suami. Nampak gaya pun kena juga di tekak beliau. Yela.. cheese leleh leleh gitu memang kegemaran ramai kan.


Mudah je side dish berbuka puasa kali ini. Kalau bukan dalam bulan ramadhan boleh juga hidangkan untuk sarapan atau minum petang.

Roti Gulung Sosej Cheese

Bahan-Bahan :
Roti Gardenia/putih
Sosej (goreng/rebus) ayu belah 2 memanjang.
Slice Cheese
Telur dikocak+garam+blackpepper (jika suka) untuk salutkan.

Cara-cara :
1- Leperkan roti putih dengan cara yang korang biasa. agar kadar keserapan minyak dapat dikurangkan.
2-Lapiskan dengan cheese dan sosej.
3-Gulungkan dan letakkan sedikit telur dihujungnya supaya lekat.
4-Celup telur dan terus goreng dengan minyak panas. Agak-agak dan keemasan boleh lah hidangkan.

Siappp...ehehe.senang kan?

09 July 2014

Menu : Bihun Goreng Singapore

Assalamualaikum

tekak ayu masih dalam selera on off tambah tak berapa berani telan makanan super pedas, takut muntah nanti menyakitkan. hihi .semalam teringin nak makan bihun putih tu. Balik keje, kita bersilat lah di dapur masak bihun simple ni untuk berbuka puasa. Sebelum tu dah tanya suami dah, kot kot dia tak berkenan ke, tapi dia ok je. Asalkan bihun, dia memang suka je. hehe

Senang je masak bihun singapore ni. Selalu makndak ayu yang dok singapore selalu masak time balik kampung.  Sekarang dah kahwin, kita masak sendiri je ye. hehe

Bihun Goreng Singapore

Bahan-Bahan (untuk makan 3 orang)

Bihun secukupnya
Bawang merah 1-2 biji
Bawang putih 2-3 ulas
Daging cincang 3 sudu besar (kalau nak lebih pun boleh)
Lobak - hiris halus panjang panjang
serbuk lada hitam - ayu letak dalam 1-2 sudu
tomato

hiasan - daun sup, bawang goreng

Cara-caranya :

1- Panaskan minyak, goreng daging cincang sampai agak masak, masukan bawang-bawang yang telah ditumbuk.
2-Masukkan serbuk lada hitam, garam dan perasa.
3-Masukkan bihun yang telah direndam/celur.
4-Masukkan lobak. Gaul sebati.
5-dan last sekali masukkan tomato jika suka.
6-tabur daun sup dan bawang goreng. SIAP!!!

Maaf ya. Ayu ni kureng sikit nak tulis resepi ikut kuantiti bahan banyak mana. Sebab selalu masak ikut sedap rasa je. hihi. Tapi basic dia gitulah. Korang boleh adjust ikut kesukaan. Nak tambah sayur lain, fishcake, udang sotong ayam pun boleh. :)

18 June 2014

Resepi : Spaghetti Goreng

Assalamualaikum.

Alkisahnya ayu follow drama Kusinero Cinta yang tayang kat Astro Mustika lakonan Aaron Aziz, Jericho Rosales dan Tizz Zaqyah ayu terjebak dengan menu Spaghetti Aglio Olio yang Aaron masak dalam drama tu. hihi. FYI, ayu memang berantu sikit dengan pasta ni. Dari dulu suka sangat.

Nak masak Aglio Olio tapi Aglio je yang ada. Aglio tu bawang putih. Manakala Olio pula ialah minyak zaiton. Balik kerja semalam petang layan tekak yang tak bape sedap ni. Maklumlah morning sickness masih ada even dah nak masuk 12 weeks. Cume dah kurang sikit nak banding bulan lepas. Dah larat sikit nak bangun masak. Kalau tidak, melepek je sebab muntah tak semena. Kesian encik suami kena masak ataupun beli je. Dah sihat ni, kita rajin balik ek. hihi

Bahan dalam fridge sangat limited. tapi tetap nak makan gak spaghetti.hhihihi. maka jadilah ia spaghetti goreng versi melayu sikit.

SPAGHETTI GORENG

Bahan-Bahan:

Spaghetti Angel Hair San Remo-direbus(tambah minyak masak+garam sikit). Ayu guna spaghetti yang halus-halus tu. Suka makan jenis halus ni sebab kurang muak.
Dada ayam - di dadu kecil
1-2 sudu bsr - cili kering kisar
1 biji bawang besar - di dadu kecil
4 biji aglio (bawang putih) - di cincang halus
2 sudu minyak masak.
Sos tomato 2 sudu
telur 1 biji
oregano
serbuk blackpepper 

Cara-cara :
Tumis bawang putih, masukkan cili kering kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bawang besar. Masukkan ayam dan masak ayam hingga cukup masak. Boleh tambah seafood jika nak. Atau ganti dengan daging kisar. dan boleh add sayur yang sesuai.

Dah masak, masukkan sos tomato dan pecahkan telur. Masukkan oregano dan serbuk blackpaper sikit bagi rasa-rasa. dan perasakan dengan garam. Then, masukkan lah spageti yang dah rebus tu. Gaul gaul rata.



Siap... boleh plating lawa-lawa. tapi maaf. ayu lupa nak hias. dah kena ngap. hihi

08 April 2014

Ayam Black Rose @ Kicap Pedas

Assalamualaikum

ayam blackrose a.k.a kicap pedas.
actually, ni first time ayu dengar ayam black rose. Macam ayam masak kicap, tapi rasa dia berganda-ganda asyik dari ayam kicap yang biasa. sedap. tambah sedap lagi, yang masak ni encik suami. Tu pasal la ayu suka hari ahad, sebab hari ahad ayu keje, suami cuti. Nanti dia akan cuba resepi-resepi baru. hihihi. Ayam blackrose ni unik sebab masa masak tu letak susu pekat manis. Serius mula-mula ayu pelik sebab tak pernah masak kicap letak susu. tapi memang sedap. korang wajib try..

Suami kata, dia rujuk blog Azie Kitchen untuk resepi ni. Sebab google ayam kicap, dia jumpa ayam kicap style kak azie di tangga pertama carta google. hehe

Meh ayu share resepi dan cara memasaknya ya. Kak azie, mohon share ya. :)

Ayam Masak Kicap Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:Ayam - lumur garam kunyit dan goreng
1 biji ubi kentang - hiris nipis dan goreng
1 labu bawang besar - hiris bulat
1 biji cili hidup merah/benggala - hiris
1 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
Daun sadri/daun bawang - hiris
Susu pekat manis (suami ltk dalam 2 sudu)
Lada hitam - tumbuk kasar (suami guna yang serbuk sebab kasar xde)
Rempah penumis: Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga (siap gi kedai beli lain sebab disangkakan bini tak ada bahan ni.hihi)

Bahan sos:
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram

Bahan bahan kisar: (suami ayu dia tumbuk pakai lesung batu, in sha allah lebih ummpphhh)
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara :

Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.

Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati. Masukkan air.

Setelah mendidih,  masukkan susu pekat, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili benggala. Akhir sekali masukkan ayam bersama ubi kentang yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api. 

Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang. Daun bawang tak ada, kitorang tak letak la. hehe

14 March 2014

Onion Ring

Assalamualaikum..

biasa makan onion ring? suami ayu suka onion ring ni, pastu request kat bini suh buatkan. Beliau siap google resepi dan bacakan masa ayu nak prepare kat dapur. Tapi ayu adaptasikan ikut kesesuaian dan bahan yang ada di dapur kecil kami. Ayu siapkan bancuhan
dan assistant chef bantu gorengkan ia..
onion ring

Bahan-bahan (utk 3-4 org makan)
Onion ( 2 biji ) di hiris dan leraikan ring tu.

Bancuhan :
Tepung Gandum 6 sudu besar
Tepung jagung 2 sudu besar
Serbuk Cili 1/2 sudu kecil
Serbuk Lada Hitam 1/2 sudu kecil
Baking Powder 1/2 sudu kecil
Garam
Gula 1/2 sudu kecil
Susu cair 125ml
Telur 1 biji

Cara - cara :

Campurkan dan gaul rata tepung gandum, tepung jagung, serbuk cili, blackpaper, garam, gula.
Telur + susu dikocak guna garfu biar sebati. kemudian campurkan dengan bahan-bahan kering yang digaul rata tadi.
Celup onion dan goreng dengan minyak yang panas..

siap. Enak dimakan panas sebab crunchy.. :) kalau salut dengan breadcrumb lg yummy. hihihi

13 March 2014

Kek Cawan Coklat a.k.a Choco Cupcake.

Assalamualaikum

rasanya lama sangat ayu tak buat kek coklat. Tiba-tiba ayu terasa nak buat. So, semalam try lah memasak guna cup tu. kira jadilah Kek Cawan Coklat a.k.a Choco Cupcake.
siap ada nama,hehe
siap suami ayu kasi nama lagi, Kek Coklat Rasa Sayang katanya.. hihi.. actually, kek ni ayu pernah share di entry tahun 2011 dulu di sini. tapi ayu buat masa tu masuk loyang je.

Terkejut ayu masa buka pengukus, kembang lain macam kek ayu. dia bukan naik atas, dia naik senget. hahhaha. geli hati siap ketawa-ketawa dengan pembantu chef (suami ler) sebab tengok kegemukan kek yang tak sekata. hihi

masa keluar kukus.
Tak kisahlah dia gemuk sekata atau tidak, try 1 cup, alhamdulillah elok dalam dia, gebu dia, semua cun. 

suami bawa gi kerja kasi colleague dia.

Ayu share resepi super simple ni ya..

ayu guna cawan sukat beras tu.

bahan-bahan :
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
  • Telur gred A/B 3 biji
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan Susu pekat manis
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan air suam 

Cara-cara:
  • Panaskan pengukus.
  • 1 cawan serbuk koko + 1 1/2 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu kecil baking powder (campur dan ayak bahan kering ni agak tidak berketul bila dicampur nanti)
  • Pukul ringan (guna egg beater) atau pakai senduk je Telur gred A/B 3 biji + 3/4 cawan gula pasir + 1 sudu kecil esen vanila.
  • campurkan 1 cawan Susu pekat manis, 1 cawan minyak masak, dan gaul rata.
  • masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit.
  • dan campurkan air suam.
  • masukkan dalam cup yang anda sukai. kalau cup size saya pakai dapat 15 cupcakes.
  • kukus selama 30 minit (kalau loyang kukus 45 minit). penutup kukus tu dicadangkan agar balut dengan kain/tuala agar tak menitik air wap ke dalam kek. nanti kek tak lawa.
topping chocolate ganache versi murah dan jimat saya :

serbuk koko 3 sudu besar + 1 sudu minyak masak + 3 sudu susu pekat ikut kemanisan korang suka + 1/2 cawan air - masak dengan api kecil semua ni sampai agak kilat dan pekat yang disukai kemudia curah atas kek. semalam ayu wat topping ganache ni pekat-pekat kekonon macam krim. haha

Okeylah, kalau korang nak dia lagi moist, korang buat ganache yang lebih sesuai dan kuantiti nya lebih banyak. Agak leceh sikit la, tapi ada masa nanti ayu pun nak try gak.

selamat memasak. :)

11 March 2014

Ikan Talapia Masak Merah

assalamualaikum

lately entry masak-masak je kan. tapi kali ni lain sikit sebab chef nya bukan ayu, tapi suami. hihi
Ni kes ahad lepas, ayu kan kerja, beliau di rumah rajin masak buat isterinya, lunch time balik rumah buka pintu bau sedap semerbak buat perut kembang kempis. hihi. seronok bila sesekali makan air tangan orang lain. hihi.

lama dah tak makan ikan talapia ni. last makan masa Arwah abah ada lagi, arwah rajin pancing ikan air tawar ni. Memang biasa nya kalau makan ikan talapia ni ayu suka versi goreng dan sambal. Kurang suka kalau masak-masak berkuah sebab risau ada bau-bauan. hihi.

ikan talapia ni kitorang beli kat tesco tapi beli ikan talapia hitam, baru real macam gi memancing kan.hihi. kalau korang nak yang kaler cerah sikit, boleh beli talapia merah. harga yang merah mahal sikit dari yang hitam. Bab nak siang ikan talapia ni pun ayu lemah semangat sikit. nasib baik la suami yang siang dan masak. hihi.

air tangan suami :)

resepi nak share ke? simple dan super senang masak sambal ni. ala. macam korang masak ikan masak merah/sambal tu. hehe

ikan basuh bersih dan goreng dengan kunyit+garam.
sambal :
tumis bawang merah+bawang putih+halia yang ditumbuk. 
kemudian setelah agak wangi dan garing, masukkan cili kisar/boh sebanyak beberapa sudu, masak sampai pecah minyak.
masukkan soscili, sos tomato, sos tiram, garam, gula, air asam jawa.
masukkan ikan yang digoreng tadi, juga tomato di potong dadu, serta bawang besar yg di hiris.
balik-balikkan 1-2 kali dan sedia untuk dihidang.

ikan tu kalau tak mahu di masukkan dalam kuali pun xpe, boleh curah sambal/kuah ke atas ikan goreng tadi.

ni ayu pandai-pandai je bagi resepi ikut yang ayu biasa masak. Ala... korang lagi the boomm resepinya kan. hihi

nota kecil : big thanks to husband. cakap tak pandai masak, tp macam dah power je masak. (^_-)

10 March 2014

Bebola Daging Simple

assalamualaikum

semalam saje nak buat meatball. Biasa orang makan dengan spageti ke apa ke, ayu pulak makan begitu saja. hehe. lagipun bebola yang ayu buat ni memang sesuai makan cicah sos + mayo.

ayu ambil dari my resepi dan modified banyak. hahaha

Bahan-bahan :
Daging kisar 400 gm
maaf ler rupa paras tak berapa cun. kikiki
bawang besar 1 biji - potong dadu
bawang putih 2-3 ulas- di tumbuk/kisar
telur 1 biji
garam dan gula(optional)
lada hitam
serbuk lada
serbuk kari 1 sb (ayu suka letak kari)
oregano

bahan-bahan di atas disatukan dan dikacau rata. Kemudian campurkan tepung-tepung dibawah.

tepung jagung - 1 sudu (ayu taruk 3 sudu)
tepung gandum - 3 sudu (ayu taruk 5 sudu)

sila jangan ikut macam saya, kuantiti tepung di tambah jadi banyak sebab ayu rasa bancuhan tadi macam lembik, tu yang dok topup tepung sebab resepi asal kata kalau lembik suh tambah tepung. Tapi, bila digoreng rasa mcm tlebih tepung plak.. rasanya goreng lembik2 pun sedap dah, tak perlu pun kental kental. karang rasa tepung je. hihi

bulat bulatkan dan goreng lah ikut versi macam mana pun. semalam ayu bentuk maacam daging burger kecik-kecik. pagi tadi bulat2 pulak. hihi.

macam biasa, resepi ini ayu masak guna pemanggang ajaib gak. kikiki. amik kau, semua nak guna pemanggang tu. hehe

p/s nak try resepi meatball yg makan dengan bakso tu la pulak...

06 March 2014

Puding Roti Versi Bakar

Assalamualaikum

biasa ayu buat puding roti pakai kukus kan. Semalam memandangkan suami request nak makan puding roti kesukaan, ayu try lah manfaatkan pemanggang ajaib  yang beliau belikan itu. hihihi
siap dengan sos kastard dan tabur coklat chip.

alhamdulillah. menjadi dan begitu cantik puding ayu. hihihi.. memasak dengan pemanggang ni lebih cepat dari kukus dan ayu suka sebab puding ayu tak melekat kat loyang memandangkan pemanggang ajaib tu kan non stick. :)

rupa setelah dimasak.
Ayu terbalikkan pemanggang tu, jadi belah atas tu warna kuning-kuning cokat. baru kena dengan konsep membakar kan.. hihihi.. tp kesian cip coklat ayu, mencair dan melekat kat tutup pemanggang nih. hihihi.. Bahan dan resepi sama je dengan resepi terdahulu ayu, cume ayu bakar guna pemanggang dengan api kecil selama 10 minit, dan balikkan pemanggang 5 minit. :)

sekian, itu jelah nak share.

resepi ni hampir tiap bulan ayu masak sebab sedap, senang dan murah bahan-bahan nak masak dia. hihi. Antara dessert kegemaran ayu dan keluarga. :)

resepi lama ayu :Menu Puding Roti Kukus

01 March 2014

Trend Pemanggang Ajaib

assalamualaikum

sekarang dah macam trend dah ayu tengok semua masak pakai pemanggang ajaib ni. Dan ayu pun pasang impian nak memilikinya. sekarang dah memilikinya pun. alhamdulillah. cuma belum lagi mencuba kebolehan ajaib pada pemanggang ni. Baca kat kertas menu yang dia kasi sekali masa beli, siap dengan kek pun boleh buat rupanya. senang betul, tak jadi ayu nak beli oven, pakai ni jela. hihihi

makcik kat kampung tu dia buat kuih bakar guna pemanggang ajaib gak. katanya, rasanya superb sama macam zaman dulu-dulu bakarnya.

pinjam google

Semangat ayu nak masak dengan pemanggang ajaib ni. hihihi.

mungkin korang boleh share menu,resepi yang korang pernah masak guna ajaib ni. :)

12 February 2014

Sup Sayur, Ayam dan Telur

Assalamualaikum

Saje nak share super simple menu ni. Bihun sup yang isi sup nya ada macam-macam. ada telur, ayam dadu, sawi, jagung kecik dan carrot.

Ni menu last week. husband request nak bihun sup yang ada telur dan sayur. So, jadilah gini..
Ala, nak share resepi pun segan sebab resepi mudah kan.

Masak sup ayam seperti biasa --> masukkan sayur --> masukkan telur. siap. :) taburkan daun sup dan bawang goreng untuk tambah kesedapan.

Sup Sayur, Ayam dan telur

Oleh sebab ayu baru je nak berjinak dalam Diet Atkins . Ayu merasakan menu ini agak sesuai untuk atkiners. Tambahkan lebih sayur hijau dan tukar lah carrot tu dengan sayur lain. hihi. cume bihun tu lah, kena avoid untuk 2 weeks induction phase. :)

Nota : Tq Sis Yui, tadi dok berguru dengan beliau pasal Atkins ni. hihi.

07 February 2014

Menu : Kuih Lapis

Assalamualaikum

dah lama sebenarnya nak buat kek lapis ni. Tapi bertangguh-tangguh. Semalam, terus buat. sebab adik lelaki saya ada, so, ramai sikit tolong makan.ehehe

Ayu share resepi simple ni ya

Bahan-bahan :

  • Tepung beras 1 cawan
  • tepung gandum 1/2 cawan
  • tepung jagung 2 sudu (xde pun ok je)
  • 3/4 cawan gula pasir (ayu guna 1/2 cawan je)
  • 3/4 sudu teh garam
  • pewarna/sirap ros (ayu guna sirap ros, kalau pewarna kosong je rasa)
  • santan pekat 1 cawan (ayu guna santan kotak 1 cwn)
  • air 3 cawan.


cara-cara :
Panaskan air dalam kukus. Blend tepung,garam,santan,air.Kemudian asingkan pada 2 bahagian, 1 bahagian diwarnakan merah. 1 bahagian boleh gak kalau nak kaler lain. Sediakan loyang yang disapu minyak, lapiskan lapisan pertama dengan putih dan masak 3-5 minit dengan api besar. Lapis kaler merah dan masak 3-5 minit. Lapiskan hingga selesai. Dah siap, sejukkan dulu baru potong. :)

kuih lapis yang senang

Hidangkan dengan air teh o dipetang hari.. haha.. suami ayu kata dia tak suka kuih lapis, tapi tengok laju je makan. konfius kejap. (*_-) kuih ayu leper je sebab loyang nya besar. kena beli loyang kecik la pasni.heehehe

22 January 2014

Menu : Bubur Ayam Mudah

Assalamualaikum.

Bubur-bubur ni biasa orang sakit je makan. Hehehe.. Tapi, personally, ayu suka makan bubur, especially bubur ayam ni. Dan, kebetulan ada lah haritu encik abang tu ada mata ikan dalam mulut, tak berapa boleh nak kunyah-kunyah, jadi ayu pun masakkan lah bubur untuk beliau.

bubur ayam ala mcD
bubur ayam ayu

simple je bubur ni. tapi, personally ayu suka. sebab ada rasa ayam kan. Tak lah boring rasa kosong je kalau orang sakit makan..

bahan :

  • beras-ayu masak 3 genggam
  • ayam-cincang
  • lobak-dadu
  • bawang merah+putih+halia - ditumbuk
  • sup bunjut / rempah tumis
  • sedikit rempah sup


cara-caranya :

  • Panaskan sikit minyak, masukkan rempah tumis, bahan tumbuk dan rempah sup.
  • Masukkan ayam, dan lobak. 
  • Masukkan air dan masak hingga didih dan ayam masak. (jadi sup ayam)
  • Basuh beras, dan masukkan sup ayam tadi dan masak bubur seperti biasa dan jangan lupa perasakan dengan garam. :)
  • Hidangkan dengan serbuk lada hitam dan daun sup.

Nyum Nyum!!

nota : senang cakap, masak sup ayam dan masak bubur guna sup tu. hehehe. Ni cara ayu ya, mungkin korang ada cara yang lebih baik dan sedap. Selamat mencuba.... :)


21 January 2014

Menu : Puding Roti Kukus

assalamualaikum.

last week berweekend 3 hari bersama encik suami. Yela, kalau tak, ayu cuti jumaat sabtu, beliau sabtu ahad.. jadi, dapat lah 3 hari berminum petang bersama. :)

dimakan bersama sos kastard

Sebelum kawin lagi ayu dah gemar buat puding roti kukus, sekarang buat untuk encik suami pulak. Menu desert yang super senang. dan super sedap. Tu yang suka masak.

lepas kukus. :)

kalau korang tengah fikir nak masak desert, try la ni. dan ayu rasa ramai je yang dah selalu masak desert ni.

* resepi pernah dikongsi sebelum ni. cume ayu tambah telur jadi 2 biji dan tabur cip coklat.

bahan-bahan

Roti putih - ayu guna 5 keping - kuantiti secukup rasa
telur 2 biji
Susu cair - (setengah tin)
Susu pekat manis - 2-3 sudu besar 
Gula - 1 sudu 
esen vanila - 1 tutup
butter- 2 sudu besar cairkan. atau guna marjerin pun boleh
hiasan : 
kismis
cip coklat

cara-cara
  1. kocak telur + gula +esen 
  2. masukkan susu cair + pekat = kacau rata.
  3. sediakan loyang yang disapu butter tadi agar tak melekat.
  4. susun roti yang dipotong kecil dan sapukan butter cair tadi kat roti. (ni untuk bagi roti rasa lemak) korang boleh je curah rata butter tu kalau malas atau boleh sapu planta pada roti.
  5. lepas tu, masukkan bancuhan tadi ke atas roti yang disusun & tabur kismis dan cip coklat.
  6. Kukus selama 15-20 minit.
sos :

ayu guna susu cair yg ada baki 1/2 tin tadi + gula (ikut kemanisan yang digemari)  + air + tepung kastard (2 sudu teh) = masak sehingga dapat kepekatan yang disukai. tepung kastard dinasihatkan supaya bancuh dulu dengan air baru curah agar tak berketul.

selamat mencuba!! kalau korang longgok semua bahan then kukus pun mesti jadi punya, hihihi

20 January 2014

Menu : Half Boiled Egg On Toast

Assalamualaikum.

amboi.. panjang sangat nama menu. Tu bahasa inggeris, in malay.. telur separuh masak di dalam roti bakar. hihi. French toast kata suami saya, tapi french toast sebenar tu adalah roti celup telur kalau tak silap.

Ni pun bukan ayu yang buat. sebab kalau ayu yang buat sarapan memang sangat 'melayu' la jawabnya. Lempeng atau jemput-jemput. hihi.. Weekend lepas, encik suami nak makan sarapan ke'barat'an sikit, so, beliau amik inisiatif sediakan juadah ni.

encik suami yang masak tau, puan isteri tukang tengok. hihi


oh! sedap ok. sebab kami memang suka kan half boiled egg.. hihi

simple dish je pun, tapi ayu share juga lah ya sebagai antara RESEPI MUDAH di dalam blog ayu ni. )

cara-caranya...
  • sekeping roti, ditekap dengan cawan, atau sebarang acuan berbentuk bulat, petak mahupun love. Suami saya guna cawan je. 
  • Kemudian, panaskan kuali leper(yang tak lekat) dan letak roti yang berlubang tengah tu. 
  • Letak sedikit marjerin di tengah-tengah lubang tu. 
  • Pecahkan sebiji telur di bahagian roti yang berlubang tu..kemudian, taburlah serbuk lada hitam(kalau tak nak pun tak apa). 
  • Tekapkan baki roti yang ditekap tadi ke atas telur tadi, dan terbalikkan roti tadi. 
  • Biarkan roti di bahagian bawah tu garing kejap dan..
  • siap untuk dihidang bersama sos :)

korang boleh pelbagaikan cara ya. kalau tak suka half boil, boleh je nak dadarkan dulu kemudian letak sikit je ditengah supaya cepat masak. Boleh juga add cheese dan rencah lain.. Fulamak, kalau add cheese, lagi gempaq rasa dia kot. mesti dia cair di dalam. ihihihi.. ok tak pe, lepasni ayu try buat letak cheese.

love,

ayu

28 October 2013

Menu : Apam Nasi (mudah)

Assalamualaikum

dah lama tak share menu-menu mudah dengan kawan-kawan.

jumaat lepas ayu merajinkan diri mengukus apam. Saje-saje.. sebab adik lelaki ayu yang kat study ILP berdekatan berhujung minggu kat rumah ayu, so, masakkan kuih-kuih gini masa ada dia baru layan. Meriah sikit makan adik beradik. hehe.

resepi apam mudah
apam nasi senang

Senang aje resepinya. ayu ambil dari kak yatie.(izin ayu share ye kak)

Bahan-bahan & caranya :

Step 1 :
Nasi 2 cawan
Gula 1 1/2 cawan
Air 2 1/2 cawan

*blend nasi bersama air. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga nasi hancur halus. Kemudian blend lagi dengan gula.

Step 2 :
Tepung Gandum 2 cawan
Tepung Beras 2 cawan
Yis (mauripan) 2 sudu kecil

* 3 bahan digaul satukan.

Step 3 :
*kemudian campurkan kesemua adunan step 1 dan step 2 gaul hingga sebati. Asing untuk warnakan. Titis pewarna (jika mahu). Dan Perap selama 3 jam. (ayu perap 2 jam pun ok)

Step 4 :
Panaskan pengukus, balut penutup kukus dengan kain, dan kukus adunan yang dimasukkan bekas kecil selama 15 minit. Kalau pakai loyang lama sikit kot. hehe

hidangkan dengan kelapa parut+garam.

04 October 2013

Potato Wedges Mudah Versi Ayu Zan

Assalamualaikum

maaf harini agak kurang bersemangat nak berblogwalking. Ayu mengalami sedikit masalah sejak beberapa hari ni yang tak dapat dielakkan sehingga mengurangkan mood nak berblog.

tapi, kesempatan yang ada ni, ayu nak share menu makan malam tadi.

Potato Wedges versi ayu.

Sangat lah mudah. Tapi maaflah gambar tu. Kentangnya pelbagai rupa dan bentuk.hehe

Cara-cara :

Rebus kentang yang dihiris/potong hingga empuk.
blender - tepung gandum+serbuk kari+garam+air (ikut kepekatan masing)
celupkan kentang rebus dan goreng. :)


Trylah yer. Ayu letak kari sebab ayu rasa rasa ke-kari-an tu sangat sedap bila digoreng. hehhe Kalau hidang dengan cheese lebih syiokk kot. :)

lain resepi? >>> RESEPI MUDAH AYU ZAN

27 September 2013

Agar-agar Santan Gula Melaka

Assalamualaikum

dah lama sebenarnya nak masak agar-agar gula melaka ni. So, malam tadi sesuai lah. sebab.. malam ni, ayu akan balik ziarah mak kat Muar, boleh bawa buah tangan. hehehe

even rupanya tidak lah lawa mana.. Ayu tetap tapau bawak gi tempat kerja. hihi. alhamdulillah, dapat sharing dengan kawan-kawan dan diorang ofcos suka. Nanti ayu baiki lagi mutu masakan ya.. :)

potong pon senget tapi tetap nak tepek.. hua hua hua

Dan dah lama juga simpan resepi kak yatie ni. Kata kak yatie, dia ambil dari Kak Naz. Izinkan ayu share pula ya..

Bahan-bahan

1 paket agar-agar serbuk (10g)
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka 250gm - ayu pun xcukup
1/4 cawan gula
250ml santan pekat (ayu guna 100ml santan kotak  + 150ml air)
Telur 1 biji
secubit garam
*daun pandan - ayu tak letak

Cara-caranya

  1. masak gula melaka, gula pasir, air 1 cawan hingga didih dan larut. Tapis dan tambahkan air(ambil dari 1 liter air tadi) hingga jadi 2 cawan bancuhan gula tu.
  2. masak air + agar-agar hingga didih 
  3. masukkan air gula tadi.
  4. kocakkan telur + garam dalam santan dan masukkan dalam didihan agar-agar tadi
  5. masak hingga didih-menggelegak menggunakan api sederhana dan jangan berhenti kacau. Biar menggelegak selama 1-2 minit. Ingat kena bagi dia didih dan menggelegak lama. Tapi kena kacau agar tak membuak keluar. Kalau tak lama, nanti nampak santan tu berbintil-bintil. baru lah jadi berlapis. :)
  6. masukkan dalam acuan yang telah dibilas air. dan sejukkan sebelum dipotong. :)

Okey, sekian.. selamat mencuba.

Nak tengok resepi yang ayu share kat sini? Jom : Resepi Mudah Ayu Zan.