Nuffnang

27 September 2013

Agar-agar Santan Gula Melaka

Assalamualaikum

dah lama sebenarnya nak masak agar-agar gula melaka ni. So, malam tadi sesuai lah. sebab.. malam ni, ayu akan balik ziarah mak kat Muar, boleh bawa buah tangan. hehehe

even rupanya tidak lah lawa mana.. Ayu tetap tapau bawak gi tempat kerja. hihi. alhamdulillah, dapat sharing dengan kawan-kawan dan diorang ofcos suka. Nanti ayu baiki lagi mutu masakan ya.. :)

potong pon senget tapi tetap nak tepek.. hua hua hua

Dan dah lama juga simpan resepi kak yatie ni. Kata kak yatie, dia ambil dari Kak Naz. Izinkan ayu share pula ya..

Bahan-bahan

1 paket agar-agar serbuk (10g)
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka 250gm - ayu pun xcukup
1/4 cawan gula
250ml santan pekat (ayu guna 100ml santan kotak  + 150ml air)
Telur 1 biji
secubit garam
*daun pandan - ayu tak letak

Cara-caranya

  1. masak gula melaka, gula pasir, air 1 cawan hingga didih dan larut. Tapis dan tambahkan air(ambil dari 1 liter air tadi) hingga jadi 2 cawan bancuhan gula tu.
  2. masak air + agar-agar hingga didih 
  3. masukkan air gula tadi.
  4. kocakkan telur + garam dalam santan dan masukkan dalam didihan agar-agar tadi
  5. masak hingga didih-menggelegak menggunakan api sederhana dan jangan berhenti kacau. Biar menggelegak selama 1-2 minit. Ingat kena bagi dia didih dan menggelegak lama. Tapi kena kacau agar tak membuak keluar. Kalau tak lama, nanti nampak santan tu berbintil-bintil. baru lah jadi berlapis. :)
  6. masukkan dalam acuan yang telah dibilas air. dan sejukkan sebelum dipotong. :)

Okey, sekian.. selamat mencuba.

Nak tengok resepi yang ayu share kat sini? Jom : Resepi Mudah Ayu Zan.

7 comments:

Cik Mun said...

sedapnye..

Khir Khalid said...

Makan santai waktu ptg pun sedap ni..

memmetlenggeng said...

ewah-ewah..pandainya anak dara ni masak...sedapnya

NANG NOR AZIMAH LONG NADZRI said...

masa kecik , agar2 ni favorit sebab ada santan... :D

Nisa said...

Rupa boleh dicuba lagi tapi rasa itu yang penting. Good job!

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

nampak sedap agar-agar tu.. :D

Lilynn Wifey Sham said...

amboi pandainyer dia..rajin.. kak L suke buat sagoo gula melaka.. nyummy nyummy..*tetibe* >.<