Showing posts with label kuih muih. Show all posts
Showing posts with label kuih muih. Show all posts

20 June 2015

Resepi : Kuih Kasturi

assalamualaikum

bulan ramadhan kali ni ayu dah jadi ibu. Pengalaman baru kali ini membuatkan ayu lebih merancang strategi. hehehe. maklum jelah, balik kerja jam 4 petang. paling cepat sampai 4.40 petang lepas ambil Dhiya Amani. Sampai rumah pulak dak comel nak kena ngempeng. jadi, masa nak masak tu macam tinggal baki baki je.

Kami suami isteri pulak tahun ni rancang untuk meminimakan bazar ramadhan. setakat dah 3 hari puasa ni belum berbazar lagi. Tapi even tak berbazar, ayu still nak hiasi ramadhan ni dengan juadah dan hidangan yang menyelerakan even simple. dan kalau boleh, nak frozen kan especially kuih muih ni.

semalam Jumaat, jadi ayu cuti. Disamping melayan si comel dapat juga curi curi masa, belah pagi ayu prepare samosa (separuh frozenkan) dan petangnya ada masa ayu buat kasturi (pun sebahagiannya di frozenkan).

dapat 12 ketul. 4 ketul goreng untuk berbuka.

Simple je kuih ni.
mudah dan tak costly.hehhe

Kuih Kasturi

Bahan-bahan

1 cawan kacang hijau
1 keping gula melaka(jenis keping)
2 sudu besar gula pasir (atau ikut kemanisan yang disukai)
garam secukup rasa
bahan untuk Kulit (untuk celup goreng)
1/2 cawan tepung gandum
1/3 sudu besar marjerin
1 sudu kecil garam
secubit gula
pewarna kuning

Cara-caranya :

1. Rebus kacang hijau dengan air yang cukup sehingga kacang lembut dan air kering. kalau air macam nak kering tapi kacang tak lembut lagi, sila tambah air lagi.
2. Masa air dah mula nak kering dan kacang dah hancur, tambah gula melaka, gula pasir dan garam dan terus masak hingga kering.
3. Biarkan sejuk dan kepalkan ikut kebesaran yang di inginkan.
4. Campur tepung gandum+marjerin+garam+gula+pewarna kuning. gaul sebati.
5. Panaskan minyak betul betul panas, celup kacang tadi dan goreng.

nota kaki : sedap gak kalau campur kelapa parut tapi masa ayu buat ni kelapa parut tak ada. belasah aje. hihi

24 June 2014

Kuih raya

Assalamualaikum
Belum puasa ramadhan pun ayu dah makan kuih raya. Hihi. Dua ni favorite dari dulu. tu yang tak boleh tahan tengok.

07 February 2014

Menu : Kuih Lapis

Assalamualaikum

dah lama sebenarnya nak buat kek lapis ni. Tapi bertangguh-tangguh. Semalam, terus buat. sebab adik lelaki saya ada, so, ramai sikit tolong makan.ehehe

Ayu share resepi simple ni ya

Bahan-bahan :

  • Tepung beras 1 cawan
  • tepung gandum 1/2 cawan
  • tepung jagung 2 sudu (xde pun ok je)
  • 3/4 cawan gula pasir (ayu guna 1/2 cawan je)
  • 3/4 sudu teh garam
  • pewarna/sirap ros (ayu guna sirap ros, kalau pewarna kosong je rasa)
  • santan pekat 1 cawan (ayu guna santan kotak 1 cwn)
  • air 3 cawan.


cara-cara :
Panaskan air dalam kukus. Blend tepung,garam,santan,air.Kemudian asingkan pada 2 bahagian, 1 bahagian diwarnakan merah. 1 bahagian boleh gak kalau nak kaler lain. Sediakan loyang yang disapu minyak, lapiskan lapisan pertama dengan putih dan masak 3-5 minit dengan api besar. Lapis kaler merah dan masak 3-5 minit. Lapiskan hingga selesai. Dah siap, sejukkan dulu baru potong. :)

kuih lapis yang senang

Hidangkan dengan air teh o dipetang hari.. haha.. suami ayu kata dia tak suka kuih lapis, tapi tengok laju je makan. konfius kejap. (*_-) kuih ayu leper je sebab loyang nya besar. kena beli loyang kecik la pasni.heehehe

28 October 2013

Menu : Apam Nasi (mudah)

Assalamualaikum

dah lama tak share menu-menu mudah dengan kawan-kawan.

jumaat lepas ayu merajinkan diri mengukus apam. Saje-saje.. sebab adik lelaki ayu yang kat study ILP berdekatan berhujung minggu kat rumah ayu, so, masakkan kuih-kuih gini masa ada dia baru layan. Meriah sikit makan adik beradik. hehe.

resepi apam mudah
apam nasi senang

Senang aje resepinya. ayu ambil dari kak yatie.(izin ayu share ye kak)

Bahan-bahan & caranya :

Step 1 :
Nasi 2 cawan
Gula 1 1/2 cawan
Air 2 1/2 cawan

*blend nasi bersama air. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga nasi hancur halus. Kemudian blend lagi dengan gula.

Step 2 :
Tepung Gandum 2 cawan
Tepung Beras 2 cawan
Yis (mauripan) 2 sudu kecil

* 3 bahan digaul satukan.

Step 3 :
*kemudian campurkan kesemua adunan step 1 dan step 2 gaul hingga sebati. Asing untuk warnakan. Titis pewarna (jika mahu). Dan Perap selama 3 jam. (ayu perap 2 jam pun ok)

Step 4 :
Panaskan pengukus, balut penutup kukus dengan kain, dan kukus adunan yang dimasukkan bekas kecil selama 15 minit. Kalau pakai loyang lama sikit kot. hehe

hidangkan dengan kelapa parut+garam.

10 October 2013

Kuih Comel

Assalamualaikum.

Last week ayu beli burger sambal ni RM 1 dapat 4 biji.
burger sambal. :)
Harini ayu beli RM 1 dapat 3 je.

aik? pelik la. baru beberapa hari. Last week tu makcik tu salah kira ke?

Nota : kuih tu kecik ok. Tapi sebab nak makan, beli gak. Tepung gula belum naik harga. tapi kuih dah naik harga. aiseh..

27 September 2013

Agar-agar Santan Gula Melaka

Assalamualaikum

dah lama sebenarnya nak masak agar-agar gula melaka ni. So, malam tadi sesuai lah. sebab.. malam ni, ayu akan balik ziarah mak kat Muar, boleh bawa buah tangan. hehehe

even rupanya tidak lah lawa mana.. Ayu tetap tapau bawak gi tempat kerja. hihi. alhamdulillah, dapat sharing dengan kawan-kawan dan diorang ofcos suka. Nanti ayu baiki lagi mutu masakan ya.. :)

potong pon senget tapi tetap nak tepek.. hua hua hua

Dan dah lama juga simpan resepi kak yatie ni. Kata kak yatie, dia ambil dari Kak Naz. Izinkan ayu share pula ya..

Bahan-bahan

1 paket agar-agar serbuk (10g)
1 liter air (4 cawan)
1 ketul gula melaka 250gm - ayu pun xcukup
1/4 cawan gula
250ml santan pekat (ayu guna 100ml santan kotak  + 150ml air)
Telur 1 biji
secubit garam
*daun pandan - ayu tak letak

Cara-caranya

  1. masak gula melaka, gula pasir, air 1 cawan hingga didih dan larut. Tapis dan tambahkan air(ambil dari 1 liter air tadi) hingga jadi 2 cawan bancuhan gula tu.
  2. masak air + agar-agar hingga didih 
  3. masukkan air gula tadi.
  4. kocakkan telur + garam dalam santan dan masukkan dalam didihan agar-agar tadi
  5. masak hingga didih-menggelegak menggunakan api sederhana dan jangan berhenti kacau. Biar menggelegak selama 1-2 minit. Ingat kena bagi dia didih dan menggelegak lama. Tapi kena kacau agar tak membuak keluar. Kalau tak lama, nanti nampak santan tu berbintil-bintil. baru lah jadi berlapis. :)
  6. masukkan dalam acuan yang telah dibilas air. dan sejukkan sebelum dipotong. :)

Okey, sekian.. selamat mencuba.

Nak tengok resepi yang ayu share kat sini? Jom : Resepi Mudah Ayu Zan.

07 August 2013

cornflakes madu giant!


Sebenarnya tak cukup cup kecil, so, ada baki sikit lagi, ayu pun guna cup besar yg ada tuh. Hehe
Resepi :
1pack besar cornflakes
1cwn madu
1/2 cwn gula perang/ising *ikut suka
Separuh Butter (pek kecil)
Kismis


  1. Masak butter,gula,madu.
  2. Campur dgn cornflakes+kismis.
  3. Hias dgn apa sahaja. Ayu guna ceri,bijan.. 
  4. Masuk dalam cup-cup kecil mahupun besar, dan di bakar sekejap dalam oven. agak-agak berubah warna.. boleh lah dikeluarkan..:)

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Published with Blogger-droid v2.0.10