Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

28 October 2013

Menu : Apam Nasi (mudah)

Assalamualaikum

dah lama tak share menu-menu mudah dengan kawan-kawan.

jumaat lepas ayu merajinkan diri mengukus apam. Saje-saje.. sebab adik lelaki ayu yang kat study ILP berdekatan berhujung minggu kat rumah ayu, so, masakkan kuih-kuih gini masa ada dia baru layan. Meriah sikit makan adik beradik. hehe.

resepi apam mudah
apam nasi senang

Senang aje resepinya. ayu ambil dari kak yatie.(izin ayu share ye kak)

Bahan-bahan & caranya :

Step 1 :
Nasi 2 cawan
Gula 1 1/2 cawan
Air 2 1/2 cawan

*blend nasi bersama air. Masukkan air sedikit demi sedikit hingga nasi hancur halus. Kemudian blend lagi dengan gula.

Step 2 :
Tepung Gandum 2 cawan
Tepung Beras 2 cawan
Yis (mauripan) 2 sudu kecil

* 3 bahan digaul satukan.

Step 3 :
*kemudian campurkan kesemua adunan step 1 dan step 2 gaul hingga sebati. Asing untuk warnakan. Titis pewarna (jika mahu). Dan Perap selama 3 jam. (ayu perap 2 jam pun ok)

Step 4 :
Panaskan pengukus, balut penutup kukus dengan kain, dan kukus adunan yang dimasukkan bekas kecil selama 15 minit. Kalau pakai loyang lama sikit kot. hehe

hidangkan dengan kelapa parut+garam.