Nuffnang

30 August 2013

Moga peribadi secantik nama

Assalamualaikum.
ayu join GA. Sebab ayu suka buku. dan suka nama si kecil.
GA tu ibu si kecil Hassan buat sempena sambutan ulangtahun kelahiran Muhammad Hassan yang pertama.

selamat hari lahir comel. :)

Masya Allah.

hebat nama si kecil sebab sempena nama Al-Imam as-Syahid Hassan Al-Banna
moga membesar secantik namanya..jadi anak soleh dan mukmin berjaya. :)



29 August 2013

UJIAN ALLAH

Assalamualaikum.

saje buat entry ni. Masa dok jahit butang dengan tali-tali tu. terfikir lak lagu alleycat - Layang-layang terputus talinya.

Bukan ape..
Ada masanya.. Kita rasa macam layang-layang terputus talinya. Tak terarah. Tak tahu mana titik mula. Tak ingat mana arah tuju. Jauh sekali matlamat. Semua entah ke mana.

Tapi,

Kalau time benda macam ni jadi kat Ayu ,selalu ingatkan diri. 
Kena hadapi semuanya dengan hati yang teguh. Tali agama Allah kan ada? 
Allah uji insan terpilih.

Teringat lirik Rahmat Ujian By Mestica:


Diuji tahap keimanan

Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya.



Allah rindu mendengarkan

Rintihan mu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah
Menghadapi segala ujian diberi
Maka bersyukurlah selalu.


Bila ada masalah,jadi buntu, resah,gelisah. Ayu ajar diri fikir balik kekurangan diri ayu. Mungkin ada terkurang ayu mengingati Yang Esa, mungkin bila kita happy kita lupa Dia. Dia duga sikit supaya kita mengingati Dia. Dia rindu nak dengar hambaNya merintih memohon kepadanya.

Ujian, dugaan adalah tarbiyah dari Allah buat hamba-hambanya. 
Kenapa ayu kata tarbiyah? Sebab tarbiyah tu satu bentuk teguran,nasihat,pelajaran,ilmu. 
Sebab perasan tak ,bila kita diuji kita back to Allah. Kita terus automatik ingat Allah. Terus kita rasa, kasih sayang Allah yang kita harapkan. Kita doa, rayu, nangis-nangis dengan Allah. Dan selalunya tarbiyah Allah ini yang buat kita belajar untuk jadi sabar,tabah,rendah hati meminta dengan Allah. 

Sesungguhnya, kita ni terlalu kerdil di sisiNya.


Salam Jumaat,
Ayu zan.
Published with Blogger-droid v2.0.10

GiveAway Follow dan Like Blogshop WanitaGorgeous


Ayu join GA yg dibuat oleh IBUNOEY teman blogger yang baik & ramah ni.
ayu suka dapat kawan macam beliau. so, sebagai tanda support, ayu nak ajak korang semua join. 

Hadiah paling best,
1. 1 x Top/Dress Dari blogshop WanitaGorgeous *harap-harap ada rezki*

dapat dress tu mau menangis happy ayu. huhuhu..


GA ni tamat pada 31 Ogos 2013.
so, lets join untuk memeriahkan GA ni. :)

love, 
ayu


28 August 2013

My Another Blog

assalamualaikum.
entry ni simple je.. just nak sharing dengan teman-teman bloggers kesayangan ayu.
seperti korang sedia maklum, ayu punya hobi ni sewing & crafting.
so, sejak mula berkraf dulu, ayu abadikan gambar-gambar yang ayu buat kat 2 tempat.

2- FB PAGE - Ayu Zan Craft

so, kalau korang nak cuci cuci mata, bole lah jengah ke sana ya... :)

ni pulak FB PAGE utk blog ni. saje je create. kalau sudi, korang dipersilakan la like. kikiki. saje.untuk memeriahkan dunia blogging ayu. :)


Terima Kasih Daun Keladi. :)


Tudung Pilihan

Assalamualaikum.

hehe. tajuk harini Tudung Pilihan. Dunia makin moden, makin banyak fesyen berkembang. Termasuklah fesyen tudung. 

Tudung Awning a.k.a tudung indon. 

Sekarang dah macam-macam brand kan. Inspirasihana, De Salma, Fareeda, Ariani dan macam-macam lah yang meletops. Ramai suka ni sebab mudah, ringkas, ekspress dan cantik. Ayu pun kadang-kadang suka. 
ayu with mak & adik dengan tudung awning
Musim raya haritu ayu pakai tudung ni sebab bila jalan-jalan nak kena berhenti solat kan. Jadi, tudung ni mudah di buka dan di pakai semula selepas wudhu/solat. Tak perlu nak berbutang,pin banyak-banyak. hehehe


Shawl / Selendang

ayu dengan pashmina labuh

Shawl ni pun dulu pernah menjengah hati ayu masa zaman ayu kerja bank. Bukan sebab kerja bank kena glam glam tapi sebab ayu belum ada kereta, ayu merempit, so shawl adalah penyelamat. ayu boleh pakai tanpa was was sebab bahagian depan tudung gerenti tak kedut. Banyak gak koleksi shawl dulu-dulu. zaman skrg banyak jenis dah ada.. Ada jenis pashmina (rekemen la sebab labuh), ada selendang bawal - Farah Iskandar, Half moon, satin, jojet dan macam-macam spesies lagi. 
pashmina lagi.
Shawl ni sesuai untuk muslimah yang nak menutup aurat + tampak stylish. Skrg ni dah malas nak stylish...so jrg2 la pakai selendang. hehe


Tudung Bawal/Akel

gambar masa form 5 smkbm. masa kat asrama, tudung bawal kitorg kena jahit tengah tu supaya xde muslimat yang dedahkan tutt..

Ha.. ni legend ok. 

sebab.. tudung bawal ni masih lagi menjadi pilihan hati kebanyakan muslimah termasuk lah ayu. hampir semua tudung ayu sekarang ni spesies ni cume lebih besar sikit bidangnya. 50". 

Biasanya ayu akan pilih brand Akel sebab material dia polyester 100% tu memang best bila pakai dan kainnya xjarang dan xpanas. Plus bila bidang besar, kadang2 mood nak belit-belit datang pun still boleh cover bahagian wajib tutup.

:)

Mini Telekung

Mini telekung ni jenis tudung yang siap berjahit. Material terbaik yang ayu recommend sini ialah Koshibo. Sebab masa zaman kat asrama dulu, zaman sekolah.. tudung sekolah atau tudung basahan biasanya ayu beli kain koshibo sebab dia sejuk, pastu senang bentuk.

gambar last day lepas SPM. my lovely kawan se-asrama

dan 
dan 
dan 

macam macam lagi jenis tudunglah.

tak kisah tudung apa, jenis apa... make sure kita jaga 1 benda ni iaitu AURAT. bukan tudung sahaja, perhati juga pakaian kita. Sebab tutup aurat tu arahan, suruhan, perintah Allah. 

So, kesempatan ni ayu nak ajak kawan-kawan audit diri kita. Yela, kadang-kadang diri kita ni leka. 

Bahawa Asma’ bint Abi Bakr (kakaknya) datang bertemu Nabi s.a.w. dalam keadaan pakaiannya nipis sehingga nampak kulit badannya, lalu Nabi s.a.w. pun berpaling daripadanya dan bersabda: “Wahai Asma’, seorang perempuan yang telah sampai haidh (baligh) tidak boleh dilihat (hendaklah bertutup) pada badannya melainkan ini dan ini” (sambil baginda menunjukkan ke arah wajah dan kedua pergelangan tangannya). 
-Riwayat Abu-Dawud-

Nota buat diri sendiri :
Wanita berhijab belum tentu baik, tetapi wanita yang baik pasti berhijab. 
sebab apa..? sebab muslimat itu patuh pada suruhan Allah. 


26 August 2013

Si Kecil Sukakan Kartun & Lagu

Assalamualaikum. semalam sebelum masuk kerja (ayu start pukul 10) sempat lah tengok the making of Ummi.. Ceritalah Pada Kami kat tv. Siri Animasi muzikal berciri islamik. Saya rasa, ini satu usaha menarik yang seharusnya lebih banyak produksi buat. Hiburan yang pada ayu memberi impak positif. Dalam siri animasi ni, ia berkongsi tentang kisah kisah pengajaran dari Alquran.


Suara watak-watak dalam animasi ini dimainkan oleh Nora sendiri sebagai Ummi bersama anggota kumpulan Voices of Ummi yang lain termasuk dua anaknya iaitu Alif Johan (Alif), 12, dan Putri Dahlia (Putri), 7,serta Aiman Abbas (Aiman), 14, Hana Hamdan (Hana), 11, dan Jihad Hamdan (Atan), 8.



Basanya kanak-kanak suka colourful..Ummi Ceritalah Pada Kami arahan Nora Ariffin  ni kartun colourful dan comel.

Kanak-kanak suka kan lagu.. nah, animasi ni memang muzikal cartoon.

So, kesimpulannya, ayu rasa ini pilihan yang tepat untuk korang yang mencari bahan untuk dipertonton oleh anak/adik kecil korang..


untuk info lanjut, boleh terus ke website UMMI - Klik sini untuk pembelian album Voice of ummi.(Recomended)
Korang boleh gak ikuti kat tonton untuk tengok animasi ni. & juga kat tv3 pada hari Jumaat 9.30 pagi.

Nota :

Ada lagu Alfatihah. (maksud dalam bahasa Melayu). saya rasa lagu mcm ni bukan aje bagus untuk kanak-kanak, tapi untuk ayu juga supaya lebih memahami bacaan utama solat ni.

Restu Cinta



lagu kat atas ni nyanyian Taleeb Mizad.
nice song...pada ayu, lirik dia hebat.

Kiranya Taleeb Mizad (student UTM skudai) ni seorang munsyid la.. dan semua lagu2 beliau berunsur ketuhanan. Dan beliau artis under Hijjaz Record.

Lagu Restu Cinta ni berbentuk doa & harapan untuk terus diredhai Allah dalam ikatan sepasang suami isteri.

Yang di ucap itu doa kan?

Ya Allah restuilah cinta ini
dan mengharap keredhaan dari Mu
agar senyuman hadir selalu

Ya Allah abadikan rasa ini
naluri keikhlasan dari hati
agar tangisannya ku fahami

Nota : hehehe.. layan la lagu ni. In Sha Allah korang suka. Lagi-lagi yg married..moga jadi doa.


25 August 2013

korang suka mamee?

Assalamualaikum.

Actually, benda2 fast food ni bukanlah bagus untuk cik perut. Tapi, time dah lapar sgt dan bz sgt..biasanya student lah, mesti memilih mee segera sebagai juadah mengisi perut. Ala.. Ayu pun pernah jadi student ipt, so..fahamlah.hehehe. Kat ipt mesti kedai jual fast food gini laris kan?

Even ayu ni dah duk rumah sendiri..masak hari-hari , ada masa tak menyempat@malas jgk. Hehe.. Baru-baru ni, ayu ada try mamee sllrrrpp! Tomyam & kari berapi. Oh, baru ayu tau mamee punya brand ni, mee nya..kenyal. Hihi. So, kalau spesies xsuka mee kembang-kembang & lembik tu, mamee jadi pilihan hati.

Tapi, mee segera mcm ni jgn ambil jd rutin ya..

Published with Blogger-droid v2.0.10

dua pasang dress comel

Ni dia. 2 pasang gaun barbie doll untuk kawan adik ayu. Siap memanik. Hihihi..

Keychain simple macam ni gigirl sekolah rendah suka. Hehe.

Published with Blogger-droid v2.0.10

puding roti

Assalamualaikum.
Weekend balik kampung lagi. Ada beberapa undangan yang harus dipenuhi. Dan harini mak request nak makan puding roti. Haritu last buat mak kata tak puas makan. Hehehe
Ok kali ni ayu buat puding roti sama je. Cume sikit penambahan aksesori. Tambah bijan dan ceri lebihan buat cornflakes madu haritu. Ala..ni kan juadah sendiri. Belasah aje. Hehe..
RESEPI : http://ayuzan.blogspot.com/2013/07/menu-puding-roti-kukus.html
Resepi ayu ada tepek kat entry bulan lepas.. Bole rujuk kat entry lama-lama ya.. :)


Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Published with Blogger-droid v2.0.10

24 August 2013

ELYSIUM

assalamualaikum

semalam, ayu bz dengan macam macam hal, tapi bila dah kepenatan tu saje la g tengok wayang. tengok-tengok ada citer ELYSIUM. so, we decide untuk tonton.

Aktor dia Matt Damon. :)

ELYSIUM tu nama sebuah penempatan baru yang direka oleh manusia di angkasa sebab dah terlalu ramai manusia di bumi pada tahun 2154. So, yang miskin duk bumi , yang kaya dok kat Elysium.

So, berlumba-lumba lah orang miskin dan sakit mengumpul duit untuk beli tiket untuk gi naik ke Elysium tu. sebab.. kat elysium tu udaranya bersih dan ada mesin rawatan yang bila warganegara (yg ada ic) berbaring kat katil mesin tu, boleh recover 100%. even muka hancur pun, bila masuk kat mesin tu, dia imbas sekali je terus pulih.

muahahaha.. even tak logic. sekadar suka nak tengok mereka punya idea untuk hasilkan filem 2 jam yang berkualiti.


Okay, korang tengok lah dia punya Trailer tu.

Suprima S - Atlantic Blue

Assalamualaikum

korang tau je la kan..kereta baru launch tu.. Proton SUPRIMA S. 
bila tengok iklan beberapa kali, dan sekarang kat 8Share pun dah masuk iklan gak,

warna dia ada 5 warna..

  1. Atlantic Blue
  2. Fire Red
  3. Genetic Silver
  4. Solid White
  5. Tranquility Black


Personally ayu prefer warna putih untuk kereta-kereta even kereta sendiri tak putih pun, entah ya.. nampak mewah gitu. hehe..

Atlantic Blue

tapi, tup-tup tengok iklan warna Atlantic Blue tu, rasa macam nice juga.

Nota : Kalau korang, korang suka warna kereta apa?


nak tau lebih lanjut tentang SUPRIMA S ni : KLIK SINI.


23 August 2013

Carbonara Mushroom Pasta (simple)

assalamualaikum.

alkisahnya begini, raya haritu ada makan carbonara pasta nih. biasa ayu makan pasta dia yg gemuk2 sikit tu. tapi kali tu, ayu makan yang spesis angel hair tau. terus berkenan. sebab ayu rasa bila dia halus halus gitu tak muak makan. Tapi sebab rumah orang, ayu xde can nak makan lelebih. kikiki

sebagai nak melegakan ingatan yang kuat kat pasta macik tu, ayu pun semalam balik keje g jusco permas jaya (depan rumah) beli 1 tin prego, spageti angel hair yg halus tu.

lunch time jumaat kan lama, ayu pun masaklah. tapi ni simple versi tak sabar tau.

1- pasta - masak dalam air panas  + garam sikit.

2- bawang merah+putih dicincang dan ditumi.

3- masukkan dada ayam yang dicincang/hiris. (guna ayam cincang siap pun ok) 

4-  masukkan 1 tin prego mushroom + masuk air jika nak cair sikit, perasakan lada sulah/hitam dan garam.

siap.. :)

alhamdulillah....lepas gian dah ayu. makan banyak banyak banyak.


nota : malam ni, adik ayu Aman balik hostel, mesti dia suka ni..

Income Nuffnang saya tak gerak

assalamualaikum.

tadi bukak blog encik Hasrulhassan tu. entry dia tadi pasal Sebab Income Nuffnang Tak Gerak.
so.. ofcos la ayu terasa..muahaha.. sebab.. income ayu xgerak. hihi

dulu2 masa belog lama..nama bicara hati.. kemain laju (even beberapa posen je sekali masuk)  tapi banyak kali jugak nuff datang. tapi blog ayu yang ni..nuffnang xkenal dah.
setakat ni baru 2x je kat ayu zan story ni.

mungkin sebab ayu tak mesra dengan nuffnang kot. sebab blogger hasrulhassan tu kata, kena aktif-aktif,mesra-mesra. 

ok. lepas ni ayu cuba cuba cuba lagi.  mana tau lama-lama nuffnang perasan kehadiran ayu. hihi

nota :
cemburu membina ayu bila tgok blogger-blogger punya income.

22 August 2013

gadis gitar

Sekarang kan trend penyanyi perempuan dengan gitar.
Najwa latif
Ana rafali
Ainan tasneem

Bla bla bla...

Ni plak ayu zan. Dengan gitar kecil feltnya. Muahahaha..

Published with Blogger-droid v2.0.10

prasangka

Assalamualaikum.

Harini nak share sikit rasa xpuas hati. Astagfirullah. Moga Allah cepat-cepat jauhkan saya dari prasangka buruk ni.

Apa jd kat saya? Emm.. Tak payah la story, nanti kot kot ada yang terbaca, terasa, sush plak even setahu ayu xde orang keliling baca blog ayu ni. Hehe

Biasala. Bila kita kerja diperingkat bawahan, terasa DIPERKULIKAN oleh orang-orang atasan.

La la la la..

Xpe.. Ayu kan nak jadi orang hebat. Orang hebat ni +ve mindanya. Try nak pujuk hati & minda. :) mungkin ada silap ayu dalam banyak hal dalam menjalankan kerja ni. Moga-moga semuanya baik-baik sahaja.

Aamiinn

Published with Blogger-droid v2.0.10

GA Ogos 2013 Nurul Yui - Duit Raya 2013

assalamualaikum.


ayu join GA yui buat

sebab apa nak duit raya?

kali ni kalau dapat, boleh la ayu masuk tabung kraf ayu yang dah makin menyikit tu.
almaklum la.. macam macam yang dibeli guna guit tu. kikiki.. kiranya, kalau dapat duit raya ni, masuk tabung, dijamin ayu akan gunakan ke arah saluran yg betul.hehe..

Love,
ayu



Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan September dan November 2013 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 Ogos 2013, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #4 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

15 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

21 August 2013

Takziah : Bas Jatuh Gaung Di Genting Highland

assalamualaikum.

sebak ayu baca & tengok tentang nahas tragedi ni.
Bas yang dinaiki 53 orang terjunam 60 meter ke dalam gaung di Km3.5 Jalan Genting Highlands semalam.

 37 orang terkorban
 16 orang cedera (14 parah)

total mangsa : 53 orang.


banyak dah kes kemalangan bas kat sana sebenarya .
Antara kemalangan bas di Genting Highlands 
5 Mac 2012: Dua mati, 20 cedera dalam kemalangan bas.
30 Jul 2011: 13 cedera selepas bas terbabas ketika turun.
29 Oktober 2010: Bas tergelincir di jalan Genting Sempah-Genting Highlands, Tujuh terkorban.
16 Jun 2009: 22 cedera dalam kemalangan bas.
Julai 16 1996: Sebuah bas yang membawa pekerja kilang dan keluarga mereka bercuti, jatuh ke dalam gaung sedalam 120 meter di Km1 jalan Genting Sempah-Genting, mengorbankan 17 orang.
30 Jun 1995: Kejadian tanah runtuh melibatkan kereta dan sebuah bas, mengorbankan 20 orang.

kerja kerja menyelamat sedang dilakukan
membaca & mengikuti berita pun dah buat kita rasa sebak, apatah lagi dengan keluarga mangsa kan.
Alfatihah buat mangsa beragama Islam yang telah meninggah dunia dan ayu doakan mangsa yang cedera akan pulih.

nota : 
jalan macam ular kena palu nak gi segamat(dari muar) dan nak gi mersing (dari kluang) pun ayu dah keras-keras perut time drive, apetah lagi nak drive naik/turun genting.

manis manisan

Kurangkan manis dalam makanan.
Lebihkan manis dalam senyuman. ;-)

Tapi kalau pakai keychain manisan aiskrim dan donut ni banyak banyak xpe. Sebab xda gula langsung. Hehe

Published with Blogger-droid v2.0.10

Shawl Hijau Yang Cantik



itu hadiah selendang yg ayu menang GA kak Mahirah haritu. Thanks kak.. :)
warna hijau gitu. tp ada 1 masalahla.. sebab ayu xde baju yang serasi warna nak pakai. ingat nak beli 1 jubah hitam la.. :)




20 August 2013

tolak order

Assalamualaikum.
Entry semalam, saya buat sample keychain utk hotel kan? Sample nya dah siap, dah submit kat org tu.

Setelah dinilai dr segi design dan kekemasan jahitan tulisan,
Kawan tu da setuju nak sub kat ayu

Tapi, ayu yang tolak. Hoho.
Sebab kesukaran nak menjahit nombo sebijik3 melambatkan proses. Kalau ayu full time mungkin ayu amik peluang tu. Tapi ayu jahit malam sahaja. Habis kuat pun dlm 3-4 biji je sehari. So, ayu tak berani amik risiko tu.

Ayu buat keputusan jadi freelance crafter jelah. Ada order buat, xde order buat readymade item untuk dijual. Lebih relax dan menguntungkan kot.

Nota :
Kalau 500 biji ayu nak jahit hari2 benda sama, ayu kurang yakin sebab ayu ni spesies rajin boring. Takut hasilnya makin kurang kualiti. So, lebih baik tarik diri lah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

dia kawan semangat

Assalamualaikum.
Just nak sharing, masa ayu belajar kat politeknik 3 tahun lepas, my best friend adalah berbangsa cina. I call her woon. Dia cantik sangat. Nama penuh dia pun kalau xsilap maksudnya cantik.

3 tahun kat sana,memang kami akrab. Study sama-sama, makan sama-sama. & even masa dah azan, dia akan cakap "eh ayu, u go solat first la..i tunggu u."

Masa ayu gastrik teruk, dia juga yang teman ayu gi hospital. sanggup missed class tau.

Ayu ingat lagi, ayu pernah marah woon & merajuk dgn dia. Tp kejap je marah tu, sebab dia pujuk ayu dengan belikan Big Apple Donut 2 biji. Macam biasa, my fav donut Alien lah..yg coklat mcm misai bergumpal tu. And after dia pujuk mcm tu, ayu kembali senyum dan kitorg makan donut sama-sama. *terharu sgt*

Ayu juga ingat yg dia juga sangat ambil tahu mengenai islam. Dan dia pernah pinjam shawl ayu sebab teringin katanya. dia pakai shawl tu dan ambil gambar.. xingat dah mana simpan foto tu.

Woon ni rajin spesis rajin.. Dan result exam kitorang selalu xlari banyak. Dekat-dekat aje. Hehe
Dia panggil ayu "KAWAN SEMANGAT". Sebab woon kata, ayu selalu inspired dia. Hihi

Banyak lagi kenangan dengan woon ni.. Btw, dia memang sahabat yg baik. ayu ada berdoa moga Allah titip hidayah ke dalam hatinya. yelah, kawan yang kita sayang mesti lah kita nak dia sama-sama di syurga Allah nanti kan.. tapi, apepun ayu faham.. hidayah tu..Allah punya, sekalipun pemahaman tentang Islam cukup dalam, hidayah itu hak Yang Maha Esa..

Love,
Ayu

Published with Blogger-droid v2.0.10

projek

Assalamualaikum
Ayu ada dapat 1 peluang.
Kira masuk tender ngan kawan ayu lah.
Dia nak kite buat 1 handmade keychain yg kreatif utk sebuah hotel.
After google tentang simbol hotel, ada jugak la simbol yg mudah dibuat.
So, ayu pilih tu. But, ayu risau lah. Mcm xde rupa hotel je. macam rumah pun ada. Hoho
Tu front view dia. Lum final kan.Back view dia nama hotel & no.telefon akan dijahit.
Itu yg memerlukan kekuatan dalaman. Sebab kekemasan adalah keutamaan.

malam nanti da siap jahit ayu tunjuk ya.. :)

Lepas submit sample keychain ni, baru lah kawan ayu pilih siapa yg layak utk dpt tender ni. Korang rasa ok ke design tu?
Ke korang ada idea lg boom?

Ayu just try. Kalau ada rezki, adalah. :)
Dia offer price xtinggi pun..tapi ok la kalau dpt..sbb bole tambah duit tabung utk bayar rotax insuran bulan 11 ni. Hihi

nota jari manis :
ayu ada belajar buat handsocks dari baju-baju lama. harus try ni. hihi. itu next projek ayu lah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

19 August 2013

buka kedai semula

Assalamualaikum.

Cuti raya da habis, ayu pun dah start buka kedai semula. Kedai apa? Kedai kecil kraf la hehe.

Ayu ada plan nak join booth hari koko sekolah tempat kije ayu tahun ni. Tapi xtahu la sempat ke x nak jahit keychain,pencil case,tissue holder tu semua.

Harini akan pi pos hadiah wedding yg diorder oleh kawan ayu. Sepasang bantal untuk letak dalam kereta.

Dan 2 biji keychain felt love tu sebagai free giftnya..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ajal Menjemput Tak Kira Masa

Assalamualaikum.

susulan kes pakandak ayu meninggal dunia - marsiling drive, singapore

ayu terkesan.

Allah tu berhak ambil hambanya bila bila masa sahaja kan?
sebab kita ni milik Allah secara total.

arwah sihat pada pagi hari. Masa ayu sampai rumah arwah, ada 2 teko air teh tarik & teh O.
itu kebiasaan arwah. gemar sediakan sarapan untuk anak cucu.
malah, beberapa minit sebelum pergi, arwah baru je balik dari pasar beli lauk pauk.
kiranya, lepas balik pasar, tukar baju. terus kena sesak nafas, peluh sejuk naik, dan tangan mula kebas kebas.

tak berapa minit lepas tu, Allah jemput pakndak. Doc sahkan serangan jantung even sebelum ni xde declare sakit apa2 pun.

serangan jantung tu Allah jadikan sebab je kan.

moga-moga kita nanti pergi dalam keadaan husnul khatimah.. aamiinn..

17 August 2013

leko leko


Assalamualaikum.
My uncle di segamat ada buat bisnes francais. Dia pilih Leko Leko ni selepas dapat tahu mengenainya di MAHA beberapa tahun sudah. Now, bisnes mereka alhamdulillah semakin maju. Dari 1 stall di Kipmart sekarang dah ada lagi 1 stall di 1 segamat.
Kira2 dalam masa 1 jam pun, da laju je orang membeli. Sampai terkejar2 my aunty. Mengikut kata pakcik ayu, stok keropok lekor, peralatan, baju seragam, stall decoration semuanya di sediakan oleh pihak HQ. Kiranya, mereka mngeluarkan modal pertama kira-kira 25k+- (lupa dah) itu setup the bisnes. Lepastu, monthly mereka just paying sewa tapak stall, dan rolling duit utk order semula kopok lekor tu, cheese, sos & mayonis.


Dia ada 2 jenis xsilap.
Blackpepper Leko leko
Leko leko cheezy mayo




Tu gambar ada model. Ekekeke..
Adik ayu tak perasan orang snap dia.

Btw, bisnes ni adalah bisnes menarik utk diceburi, even ayu pun ada plan utk join buat sebijik stall kat muar, boleh jadi family bisnes.. Cume tu la. Kena sabar sikit utk ongkosnya. Huhuhu.

Love,
Ayu
Kampung halaman, muar.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Marsiling Drive, singapore

hari khamis lepas, pakandak saya meninggal dunia. so, ayu,mak & nurul rushing masuk singapore.
kebetulan kami punya passport da expired lama dah. & nurul pulak surat beranak kat muar. (mak ikut ayu balik JB). apa lgi, gi setia tropika (atas bantuan my busu) utk buat cabutan surat beranak, & terus buat passport.

alhamdulillah selamat utk takziah ke sana.

Alfatihah buat allahyarham Abdullah Bin Supee.

Published with Blogger-droid v2.0.10

14 August 2013

Namanya Anet


hari tu masa pi raya umah atok su.
ayu jumpa dia.
hensem kan..
ANET namanya.
dah la hensem
bulu panjang.
gemuk lak tu

paling best,
anet ni peramah, dok angkat-angkat dia
tapi dia xmengamuk pun.

apa lagi, orang berbual kat depan, aku layankan anet kat dapur. hihihihi

13 August 2013

1 minggu syawal

assalamualaikum.

mcm mana raya korang?
mesti lah best kan?

jom kita story mory day by day.

RAYA PERTAMA 

pagi raya kami biasalah, di rumah dengan mak dan adik-adik.

raya area muar sahaja. dan juga menerima tetamu yang alhamdulillah ramai. :)

*tak menyempat snap gambar*

RAYA KE-2

Raya kedua & ke tiga kampung ayu ada marhaban lelaki, so after rumah ayu masuk marhaban lelaki, ayu,mak & adik nurul bersama-sama family ciknor gerak ke Mersing, Felda Nitar 1 umah makngah ayu. sibujang tinggal rumah sbb marhaban 1 kampung selama 2 days.

ni kami di rumah makngah di felda nitar


RAYA KE-3

Dari rumah makngah mersing, kami ke rumah makngah lagi 1 di felda sg sibol bandar tenggara (kulai).
Lepas tu gerak ke rumah atok saudara ayu.. Tok Su di Felda penggeli.

ni sebahagian je amik gambar. yg lain dok borak borak.

pastu gerak ke Johor Bahru rumah Muksu ayu..di kangkar pulai.

si tembam da jadiknya dlm gambar.

lepas tu, kami singgah umah saudara sorg lagi di Taman Perling, dan 9.30 malam pecut kelisa balik muar. hehehe

RAYA KE-4

Pagi mak join marhaban,ayu pilih utk rest sebab kepenatan drive sorang-sorang. lenguh satu badan. nasib baik turn umah ayu raya ke5.

petang kami gi umah encik sorang tu ziarah raya. sebab beliau raya pertama da sampai umah ayu sampai 4 biji kereta.  *sorry, lupa snap gambar.*

kul 5.30 gerak g Segamat pulak rumah pacik ayu.
kami raya kat 1 Segamat (UO) sebab pacik ayu mmg ada bukak stall LEKO LEKO.
lepas kul 8.30 baru raya rumah dia. :)
kul 12.00 malam gerak dari segamat balik muar.
kira-kira 1.35 pagi tiba.

RAYA KE-5

Join marhaban perempuan di kampung.
malam. terima tetamu. :)
RAYA KE-6

Balik JB. :)

RAYA KE-7

work bebeh!

ok tu la aktiviti ayu sepnjang 1 minggu syawal.


Love,
ayu

Pagi Raya

Assalamualaikum.
lama da xupdate gambar.
bukan xmahu.
tapi tu la..dah post guna blogger-droid upenya dok kat draf,
xtau la nape. sadis

ni la gambar kami pagi raya.

xtahu nape adik bujang sorang tu bersunglass. ngada je.ehehe


ni pulak gigirl in da haus.

hehe

:)

07 August 2013

cornflakes madu giant!


Sebenarnya tak cukup cup kecil, so, ada baki sikit lagi, ayu pun guna cup besar yg ada tuh. Hehe
Resepi :
1pack besar cornflakes
1cwn madu
1/2 cwn gula perang/ising *ikut suka
Separuh Butter (pek kecil)
Kismis


  1. Masak butter,gula,madu.
  2. Campur dgn cornflakes+kismis.
  3. Hias dgn apa sahaja. Ayu guna ceri,bijan.. 
  4. Masuk dalam cup-cup kecil mahupun besar, dan di bakar sekejap dalam oven. agak-agak berubah warna.. boleh lah dikeluarkan..:)

Resepi Lain ? Sila ke : Resepi Mudah Ayu Zan

Published with Blogger-droid v2.0.10

05 August 2013

esok balik kampung

Assalamualaikum

Esok pagi lepas sahur ayu & adik-adik gerak balik muar. Ayu & aman naik Cik Lisa ayu, uda naik encik Rxz broom broom dia. Harapny semua selamat. :)

Doakan ayu selamat :)

Selamat Hari Raya
Maaf Zahir Batin
Tulus Ikhlas daripada Ayu Zan

Published with Blogger-droid v2.0.10

04 August 2013

Popia Nestum Ayu

Pengisian ahad malam isnin. Ayu dah lama nak buat popia nestum ni. Tapi, kekangan masa (yeke) menyebabkan asik la bertangguh.

Sedang ayu menggolek-golekkan kulit popiah tu. Ralit menggulung, adik laki ayu (aman) offer nak potong kecik2. Wah.. Apa lagi.. Happy gila lah ayu. Hehe..

Kira ni hasil dari air tangan bujang jugak la. Hihi.

FYI adik laki ayu ada 3.
Angah - kat kampung teman mak & adik perempuan kecil, angah kije sana.
Uda - keje company area sni dok dgn ayu.
Aman - study ILp pasir gudang, so weekend kat umah kakak dia lah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

03 August 2013

lesung batu comel turun temurun

Alkisahnya masa ayu mula-mula duduk umah sewa, perkakas ofcos la byk yg xde. Nk masak harusla dihancur lumatkan bahan tumis kan? Blender lum mampu beli masa tu. Mak pun dengan suka cita dok turunkan kat ayu lesung batu beliau. Mak kata, dulu masa mak mula-mula dok uma sendiri da kawin tu, ni la lesung batu yang comel banyak berbakti untuk memasak.

Sekarang, ayu da ada blender. But still ayu masih 80% guna kan mesin lesung batu ni. Terasa macam puas hati la kalau dapat tenyeh-tenyeh bahan tu. Hihi. Pastu, masakan lebih enak (yeke?)...

Published with Blogger-droid v2.0.10

puding roti kukus lagi


Assalamualaikum.
Happy saturday kawan-kawan.
Mesti ramai je yg dah balik kampung.
Ayu, in shaa allah hari isnin malam selasa sampai muar. ;)
Macam mana sabtu korang?
Mesti ramai yg shopping sakan.
Ayu?
Ayu biasa je. Siang tadi pi Kip Mart masai, ngan mydin. Fuh! Penat. Penat tengok org. Sebab ramai sangat. Nasib baik 90% persediaan dah ready, lagipun ayu cube untuk bersederhana. Cume tadi dok melayan adik adik bujang mencari perkakas mereka. Cerewet lelaki u olls..
Ok, back to our tittle..
Semalam ayu buat puding roti lagi. RUJUK RESEPI : http://ayuzan.blogspot.com/2013/07/menu-puding-roti-kukus.html
Macam biasa la.. 1 minggu sekali buat. Sebab request dr adik-adik yf suka sgt makan.. Hihi..
Sorry xdpt nk BW byk2. Biasa la.. Weekend jd mcm ni. Nanti free ayu balas kunjungan ya. Tq.
Love,
Ayu zan
Published with Blogger-droid v2.0.10

02 August 2013

susulan cerita ulat

assalamualaikum

ramai yang geli kan?
ngeri.
takut.
nak melompat.
xnak masak 1 minggu kalau nampak.
heehehe

same goes here
ayu pun sama.
nak melalak rasa. 
ikan tu segar ok..tp dok ada binatang tu jadi parasit.
lagi tak boleh tahan dok dengar kawan ayu kata bole makan.
tak tau la dia kena kan ayu or thats reality.siap dia kata ada jual kat pasar.
pasar mana, im not sure la.


ikan mata besar a.k.a ikan uji rashid yg ada masa terkena kat ayu.
ikan ikan lain tak pernah lagi ayu jumpa.

tu ayu snap 1 ekor je tu.
kalau la x geli, harus dah snap anak anak baby baby ulat parasit itu.
mesti ada yang muntah muntah
atau terus tak makan ikan. ihihihi

nota :

iklan raya Jahit petronas kat tv best even pendek.
tapi tengok kat you tube full short film tu lagi best.
boleh klik untuk tengok. short film JAHIT

01 August 2013

ulat dalam insang ikan

Assalamualaikum.

korang tengok photo. ape tu?
gambar tu lama dah dalam simpanan. 
terjumpa benda alah tu masa siang ikan.
uwaa...
masa tu 1st time nampak. siap ada anak kecik-kecik lagi (bentuk sama tapi kecik)
selama ni potong ikan, siang ikan ok aje. macam-macam ikan dah siang.

ayu ni bukan jenis geli tau.
tapi nampak ulat tu. meremang aih.
geli sampai ikan tu ayu xjadi masak. serius.
siap fikir mcm-mcm lagi.
benda alah tu duduk kat insang ikan tu. 
siap beranak pinak lg.
mula la otak ayu merayap rayap fikir ikan tu dah tercemar. 
ayu beli 2 ekor ikan mata besar a.k.a uji rashid tu.
since that incident, ayu xpenah berani beli ikan mata besar tu lagi.

nota : 

kawan ayu kata, ikan tu tak bahaya pun, malah ulat tu ada nama dia.. sejenis parasit mcm udang. bole makan kata dia. haa makan??? ammpuuunn..