Showing posts with label kartun. Show all posts
Showing posts with label kartun. Show all posts

26 August 2013

Si Kecil Sukakan Kartun & Lagu

Assalamualaikum. semalam sebelum masuk kerja (ayu start pukul 10) sempat lah tengok the making of Ummi.. Ceritalah Pada Kami kat tv. Siri Animasi muzikal berciri islamik. Saya rasa, ini satu usaha menarik yang seharusnya lebih banyak produksi buat. Hiburan yang pada ayu memberi impak positif. Dalam siri animasi ni, ia berkongsi tentang kisah kisah pengajaran dari Alquran.


Suara watak-watak dalam animasi ini dimainkan oleh Nora sendiri sebagai Ummi bersama anggota kumpulan Voices of Ummi yang lain termasuk dua anaknya iaitu Alif Johan (Alif), 12, dan Putri Dahlia (Putri), 7,serta Aiman Abbas (Aiman), 14, Hana Hamdan (Hana), 11, dan Jihad Hamdan (Atan), 8.



Basanya kanak-kanak suka colourful..Ummi Ceritalah Pada Kami arahan Nora Ariffin  ni kartun colourful dan comel.

Kanak-kanak suka kan lagu.. nah, animasi ni memang muzikal cartoon.

So, kesimpulannya, ayu rasa ini pilihan yang tepat untuk korang yang mencari bahan untuk dipertonton oleh anak/adik kecil korang..


untuk info lanjut, boleh terus ke website UMMI - Klik sini untuk pembelian album Voice of ummi.(Recomended)
Korang boleh gak ikuti kat tonton untuk tengok animasi ni. & juga kat tv3 pada hari Jumaat 9.30 pagi.

Nota :

Ada lagu Alfatihah. (maksud dalam bahasa Melayu). saya rasa lagu mcm ni bukan aje bagus untuk kanak-kanak, tapi untuk ayu juga supaya lebih memahami bacaan utama solat ni.