Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

14 May 2014

HIJJAZ - JANJI KHALIFAH

Assalamualaikum

Lagu kalau sedap didengar, 1st time dengar terus jatuh cinta.
Benda ni terjadi bila ayu tengok dan dengar lagu nasyid janji khalifah oleh hijjaz.
Dengar sekali pun cukup buat ayu jatuh hati terus dengan bait-baitnya, muziknya... semua catchy lah. Good Job Hijjaz!

Kalau lagu dan muzik tu mengembalikan ingatan kita pada sang pencipta, tak salah kan jadi halwa telinga...
Ape lagi..jom layan...

 

Lirik Janji Khalifah oleh Hijjaz

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah

Sesungguhnya di akhir yang nyata
Setiap nyawa kan kembali padaNya
Dihimpun dihitung semuanya

Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)

Tunduk dan pejamkanlah mata
Rasakan getaran kalimahNya
Jadi nadi dalam diri suci

Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa

Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah

Sesungguhnya solatku, ibadahku dan matiku
Untuk Allah Tuhan sekalian alam

12 February 2014

Aku Ada Wali

Assalamualaikum

Aku Ada Wali.

Itu adalah tajuk kepada sebuah drama di TV Alhijrah. Sebuah drama yang sarat dengan manfaat dan pesanan. Ayu sukakan drama seperti ini. Dahlah jalan cerita mudah faham, realistik, meyakinkan dan view di KOREA tu memang menyebabkan ayu terpaut menunggu drama ini setiap Selasa jam 10 malam. Berhibur dalam landasan, In Sha Allah. Dan memang selalunya drama tayangan di stesen tv ini jarang mengecewakan.

Siapa kata drama yang sepenuhnya syari'e ni tak best? Best. Dan tak nampak mana-mana yang tak betul dalam drama ni. Selalu nengok drama yang kononnya islamic, tapi bila part di bilik/rumah, buka tudung dan aurat didedah. Tapi yang ni tidak. dan tidak sama sekali ya.

Drama ni adaptasi novel Aku Ada Wali oleh Fatimah Syarha. My favorite ustazah dan penulis yang sangat saya gemari buah tangannya/

Jom kita baca sinopsis drama Aku Ada Wali dan saya selitkan juga trailernya.


SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'.Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang.Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'.Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.




Lagu dia pun sedap di dengar. Halwa telinga yang best. Tajuk Cinta Sesungguhnya nyanyian Sabhi Saddi. Best best best. :)

okey, jumpa next entry. 

27 January 2014

Risalah Hati

Assalamualaikum.

Ayu adalah salah seorang antara beribu pembaca & peminat novel fiqh, novel tarbiyyah, novel islami hasil karya Ustazah Fatimah Syarha.. Beliau study sarjana fiqh, jadi bila membaca karya berlandaskan ilmu dan kepakaran beliau, saya jadi suka dan yakin.

Sebelum ni pernah baca karya beliau, antara yang saya gemari Syabab Musafir Kasih, Sebarkan Cinta-Mu, Tautan Hati dan terbaru yang saya beli, Risalah hati. Risalah hati ni cebisan dari novel Aku Ada Wali (di dramakan di TV ALHIJRAH sekarang).

Dalam risalah ini, hanya tertumpu mengenai fiqh sekitar majlis pernikahan dan walimah.

Ayu membelinya ketika hampir-hampir nak nikah haritu. Itupun selepas ayu ber'private message' dengan ustazah fatimah mengenai isu inai. Mahu tahu fiqh berkaitan agar dapat ayu sempat betulkan yang salah dan tinggalkan mana yang tak perlu.. Isu fiqh memang banyak khilaf ulama, contoh isu seperti : wanita haid, boleh atau tidak masuk ke masjid? dalam buku ni kupas kedua-duanya. Memang khilaf ulama, ada yang kata boleh, dan ada yang kata tidak. Ayu mahu tahu secara dalam isu-isu fiqh ni agar tak kira khilaf mana pun yang ayu pegang, ayu tahu hujah dan ayu tahu dalil mana ayu pegang. Sebab, bila kita tahu, kita jadi yakin. :)

Banyak lagi isu dalam ni, contoh, ayu kan masa nikah ada cadang nak DIY pelamin kan (insyaallah recylce masa walimah juga)? dalam buku ini juga ada ceritakan si Qaniah Syumaila (watak utama) membuat mini pelamin beliau sendiri. :) Hukumnya HARUS selagi mana tiada unsur kesombongan, sekadar menjadikan memori & tempat memperkenalkan pengantin serta pengantin tidak membuka aurat. Jadi, tidak salah pun. Asalkan pengantin tak jadi 'ayam' ditabur beras. :)

macam-macam isu lagi seperti nasyid ketika walimah, kompang, sampul duit ketika salam, isu  mahar MUDAH atau murah dan macam-macam lagi isu fiqh yang seharusnya kita ketahui agar tidak tersalah tafsir.

risalah hati milik saya
Saya suka fenomena yang cuba diterapkan agar mengambil 'kesederhanaan' dalam urusan. Contoh ayu bagi : Walimah bukan hambar macam majlis kematian, bukan juga berdesing dengar orang karoke tapi memilih nasyid tanda syukur sebagai hiburan di hari bahagia. Nah! Islam itu membahagiakan. Bukan kejam sangat sampai hambar atau over sangat sampai tetamu nak berbual pun kena menjerit (karaoke kuat sangat), tapi hiburannya menyejukkan hati.

Untuk yang bakal bernikah, berwalimah atau ibu-bapa yang anaknya bakal nikah, risalah hati boleh jadikan sebagai kit menarik untuk bekalan anda. :)

Nak tau lebih, kena beli lah ya. RM 18 siap postage. Ayu pun beli online di sini : Sebarkan Bahagia Online

:) Just sharing.

15 January 2014

Di Pintu Syurga

Assalamualaikum

shout busuk ku

tadi, ayu cek di shout busuk ada mesej dari kak hani senior masa zaman sekolah dulu. Alhamdulillah, kalau blog ayu jadi sumber inspirasi kepada perkara baik-baik, alhamdulillah..

mama insyirah

Kalau korang baca printscreen di atas ni dari blog beliau DUNIA INSYIRAH pasti korang dapat gambaran mengapa blog beliau ditubuhkan. Sebagai medan lepas rindu kepada puteri kesayangannya "Izz Insyirah" yang menyambut panggilan ilahi. Dan sekarang, mama insyirah ni sedang melalui fasa berpantang tanpa insyirah di sisi. "Be strong kak hani"
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)
Ayu dan suami (kami 1 sekolah) ucapkan takziah buat Mama dan Baba Insyirah. Ayu tahu, kalian pasti sedih dan pilu. Namun, Bergembiralah.. kerana janji Allah itu pasti. Baby Insyirah menanti kalian dipintu syurga nanti. Menanti kedua orang tuanya untuk bersama-sama melangkah ke dalam syurga Allah. Dan sekarang pun baby Insyirah gembira dalam asuhan Nabi Ibrahim a.s. Itu disebutkan dalam hadis Qudsi. Yakin dan pasti dengan janji Allah.
Allah S.W.T berfirman pada hari kiamat pada anak-anak :''Masuklah kalian ke dalam Syurga''
Anak-anak itu berkata:'' Ya Rabbi, kami menunggu hingga Ayah Ibu kami masuk''Lalu mereka mendekati pintu Syurga, tetapi tidak mahu masuk ke dalamnya.
Allah Berfirman lagi,''Mengapa aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga''
Mereka menjawab,'' Tetapi bagaimana dengan orang tua kami?''
Allah pun berfirman,'' Masuklah kalian ke dalam Syurga bersama orang tua kalian''
(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil Bin Syuaah yang bersumberkan dari sahabat Nabi SAW)
Ayu suka nama insyirah. Suka sangat-sangat sejak dulu. Insyirah tu maksudnya Kegembiraan. Izz maksudnya Kekuatan. Moga Kak hani  KUAT dan tabah di dunia dan GEMBIRA melangkah ke syurga bersama Izz Insyirah di akhirat kelak.

Semoga, dengan berblogging ini, kak hani bakal menjadi lebih kuat. Sebab ayu pecaya, rakan rakan blogger sangat supportive.

Jom! Ayu ajak korang follow Mama Insyirah.. Beliau baru je start nak story mori about Izz Insyirah tu. KLIK SINI --> DUNIA INSYIRAH 

14 January 2014

Mengimbau Kembali Sambutan Hari Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

Salam Maulidur Rasul buat rakan rakan pembaca. Moga semakin tahun berlalu, kecintaan kepada rasul agung kita ini makin memekar.

dulu... sekolah menengah, ayu tinggal di asrama dari tingkatan 1 hingga 5. Asrama yang amat menitik beratkan unsur Islam dalam kehidupan... rasa bersyukur yang amat-amat bila mengenang kembali saat-saat menjadi anak didik di sana. Jiwa terisi sangat ketika itu. Solat berjemaah jadi ikutan dan kebiasaan. Alquran jadi manisan harian. Almathurat jadi amalan. Aurat terpelihara. Di waktu senggang, PA system akan dipasang muzik muzik nasyid yang menghiburkan sambil mentarbiah jiwa. Oh! Alhamdulillah jiwa remajaku bermula dengan persekitaran yang baik.

Zaman itu, pada tahun 2002-2006, banyak program maulud nabi ni. Antaranya ialah, ceramah berkaitan rasulullah, perarakan sambil selawat atas baginda, jamuan makan dan sebagainya.

Tetapi pengisian menyambut maulud nabi yang paling terkesan di jiwa ialah pertandingan dan persembahan nasyid di asrama. Tiap dorm(bilik) akan mengalun nasyid pilihan masing-masing. Dan paling ayu ingat alunan nasyid dari kumpulan kami ketika itu bertajuk Rasulullah by Hijjaz. Banyak lagu lain sebenarnya, tapi lagu tu juga yang paling ayu ingat dan hingga saat ini masih di hafal bait-bait nasyid itu.

Rasulullah, dalam mengenangmu, kami susuli lembaran sirahmu, pahit getir perjuanganmu membawa cahaya kebenaran

ni ayu  sertakan video lagu nasyid yang ayu sebutkan tadi. Jom layan jap. :)



اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

INFO: dengar 30 minit ustaz don, beliau cerita kisah Nabi Adam yang telah pun mengetahui yang Nabi Muhammad adalah kekasih Allah sekalipun ketika itu Nabi Muhammad belum pun diciptakan. Kerana, Di dinding-dinding syurga telah pun terganding nama Allah dan Muhammad.. dan dunia dan segala isi diciptakan hanya kerana kekasih-Nya iaitu Muhammad.

08 January 2014

Inai Pengantin Perempuan dan Lelaki

assalamualaikum.

Inai!

pengantin perempuan mesti pakai inai kan. Baru nampak berseri-seri. dan dari sudut hukum pun tiada masalah mahupun percanggahan berat samada boleh atau tidak wanita memakai inai. Cume selalu yang mengelirukan ialah lukisan ukir ukir pada tangan tu yang meragukan kan? Haritu ayu ada baca buku risalah hati yang banyak merungkai kes-kes kekeliruan masyarakat mengenai adat-syariat dalam majlis kawin ni. Topik pertamanya mengenai henna lah.

Nak ukir-ukir tu selagi mana lukisan ukiran tu bukanlah berlambangkan yang bukan-bukan, seperti kepala binatang atau berhala. Dan hendaklah inai itu tidak melebihi pergelangan tangan dan buku lali. Tetapi memang ada ulama mengatakan tidak boleh kerana menyerupai tatoo dan itu adalah budaya kaum tertentu. tetapi harus diingat, yang diikut itu india. india pun ada yang islam, dan selagi mana ia perbuatan itu tidak mensyirikan Allah, maka dibolehkan. Seperti mana barat menggunakan sudu&garfu, tidak jadi masalah kita ikut. (saya rujuk ustazah fatimah syarha) Wallahua'alam.. Hormati pendapat lebih mendamaikan.



Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
ayu pilih inai simple. selesa begini.

Dan untuk pengantin lelaki pula memang banyak khilaf ulama. Ada yang kata boleh, dan ada yang kata tidak. Kalau ikut muzakarah fatwa kebangsaan.. diharuskan untuk sebilangan jari pengantin.

Dan kebanyakan mazhab/ulama mengatakan haram kecuali untuk sebab perubatan kerana dikatakan inai adalah perhiasan bagi wanita.

Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan

Mazhab Syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal2 perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan keatas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

Saya rujuk alhafiz.net

Dan

masa Nikah haritu, suami ayu memilih untuk tidak memakai henna ini kerana beliau kata beliau selesa follow pendapat Imam Syafie dan juga memilih menjauhi keraguan. Alhamdulillah, keluarga memahami pegangan suami.

Dan terpulang pada kalian. "Hormati perbezaan, lebih mendamaikan"

dan saya suka nak sebut di sini.. imam syafie berkata : "Pendapat saya betul, pendapat orang lain salah, tapi boleh jadi juga pendapat orang lain itu BETUL."

Jadi, hormati pendapat lain, sekalipun apa pegangan kita, selagi mana pendapat yang dikeluarkan punya dalil dan tidak lari dari Alquran & Assunnah moga-moga baik.



video ni ustaz azhar idrus ulas mengenai pemakaian inai untuk pengantin lelaki. Lihatlah, setiap hujah ada dalilnya. Moga-moga semua hujah dan pendapat dalam daerah pahala. in Sha Allah.

UPDATE : 

ni video mengenai cara kita menerima perbezaan fatwa. 


19 December 2013

La Tahzan

Assalamualaikum

selalu ayu dengar lagu dendangan Heliza Helmi ni di IKIM.fm sampai terhafal.. Tapi tetiba nak tengok video klipnya.

dan masa tonton. Ayu sebak. sebak . dan sebak. Bila tengok GAZA, memang ayu automatik jadi nak menangis. Video ni memaparkan situasi ketika Heliza di GAZA. Korang tengok la ya. Mudah-mudahan terjentik kesedaran untuk terus menyayangi saudara seislam kita di sana dengan bantuan dan doa.



Menjejaki kaki di bumi Gaza
Merasa bagaikan di syurga maya
Mereka tidak pernah kenal berputus asa
Mereka kata Allah tetap bersama kita
Walau di mana jua kita berada
Selagi kita terus berada di jalan-Nya
Korus:
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
La tahzan … rabbuna ma’ana
Jangan sedih, Allah bersama kita
Mereka kan tetap berjuang fisabilillah
Tidak kira ibu ayah dan anak-anak
Mempertahankan bumi tanah Islam
Berkorban seluruh harta dan nyawa
Ayuh bangkit dari tidurmu yang lena
Takkan kita hanya berdiam saja
Ulang korus
Siapa Tuhan kamu
Siapa guru kamu
Apa pesanan kamu
Apa cita-cita hidup kamu
Takkan kita hanya berdiam sahaja

16 December 2013

Permata Yang Dicari

Assalamualaikum.

Dah lama ayu tak share nasyid-nasyid atau pop ketuhanan yang ayu gemari. harini nak share 1 nasyid yang ayu suka sejak dulu.

Ada diselit doa di tengah-tengah lagu..

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

video Youtube di sini

dan doa itu juga menjadi doa ayu semenjak ayu mengenali bakal suami. Kerana, ketika itu, kita tak berani terlalu yakin. Hanya menyerahkan pada Allah yang esa, kerna jika benar dia untuk ayu, ayu mohon agar Allah menyatukan hati kami dalam ikatan halal. Jika dia ditakdir bukan jodoh ayu, maka ayu berdoa agar Allah melapangkan dada ayu untuk menerima ketentuanNya.

Sejak 2,3 bulan ni memang entri ayu berbaur nikah dan perkahwinan. contohnya kursus pra perkahwinan, projek diy veil, temuduga kebenaran nikah negeri johor, cuti jumaat sabtu, diy bantal nikah, bunga tangan dan lain-lain.

dikesempatan ni, ayu beritahu jelah ya.. Hari nikah ayu pada 28 Disember 2013 ini disambut dengan kenduri kecil-kecil bersama keluarga dan jiran. dan in sha allah walimah (jamuan besar sikit) nya akan ayu beritahu kemudian.

Atas permintaan mak , keluarga dan persetujuan kedua-dua belah pihak majlis merisik kira-kira di awal tahun 2013 yg dipercepat dari perancangan asal dan rupanya Allah merencana yang terbaik nikah juga awal dari rancangan, manakala walimahnya yang sunnah di kemudiankan.

Doakan segalanya lancar ya kawan-kawan. Ayu perlukan doa semua.

10 December 2013

Siapa Dr Zakir Naik

Assalamualaikum


Kenal siapa beliau? Beliau merupakan seorang pakar perbandingan agama di peringkat antarabangsa. Nama diberi Dr Zakir Abdul Karim Naik lahir di Mumbai India pada 1965. Ayu mengenali beliau sejak menonton sebuah rakaman tv yang mana beliau telah menjawab persoalan dan membidas hujah seorang pemuda kristian mengenai Nabi Isa sebagai Tuhan.

Ayu kagumi kehebatan beliau dalam melontar hujah. Siap ada 1 slot tu, si pemuda kristian sendiri salah memberitahu ayat ke berapa dalam bible dan diperbetulkan oleh Dr Zakir tanpa melihat atau membuka bible. Masya Allah. Memang ayu kagumi ilmu dan kepakaran yang beliau miliki. 

Hujahnya bernas, berisi, mampat dan sangat berkesan. Bukan sahaja mahir dengan isi alQuran malah banyak kitab lain yang beliau mahir seperti Bible, Veda, Bhagwad Geeta dan lain-lain. Pidato dan ucapan mantap itu benar-benar meninggikan martabat Islam. Allahuakbar.

Kalau korang nak kenal beliau boleh rujuk sumber sumber berikut :

Ni pula adalah video seorang wanita hindu yang mengucapkan syahadah tanpa ragu dan penuh yakin selepas persoalan beliau dijawab oleh Dr Zakir. Berulang kali ayu ulang video tu. Mendengar dengan terang dan jelas ucapan syahadah di Peace Tv tu.



sekian.. :)

27 November 2013

Ku Bersyukur

Assalamualaikum.

harini ayu nak share 1 lagu unsur pop ketuhanan yang melodinya mengingatkan ayu masa zaman sekolah menengah. Lagu nasyid yang catchy ala-ala lagu UNIC, inteam di zaman itu.

Lagu ni nyanyian Taleeb Mizad yang bertajuk Ku Bersyukur. Kalau korang nak tahu, Taleeb ni artis baru di bawah naungan Hijjaz tau.


suka ayu nak petik berita dari web sinar harian mengenai penyanyi muda sebaya ayu, dan se-Muar dengan ayu juga kawan bakal suami ayu ni.

keratan sinar harian

Ayu mendoakan niat untuk terus berdakwah dalam lagu itu kekal di landasannya. Mencipta, menyanyikan lagu-lagu berunsur 'islam' dan mengajak pendengar kembali ingatan kepada pencipta pasti ada saham pahalanya kan?

ayu ada share lagu Restu Cinta By Taleeb Mizad di sini.

:)

22 November 2013

Kucing Terapi Stress

Assalamualaikum

Korang ada pelihara kucing? Atau mungkin pets lain?

Setuju tak dengan pendapat ayu kalau kata kucing kesayangan korang boleh jadi terapi untuk korang terutamanya ketika stress mahupun penat? Setiap orang ada pets kegemaran seperti ikan, arnab, hamster dan lain-lain. Tapi entri ini ayu fokus pada kucing memandangkan haiwan peliharaan kesayangan ayu sejak kecil adalah binatang ini.
zaman dahulu kucing dipakai untuk terapi. Dengkuran kucing yang 50Hz baik buat kesehatan, selain itu mengelus kucing juga bisa menurunkan tingkat stress
-dipetik dari : Fakta Ilmiah Mengenai Keistimewaan Kucing 

Mungkin ada sesetengah yang kata "Ewww.. main-main kucing ni tak datang penyakit ke?"

pada pendapat Ayu sedangkan Nabi Muhammad itu mengelus Muezza (kucing baginda) dengan penuh kasih sayang dan berwudhu dengan air bekas minuman kucing, masakan kita tak boleh melakukannya. Kalian juga boleh google mengenai keistimewaan kucing yang mana , air yang telah diminum itu pun suci untuk wudhu. Makanan yang telah dimakan/dijilat kucing juga suci. Zaman ini, para saintis telah pun membuktikannya. Kucing sememangnya bersih dan air liurnya juga tidak ada kuman.

Daripada hasil kajian perubatan dan percubaan yang telah dilakukan di makmal haiwan, didapati bahawa badan kucing bersih secara keseluruhan. Ia lebih bersih daripada manusia.
-Artikel Penuh: © Utusan Melayu (M) Bhd 

***

Jom kita tengok aksi cik tam kitten kesayangan ayu. Balik-balik kampung mesti ayu cari dia lepas ayu peluk cium mak. Nak bawa balik Jb mak tak kasi.hihi.

Ni masa ayu nak potong kain. Dia sibuk nak tengok ayu. 

ape tengok?

Ni pulak cik tam punya hobi. pantang nampak plastik, kotak, atau apa-apa bekas, mesti dia nak masuk. macam main pondok pondok pulak. Pastu kemain suka bila kita cak cak dia. hihi..

:)



19 November 2013

Pusara Di Lebuh Raya

assalamualaikum

Rutin pagi hari, menonton Tanyalah Ustaz sambil buat sarapan dan bersiap nak pergi kerja. Sepanjang cuti sekolah ni ayu bekerja sebagai staf akan masuk jam 8 pagi dan balik pukul 5 petang.

topik pagi tadi bertajuk Pusara Di Lebuhraya. Pada pendapat ayu, topik ini sangat baik dan berguna memandangkan semakin banyak kes kes kemalangan menyebabkan kematian di jalan raya.

Baru je beberapa hari lepas ayu menyaksikan kesan kemalangan di lebuhraya permas jaya ni. Sebiji motosikal tersepit di tengah antara saga FL (depan) dan belakangnya melekat Camry. Waktu itu jam 7 pagi+. Mungkin nak pergi bekerja agaknya.

Innalillah...

Penunggang motosikal itu tercampak 100 meter kebelakang. Dan ketika ayu melaluinya, mayat mangsa sudah ditutup dengan kain putih. Mengikut kata sahabat ayu, jika mangsa diselimut dengan kain putih, itu petanda mangsa muslim. Wallahua'lam. Jika benar beliau si mangsa beragama Islam moga-moga arwah pergi dengan tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.

Berbalik kepada Tanyalah Ustaz siaran pagi tadi. Ayu terasa nak berkongsi beberapa soalan dan jawapan ustaz Hanafi :


  • Jika jalan clear (malam hari atau kawasan tiada orang) bolehkah kita langgar lampu merah dan apa hukumnya?
  • jawapan : TAK BOLEH. Jika selamat tanpa langgar apa-apa. Ia berdosa ke atas diri kita. Jika kita terlanggar orang, kita berdosa pada orang yang kita langgar. Ustaz kata, mengikut dan mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh manusia di dunia ini dikira Hablumminannas..
Di bawah ni pula komen ustaz mengenai pemanduan laju.
  • Komen ustaz memandu laju 160km/j dan kemalangan menyebabkan kematian.
  • kereta yang dipandu 160km/j ke atas akan mengalami masalah apabila brek secara mengejut. kereta akan huyung hayang. Jika langgar orang yang menyebabkan kematian orang tersebut, berdosalah orang yang melanggar itu(yang pandu laju). 
Banyak lagi yang sempat ayu dengar penjelasan dari ustaz tadi. antaranya :
  • biasakan membaca surah alfatihah sebelum memandu/menunggang sebagai tanda syukur atas nikmat kenderaan
  • menggunakan rukhsah jama & qasar yang Allah beri buat musafir.
  • jika mati kemalangan tetapi menemui syurga Allah, maka bertuahlah. Jika mati kemalangan tapi menemui neraka di akhirat maka.. dua kali rugi. - kata ustaz hanafi.
  • zikir selalu dalam kenderaan.
dan macam-macam lagi lah.

Moga kita selalu berhati-hati di jalan raya. Dan moga Allah melindungi kita dan keluarga kita.

22 October 2013

Rumahtangga Sakinah

Assalamualaikum.

Ayu share dari FB Ustaz Dr Zaharuddin.


tatkala membacanya..pun rasa 'sakinah' dah. Apetah lagi kalau merasai sakinah itu dalam rumahtangga kelak. 

moga bermanfaat buat semua. :)

18 October 2013

Rancangan Ilmu Islam Pilihan

Assalamualaikum.

entri kali ini ayu rasa nak share antara rancangan yang memberi peluang untuk kita mendapatkan sumber ilmu islam.

1- Tanyalah Ustaz

TV 9, Setiap Hari , 7.00 - 8.00 pagi.

tanyalah ustaz rancangan terbaik tv 9
tanyalah ustaz
ni ayu letak 1st ranking dalam senarai rancangan islam kegemaran ayu kerana, soal jawab yang wujud antara penonton dan ustaz-ustaz itu begitu dekat di hati. Contohnya masa ayu tengok slot Bahana Riba oleh Ust Zaharuddin. Kupasannya jelas dan menjernihkan kekeruhan persoalan masyarakat dan juga membuka mata masyarakat. Klik untuk tonton.

2- Semanis Kurma

TV 9, Khamis, 9.30 - 10.30 malam
semanis kurma rimbunan ilmu keluarga syurgawi
semanis kurma

Rancangan ini juga bagus untuk ditonton. "Rimbunan ilmu keluarga syurgawi" itu tagline yang dibawa oleh Dato Ustazah Siti Nor Bahyah dan suaminya. Lihat tajuk pun dah tahu kan? Ilmu yang dikongsi mereka bersama panel-panel terpilih benar-benar bawa manfaat terutama bagi pasangan suami isteri dan ibu bapa. Dan untuk yang belum berkahwin boleh jadi bekalan masa depan. Topik bagi rancangan ini lebih dekat mengenai isu rumahtangga contohnya Pasangan Hujung Minggu, Talak 3, Jangan Tunggu Lama-lama dan macam-macam lagi.  Klik untuk tonton.

3- Celik Hati

Dah lepas. Tunggu episod akan datang.
celik hati
Rancangan ni dulu memang ayu follow. Yang ni lebih kepada slot inspirasi. Ayu admire kat Prof Dr Muhaya. Ayu suka cara penyampaian beliau kerana sentiasa menghasilkan aura +ve untuk dikongsi bersama pendengar/penonton. Orang hebat memang ada auranya kan. Ayu suka bila prof konsep yang prof cuba terapkan pada pemikiran semua.."Bahagia dan Membahagiakan". Its win win situation. Klik untuk tonton.

4- Fiqh Wanita

Tv 3, Jumaat, 1.00 - 1.30 petang
fiqh wanita rancangan baik untuk muslimah
fiqh wanita
rancangan ni siarannya masa lelaki pergi solat jumaat. Kalau tak silap, dulu waktu ni siarannya Al-Hidayah, tapi sekarang pukul 1 ni ganti slot Fiqh Wanita musim ke-2. Dan alhidayah berehat untuk 3 bulan memberi laluan slot ini. Slot ini baik untuk wanita. Sebab isu fiqh yang dibangkitkan adalah berkait rapat dengan wanita, contohnya untuk 18/10/13 membawa tajuk Haji dan Umrah. Panel menjawab persoalan lazim mengenai wanita seperti, kalau wanita itu haid bagaimana Haji dan Umrahnya? Bagaimana jika wanita batal wudhu ketika tawaf? dan macam-macam. Klik untuk tonton.

Okey, untuk kali ini ayu share 4 rancangan ilmiah ni dulu ya.. Selebihnya ayu kongsikan di lain entry ya. :)

Moga mendapat manfaat darinya.

"Majlis Ilmu Ibarat Taman-taman Syurga"

23 September 2013

Kenapa Lelaki Tak Boleh Pakai Emas

Assalamualaikum.

setiap yang Islam anjurkan untuk kita buat mahupun yang dilarang pasti punya hujah & sebabnya tersendiri. Sejak 1400 tahun lalu, nabi muhammad sudah melarang umat lelakinya memakai emas sekalipun kecil. Jangan di pandang remeh semua ini..



jom baca artikel yang ayu share ni. ayu copy dari FB : ustaz Hanafiah.
Emas dan bahayanya

Zarah yg wujud dlm emas mampu menembus ke dalam kulit melalui pori2 dan masuk ke dalam darah manusia. Jika seorang manusia mengenakan emas dalam jumlah tertentu dan dalam jangka waktu yang lama, maka kesannya di dalam darah dan urine akan mengandung atom/zarah emas dalam kadar yang melebihi batas (dikenal dengan sebutan migrasi emas).
Dan apabila ini terjadi dalam jangka waktu yang lama, maka akan mengakibatkan penyakit Alzheimer. Ini adalah kerana zarah emas yg tidak di buang dalam jangka waktu yang lama dalam darah ini akan sampai ke otak dan memicu penyakit alzheimer.

Alzheimer adalah suatu penyakit di mana orang tersebut kehilangan semua kemampuan mental dan fisik serta menyebabkan kembali seperti anak kecil. Alzheimer bukan penuaan normal,tetapi merupakan penuaan paksaan atau terpaksa. Antara yang terkena penyakit alzheimer adalah charles bronson, ralph waldo emerson,ronald reagan dan sugar ray robinson.

Akan tetapi, mengapa Islam memperbolehkan wanita untuk mengenakan emas ?

Jawapannya adalah..

"Wanita tidak menderita masalah ini karena setiap bulan, partikel berbahaya tersebut keluar dari tubuh wanita melalui menstruasi." itulah sebabnya islam mengharamkan lelaki memakai emas dan membolehkan wanita memakai perhiasan emas.

itulah antara sebab agama Islam melarang kaum lelaki memakai emas,ternyata hal ini telah diketahui Nabi Muhammad lebih1400 tahun yang lalu padahal beliau tidak pernah belajar ilmu sains.

Dlm satu hadis nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah melarang kaum lelaki memakai emas walaupun cincin yg kecil.

Al-Bukhari dan Muslim masing-masing dari Al-Bara' bin Azib Radhiyallahu 'anhu, bahwa ketika Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya menanggalkan cincinnya. (HR. Bukhori & Muslim) Wallahua'lam.
 

Semoga sharing ni beri manfaat & pengetahuan buat kita semua.. :)

nota : selama join 8share, baru la ni ayu view video Cinta 20 sen tu. Rupanya..dia kumpul duit kat 8share utk beli cincin tunang..kisahnyaa..

14 September 2013

Tutuplah.. Bukan Balut..

Assalamualaikum.

Ayu ni bukan jenis addict sgt kat gosip artis.
tapi tu lah, kekadang orang like like kat fb..terkeluar kat news feed kite kan.
sudahnya tertahu la jugak.

sedih dan kecewa dengan sikap segelintir artis yang dikenali dengan imej hijabnya. tapi dah macam mempermainkan pula bila melihatnya. Pakai tudung, tapi jadi duta produk pelangsingan badan. Pastu apa lagi, cari kain satin balut badan dah macam ikan duyung. hehehe. Amboih. Jangan lah macam tu.. Pastu syiok la baca jawapan balas,
Lagipun saya duta produk pelangsingan, dan saya nak promosikan produk tu. Jadi, takkan lah nak pakai baju kelawar pula kan…?

hampa rasa... tak cantik baju di mata manusia takpe..asalkan cantik di mata Allah..baju kelawar lg sopan. (-_-)

Bukan ayu tak sokong jadi duta. Yela,..nak duit kan.. Ayu pun nak gak jadi duta. =p. kikiki.. tapi, janganlah sampai kita sebagai wanita islam ini dieksploitasikan sebegitu rupa. Jadi macam Heliza Helmi. iklan rambut sunsilk, tapi tak tunjuk rambut. :-)


rasanya, muslimah bergelar artis kena choosy sikit bab bab gini kan.Tampak remeh, tapi kesan dia, orang bukan islam punya pandangan? Lagipun, kan public figure ni bagi impak besar.. jadi, kalau mereka bantu dakwah melalui penampilan baik yang disukai islam.. alangkah manisnya..

Takpelah, ayu doakan beliau segera diberi hidayah oleh Allah agar kembali ke jalan yang benar. :)
dan kita pun, sama-samalah audit diri.. sama-sama baiki diri.. :)

Nota buat diri sendiri :
Wanita berhijab belum tentu baik, tetapi wanita yang baik pasti berhijab. 
sebab apa..? sebab muslimat itu patuh pada suruhan Allah.