Assalamualaikum
shout busuk ku |
tadi, ayu cek di shout busuk ada mesej dari kak hani senior masa zaman sekolah dulu. Alhamdulillah, kalau blog ayu jadi sumber inspirasi kepada perkara baik-baik, alhamdulillah..
mama insyirah |
Kalau korang baca printscreen di atas ni dari blog beliau DUNIA INSYIRAH pasti korang dapat gambaran mengapa blog beliau ditubuhkan. Sebagai medan lepas rindu kepada puteri kesayangannya "Izz Insyirah" yang menyambut panggilan ilahi. Dan sekarang, mama insyirah ni sedang melalui fasa berpantang tanpa insyirah di sisi. "Be strong kak hani"
Sabda Rasullullah SAW yang bermaksud : "Tiap-tiap anak orang Islam yang mati sebelum baligh akan dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmat Allah." (HR. Bukhari dan Muslim)
Ayu dan suami (kami 1 sekolah) ucapkan takziah buat Mama dan Baba Insyirah. Ayu tahu, kalian pasti sedih dan pilu. Namun, Bergembiralah.. kerana janji Allah itu pasti. Baby Insyirah menanti kalian dipintu syurga nanti. Menanti kedua orang tuanya untuk bersama-sama melangkah ke dalam syurga Allah. Dan sekarang pun baby Insyirah gembira dalam asuhan Nabi Ibrahim a.s. Itu disebutkan dalam hadis Qudsi. Yakin dan pasti dengan janji Allah.
Allah S.W.T berfirman pada hari kiamat pada anak-anak :''Masuklah kalian ke dalam Syurga''
Anak-anak itu berkata:'' Ya Rabbi, kami menunggu hingga Ayah Ibu kami masuk''Lalu mereka mendekati pintu Syurga, tetapi tidak mahu masuk ke dalamnya.
Allah Berfirman lagi,''Mengapa aku lihat mereka enggan masuk? Masuklah kalian ke dalam syurga''
Mereka menjawab,'' Tetapi bagaimana dengan orang tua kami?''
Allah pun berfirman,'' Masuklah kalian ke dalam Syurga bersama orang tua kalian''
(Hadis Qudsi Riwayat Ahmad dari Syurahbil Bin Syuaah yang bersumberkan dari sahabat Nabi SAW)Ayu suka nama insyirah. Suka sangat-sangat sejak dulu. Insyirah tu maksudnya Kegembiraan. Izz maksudnya Kekuatan. Moga Kak hani KUAT dan tabah di dunia dan GEMBIRA melangkah ke syurga bersama Izz Insyirah di akhirat kelak.
Semoga, dengan berblogging ini, kak hani bakal menjadi lebih kuat. Sebab ayu pecaya, rakan rakan blogger sangat supportive.
Jom! Ayu ajak korang follow Mama Insyirah.. Beliau baru je start nak story mori about Izz Insyirah tu. KLIK SINI --> DUNIA INSYIRAH
4 comments:
nanti mun terjah ye..
:)
Moga sentiasa tabah hendaknya....
semoga kak hani tabah..sayu hati mendengarnye..
Post a Comment