Nuffnang

22 January 2014

Menu : Bubur Ayam Mudah

Assalamualaikum.

Bubur-bubur ni biasa orang sakit je makan. Hehehe.. Tapi, personally, ayu suka makan bubur, especially bubur ayam ni. Dan, kebetulan ada lah haritu encik abang tu ada mata ikan dalam mulut, tak berapa boleh nak kunyah-kunyah, jadi ayu pun masakkan lah bubur untuk beliau.

bubur ayam ala mcD
bubur ayam ayu

simple je bubur ni. tapi, personally ayu suka. sebab ada rasa ayam kan. Tak lah boring rasa kosong je kalau orang sakit makan..

bahan :

  • beras-ayu masak 3 genggam
  • ayam-cincang
  • lobak-dadu
  • bawang merah+putih+halia - ditumbuk
  • sup bunjut / rempah tumis
  • sedikit rempah sup


cara-caranya :

  • Panaskan sikit minyak, masukkan rempah tumis, bahan tumbuk dan rempah sup.
  • Masukkan ayam, dan lobak. 
  • Masukkan air dan masak hingga didih dan ayam masak. (jadi sup ayam)
  • Basuh beras, dan masukkan sup ayam tadi dan masak bubur seperti biasa dan jangan lupa perasakan dengan garam. :)
  • Hidangkan dengan serbuk lada hitam dan daun sup.

Nyum Nyum!!

nota : senang cakap, masak sup ayam dan masak bubur guna sup tu. hehehe. Ni cara ayu ya, mungkin korang ada cara yang lebih baik dan sedap. Selamat mencuba.... :)


7 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sedapnyaaaa...

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, sedapnya makan bubur panas2. hehee lama tak masak :)

MG schmidt said...

rasa2 ayam tu sedap
tabur ngn ikan blis goreng rangu tu plak..aish! sodap!
bukan org sakit je lalu, org tak sakit pun tumpg 2 kaki ..hehe

Aku Penghibur said...

aduhhh sedapnya.. lapar jadinya

Norhasniza Khalid said...

wah. ada resepi sekarang ayu ye.. :) sedap, boleh buat ni kasi sufi makan..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

wah.. sedap bubur ayam tu ayu.. ni buat cik abang bertabah sayang.. :D

msredcheesecake said...

suka bubur nasik ayam ni... nak buat je tak berapa nak rajin...hhhee