Nuffnang

14 January 2014

Mengimbau Kembali Sambutan Hari Maulidur Rasul

Assalamualaikum.

Salam Maulidur Rasul buat rakan rakan pembaca. Moga semakin tahun berlalu, kecintaan kepada rasul agung kita ini makin memekar.

dulu... sekolah menengah, ayu tinggal di asrama dari tingkatan 1 hingga 5. Asrama yang amat menitik beratkan unsur Islam dalam kehidupan... rasa bersyukur yang amat-amat bila mengenang kembali saat-saat menjadi anak didik di sana. Jiwa terisi sangat ketika itu. Solat berjemaah jadi ikutan dan kebiasaan. Alquran jadi manisan harian. Almathurat jadi amalan. Aurat terpelihara. Di waktu senggang, PA system akan dipasang muzik muzik nasyid yang menghiburkan sambil mentarbiah jiwa. Oh! Alhamdulillah jiwa remajaku bermula dengan persekitaran yang baik.

Zaman itu, pada tahun 2002-2006, banyak program maulud nabi ni. Antaranya ialah, ceramah berkaitan rasulullah, perarakan sambil selawat atas baginda, jamuan makan dan sebagainya.

Tetapi pengisian menyambut maulud nabi yang paling terkesan di jiwa ialah pertandingan dan persembahan nasyid di asrama. Tiap dorm(bilik) akan mengalun nasyid pilihan masing-masing. Dan paling ayu ingat alunan nasyid dari kumpulan kami ketika itu bertajuk Rasulullah by Hijjaz. Banyak lagu lain sebenarnya, tapi lagu tu juga yang paling ayu ingat dan hingga saat ini masih di hafal bait-bait nasyid itu.

Rasulullah, dalam mengenangmu, kami susuli lembaran sirahmu, pahit getir perjuanganmu membawa cahaya kebenaran

ni ayu  sertakan video lagu nasyid yang ayu sebutkan tadi. Jom layan jap. :)



اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

INFO: dengar 30 minit ustaz don, beliau cerita kisah Nabi Adam yang telah pun mengetahui yang Nabi Muhammad adalah kekasih Allah sekalipun ketika itu Nabi Muhammad belum pun diciptakan. Kerana, Di dinding-dinding syurga telah pun terganding nama Allah dan Muhammad.. dan dunia dan segala isi diciptakan hanya kerana kekasih-Nya iaitu Muhammad.

15 comments:

Nurzakiah Hanum said...

sedih

Kenit Cinonet said...

terima kasih atas perkongsian yang baik ini ye ayu. Semoga kita semakin cinta pada Baginda s.a.w.

HASRUL HASSAN said...

Dah lama saya tidak berada dalam suasana ini.

TelingaBulat said...

terasa semakin dekat dengan dia yang satu ;)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

sambutan di kampung selalunya lebih meriah.. salam maulidur rasul.. bersama kita berselawat ke atas baginda rasullullah saw.. :D

memmet lenggeng said...

ada baiknya juga duduk di asrama, tambahan pula kalau penuh pengisian yang bermakna

Ayu Zan said...

@Kenit Cinonet sama2 kak. jom kite baja rasa cinta ni.

Ayu Zan said...

@HASRUL HASSAN saya pun. zaman sekolah je rasa

Ayu Zan said...

@TelingaBulat moga terus dekat dan dekat

ctfand said...

sama pengalaman sekolah menengah akak dengan ayu... terimbau balik kenangan bila baca entri ni...

Ayu Zan said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)betul tu kak skrg dok bandar xde ape pun

Ayu Zan said...

@Mizz Aiza (Dunia Kecil)betul tu kak skrg dok bandar xde ape pun

Ayu Zan said...

@memmet lenggeng alhamdulillah.. mendapat manfaat darinya

Ayu Zan said...

@ctfand eh yeeke kak? best kan...rinduuu

Khir Khalid said...

Selamat menyambut Maulidurrasul buat Ayu sekeluarga.. :)