30 June 2014

Ramadhan Kali Ini

Assalamualaikum.

Belum terlambat rasanya ayu mengucapkan salam ramadhan almubarak buat semua teman-teman bloggers. Alhamdulillah dah masuk hari ke 3 berpuasa. Macam mana kalian semua? Mesti baik baik sahaja kan?
Ayu pula, kali ni lah first time berpuasa sebagai ibu hamil. Dalam keadaan tengah morning sickness early 3 months ni memang tak mudah melalui ramadhan kali ini. Tapi, sedaya upaya ayu kuatkan diri untuk grab peluang berganda pahala ni. Selagi boleh tahan. Dan tak muntah berlarut larutan, in sha allah boleh untuk teruskan ibadah ini. Tapi kalau dah sampai muntah kuning 3-4 kali dalam 2 jam, terbaring, tak buang air kecil sebab dehidrasi memang kena lah berbuka. Allah bagi rukhsah pada wanita hamil.

Bertepatan dengan firman Allah,

"..dan jangan kamu membunuh diri kamu" (Surah Annisa 4 : 29)
"..dan jangan kamu mencampakkan diri ke dalam kebinasaan" (Surah Al-Baqarah 2 : 195)

Korang semua macam mana?
Mesti blogger yang ibu-ibu pernah lalui fasa hamil dan berpuasa macam ayu.



Segmen 24 Jam : Saya nak kad raya daripada Pink Ummi

Ayu join segmen .
seronoknya kalau raya ni dapat banyak kad raya.
ada rezki, kesempatan, kesihatan yg baik, ayu cadang nak berbalas kad raya. hihi

nak join meh klik banner bawah : 

24 June 2014

Kuih raya

Assalamualaikum
Belum puasa ramadhan pun ayu dah makan kuih raya. Hihi. Dua ni favorite dari dulu. tu yang tak boleh tahan tengok.

23 June 2014

Dating : How To Train Your Dragon 2

Assaamualaikum

badan ni belum lah hilang morning sickness nya.. tapi mungkin sebab dah terbiasa dan ayu dah boleh terima keadaan loya dan muntah ni, ayu jadi ok jer nak pi jalan-jalan. Kalau rasa tak sedap je tekak laju-laju pi bilik air dalam mall tu. Dalam kereta pulak prepare plastik. Dalam handbag ayu dan sling bag suami pun prepare plastik gak. sebab macam dah jadi benda biasa muntah dalam kereta. Kekadang balik kerja drive sorang-sorang pun tetiba meloya dan nak muntah. benti tepi. dan uwek uwek la dalam plastik. hihihi. maaf jika ada yang geli dengan statement saya. hihi.





tapi saja je lah ngengada nak cuci mata, tengok animation movie. suami pilih How To Train Your Dragon 2 memandangkan cerita tu tak ganas, tak pekik-pekik, tak bunuh-bunuh, tak de hantu. Sesuai untuk emosi ibu ibu hamil ni. hihi

Best movie ni. Kami pilih 3D. Even kartun je, jalan ceritanya ada jiwa. Buat kita masuk dalam dunia tu skali. Dragonnya pulak comel belaka lagi-lagi yang nama toothless tu. ihihi. toothless ialah naga watak utama tau. Watak utama manusianya pula nama Hiccup.

:)
Cerita ni mengisahkan penduduk pulau Berk yang pada asalnya tak sukakan dragon dan tak percaya dragon tu boleh berbaik dengan manusia tapi sekarang mereka menerima dragon dalam komuniti mereka. Malah siap jaga kebajikan dragon lagi. Ayu tak pernah pun tengok siri pertama cerita ni. tapi masih boleh faham dengan baik cerita ini.

Kartun ni bukan saja gembira-gembira aje. Ada part juga yang sedih bila bapak si Hiccup tu mati dan ayu siap ada dengar orang dalam wayang bunyi syrooott syrooot!... Siap bunyi hingus weh sebab nangis. hihi.. ayu tidaklah sampai gitu sekali. sekadar hampir bergenang air mata ada lah sikit. hihihi.

Apepun. Ayu bagi 4.5 bintang. Eh mana 0.5 bintang tu lagi? Tu sebab ayu pening sikit nak baca subtitle. Tak biasa tengok 3D kot. hihi. Baru 2,3 kali je tengok 3D.

Korang pi lah tengok. Best.. mesti tak rasa rugi. Kalau bawa anak-anak lagi sesuai.

ni ayu sertakan trailer movie ni ya.



19 June 2014

Puding Laici Dangdut

Assalamualaikum.
Bagi melunaskan hasrat tekak yang nak bersejuk-sejuk dengan dessert yang senang dan sedap... Ayu masak puding laici dangdut ni. Resepinya pernah ayu kongsi kat blog masa puasa tahun lalu tak silap.
Ni entry yang ayu share resepi puding laici dangdut.
Musim panas-panas ni sedap sikit makan puding puding gini. Laju je. Cume kali ni laicinya ayu potong kecik kecik supaya separuh boleh masuk dalam pudding sebelum sejukkan dan sebahagian ayu tabur atas.
Dan kalini ayu makan dengan susu..

18 June 2014

Resepi : Spaghetti Goreng

Assalamualaikum.

Alkisahnya ayu follow drama Kusinero Cinta yang tayang kat Astro Mustika lakonan Aaron Aziz, Jericho Rosales dan Tizz Zaqyah ayu terjebak dengan menu Spaghetti Aglio Olio yang Aaron masak dalam drama tu. hihi. FYI, ayu memang berantu sikit dengan pasta ni. Dari dulu suka sangat.

Nak masak Aglio Olio tapi Aglio je yang ada. Aglio tu bawang putih. Manakala Olio pula ialah minyak zaiton. Balik kerja semalam petang layan tekak yang tak bape sedap ni. Maklumlah morning sickness masih ada even dah nak masuk 12 weeks. Cume dah kurang sikit nak banding bulan lepas. Dah larat sikit nak bangun masak. Kalau tidak, melepek je sebab muntah tak semena. Kesian encik suami kena masak ataupun beli je. Dah sihat ni, kita rajin balik ek. hihi

Bahan dalam fridge sangat limited. tapi tetap nak makan gak spaghetti.hhihihi. maka jadilah ia spaghetti goreng versi melayu sikit.

SPAGHETTI GORENG

Bahan-Bahan:

Spaghetti Angel Hair San Remo-direbus(tambah minyak masak+garam sikit). Ayu guna spaghetti yang halus-halus tu. Suka makan jenis halus ni sebab kurang muak.
Dada ayam - di dadu kecil
1-2 sudu bsr - cili kering kisar
1 biji bawang besar - di dadu kecil
4 biji aglio (bawang putih) - di cincang halus
2 sudu minyak masak.
Sos tomato 2 sudu
telur 1 biji
oregano
serbuk blackpepper 

Cara-cara :
Tumis bawang putih, masukkan cili kering kisar dan masak hingga pecah minyak. Masukkan bawang besar. Masukkan ayam dan masak ayam hingga cukup masak. Boleh tambah seafood jika nak. Atau ganti dengan daging kisar. dan boleh add sayur yang sesuai.

Dah masak, masukkan sos tomato dan pecahkan telur. Masukkan oregano dan serbuk blackpaper sikit bagi rasa-rasa. dan perasakan dengan garam. Then, masukkan lah spageti yang dah rebus tu. Gaul gaul rata.



Siap... boleh plating lawa-lawa. tapi maaf. ayu lupa nak hias. dah kena ngap. hihi

17 June 2014

Our Lil Caliph - In Sha Allah

Assalamualaikum

maaf lama dah tak bw ke blog rakan-rakan. In sha allah lepas ni boleh sikit nak bw ke blog korang.

Cerita ni throwback bulan lepas punya story.. 5/5/2014 ayu dilanda gastrik teruk sangat-sangat sampai membawa ke muntah dari malam sebelum tidur sampai lah pagi nak pergi kerja. Lama dah tak kena serangan gastrik ni. Sebab kan period dah pun delay beberapa hari, ayu pun nekad jam 5 pagi terbangun dan buat UPT. Yela... orang kata HCG tinggi masa tu. Resultnya. Sangat kabur. Sehingga mengkaburkan juga semangat ayu untuk mengiyakan kehamilan. Tapi masa tu suami ayu dah happy sangat dah katanya nak jadi daddy dah. ihihih

Tapi pagi tu ayu still dengan pedih ulu hati sampai bawa ke muntah teruk dan suami pun bawa lah ke klinik. Dan doktor pun suruh buat UPT. Resultnya kabur juga macam yang ayu buat jam 5 pagi tu. Doktor cakap "kemungkinan" hamil dan menghadkan pemberian ubat-ubat gastrik ayu. dia cuma kasi ubat macam gaviscon, ubat maxelon (muntah) dan garam yang suruh bancuh tu je. Doktor pesan suruh retest UPT tu after a week.

Tapi dek ketidak sabaran ayu yang dok fikir fikir samada diri ni pregnant atau tak belum 1 minggu ayu dah buat UPT. 7/5 ayu retest dan hasilnya dah terang. cume dalam otak ayu ketika itu, kenapa dia tak sama terang. Even suami dah yakinkan ayu, ayu tetap risau dan tak yakin. haha

At last 11/5 ayu buat UPT dan hasilnya dua dua line sama terang. Baru lah lega yang amat-amat sangat. hihihi. Alhamdulillah.. Syukur syukur syukur sangat. Sebab Allah bagi ruang dan peluang untuk ayu merasai nikmat menjadi seorang ibu. Semoga ayu dapat jadi ibu yang baik buat little caliph ayu ni. :)
Nanti free ayu story lagi ya.


Mohon doa dari rakan-rakan blogger agar saya dan little caliph saya ni sihat, sempurna, dan selamat sepanjang proses kehamilan dan kelahiran.

CPUV 10 & 11 - Sinofi Lactacyd & Whisper

Assalamualaikum

maaf lama tidak berblogging. Keadaan diri betul-betul tidak membolehkan ayu nak menghadap laptop dalam masa lama. so, ambil keputusan bercuti kejap dari dunia blog kesayangan ni.
in sha allah lepas ni slowly ambil mood blog semula.

alhamdulillah even blog tengah suam suam kuku. encik nuffnang tetap sudi pilih blog ini untuk dapat CPUV/BE. kali ni dari sinofi lactacyd dan whisper. kedua-duanya produk wanita. :)
whisper masih on going. lactacyd udah lama dah creditted. :)


Thanks kekakawan sebab masih ada yang sudi jengah jengah blog ayu ni. :)

14 June 2014

Tasbih Pelangi

Assalamulaikum

Terbaru stok tasbih dari kami.
Diberi nama Tasbih Pelangi dek kerana kecomelan tasbih ini. Setiap untai tasbih yang bertona warnanya nampak menceriakan.

Sama macam tasbih pesona juga harganya. Murah..kualiti baik dan sangat sesuai jadikan doorgift untuk sebarang majlis keraian.

Boleh lawati http://tasbihborongmurah.blogspot.com untuk tengok harga tasbih.

Tq... Daaaa.. ;-)