Showing posts with label cinema. Show all posts
Showing posts with label cinema. Show all posts

23 June 2014

Dating : How To Train Your Dragon 2

Assaamualaikum

badan ni belum lah hilang morning sickness nya.. tapi mungkin sebab dah terbiasa dan ayu dah boleh terima keadaan loya dan muntah ni, ayu jadi ok jer nak pi jalan-jalan. Kalau rasa tak sedap je tekak laju-laju pi bilik air dalam mall tu. Dalam kereta pulak prepare plastik. Dalam handbag ayu dan sling bag suami pun prepare plastik gak. sebab macam dah jadi benda biasa muntah dalam kereta. Kekadang balik kerja drive sorang-sorang pun tetiba meloya dan nak muntah. benti tepi. dan uwek uwek la dalam plastik. hihihi. maaf jika ada yang geli dengan statement saya. hihi.





tapi saja je lah ngengada nak cuci mata, tengok animation movie. suami pilih How To Train Your Dragon 2 memandangkan cerita tu tak ganas, tak pekik-pekik, tak bunuh-bunuh, tak de hantu. Sesuai untuk emosi ibu ibu hamil ni. hihi

Best movie ni. Kami pilih 3D. Even kartun je, jalan ceritanya ada jiwa. Buat kita masuk dalam dunia tu skali. Dragonnya pulak comel belaka lagi-lagi yang nama toothless tu. ihihi. toothless ialah naga watak utama tau. Watak utama manusianya pula nama Hiccup.

:)
Cerita ni mengisahkan penduduk pulau Berk yang pada asalnya tak sukakan dragon dan tak percaya dragon tu boleh berbaik dengan manusia tapi sekarang mereka menerima dragon dalam komuniti mereka. Malah siap jaga kebajikan dragon lagi. Ayu tak pernah pun tengok siri pertama cerita ni. tapi masih boleh faham dengan baik cerita ini.

Kartun ni bukan saja gembira-gembira aje. Ada part juga yang sedih bila bapak si Hiccup tu mati dan ayu siap ada dengar orang dalam wayang bunyi syrooott syrooot!... Siap bunyi hingus weh sebab nangis. hihi.. ayu tidaklah sampai gitu sekali. sekadar hampir bergenang air mata ada lah sikit. hihihi.

Apepun. Ayu bagi 4.5 bintang. Eh mana 0.5 bintang tu lagi? Tu sebab ayu pening sikit nak baca subtitle. Tak biasa tengok 3D kot. hihi. Baru 2,3 kali je tengok 3D.

Korang pi lah tengok. Best.. mesti tak rasa rugi. Kalau bawa anak-anak lagi sesuai.

ni ayu sertakan trailer movie ni ya.



24 September 2013

Kenapa Tengok Wayang Mesti Beli Popcorn?

Assalamualaikum.

tajuk entry panjang,.. Kenapa Tengok Wayang Mesti Beli Popcorn?
Ayu kalau tengok wayang tak sah lah tak beli benda ni. Boleh sedihsedih kalau tak beli. Yela, kadang-kadang tiket last minit, kaunter popcorn panjang ya ampun... terpaksa batal hasrat makan popcorn mesti sedih punya. Sebab ayu adalah peminat tegar popcorn lagi-lagi popcorn TGV kat Aeon Bukit Indah tu. hehe
mine!
antara sebab beli popcorn yang ayu jangka ialah :


  1. sebab gila popcorn macam ayu. hehe
  2. sebab boleh buat tutup muka masa tengok citer seram..hihi
  3. sebab boleh buat cover air mata time tengok citer sadis. Segan orang sebelah nengok. hihi
  4. sebab terpaksa teman orang sebelah tengok wayang tapi sendiri tak minat citer tu. so, layan popcorn lebih baik dari tidur. hehe
  5. ....
dan sebagainya.. hehehe..korang add la sebab sebab lain. hihihi..

24 August 2013

ELYSIUM

assalamualaikum

semalam, ayu bz dengan macam macam hal, tapi bila dah kepenatan tu saje la g tengok wayang. tengok-tengok ada citer ELYSIUM. so, we decide untuk tonton.

Aktor dia Matt Damon. :)

ELYSIUM tu nama sebuah penempatan baru yang direka oleh manusia di angkasa sebab dah terlalu ramai manusia di bumi pada tahun 2154. So, yang miskin duk bumi , yang kaya dok kat Elysium.

So, berlumba-lumba lah orang miskin dan sakit mengumpul duit untuk beli tiket untuk gi naik ke Elysium tu. sebab.. kat elysium tu udaranya bersih dan ada mesin rawatan yang bila warganegara (yg ada ic) berbaring kat katil mesin tu, boleh recover 100%. even muka hancur pun, bila masuk kat mesin tu, dia imbas sekali je terus pulih.

muahahaha.. even tak logic. sekadar suka nak tengok mereka punya idea untuk hasilkan filem 2 jam yang berkualiti.


Okay, korang tengok lah dia punya Trailer tu.