12 July 2017

Bento Amani : Nasi Goreng Ikan

#bentoummi & #bentoamani harini nasi goreng ikan.
.
bento daddy takde, sebab daddy outstation.
.
Nasi goreng ikan ni, kali ke-2 buat. sebelum ni tengok kat FB ada member buat, nampak yummy dan mulalah tercetus idea kalau ikan tak habis, boleh try buat nasi goreng.
.
dan..memang yummy sangat! even masa nak goreng nasi tadi telur habis, ikan aje pun dah cukup sedapkan rasa nasi goreng tu.. .
saya hancurkan ikan tu dulu, masuk dalam chopper.. rasanya kalau tak chop, pun okey je, ikut selera u olls.hehe
.
oh ye, yang ada cili tu ummi lah yang punya. sebab nasi goreng ni tak pedas, sebab amani bakal reject pedas..kalau umi nak pedas, lenyek lah cili itu sendiri. 
.
Lepas ni, nak try nasi goreng sardin pulak lah. amboi! asik goreng² jeee.. bila nak kurus. hahahaha..
.
#nasigorengikan #bento #bekalpergikerja #sarapan #breakfast

17 May 2017

Tukar Tukar Hadiah Hari Guru 2017

Assalamualaikum

semalam sambutan hari guru di sekolah tempat ayu bekerja...
dan..antara slot kegemaran saya secara peribadi ialah TUKAR TUKAR HADIAH!

No automatic alt text available.
ini versi mini. RM50/box(50 ml each btl)
. kalau botol biasa RM20/btl 200ml each.

dan saya memilih GIFT SET MINI MULTIPURPOSE AROMATHERAPY SPRAY SUTRA.

harapnya tuan badan suka dan gembira menerimanya..


okey, ada soalan.. kenapa multipurpose(pelbagai guna)?

sebab :-

  1. boleh jadikan insect repellent (semut lipas lalat) untuk spray pandan.
  2. boleh jadikan air freshener (haruman rumah, bilik dan kereta).
  3. boleh jadikan haruman buat melegakan stress.
  4. boleh jadikan ironing aid
  5. boleh jadikan table & glass cleaner (insha allah wangi lama dan meja/mozek/cermin bersih berkilau)
  6. bole jadikan body spray kerana bebas bahan kimia berbahaya

setiap satu haruman pun punya banyak kebaikan khas tersendiri.
nanti akan datang saya ceritakan satu persatu ya..

dan saya.. menerima hadiah TUPPERWARE.. terlupa pulak nak snap gambar, hihihi

#setahunempatbulanbersamasutra

love,

ayu
yang lama dah tak blogging
www.noridayuzan.wasap.my

15 May 2017

DIY : Jahit Batu Seremban

Assalamualaikum

hehehe..
sape kenal ayu dari awal, ofcos tahu DIY is apart of my life
ayu vs diy tidak dapat dipisahkan..

alkisahnya seorang sahabat minta jahitkan 10 set batu seremban.

kiranya ni projek saja saja la. tapi azab juga nak siapkan. maklumlah, ada bidadari solehah tolong sama.. haha

so far baru siap 2 set untuk amani. dan 3 set untuk kawan yang mintak jahitkan.

ni first set try je ni. jadi mainan amani sekarang :-)

korang pun mesti boleh jahit.. simple sangat..
nanti jangan lupa google kaedahnya..


Selamat Hari Guru 2017

Assalamualaikum

Image may contain: flower and text

Sempena 16 Mei 2017 ni, saya mengucapkan 
Selamat Hari Guru dan Terima Kasih Cikgu!
buat semua warga pendidik.

terutamanya.. guru guru saya :-
  • Guru mengaji
  • Tabika Kemas Parit Amal
  • SK Parit Bakar Darat, Muar
  • SMK Bandar Maharani , Muar
  • Politeknik Seberang Perai, Penang.


jasa kalian tidak mungkin saya lupakan.
moga Allah anugerahkan kesihatan yang baik dan dirahmati-Nya sentiasa.
:-*

14 May 2017

Salam Rindu

Assalamualaikum semua..

entah kan ada lagi ke tidak yang sudi singgah..

lama kemahen tak ke mari... rindu membuak.. dah bersarang labah labah blog. malahan domain pun lupa nak renew.. huhuhu

takpe..tu nanti kite usahakan..

u olls apa khabar?

kenal lagi tak saya..?

mesti ramai dah tak kenal kan?

doakan saya kembali aktif mencoret..

Image may contain: 3 people, people sitting