24 February 2015

Amani dengan carseat barunya

Assalamualaikum

Harini Amani dah 51 hari. Kami suami isteri memang tengah dok usha carseat sebab ayu dah nak mula kerja hujung mac nanti.

Alhamdulillah rezki si comel.. Rakan opis daddy amani hadiahkan carseat untuk amani. Warna merah polkadot lagi. Apa lagi.. Ummi yang melonjak kesukaan. Hihi


Amani pun nampak suka. Dia siap tido lagi dalam carseat pliko ni. Sebab carseat ni bole jadi rocker gak. Goyang goyang sampai tido. Hihi. Oh ye. Kain atas tu boleh bukak. Saje je pasang..nama pun testing kan. Hihihi

Alhamdulillah rezki dhiya amani..


23 February 2015

Teringin Ber Ring Sling

Assalamualaikum.

Amani dah 50 hari. Pernah 1x bawa jalan jalan guna stroller. Nampak selesa amani tidur dalam tu. Tapi, bila amani bangun, amani nak di dukung. Dan biasanya amani nak BF. Biasala kan newborn...

Sejak ada baby,ayu banyak study mengenai babywearing. Ayu dan hubby cadang nak beli SSC. Yela.. Nampak mudah kan macam kendong beg je. Tapi after study, nampaknya Ringsling yang paling molek untuk NB mcm amani. Lagipun RS pun sesuai gak pakai sampai toddler. Ssc untuk NB tak bape sesuai.

Ayu mulanya takut nak beli RS. Sebab kain kan.. Nampak  tak secure. Tapi lepas baca baca dan baca. Sebenarnya kalau pakai dengan betul, material kain tepat dan ringnya aluminium insya allah baby selamat dalam pelukan kite.

Alhamdulillah, blogger kak ina banyak bantu ayu. Beliau tak lokek nak sharing everything about RS. Siap bagitau vendor list dan offer kat tinytapir lagi. Hehe.. Selain itu, ayu ada lah jugak usha kat fb : Malaysian Babywearers FSOT and rental. Dah nampak orang nak letgo rs berkenan dan dalam lingkungan bajet, tetiba esok pagi bukak da sold. Tu lahhh..lambat sgt buat keputusannn.. Huuu..

Harapnya ayu akan dapat memiliki RS yang sesuai untuk gendong si comel Dhiya Amani. Hehe..

Love,
Ummi Amani

19 February 2015

Ragam Amani Balik Rumah

Assalamualaikum

Sepanjang berpantang, kami di kampung. Di muar, rumah mak. Sesekali time weekend hubby bawak g rumah MIL. Pun area muar juga.

Amani dalam keretanya. Hihi
Dan semalam, kami pulang ke Permas Jaya. 1st time bawa amani pulang. Mak ayu pun ikut sekali sebab risaukan si kecil berubah tempat baru.

Dan semalam, amani mulanya elok je. Menyusu.. Tidur seperti biasa. Nampak gaya amani tak colic sbb dia susu elok. Dan tidur nyenyak. (Fyi amani ni mudah kena kembung even kdg2 ayu cukup jaga makan).

Tetiba malam tadi sedang ayu bf amani.. Dia jadi serba tak kena. Anak ayu kembung ke..?,Sebab kalau colic masa nyusu amani resah..membebel mulut dia.

Dannnn..

Amani yg selalu coollll je even sakit perut pun amani xjerit jerit. Cume merengek je.... Tapi kali ni luar biasa.. Amani nangis jerit jerit. Mcm kena cubit. Dari ayu.. Ke tokmak dia.. Ke daddy dia.. Mcm2 usaha buat. Pujuk amani. Tuam perut amani. Sapu minyak telon ke amani. Mak ayu urut kaki amani. Dan baringkan posisi meniarap(posisi kesukaan time amani colic). Daddy amani bacakan surah pilihan dan ayat2 syifa... Pun tak jalan. Amani jerit juga. Nangis dan meleleh air mata sikecil ayu. Ummi pun rasa nak nangis sama. Sedih tengok anak macam tu.

Tokmak pujuk pujuk..dodoi..akhirnya amani cool sikit. Daddy terus terusan mengaji. Dan amani ayu baringkan atas badan ayu secara tiarap. Sbb niarapkan baby bole cepat keluarkan angin dlm perut. Tokmak amani terus juga urut urat kaki bawah betis tu dengan sapu minyak telon.

Amani cool. Nyusu sambil tiarap tu..haha... (Actually bukan nyusu sgt. Lebih pd ngempeng nak bg dia tenang). Dann..tiba tiba... pppprrrooottt.. Amani kentut besar. Lepastu...prooootttt.. Again.. Amani kentut besar lagi dan berakkkk banyak banyak. Hihi...

Terus hilang colic amani. Angin yang bersarang dalam perut dah keluar.

Perghhh.. Mencabar colic amani kali ni. Sebab kami tahu.. Amani colic bercampur tak selesa berubah angin agaknya. Rumah pun asyik tinggal je. Daddy amani weekend tentu di kampung kan.

Syukur lepas baik kembung tu, amani bole susu dengan tenang. Dan tidur mcm biasa. Tapi nak tidur tu ada susah sikit. Daddy dia baca ayat syifa.. Dodoi.. Dan akhirnya amani lelap di sisi ummi daddy.

Doakan amani baik baik je di rumah kami ni. Ayu risau jadi mcm semalam time mak ayu da balik kampung. Huuuu... Moga Allah lindungi dhiya amani binti mohammad hafrizam.

Ummi daddy amani

15 February 2015

Dhiya Amani 42 Days

Assalamualaikum

Alhamdulillah. 42 hari selepas melahirkan Dhiya Amani.

Seronok dengan pengalaman baru sebagai ibu.

Amani sihat alhamdulillah.
Hasil checkup di klinik desa berat amani meningkat dengan jayanya.

Lahir : 2.78kg
10 hari : 3kg
18 hari : 3.5kg
34 hari : 4.5kg

Dan sekarang dah 42 hari tak tahu dah berapa berat si comel ummi ni.

Amani ok. Sepanjang berpantang bukan jenis nangis nangis kecuali bersebab. Biasalah baby, nak susu @ diaper basah @ nak ngempeng dgn ummi @ colic. Haaa. Tang colic xtahan sikit. Colic a.k.a kembung. Setelah dikaji, anak ummi ni rupenya kalah bila ummi dia minum kopi. Huhu.

Amani bila kembung merengek.. Tidaklah nangis jerit jerit. Tapi ummi sedih nengok mata amani sampai dok merah keliling nak jadi eyebag.

Oh ye.. Progress amani alhamdulillah baik. Sekarang dah pandai kena agah. Ketawa ketawa dia. Lelagi kalau daddy atau tokmak yang agah. Suka betul dia. Ilmu ketawa dia bawa sampai tidur pun ketawa. Hihi..

Oklah, sampai sini dulu lah. Ayu belanja gambar dhiya amani pagi td. Subuh dia dah bangun nak tengok daddy dia balik jb nak keje. Ayu dan amani masih kat muar. Cny ni baru balik jb.