Nuffnang

23 February 2015

Teringin Ber Ring Sling

Assalamualaikum.

Amani dah 50 hari. Pernah 1x bawa jalan jalan guna stroller. Nampak selesa amani tidur dalam tu. Tapi, bila amani bangun, amani nak di dukung. Dan biasanya amani nak BF. Biasala kan newborn...

Sejak ada baby,ayu banyak study mengenai babywearing. Ayu dan hubby cadang nak beli SSC. Yela.. Nampak mudah kan macam kendong beg je. Tapi after study, nampaknya Ringsling yang paling molek untuk NB mcm amani. Lagipun RS pun sesuai gak pakai sampai toddler. Ssc untuk NB tak bape sesuai.

Ayu mulanya takut nak beli RS. Sebab kain kan.. Nampak  tak secure. Tapi lepas baca baca dan baca. Sebenarnya kalau pakai dengan betul, material kain tepat dan ringnya aluminium insya allah baby selamat dalam pelukan kite.

Alhamdulillah, blogger kak ina banyak bantu ayu. Beliau tak lokek nak sharing everything about RS. Siap bagitau vendor list dan offer kat tinytapir lagi. Hehe.. Selain itu, ayu ada lah jugak usha kat fb : Malaysian Babywearers FSOT and rental. Dah nampak orang nak letgo rs berkenan dan dalam lingkungan bajet, tetiba esok pagi bukak da sold. Tu lahhh..lambat sgt buat keputusannn.. Huuu..

Harapnya ayu akan dapat memiliki RS yang sesuai untuk gendong si comel Dhiya Amani. Hehe..

Love,
Ummi Amani

5 comments:

Fuza Musa said...

InshaAllah
Setiap ibu mahukan yang terbaik buat anak2nya

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu.. wahh RS memang awesome.. sheila dulu teringin gak nak pakai tapi adam berat so takleh guna hahahha terus beli ssc je. hihiii

thisni3zahata said...

Saya suka ring sling. Saya beli brand jumpsac. Kain & ring dia pada sy kukuh & meyakinkan...huhu

sya mimie said...

Mcm zahra ni dh 5bln berdukung je. Stroller elok tersimpan. Ntah bila la dia nk naik. T____T

izzeyda said...

in shaa Allah ada nanti.. kena rajin cari dan survey sini sana jer..