27 May 2014

Cuci Gambar 23 sen sekeping

assalamualaikum

sejak bertemu jodoh dengan PIXAJOY, ayu memang dok cuci cuci gambar kat sini. Even orang kata rumit. Pada ayu tidaklah rumit mana. Register PIXAJOY, beli online voucher, pilih dan upload gambar dan beberapa hari kemudian, gambar di pos kepada kita. Simple!

Murah pun murah. Lagi-lagi time dia buat promosi. Macam yang baru je ayu beli ni. Cuci gambar 4R sebanyak 192 keping dengan harga RM44 sahaja. Dia tulis situ nilai asal RM115.20 tau.
Super duper murah tu ayu rasa. sebab kat kedai, ayu tanya. sekeping 4R 50 sen dah sekarang.


macam-macam promosi diorang. Kalau nak usha-usha, boleh ke web PIXAJOY ni ya. Photobook pun tengah sales tu...

entry pixajoy sebelum ini 

19 May 2014

Teh Tarik Blog

assalamualaikum

Sape suka layan coolblog?
saje nak share, ayu sejak mula dah terminum Teh Tarik Blog + Vanilla + Coffee Jelly memang terpaut terus la. Mahal gak tu, RM 4.20/cwn. tapi sedap punya pasal, beli gak. even tak pernah berjaya habiskan secawan ni pun. mesti kena ada bantuan untuk habiskannya. hihi


Segmen Blogging + Menang Hadiah!

Assalamualaikum. lama xupdate blog. harini free dan sihat sikit nak update. 
kite join segmen anjuran blogger YUMIDA ye.heheh..


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

14 May 2014

HIJJAZ - JANJI KHALIFAH

Assalamualaikum

Lagu kalau sedap didengar, 1st time dengar terus jatuh cinta.
Benda ni terjadi bila ayu tengok dan dengar lagu nasyid janji khalifah oleh hijjaz.
Dengar sekali pun cukup buat ayu jatuh hati terus dengan bait-baitnya, muziknya... semua catchy lah. Good Job Hijjaz!

Kalau lagu dan muzik tu mengembalikan ingatan kita pada sang pencipta, tak salah kan jadi halwa telinga...
Ape lagi..jom layan...

 

Lirik Janji Khalifah oleh Hijjaz

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa
Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah

Sesungguhnya di akhir yang nyata
Setiap nyawa kan kembali padaNya
Dihimpun dihitung semuanya

Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)

Tunduk dan pejamkanlah mata
Rasakan getaran kalimahNya
Jadi nadi dalam diri suci

Semat utuh apa yang diikrar
Tika jasad dihembuskan nyawa
Hanya satu yang disembah, Allah..
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)
Subhanallah Alhamdulillah Allah Allahu Akhbar (oh Ya Allah)

Ke mana hilang janji dan sumpah setia
Menjadi hamba yang Esa
Walau digoda indah dunia
Mengapa kini hanya tinggal kata-kata
Tenggelam dalam lumpur dosa

Kembalilah
Bernafaslah dalam hela syahadah

Tidakkan jatuh langit menimpa kepala
Jua takkan retak hamparan bumi yang enak dipijak
Namun cukup sekali seru pemilikNya
Seluruh semesta menyerah

Sesungguhnya solatku, ibadahku dan matiku
Untuk Allah Tuhan sekalian alam

Liebster Award #1

assalamualaikum

Blogger Hajar tag saya untuk jawab soalan-soalan beliau.
saya jawab ya..

1. macam mana terdetik hati tu nak jadi seorang blogger?
-Ayu ada blog dari umur 16 tahun. masa tu pakai friendster blog. Lepas tu baru la jebakkan diri dengan blogger hasil kajian dan google sendiri. 
2. kawan atau family tau tak anda ni blogger?
-Kawan majoriti tahu, family? sesetengahnya mungkin tahu..
3. pengalaman jadi blogger...manis atau pahit?
-Manis sebab ramai sahabat yg supportive belaka. Pahit pun pernah, sebab blog sy pernah di stalker oleh seorang perempuan dan amik phone number saya kemudian buat tuduhan bukan-bukan. Ayu dah tutup pun blog tu since 2011. sayang sangat..
4. asal mane?
-Muar Johor Malaysia
5. Artis lelaki/perempuan yang anda minat?
-Tak pernah lagi admire sangat kat sape-sape. Ustazah a.k.a novelis a.k.a penulis skrip drama bole? Admire kat ustazah Fatimah Syarha. Buah fikirannya selalu menenangkan.
6. Teringin untuk jadi sesiapa tak?
-Tak nak jadi orang lain. Syukur dah dengan diri sendiri.
7. Apa yang paling nak dalam hidup?
-Nak bahagia dan membahagiakan.
8. Anda ni student ke worker? keje mane..study mane?
-Worker di JB. & always a student di bumi Allah yang tak habis-habis di gali ilmunya. Makin di gali makin banyak kurangnya.
9.bila orang tau anda ni blogger..pernah kena kutuk tak?
-tak pernah. Tp pandang pelik ada lah kot.
10. pendapat anda mengenai lelaki/perempuan? kalau anda perempuan kena bagi pendapat mengenai lelaki dan begitulah sebaliknya
-Lelaki? Ayu nampak lelaki tu suami ayu lah. Seorang yang bertanggungjawab, penyejuk hati ayu, penyayang, penyabar dan rajin tolong ayu masak. hihi
11. Pendapat anda mengenai blog hajar=)
-Sejuk mata masuk blog hajar sebab kaler putih dan biru. Rajin betul Hajar ni update mengenai drama-drama melayu...

13 May 2014

Jambu Batu Vitamin C Tinggi

Assalamualaikum

lama dah tahu, sebab mak selalu cerita antara buah yang paling kaya dengan vitamin C ialah jambu batu.
mak kata, bagus untuk amalan makan terutamanya untuk ibu-ibu mengandung, kan kena banyak makan vitamin C.

3-6 kaliganda banyak dari vitamin C dalam buah oren.
10 kaliganda banyak dari buah betik.
30-60 kaliganda banyak dari buah pisang.

Dah google, memang betul kata mak ayu. Plus boleh turunkan kadar kolestrol, anti oksidan, boleh turun berat badan dan macam-macam khasiat lain.

Lepas ni nak pi cari jambu batu lah.hehe

rujuk : Khasiat Jambu Batu




GA cuci lemari by mamamursyid.blogspot.com


KLIK banner untuk join ya.

Entry pagi-pagi, ayu join GA cikgu ni. hehe.

jawapan : 
1- Siapa nama anak mama mursyid ?
 Ahmad Mursyid Bin Ahmad Khushairy
  

2) Apa pekerjaan mama mursyid?
Guru 
nak wish sekali : happy teachers day :)


12 May 2014

Fridge Magnet

Assalamualaikum

semenjak akhir-akhir ni terajin membuat fridge magnet.
Ayu pun jahitlah eskrem, terung, cili, telor dan sudu garfu.
semua dah sold kecuali cili sbb customer ayu tu dah pernah beli cili dengan ayu..
ayu gantikan cili dengan ikan sebab dia nak 5 pcs kan.




Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com


Assalamualaikum
ayu join GA mama..




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 

Follow Blog :


Like Page :



Syarat utama :
  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveaway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveaway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveaway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

11 May 2014

CPUV 7,8,9 - Olay, VWJetta CKD, & Mc Donald

Assalamualaikum

slow sikit update. kesihatan kurang memberansangkan sekarang ni.
entry ni ayu share 3 cpuv ayu dapat bulan Mei ini.
Alhamdulillah syukur.
even ciput-ciput je income, tapi sikit sikit lama-lama jadi bukit.hehe

CPUV ke 7 dari Olay AQ Lighthouse
CPUV ke 8 dari VW Jetta CKD Launch
dan CPUV ke 9 dari Mc Donalds Hello Kitty.



Thanks pada semua yang masih sudi singgah blog ayu, dan thanks pada nuffnang dan para advertiser yang banyak beri peluang pada ayu.

:)

08 May 2014

Klebang Original Coconut Shake

Assalamualaikum.

ni citer lama. Masa ikut suami ke melaka untuk kursus haritu.
sebelum balik muar, kami pekena coconut shake yang super glamer kat melaka ni.

memang sedap dap dap.
tak lokek eskrem vanilla pun. :)

no wonder la kawan somi ayu sanggup drive JB -Melaka semata nak beli coconut shake ni
dan patah balik JB smula.

ish ish ish

tak susah cari, ayu google je map nak ke kedai ni. :)

Happy Hour Giveaway

 photo 1015027-nickelodeon-teams-usps-spongebob-mailpants2_zps5900f26f.jpg

ayu join GA yg senang-senang je. hihi. jom join GA ni. klik banner atas ya.
dapat hadiah tupperware tau. bukan tipuware. hehe

MULA 7 Mei 2014 [ UPDATE ]
TAMAT 13 Mei 2014, jam11.59 malam.
UMUM PEMENANG 14 Mei 2014

05 May 2014

Rojak Orang Lama

Assalamualaikum

Hampir setiap isnin, ada pasar malam kat Permas 1 ni, ayu mesti ke sana. Selalu ayu beli jagung rebus la. Memang favorite sangat. Encik suami pula, dengan rojak special kegemaran.


Tak silap ayu, pakcik yang buat rojak tu digelar haji / pakteh. Sebab selalu 2 nama ni ayu dengar orang panggil. Dan stall bergeraknya (guna motor) diberi nama ROJAK ORANG LAMA.

Serius ramai yang berkenan dengan air tangan pakcik ni.. Sampai beratur. Tak de main tempah tempah. order ambil sampai turn kita. dan pacik buat rojak tu on the spot.

Ayu pernah tanya. "Lama dah pakcik buat rojak?"
Jawab pakcik "Sejak ko belum lahir lagi. 1974"
Ayu balas sambil senyum tanda respect. "Masa tu mak saya pun kecik lagi pakcik."


01 May 2014

CPUV 6 - KFC Zinger Reloaded [TVC]

Assalamualaikum

Alhamdulillah..
dapat 1 lg cpuv setelah senyap sunyi je blog ni dari BE dr mr nuff. BE dr downy tu pun tak gerak2 dah seminggu amaun nya. tapi idok lagi credited.

Thanks ya Mr Nuffnang dan pihak KFC. ni dah kali kedua KFC kasi peluang untuk tumpang beriklan di blog kecil ayu.

thanks juga kat kawan-kawan blog yg sudi singgah bertandang ke sini. :)

syukur..