Nuffnang

28 August 2014

Tutorial DIY Hanging Dish Towel

Assalamualaikum

Lama dah tak share DIY project simple dimple ayu kan. hihi
Harini rajin sikit snap gambar masa buat tadi, so boleh lah sharing dengan u olls..

Bahan-bahannya :
Tuala Kecil
Kain Cotton
Velcro tape/Butang Ketap
Hiasan - Button/Bunga

1- Mula-mula sediakan towel yang korang nak guna. Ayu pakai towel jenis panjang tu, tapi besar sikit jenis ni, ayu kerat dua. boleh buat 2 Hanging Towel lah. hehehe

diy tuala lap tangan

2-Seterusnya, lukis kat kertas template/pattern yang korang nak guna.boleh rujuk blog omputih ni. sini , sini dan sini. Ayu guna pattern sesuka hati. hehe. Kemudian tekap kat kain yang korang nak gunakan.


3- Dah tekap tu, lipat dua kain tu, dan jahit. tak yah potong ngam-ngam dulu, karang payah nak comelkan kalau terjahit senget.


4- lepas tu baru gunting kelilingnya dan tinggalkan sikit basi.


5- Terbalikkan kain yang dah jahit tadi dan iron bagi kemas. Bahagian bawahnya ayu lipat masuk ke dalam dan iron juga bagi mudahkan urusan nak menjahit nanti.


6- Settingkan tuala ke dalam kain tadi dan pinkan supaya tak lari.


7- Jahit sambung tuala dan kain serta ayu jahitkan keliling kain atasnya tu untuk kekemasan. (even ayu jahit tak kemas pon. hihi. Kemudian boleh letak velcro tape(yang zap zap lekat-lekat tu) atau guna kan butang ketap. nak jahit lagi baik. ayu gam tembak. hihi


8- Hias dengan bunga/button atau apa saja ikut kreativiti korang. bunga tu diy je. ayu ada share diy bunga yoyo (klik sini) di entri lepas.


9- Siap!! Boleh gantung dah.hehehe.. lagi sebelah baki tuala ayu nak buat spesis lain pulak nanti. kalau free, ayu share ya..

diy tuala dapur
hanging dish towel







27 August 2014

Pregnancy : Ayu, Baby girl ke boy?

Assalamualaikum

alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi.. Usia kandungan menginjak 5 bulan. Harini dah 21 week+ dah. Dan bila dah 5 bulan ni, banyak lah soalan seperti di bawah :

Ayu dah scan belum?
Ayu baby girl ke boy?

Atau tak kurang jugak yang meneka jantina dalam kandungan ayu ni.

Mostly kata girl. Hihi. Not sure kenapa diorang dok teka girl nih. Sebab perut belum nampak sangat. Baru nampak sikit. Masih boleh berbaju kurung.

Cume ada mak saudara ayu kata, ayu nampak manis dan cantik! Tu yang dia kata ngandung girl tu. Aniyoniyo... Cantik??? Mih mih mih.. Senyum simpul ayu orang kata kite cantik. Padahal, early pregnancy haritu muka ayu memang serabut dengan jerawat. Ni pun masih ada seketol dua. Cume dah banyak kurangnya. So, tak sure lah tang mana cantik dan manisnya. Cantik mekup tu memang taklah. Sebab ayu pakai bedak dan lipstik sahaja. No eyeliner, no pemerah pipi, no eye shadow, no shading-shading pun. Oh, mungkin mata makcik ayu nampak gitu. 

Yang ayu tahu..ayu makin mengembang jela. Haha

Ayu cadang nak scan week 24. Sebab boleh buat details scan sekali. Tak yah lah banyak-banyak kali dok gi klinik je. Dan masa ayu week ke 25+ nanti ada baby expo kat persada. So, macam dah sesuai kot nak gi baby expo tu sebab kandungan dah 6 bulan lebih. :)
Ayu tak kisah boy ke girl. Dua dua pun tetap akan jadi anak ummi daddy. Yang penting baby sihat, sempurna dan jadi anak soleh/solehah yang bakal kirim doa untuk jadi bekalan kubur untuk ummi daddynya..

Doakan ayu dan baby ya..

Last week masa gi singapore ziarah makndak ayu. 


Chok Dah Sembuh

Assalamualaikum

semalam kan ayu ada cerita kaki chok patah sebab jatuh dari rumah (tingkat 3). Tapi tengahari ayu dan hubby balik dengan niat nak bawak chok pi veterinar, tengok chok dah tak sakit dah. Cume dia dok baring kat tempat yang suami letak sebelum gi kerja. Setia betul. Maksudnya tak patah lah kaki dia. cume mungkin sakit tu sebab dengkot dengkot semalam. harini ayu picit-picit kakinya tak de pun mengiaw, macam tak pape je.

masa ayu balik lunch semalam tu, dia mengiaw suara manja dan sedih. mengadu mungkin. hihihi

cume selera makan dia macam ada terbantut sikit dan fobia betul dia nak main kat tempat dia jatuh tu. Dan kebecokan mulutnya pun semalam agak terbantut sikit.tapi semalam jela.. pagi tadi macam biasa, pukul 6 pagi dia dah becok balik. hehe

sekarang dia dah sihat dan terkinja-kinja dah pun. hehehe.. alhamdulillah..

ni favorite dia. tengok ayu menaip bunyik tik tok tu suka betul dia. pastu kejar cursor. ajela jahanam pc baru ayu. hihihihi

CPUV 15 - HP PC Demand Gen Digital

Assalamualaikum

syukur.. dapat cpuv ke 15 tahun 2014 ni...kali ni daripada HP.
Belum nampak lak menari-nari iklan HP ni.. kalau nampak nak gak ayu tengok apa isi iklannya. hehe
kalau korang ada nampak iklan HP ni dan nak tahu lebih lanjut boleh klik ya...


Thanks mr nuffnang & HP sebab sudi pilih blog kecik ayu ni untuk iklan besar tu :)

25 August 2014

Chok Jatuh Dari Tingkat 3

Assalamualaikum

Dah sebulan pelihara haiwan kesayangan nabi ni. Chok nama diberi. Ambil dari rumah mak. 

Kenapa chok? Sebab mak kata.. Kucing ni becok. Yes! Correct. Memang bising mulut dia. Kalau time mood dia nak bermain, orang tak layan dia..mula lah.. Mengiaw. Kalau nak makan pun miaw-miaw. Nampak cicak atau serangga miaw miaw lagi. Kadang-kadang memang tak semena dok miaw. Hehe

Chok ni manja gila. Tu la yang laki ayu dok beriya nak bawak balik rumah JB ni. Dahla dok floor 3. Nasib baik chok ni cerdik sikit. Tak pernah lagi terbuang najis selepah. Sampai je rumah, tunjuk dia kat tempat berak dia, terus je paham sampai sekarang.

Tapi.... Lepas ayu g keje tadi, suami whatsapp cakap..


"Chok jatuh dari dapur"

"Haaa?? Mati??" My first reaction.

Haa!!! Terperanjat ayu. Menurut suami, masa tu jam 7.30 pagi suami ayu tengah mandi nk siap g kerja. Dengar chok mengiaw sangat kuat. Tengok-tengok dia dah tergolek ke bawah. Aduhai hati. Chok tu kecik lagi. Baru 4 bulan. Jatuh gitu, tak ke fikir dia mati. (Ayu masuk keje jam 7).

Suami kata tak mati. Tapi dia dengkot-dengkot lah jalan. Mungkin kaki kanan depannya patah. Dok wat menahan badan masa jatuh kot. Alahai cian betul anak angkat kitorang ni. Tapi dia memang ligat. Rasanya dia main kat balkoni dapur tu. Dia suka kacau pokok cili ayu kat situ, pastu tergelincir kot. Tu terjatuh tu.

Tak pasti rawatan macam mana yang boleh buat kat rumah sementara nak gi vet untuk bantu my little cat ni. Malam baru free nak gi vet sebab siang kami kerja. Lunch time nanti baru balik tengok chok.
:(
Menahan sakit kakinya...

24 August 2014

Kesan Permainan Telefon Rosak Dalam Kehidupan

Assalamualaikum

Permainan telefon rosak cukup sinonim dengan kita. Seingat saya ketika zaman sekolah jika ada kem-kem dilaksanakan, guru/fasilitator suka menggunakan permainan ini sebagai medium untu memberitahu kepada umu mengenai kesan dan akibat maklumat tidak sampai dengan sempurna. Boleh pincang! Ibarat maklumat tak sempurna tu boleh jadi fitnah.

Jom aplikasi dalam hidup.

Contoh 1:
Infomasi dari ketua/bos kepada staf kewangan agar memaklumkan kepada semua pekerja untuk menyerahkan maklumat perbankan yang baru sejak pertukaran jumlah 10 digit nombor akaun bank(cimb).

Jika staf kewangan itu ambil mudah dan tidak maklumkan secara keseluruhan kepada semua pekerja, akan ada urusan tuntutan(claim) yang tidak boleh diproses. Akibatnya pekerja yang terbabit tidak menerima claimnya hanya disebabkan infomasi berkaitan 'update' nombor akaun baru tidak sampai kepadanya. Sebab setahu pekerja itu, semua urusan bank in/transfer/gaji masih guna nombor lama dan sepatutnya tidak menjadi masalah(setelah disahkan oleh bank).

Rupanya itu prosedur dari pihak atasan. Relevan atau tidak, pekerja itu wajib patuhi. CUMA. SILAPnya pekerja itu tidak mendapat informasi yang sepatutnya. Lihatlah! Kesan 'telefon rosak'.

Contoh 2:

Kes-kes fitnah dan umpat juga umpama telefon rosak. Asalnya tuan badan bercerita sesuatu yang baik dan benar mengenai dirinya tapi kalau di pendengar mentafsirkan dengan kefahaman yang berbeza, kemudian menyampaikan kepada orang lain dengan kefahaman dan sangkaan peribadi sendiri pun dah mengubah fakta asal. Betul tak? Si pencerita dan pendengar pertama mungkin masih sah benar dan sempurna faktanya, namun kadang-kadang jadi berubah bila dah sampai orang ke-3,4 dan seterusnya.

Contohnya lihat perbualan ini.

"Kak timah cuti ni ke mana?" Tanya Senah.
"Alhamdulillah suami ajak buat umrah," jawab kak timah ringkas.
"Oh... Alhamdulillah..seronoknya.."

Pastu senah dok cerita kat minah pulak.

"Bestnya jadi kak timah...cuti panjang ni suaminya ajak berumrah" kisah senah.

"Oh yeke? Eh, diorang gi sana tu berhutang ke? Tengok kak timah tu rumah pun buruk je.. Ada duit ke?" Tanya minah penuh rasa tertanya-tanya..

Tengok tu?

Asalnya elok je senah dan kak timah bercerita. Tapi bila jadi telefon rosak, boleh dibayangkan lah cerita seterusnya mesti banyak tokok tambah dan pengurangannya. Allahu... Bahaya. Jadi fitnah tak memasal.

Tengok lah permainan telefon rosak dalam kehidupan realiti. Kesan dan akibatnya sungguh besar.

Muhasabah diri kita. Sebab kadang-kadang kita pun main telefon rosak juga. Cume samada jadi orang terakhir sebagai mangsa, orang tengah sebagai pengantara ataupun pencerita asal sebagai pencetusnya.

:)

21 August 2014

Promosi Photo book Murah RM57 di Pixajoy

Assalamualaikum

sempena bulan kemerdekaan 2014 bertemakan Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta, Pixajoy buat promosi untuk print photobook dengan harga serendah RM57. Rasanya ayu tengok segala size dan pages yang di tawarkan tu semua harga RM57/book.

siap kalau korang order :
Stylish Layflat Hardcover
Photo Book 6" x 8"
Portrait or Landscape, 20 Pages
RM57

NORMAL PRICE
RM 165
YOU SAVE
65%

dapat FREE

FREE Mini Softcover 6" x 6", 36 pages
Photo Book *



Apa lagi.. untuk yang kaki cuci gambar, kaki print photobook.. jom la join offer ni. Tempoh belian sehingga 31 Ogos 2014 dan voucher sah digunakan sehingga 2 Mac 2015. So, boleh beli awal kalau rasa nak guna untuk wedding or coming baby hujung tahun ni atau awal tahun depan. hehe..

Ayu pun cadang nak tempah 1 photobook.. hihi..

Jom order sama.. kat link pixajoy ni..

Ayu selalu review pixajoy di sini.

Hadiah Untuk Pengantin Baru Part 2

Sambungan dari entry malam tadi Hadiah Untuk Pengantin Baru Part 1.

6- buku ilmiah 

Ayu dapat 3 buku. Antaranya bertajuk Pengantin Alquran, indahnya hidup bersyariat dan juga buku berkaitan adab bermusafir. Allahu.. Ayu suka sangat dengan hadiah macam ni. Bermanfaat besar. Dan pastinya kalau kita kasi orang sesuatu yang bermanfaat lantas orang menggunakannya, kita pasti turut mendapat sahamnya. Sebelum ni pun ayu biasa kasi hadiah berbentuk begini.

7- set pinggan mangkuk dan cawan gelas.

Set pinggan mangkuk ayu suka juga. Dan ayu pun ada juga dapat set mangkuk. Untuk set cawan dan gelas... Bukan tak suka, tapi kadang tu rasa macam lambakan dari pemberi sampai tak dapat nak guna semua. Ayu pas hadiah tu kat mak. Boleh la mak bergaya dengan set cawan gelas yang baru. Tapi set cawan dan gelas yang siap ada jug/teko ayu ambil beberapa set untuk kegunaan sendiri. Maybe korang boleh tukar hadiah tu pada sesuatu yang lebih menarik jika nak juga bagi set macam ni contohnya set mangkuk aiskrim yang comel-comel, set bekas kuih raya atau set dulang ke. Mungkin lebih berguna sebab mesti ramai dah bagi hadiah gelas cawan. Hehe.

8- frame, album, voucher photobook/cuci gambar.

Ayu dapat frame. Antara frame yang best tu kawan ayu tempah personalized gambar nikah ayu dan suami. Ayu nikah awal, so member ayu tu ada masa nak tempah khas. Sangat touching dan super suka ayu masa tu. Selain tu, korang boleh juga hadiahkan frame, album kosong agar pengantin boleh isi dengan gambar kemudian hari. Voucher yang ayu sebutkan tu best gak. Ayu tak pernah bagi as gift.. Tapi rasanya good idea tu. Untuk frame dan album tu rasanya kos tidak tinggi. Sesuai kalau ada jemputan kahwin di kala tengah bulan. hihi.. Kalau korang nak bagi gift berbentuk voucher photobook pun ok gak. boleh guna servis PIXAJOY. kadang-kadang ada offer harga dia best.

9- Jam dinding

Ayu dapat ni dari teman sekerja. Bagus juga ni. Tapi kena make sure jam kita hadiahkan tu kualiti dia ok sebab kalau yg below rm10 tu macam agak cepat rosak. 

10- Kain pasang atau pakaian

Ayu dapat 4 helai kain buat baju kurung. Seronok gak ni. Tinggal hantar tempah je. Harga pun..kira ok kan. Mampu beli.

11- Personalized craft item.

Ni ayu tak de dapat. Mungkin sebab ayu sendiri yang selalu DIY dan orang tempah kat ayu, sebab tulah diorang tak hadiahkan benda ni. Biasanya kalau orang tempah hadiah kawin ni, diorang suka bagi bantal yang siap dgn nama pasangan pengantin, car charm dan juga keychain.

12- Barang Hiasan

Antara barang hiasan yang boleh dihadiahkan ialah pasu bunga, hiasan dinding dan juga cermin. Ayu ada dapat cermin comel untuk letak atas meja. Siap deco dengan teddy bear lagi. Pernah nampak kat kedai harganya dlam rm25-30 jugak.

13- Duit.

Ni paling senang. Selalu je kawan-kawan pengantin dtg kat pelamin bergambar dan kasi sampul berisi duit. Hihi.. Alhamdulillah. Dapat pengantin plan beli sendiri apa yang dia nak.

Setakat yang ayu teringat dan terfikir nak share ini jelah dulu ya. Kalau ada yang lain...nanti ayu selit-selit.
Kita kasi hadiah bukan bertujuan nak membangga diri atau menunjukkan kemampuan diri si pemberi. Tapi sebaliknya secara peribadi, ayu merasakan hadiah yang bermanfaat kepada pasangan yang baru nak mulakan hidup ni memang sangat membantu. Lagi-lagi kalau pindah rumah baru. Semua benda tak de, hadiah-hadiah ni lah jadi berguna.

Ni dah start dah ayu dapat undangan jemputan kahwin, maklumlah nak masuk fasa hujung tahun dah. Orang pun dah mula order doorgift tasbih untuk wedding hujung tahun.
:)

20 August 2014

Hadiah Untuk Pengantin Baru

Assalamualaikum

Ramai orang google tajuk tu kan? Ayu salah seorang yg dulu-dulu suka sangat google bila nak kasi hadiah wedding member.
Berdasarkan hadiah yang ayu terima hari walimah lepas, ayu akan share kat sini beberapa jenis hadiah yang sangat baik dan bermanfaat kepada pasangan pengantin baru. Kebanyakan hadiah-hadiah yang ayu senaraikan ni yang biasa-biasa dan mampu untuk dibeli lah.


1- Telekung & Kain Pelekat.

Ayu dapat hadiah ni dari seorang member baik sekolah menengah, dia kasi set dua benda ni. Sesuailah sangat sebab suami isteri memang guna. Time solat pulak tu. Allahu Robbi, semoga Allah memberkati si pemberi. Sebab bermanfaat sungguh pemberian ini.

2- Cadar/Comforter

Ada rakan dan saudara ayu yang kasi benda ni. Memang berguna la kan. Terutamanya yang sebelum kahwin guna katil single, haruslah memerlukan cadar queen bila dah kahwin. Seronok menambah koleksi bertukar-tukar cadar. Tidaklah ia satu warna sahaja setiap minggu. Lagipun cadar tak mahal, kat katalog-katalog banyak kan? kat Jusco dan Tesco pun banyak pilihan.

 3- Tupperware/Mangkuk isi lauk/tomyam/sup

Tupperware kan satu brand yang sangat berkualiti. Haruslah terkinja-kinja bila mendapatnya. Ayu dapat 1 set canister tupperware yang dalamnya ada 3 pcs berbeza saiz yang harganya cecah ratus-ratus gak. Ouhhh.. happy bangat menerimanya.. hihihi. Selain itu ayu dapat dua mangkuk besar kaca yang biasa orang letak sup atau tomyam tu. hehe... best woo.. hihihi.. berguna raya kali ni bila ayu hidang mihun sup untuk orang datang.hihi

4- Alat Elektrik

Yang ni ayu dapat blender dari saudara belah suami. Ayu dah ada dah blender ni. Tapi ayu simpan lah, esok-esok rosak ada lah spare nya. hihihi. Selain tu ayu dapat sanwich maker, toaster, coffee maker dan dua biji thermopot. Tu semua dari kawan-kawan. Kalau korang berduit. hadiahkanlah tv ke, mesin basuh ke, peti sejuk ke... hihihi..

5- Periuk, kuali, set pisau, set canister dan lain-lain alat memasak.

Haaa..yang ni memang ayu super eksaited menerimanya. kawan ayu masa kerja bank yang hadiahkan kuali non stick dan ofcos ayu menyukainya sebab kuali tu nonstick. masak lah apa pun tak melekat. hihihi. dia kasi besar lak tu. tapi tak ingat la apa saiz dia.. rasanya diameter 30 cm tak silap. Kalau korang nak berikan hadiah jenis set memasak kat dapur ni amatlah ayu setuju dan recommended.


Sekian untuk malam ni. Nanti ayu sambung lagi dalam Hadiah Untuk Pengantin Baru Part 2 ya. hehehe.

Korang boleh juga sharing kat komen apa hadiah best yang korang terima masa wedding korang. atau apa hadiah yang korang pernah beri kat kekawan korang..


CPUV 13 & 14 : Mayfair Bodyline & IKEA - SISAN

assalamualaikum

alhamdulillah.. dalam pada kurang update sejak raya dan susulan dari itu lappy rosak pulak, sejak berPC baru ni cek-cek kat nuffnang, dapat 2 cpuv. alhamdulillah.. syukur syukur.. boleh menabung untuk baby. hihi


yang ke 13 dari Mayfair Bodyline dan yang ke 14 dari IKEA.

Syukur..

thanks a lot kat kekawan, yang terus menyokong ayu.. :) dan thanks juga kat mr nuffnang, mayfair dan ikea kerana memberi kepercayaan kepada www.ayuzan.com untuk bermedan iklan. hihihi

19 August 2014

Doorgift Tasbih Dalam Uncang

Assalamualaikum.

memandangkan ayu dah tak morning sickness dan ayu pun dah ada PC untuk buat kerja-kerja meniaga ni. Ayu dah open order semula untuk belian tasbih yang siap dengan uncang beserta TQ tag.

Untuk belian atau maklumat lanjut berkaitan harga doorgift tasbih dalam uncang ni boleh terus rujuk blog tasbih ayu di SINI.

Kalau area JB atau Muar nak order boleh COD juga untuk memudahkan dan menjimatkan.

Tasbih pelangi dalam uncang

Tasbih Pesona dalam uncang

TQ :)

18 August 2014

Nasi Kandar Kegemaran

Assalamualaikum

Dulu zaman study diploma ayu buat di politeknik seberang perai. So, ofcos ketika tu lah ayu first time menjamah nasi kandar dalam seumur hidup. Masa duk kat Muar tak pernah pun terfikir nak makan nasi ni. Mula nya ramai lah dok fikir makan nasi kandar sakit perut sebab ada kari banyak. hihihi.. Tapi alhamdulillah perut ayu tak sakit pun. Sedap lak tu lalu kat tekak.

Pastu sekarang bila pregnant ni, dah 3x pi ajak encik laki makan nasi kandar. Actually ayu cume nak makan nasi + ayam oren dgn kuah kari + masak kicap dia. Sedap betul ayu makan nasi kandar lately. padahal sejak habis study tak pernah pun makan lagi nasi ni.

Kat Mydin Taman Rinting ni ada Nasi Kandar Padang Kota. Suami ayu tak pernah pun makan nasi kandar sebelum ni,tapi hasilnya lepas try beliau kata OK lah.. Sebaliknya ayu lah yang beriya kata sedap. hihihi. Masalah jugak ni, tiap kali gi belanja kat mydin, ayu mesti teruja bila nampak signboard Nasi Kandar Padang Kota tu. ayooyoo.. hahaha

macam ni la gayanya..

17 August 2014

Kisah bisnes tasbih ku

Assalamualaikum

Lama dah ayu tak update berkenaan bisnes tasbih ayu. Baru-baru ni laptop ayu rosak dan terus tak boleh guna dah. Habis semua benda berkaitan tasbih dah ranap. Kena start dari zero. Memang sedih. lagipun laptop kecik ayu memang dah tak boleh support dengan benda banyak urusan. Netbook asus yang 3 tahun ayu guna tu sebenarnya spec dia kecik dan hanya untuk online je, tapi di lantakkan dengan pelbagai urusan termasuk edit gambar. So, encik suami dan ayu berbincang dan akhirnya membuat keputusan untuk membuat sedikit (EH.. BANYAK!) dengan membeli PC terus. Hehehe.. Harapnya urusan lebih mudah dan sejarah tak berulang lagi.

sebahagian darinya

Dan, ayu baru je restock tasbih-tasbih ayu. Ayu restok yang tasbih orang suka beli iaitu Tasbih Pesona, Tasbih Pelangi dan Tasbih Digital (boleh rujuk blog tasbih di LINK ini) Dan in sya allah ayu akan start balik tawarkan khidmat untuk buat doorgift tasbih ni jika masih ada customer yang berminat.
3 jenis pack ni la ayu tawarkan
sekian, kalau ada yang minat boleh ke link yang ayu sebutkan di atas untuk tengok jenis tasbih dan details harganya. Atau direct je dengan ayu +60103787836.

15 August 2014

Balik kursus BTN

Assalamualaikum

Lega den. Dah habiskan kursus wajib. Hihi. 

BTN kali ni bukan macam zaman dulu yang hardcore dengan aktiviti luar yang ekstrem tu. Kalini kursus lebih pada pendedahan untuk kesedaran bahawa pentingnya mempertahankan martabat bangsa melayu... Siap ada tayang citer tanda putera lagi. Nangis esak esak den masa tonton. Syukur gelap. Idoklah segan. Hihi

Kursus ni hasil kerjasama KSKM (kesatuan sekerja kakitangan makmal) dgn BTN. So, tidaklah ketat macam zaman ayu pergi BTN dulu dulu. Yang asiklah dok keje masuk hutan je. Dan bukan lah kursus macam senior-senior yang hari-hari pakai baju putih kain hitam. Sempoi je. Pakai macam gi kerja(baju kurung) dan ada time aktiviti yang perlu pakaian sukan.

Tu pun untuk aktiviti sukan atau gerakan yang keras, pregnant mom tidak dibenarkan buat sebab sangat risiko. Kot la tengah lari tersadung batu. Naya je. Sebab ada ibu yang nak buat gak. tapi tak dibenarkan.
Ayu kan pregnant. Masa gi ni usia kandungan 19+week. Tapi semua orang tak tahu ayu mengandung. Yelah.. Baru nak menjejaki ke 5 bulan kan. Masih kecik je perut ni. Hihi. Tapi rupanya mengandung ni tak sama besar perut. Ikut orang. Sbb ada geng tu, hamil 21+week dia dah pakai baju maternity sbb dah membesar dengan jayanya. Sweet je nengok.

Okeylah. Tayang sekeping gambar ya. Sebab ayu macam jarang je amik gambar. Tak tahu ler ape yang dok bizi sngat. Hihi. Oh atau mungkin sebab terasa diri mula menggemuk dengan jayanya. Tu yg tak mau gambar. Haha

Nanti next time ayu akan citer pengisian menarik sepanjang kursus ya..

09 August 2014

Berkursus BTN di Kem Gunung Pulai

Assalamualaikum

Ayu baru je dapat tahu yang ayu punya nama tersenarai dalam senarai pembantu makmal sekolah menengah negeri johor yang diwajibkan menghadiri kursus Btn untuk kali ini. Sangat terperanjat sbb ayu tahu masa khamis petang lepas habis kerja. Dah landing-landing kat rumah pun tibe-tibe dapat phone call & sms dari kawan.

Surat pula ayu akan dapat hari ni (Ahad) dan kursusnya pula esok! Isnin-Khamis. 4 hari 3 malam berkampung di Kem BTN GUNUNG PULAI. Huhu

Atas inisiatif sendiri, ayu cari-cari orang yang boleh bagi info berkaitan dengan perjalanan program. Terutama apa yang perlu di bawa sebab lama kan.. 4 hari tuuu..

Mula-mula risau gak. Mengandung gini nak gi kem gini. Tapi. Positif... In sha allah baby ummi dalam rahim ni sihat, kuat dan selamat. Hihihi..

Cume awal-awal suami pesan bawa buku pink. Sebab kalau jurulatih suh buat benda berat senang nak tunjuk report doctor yang ayu ni pernah mengalami threatened miscarriage. Mohon dijauhkan dari sejarah berulang. Sgt takut... Huhu

Kawan-kawan doakan ayu ya.....

06 August 2014

Diy Maternity Pillow

Assalamualaikum
Actually entry semalam ayu ada cerita yang ayu berangan nak but bantal pregnant yang besar gedabak U shape. Tapi sebagai permulaan memanaskan badan yang berbulan sudah tak menggunting mahupun menyentuh mesin jahit, ayu mulakan dengan maternity pillow.

Pillow ni berbentuk C. Dan ada kalanya boleh diguna untuk support pinggang ketika duduk. Dan ayu juga guna ketika baring. Memang menarik. Kalau google memang ada banyak shape dan size. Semua tu terpulang pada kehendak masing masing.

Tak merugikan... Bantal ini juga kalau dah ada baby boleh jadikan nursing pillow. Letak kat pinggang ibu.. Dan letak baby atas bantal ni. Boleh menyokong penyusuan susu ibu..  Itu hasil pemerhatian ayu lah.

Tapi bantal ayu ni belum bersarung lagi. Nanti free sikit ayu buatkan sarungnya..

Oh ya.. Template untuk pattern buat bantal ni ayu belasah sesedap rasa je. Lukis atas surat kabar. Hehe.. Tapi korang boleh search kat google dan download pdf file untuk hasil yang lebih meyakinkan..

Sekian

05 August 2014

DIY mood bercambah kembali

Assalamualaikum
Ingat dulu-dulu sebelum kawin busy dengan projek bisnes DIY felt craft.

Bila nak kawin, busy dengan DIY untuk kawin contoh bantal nikah, pelamin nikah, veil nikah, goodies bag, kad kahwin, guest book dan lain-lain.

Start pregnant dan episod morning sickness bermula masa week 6 hingga week 16. Dan sekarang week 18 alhamdulillah dah segar bugar dan kembali boleh makan. Tidak lagi muntah macam haritu.

Bila dah sihat ni, terus mood nak diy berlegar di minda. Dah beberapa hari ayu dok mengidam dengan pregnancy pillow u shape. Harga... Mak aii.. 200++ la kan. Mula-mula encik hubby dah kata boleh belikan.. Tapi ayu dok kira-kira macam bole cut cost tu sebab ayu ada mesin jahit. Fibre/kekabu pun dijual berdekatan rumah. Nagoya pun dekat nak beli kain cotton. Dan tak de kos pos yang puluh ringgit tu.
So ayu offer lah untuk jahit sendiri bantal idaman ayu. Hehe..

Yang ayu tahu, baca dan dengar orang cakap, bagus tido mengiring ke kiri masa hamil. Tapi tu la.. Kadang sendal bantal kat belakang asik dok berjalan je bantal tu. Tu yang terus mengidam nak pregnancy pillow. Bantal kepala, bantal sendal belakang, bantal peluk semua cantum. Hehe.. Support badan kite dengan baik.

Cadangnya nak jahit sendiri lah. Tapi belum tahu jadi ke tidak. Hihi. Apepun, nanti ayu share ya.

Gini la contohnya.. Huhu..heavennya tido. Hihi. Bukan untuk pregnant je tau. Kalau back pain pun bagus pakai. 

Laptop comel saya rosak!

Assalamualaikum.

Lahai..seminggu raya tak on laptop, semalam dapat update blog 1x je. Pastu pagi ni on, dah tak mau hidup. Dan ada lah keluar tulisan tulisan tu.

Dan mengikut kata encik suami. Laptop ayu kena format.

Ntah bila sempat nak hantar pi kedai. 2 tahun 9 bulan pakai baru kali ni meragam.

Aktiviti berblog terpaksa dikurangkan. Sebab update guna phone ni tak leh masuk gambar. Nanti dia keluar kat blog besar gedabak. Hehe

03 August 2014

Selamat Hari Raya


Assalamualaikum

dah seminggu berhari raya baru je jengah blog kan. Raya sakan di kampung sampai tiada kesempatan nak berblog. :)

Alhamdulillah, tahun ni tahun pertama beraya bersama suami tercinta. Dan kite kasi can kat suami lah berpagi raya di belah suami. hehe. Tak pe, tahun depan kalau ada rezki dengan baby sekali pagi raya kat rumah mak pula. :)

Pagi raya ;)
Tapi syukur, dapat mertua yang sungguh memahami. Dah lepas salam-salaman maaf maafan, MIL suruh ayu dan suami ke rumah mak untuk hantar ketupat dan juadah raya. Dapat juga lah bersalam dan maaf-maafan dengan mak dan makan juadah raya mak even sekejap je kat rumah mak masa raya pertama. hehe

Nasib baik lah rumah mak dan MIL tu tak jauh sangat. Mak kat parit amal, MIL kat Serom 8. sape orang muar mesti tahu tak jauh mana. Dah siap 'munjung' juadah raya ke rumah mak, kami sambung beraya dengan MIL & family.

Raya ke-2 ke rumah mak pula :)

Raya ke-2 ke singgah raya kat air papan mersing 
 Gitulah sepanjang seminggu di kampung. Gilir gilir raya kedua belah pihak sebab dekat kan. Boleh la sehari di sana..Sehari di sini. hehehe

Alhamdulillah...



Kisah Bihun Goreng Di rampas

Alkisahnya ayu singgah gerai beli sarapan. Tengok ada bihun goreng. Terus capai dan nak bayar. Tetiba ada uncle tu terus rampas kasar bihun tu dari ayu. Pastu buat muka tak puas hati.

Eh eh..
Pehal lah pakcik ni.

Pastu ayu ambil la bihun yang dah siap pack masuk polisterin yang dah bersusun tu. Punyelah banyak makcik gerai tu dah siap cedok, yang kat tangan orang gak uncle tu dok minat.

Bila dia tengok banyak je bekas lain berisi bihun siap cedok dah. Dia terbengang sendiri. Pastu tak pandang pun muka ayu. Haha.

Mungkin bihun yang mula-mula ayu ambil tu di susun belah atas sekali dan uncle tu dah cop dia punya kot. Tu yang marah betul tu dia. Haha