Nuffnang

25 August 2014

Chok Jatuh Dari Tingkat 3

Assalamualaikum

Dah sebulan pelihara haiwan kesayangan nabi ni. Chok nama diberi. Ambil dari rumah mak. 

Kenapa chok? Sebab mak kata.. Kucing ni becok. Yes! Correct. Memang bising mulut dia. Kalau time mood dia nak bermain, orang tak layan dia..mula lah.. Mengiaw. Kalau nak makan pun miaw-miaw. Nampak cicak atau serangga miaw miaw lagi. Kadang-kadang memang tak semena dok miaw. Hehe

Chok ni manja gila. Tu la yang laki ayu dok beriya nak bawak balik rumah JB ni. Dahla dok floor 3. Nasib baik chok ni cerdik sikit. Tak pernah lagi terbuang najis selepah. Sampai je rumah, tunjuk dia kat tempat berak dia, terus je paham sampai sekarang.

Tapi.... Lepas ayu g keje tadi, suami whatsapp cakap..


"Chok jatuh dari dapur"

"Haaa?? Mati??" My first reaction.

Haa!!! Terperanjat ayu. Menurut suami, masa tu jam 7.30 pagi suami ayu tengah mandi nk siap g kerja. Dengar chok mengiaw sangat kuat. Tengok-tengok dia dah tergolek ke bawah. Aduhai hati. Chok tu kecik lagi. Baru 4 bulan. Jatuh gitu, tak ke fikir dia mati. (Ayu masuk keje jam 7).

Suami kata tak mati. Tapi dia dengkot-dengkot lah jalan. Mungkin kaki kanan depannya patah. Dok wat menahan badan masa jatuh kot. Alahai cian betul anak angkat kitorang ni. Tapi dia memang ligat. Rasanya dia main kat balkoni dapur tu. Dia suka kacau pokok cili ayu kat situ, pastu tergelincir kot. Tu terjatuh tu.

Tak pasti rawatan macam mana yang boleh buat kat rumah sementara nak gi vet untuk bantu my little cat ni. Malam baru free nak gi vet sebab siang kami kerja. Lunch time nanti baru balik tengok chok.
:(
Menahan sakit kakinya...

7 comments:

Khai♥Rin : anies said...

cian nyer diaaaaaa...cpt2 sembuh ya

Nurzakiah Hanum said...

ala cianya dia

memmet lenggeng said...

Allah kesiannya..syukur dia tak mati..pasangkan kadboard je kat kaki yang patah tu, pastu kalau pandai, buat kon kat leher dia, supaya tak aktif sangat, sebelum hantar kat vet

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu, siannya. mesti sakit satu badan chok tu. semoga takda pape yang teruk pada chok...

Farah Waheda Wahid said...

semoga chok cepat sembuh yer...sian dia....

Dilaella Ella said...

kesiannya chok, nasib baik tak apa2 moga cepat sembuh..

Sya Mimie said...

Syukur la xde pape yng serius...