Nuffnang

28 August 2014

Tutorial DIY Hanging Dish Towel

Assalamualaikum

Lama dah tak share DIY project simple dimple ayu kan. hihi
Harini rajin sikit snap gambar masa buat tadi, so boleh lah sharing dengan u olls..

Bahan-bahannya :
Tuala Kecil
Kain Cotton
Velcro tape/Butang Ketap
Hiasan - Button/Bunga

1- Mula-mula sediakan towel yang korang nak guna. Ayu pakai towel jenis panjang tu, tapi besar sikit jenis ni, ayu kerat dua. boleh buat 2 Hanging Towel lah. hehehe

diy tuala lap tangan

2-Seterusnya, lukis kat kertas template/pattern yang korang nak guna.boleh rujuk blog omputih ni. sini , sini dan sini. Ayu guna pattern sesuka hati. hehe. Kemudian tekap kat kain yang korang nak gunakan.


3- Dah tekap tu, lipat dua kain tu, dan jahit. tak yah potong ngam-ngam dulu, karang payah nak comelkan kalau terjahit senget.


4- lepas tu baru gunting kelilingnya dan tinggalkan sikit basi.


5- Terbalikkan kain yang dah jahit tadi dan iron bagi kemas. Bahagian bawahnya ayu lipat masuk ke dalam dan iron juga bagi mudahkan urusan nak menjahit nanti.


6- Settingkan tuala ke dalam kain tadi dan pinkan supaya tak lari.


7- Jahit sambung tuala dan kain serta ayu jahitkan keliling kain atasnya tu untuk kekemasan. (even ayu jahit tak kemas pon. hihi. Kemudian boleh letak velcro tape(yang zap zap lekat-lekat tu) atau guna kan butang ketap. nak jahit lagi baik. ayu gam tembak. hihi


8- Hias dengan bunga/button atau apa saja ikut kreativiti korang. bunga tu diy je. ayu ada share diy bunga yoyo (klik sini) di entri lepas.


9- Siap!! Boleh gantung dah.hehehe.. lagi sebelah baki tuala ayu nak buat spesis lain pulak nanti. kalau free, ayu share ya..

diy tuala dapur
hanging dish towel







15 comments:

Cik Mun said...

thanks for share..hehehe..bolela cuba lepas ni..

memmet lenggeng said...

wah wah..boleh buat bisnes ni, kan

Sheila Salim said...

Assalamualaikum ayu.. wahh kreatifnya awak. geram tengok awak buat DIY ni ~~~

Sya Mimie said...

Asslmkm ayu.. Kreatifnya awk.. Beruntung pndai menjait.. Blh buat mcm2..

Dilaella Ella said...

kreatifnya, suka tengok semua hasil DIY ayu ^^. boleh cuba buat ni..thanks kongsi :)

azizah :) said...

woww! hebat ayu! teror buat..hee

Mar Mansor said...

comelnya bunga tu..kreatif..dapat idea dah ni..hihi.thanks sharing

Azhafizah Md Nor said...

takde mesin jahit lak nak mencuba..mudah je kan..good job ayu :)

Ayu Zan said...

Sesama mun. Cube ya..

Ayu Zan said...

Hihihi. Cadangn yg baik tu kan

Ayu Zan said...

Wsalam sheila.. :) sheila pun boleh ni

Ayu Zan said...

Wsalam mimi. Tidaklah pandai sangat . sekadar hobi main2.hehe

Ayu Zan said...

Alamak. Otai diy komen cm tu. Malu ayu .. Dila lg pandai

Ayu Zan said...

Idea ape tu kak mar?

Ayu Zan said...

Haah fizah. Senang. Jahit tangan boleh. Tp jenuh la.hehe